Wednesday 19 December 2012

Kita Perang Kita Menang, bakal menyusul.

Assalammulaikum!

Sudah lama tidak mengemaskini blog ini. Saya sedikit sibuk. Tapi itu bukan alasan saya untuk teruskan menulis. In Shaa Allah, bulan ini saya akan cuba menulis satu cerpen.

Selepas saya habiskan salah satu buku HSKU 2011 ini. Genre satira. Memang tidak sabar sangat, tapi perlu habiskan membaca dulu.

Tajuk sudah pasti, Kita Perang Kita Menang inpirasi daripada lagu Bunkface. Perlu diingatkan karya ini bukab mewakili kumpulan Bunkface, hanya makna daripada aaya sahaja, saya tambah dalam cerpen itu. In Shaa Allah.

Sunday 21 October 2012

Kita Perang Kita Menang!



Assalammulaikum!

Lagu-lagu Bunkface memang bagus dan terbaik pada saya. Makna lirik lagu Kita Perang Kita Menang dan Agenda Jahiliyah ini memberi maksud yang berbeza pada sesiapa yang mendengarnya! Hehe.

Jom layan. Kemungkinan saya mahu menulis karya interteks dari lagu-lagu diatas. Sekian.

Friday 19 October 2012

Di Mana Kau Wahai Guru? (Kolej Teknologi Timur Dan Kolej Tunku Abdul Rahman)

Setelah peristiwa tiga hari lepas berlalu. Rutin hidup Azman kembali pulih. Bukan peristiwa putus cinta mahupun peristiwa kerugian perniagaan. Sesungguhnya Azman tidak pernah bercinta dan memiliki perniagaan sendiri. Peristiwa ini berkaitan soal pendidikan, impian dan minat.

Imbas kembali.

Pada pukul 9.30 pagi hari jumaat, Azman dikejutkan dengan deringan telefon bimbit. Bebola mata Azman mengecil kadangkalanya membesar untuk menangkap cahaya untuk melihat nombor pemanggil yang tidak kenali. Tetapi Azman tahu, mungkin nombor ini yang ditunggu-tunggu semalam. Azman menekan butang "menjawab" lalu Azman memberi salam.

"Walaikumsalam. Ini Ahmad Azman? Saya dari Kolej Teknologi Timur. Saya menerima permohonan Encik Azman untuk menyambung pengajian di kolej kami. Encik Azman memohon kursus Pra Diploma Sains kerjasama Uitm? Jadi, pihak pengambilan pelajar Kolej Teknologi Timur terima permohonan itu.

Untuk maklumat Encik Azman, kursus ini  tidak menawarkan sebarang bentuk pinjaman. Sebab ia Pra Diploma. Jadi bagaimana Encik Azman?"

Mulut Azman ternganga luas. Tiba-tiba sahaja Azman berdiri lalu melompat riang tanpa disedari operator wanita itu. Mulut Azman berkumit-kumit mengucapkan kesyukuran kepada ilahi. Kemudian Azman berbicara,

"Baik. Saya akan berbincang dengan keluarga saya. Boleh saya tahu berapa yuran pengajian untuk kursus ini?"

Serta-merta operator wanita itu menjawab,

"Jumlah yuran untuk kursus ini 7.300 ringgit sahaja. Pengajian selama satu tahun, ada dua semester."

Mengangguk-angguk kepala Azman. Kakinya mencari meja di ruang tamu untuk mengisi semula tenaga bateri telefon bimbit. Lalu Azman menjawab,

"Saya akan berbincang dengan keluarga saya. InsyaAllah mereka akan terima. Saya ada soalan. Sekiranya pihak Kolej Teknologi Timur menghantar surat tawaran kepada saya, saya boleh pilihan mahu menyambung atau tidak pengajian saya, kan?"

"Ya. Betul Encik Azman."

"Baik. Saya akan berbincang. Seronok sangat sebab sebelum ini saya pernah memohon kursus yang sama di Kolej Unikop tapi syarat saya tidak cukup iaitu saya tidak ambil Sains Tambahan. Baik. Assalammulaikum!"

Operator wanita itu seperti tergamam. Membalas salam Azman lambat seolah operator wanita ini menerima salam dari bekas kekasihnya. Akhirnya operator wanita itu menjawab salam dan talian telefon dimatikan.

Menghela nafas panjang. Seolah tekanan daripada keluarga dia sudah lenyap buat selama-lamanya. Kini Azman mahu menyampaikan berita gembira ini pada ayah. Ayah ada di dapur sedang membaca surat khabar. Azman menghampiri ayah dan berdiri disebelah ayah dengan wajah memandang sarapan pagi.

"Ayah Azman dapat sambung pengajian dengan kursus Azman mohon. Tapi tiada pinjaman sebab ia Pra Diploma. Yuran untuk kursus ini 7.300 ringgit, satu tahun ada dua semester." tersengih-sengih Azman menyebut harga yuran untuk kursus itu.

Ayah hanya mengangguk-angguk sambil mata tidak lari daripada membaca keratan akhbar. Azman tahu keluarga mampu untuk menyara pengajian diperingkat lebih tinggi. Kerana kakak sulung Azman juga menyambung di kolej dan universiti swasta daripada peringkat diploma hingga ijazah sarjana muda.

Tiba-tiba sahaja telefon bimbit Azman berdering lagi. Azman menyangka panggilan itu pasti ibu. Sekiranya betul sangkaan Azman berita kegembiraan ini pasti tersebar luas pada sanak-saudara yang lain. Azman bergegas ke ruang tamu dan mencapai telefon bimbitnya. Bebola mata Azman melihat skrin telefon bimbit ternyata bukan nombor telefon ibu tetapi nombor telefon pihak Kolej Teknologi Timur!

Azman menggaru kepala. Kening kanan sedikit terangkat serta mata terbeliak. Azman menjawab dengan pantas panggilan itu lalu memberi salam.

"Walaikumsalam. Saya mohon maaf Encik Azman. Saya silap menyemak borang permohonan Encik Azman. Ini baru borang permohonan yang betul. Keputusan SPM 2010 Encik Azman, adalah BM B+, BI D, Matematik B+ dan Sains A, kan?

Azman mengangguk-angguk kepala lalu menjawab,

"Ya. Betul itu."

"Sebenarnya untuk kursus Pra Diploma Sains, mesti kredit Bahasa Malaysia dan Matematik. Serta lulus bahasa inggeris. Kemudain lulus mana-mana subjek seperti Biologi, Kimia, Fizik atau Sains Tambahan. Maaf, Encik Azman. Encik Azman tidak layak. Saya mohon maaf."

Azman memuncungkan bibir. Kepala ditundukkan lalu mengetap bibir sambil menggeleng kepala.

"Baik. Tidak mengapa. Lagipun saya mohon pengajian ini pun mahu menyenangkan hati keluarga saya sahaja. Mereka risau saya tidak sambung pengajian. Sebab itu mahu menyambung pengajian di mana-mana kolej tetapi tidak terima. Saya bercadang mengambil STPM aliran sains. Saya tidak kisah dan takut, cuma keluarga saya risau, mereka fikir ia membazirkan masa." ucap Azman lemah.

"Encik Azman minat bidang apa selain bidang sains? Kolej Teknologi Timur ada menawarkan diploma pengurusan hartanah, sijil sains komputer, diploma seni grafik, dan diploma pengajian perniagaan."

Azman tersenyum nipis lalu berkata,

"Saya tidak minat semua itu. Saya minat sains tulen. Kalau bidang matematik pun saya tidak mahu ke ,Matematik Pengkomputeran, saya mahu pengajian Sains Matematikal atau Fizik Teori."

"Baik, sekiranya begitu tidak mengapalah. Ikut kehendak Encik Azman. Assalammulaikum, Encik Azman."

Talian dimatikan. Salam operator wanita dijawab juga walaupun seolah diri dipermainkan.

"Ya Allah aku terima takdir ini." Azman tersengih-sengih mengucapnya walaupun air mata sudah mengalir di pipi.

****
Isnin, 22 oktober 2011.

Azman melihat jam di tangan kanan. Lalu berkata Azman.

"Sudah masuk solat zohor. Perlu bergegas semoga hidup ini lebih bahagia." 

Setelah menunaikan solat zohor. Azman membuka komputer peribadi di meja bahagian ruang tamu rumah. Bekerja di syarikat keluarganya membolehkan dia menggunakan masa rehat ini untuk membuka kotak email. Email yang ditunggu-tunggu adalah email daripada Kolej Tunku Abdul Rahman. 

Permohonan Azman belajar diperingkat STPM di KTAR. Kolej Tunku Abdul Rahman menawarkan Sekolah Pra-Universiti seperti A-levels dan STPM. Azman menyangka disebabkan KTAR adalah kolej swasta kemungkinan pihak kolej akan menerima Azman sebagai pelajar sekolah pra-universiti di KTAR.

Azman menyemak kotak emailnya. Azman dapati pihak pengurusan Kolej Tunku Abdul Rahman membalas emailnya. Azman menepuk tangan seperti mengucapkan tahniah pada diri sendiri. Walaupun Azman sendiri tidak tahu adakah permohonan itu diterima ataupun ditolak. Azman mengklik mesej email itu.

Terpapar mesej email pihak pengurusan Kolej Tunku Abdul Rahman. Azman membaca perlahan-perlahan dengan nada suara sedikit kuat.

__________________________________________

Pelajar yang dihormati,

Terima kasih atas kesudian untuk belajar di Kolej Tunku Abdul Rahman.

Pelajar Sastera tidak digalakkan untuk menyertai program dalam aliran sains. Menurut pengalaman, pelajar Sastera sukar untuk mengikuti pelajaran bagi mata pelajaran sains di peringkat STPM. Walaupun anda telah mendapat A dalam mata pelajaran Sains di tingkatan 5, tetapi apa yang telah dipelajari di tingkatan 5 adalah jauh berbeza dengan apa yang akan dipelajari di STPM. Tambahan pula, silibus STPM adalah jauh lebih sukar berbanding dengan SPM.

Dengan ini, saya nasihatkan supaya anda kekal dengan aliran sastera.

Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugas,

Lee Hai
Penyelaras STPM / Ketua, Bahagian Fizik dan Matematik
Sekolah Pengajian Pra-University
Kolej Tunku Abdul Rahman.
Tel: 03-41450123 ext 339

_________________________________________


Azman menepuk dahi. Sambil berkata,

"Tiada siapa mahu ambil aku sebagai pelajar mereka. Wahai ilmu sains, adakah aku tidak layak mendampingi kau? Memang aku tiada kelayakan  apatah lagi asas ilmu sains. Aku patut terima diri aku. Kadangkala rasa diri bodoh sebab tidak kenal diri sendiri yang aku ini cuma pelajar sastera!" Azman sedikit  merungut.

Sambung lagi,

"Semua harapan ini adalah sia-sia belaka."

Azman termenung pada kipas siling. Kipas yang berputar dengan kelajuan tahap tiga seolah menyindir dirinya. Diri tidak tahu bagaimana kipas siling itu berfungsi dengan mengikut arahan dari kawalan alat jauh. 

Renungan lama pada kipas siling itu. Membuatkan Azman menyoalkan kembali minat Azman pada bidang sains. Kata Azman,

"Bukan kerana popular aku mahu belajar sains. Apatah lagi harta mahupun pangkat. Tidak! Semua itu tidak penting. Kalau aku pentingkan popular, harta atau pangkat sekarang pun aku boleh dapat. Keluarga aku ada syarikat sendiri. Mereka tunggu aku ambil alih syarikat itu, tapi aku sendiri tidak mahu. Bukan sains sahaja aku minat, muzik, sastera, perfileman, fotografi, tarian kebudayaan dan menulis. Mengapa aku mahu belajar sains di sekolah, universiti atau kolej sebab sains ada dispilin ilmu yang ketat.

Aku tidak boleh belajar di jalanan. Itu sebab aku perlukan guru. Guru-guru itu ada di sekolah, univerisiti mahupun kolej. Tapi pihak pengurusan mereka tidak mahukan aku. Akhir kata untuk diri sendiri, di mana kau wahai guru?"

(Sumber: Kisah Benar) Diubah sedikit seperti nama dan dll.

Monday 15 October 2012

Bangang Abadi-Cerpen Pendek.

Pada satu hari, seorang kanak-kanak bernama Zalika sedang bermain-main di taman perumahan. Di temani rakan sebaya Zalika iaitu Mamat, Mahmud, Seraja Alam Megat dan Raja Panglima Medan. Tiba-tiba sahaja Zalikan ditegur oleh Raja Panglima Medan. Seraja Alam Megat, Mamat dan Mahmud asyik bermain angry bird di hujung kawasan tempat permainan.
Raja Panglima Megat mula berbual dengan Zalika.
"Zalika kau mahu tahu. Semalam aku menonton video Ustaz Sulaiman di RancanganKau. Katanya kalau kita ingat Allah, Allah lagi ingatkan kita." Raja Panglima Megat mengangguk tanda menyuruh Zalika setuju kata-katanya.
Zalika terpinga-pinga namum masih menumpukan perhatian kepada Raja Panglima Medan. Sambung Raja Panglima Medan.
"Ada lagi... Ustaz Sulaiman kata kalau kita sayang Allah, Allah lagi sayangkan kita. Tak tipu, percayalah."
Zalika mengangguk-angguk tanda mengiakan kata-kata Raja Panglima Medan.
"Kemudian katanya lagi, kalau kita rindu pada Allah, Allah lagi rindu pada kita! So sweet sangat."
Tiba-tiba sahaja, mata Zalika membuntang. Mulutnya ternganga. Lalu rebah di hadapan Raja Panglima Medan. Raja Panglima Medan tercengang-cengang bebola mata memandang tubuh Zalika dari kepala hingga ke kaki. Dalam keadaan Zalika pengsan. Raja Panglima Medan tidak melakukan apa-apa. Hanya perhatikan sambil bersila lutut melihat jasad Zalika itu.
Mamat, Mahmud dan Seraja Alam Megat tidak menyedari situasi mereka berdua di situ. Keseronokan bermain angry bird membina dunia yang tersendiri bagi kanak-kanak seperti mereka.
Bebola mata Zalika mula bergerak-gerak. Raja Panglima Medan merapatkan wajah ke muka Zalika. Penantian ini yang ditunggu-tunggu oleh Raja Panglima Medan kerana pesan orang tua jangan diganggu orang sedang pengsan kerana dikhuatiri sedang menikmati malam pertama.
Mata Zalika terbuka dengan pantas. Menyebabkan Raja Panglima Medan sedikit terloncat ke belakang. Lalu Zalika meraba-raba jasad lalu berkata,
"Ya Allah aku masih hidup!"
Mendengar ucapan itu Raja Panglima Medan menggaru kepala sambil mengurut-urut dahi. Selepas itu Raja Panglima Medan bertanya,
 "Mengapa kau pengsan selama sepuluh minit kemudian kau bersyukur kau masih hidup?"
Zalika ketawa kecil. Sebaris gigi jongang kelihatan oleh Raja Panglima Medan. Zalika menerangkan,
"Aku sangka kalau aku merindui Allah, makna aku akan mati. Sebab orang tua aku selalu berkata apabila menziarahi orang meninggal dunia. 'Tuhan lebih menyayangi dia.' sebab itu aku pengsan kerana aku selalu rindu dan sayang pada Allah."
Tiba-tiba sahaja satu tamparan hinggap ke pipi kanan Zalika menyebabkan Zalika jatuh tertiarap. Tamparan Raja Panglima Medan agak kuat dan pantas tanpa disedari Zalika.
Raja Panglima Medan berpesan,
"Sekiranya begitu, jangan mengoda Tomok Yusof. Dan ajal maut semua itu Allah tentukan. Bukannya sebab kau rindu dan sayang pada  Allah, Allah tarik nyawa kau di dunia pada bila-bila masa sahaja dikehendaki-NYA. Faham? Jangan jadi bangang abadi!"
(Tamat)
Perhatian: Cerita ini tidak ada kaitan pada mana-mana pihak dan individu sama ada hidup mahupun meninggal dunia. Sekadar rekaan semata-mata.

Sunday 14 October 2012

Pada Masa Dan SItuasi Yang Tepat-Sebuah Cerpen Pendek.

"Misi 33 berakhir... Selepas Pahlawan Merah menafikan peluang dan harapan kita dan seluruh anak negeri ini mahu menjulang piala kebanggaan semua." Kata Rahim sambil menyepak batu-batu di hadapan.

"Mungkin kau faham bagaimana perasaan aku dan seluruh anak negeri selangor ini menantikan kemarau cinta daripada Taman Akasia Utama?" rungut Hamirul dengan memeluk tubuh sebagai bahasa badan defensif.

Pipi Rahim sedikit tegang disertakan bebola mata memandang ekspresi wajah Hamirul. Kenyataan Hamirul tidak ada kaitan tentang perlawanan antara Selangor dan Kelantan untuk merebut ke pusingan akhir Piala Malaysia edisi 2012. Rahim menepuk berkali-kali bahu kanan Hamirul kemudian Rahim memujuk,

"Mengapa kau memikirkan perkara yang sudah lepas. Sudah cukup sudah, peristiwa itu tujuh tahun lalu. Sesungguhnya kau ingat pesan aku, masa lalu itu sangat jauh. Pasti kau dapat lupakan."

"Sekiranya begitu, mengapa kau masih lagi kecewa kekalahan Selangor dan mengira kegagalan Selangor kali ke tujuh berturut-turut kecundang mahu membawa pulang Piala Malaysia sedangkan kau tahu masa lalu sangat jauh? Adakah kau mengkritik atau mengenangkan kisah duka?" Omel Hamirul.

Rahim ketawa kecil. Bebola mata Hamirul dalam kesamaran melihat jelas gigi Rahim tersusun rapi dan bibir mulut kemerahan membawa imej Rahim sebagai seorang lelaki tidak merokok.

"Kadangkala aku mengkritik dan juga mengenang kisah lalu. Tetapi pada masa dan keadaan atau musim  bola sepak. Aku tidak seperti minggu lepas mahupun minggu depan memikirkan kecewa atau memberi kritikan, tetapi hari ini sahaja. Dan kau Hamirul, harus fikir pada masa dan situasi yang tepat." Nada suara Rahim sedikit menekan dan bebola mata ke kiri menandakan Rahim mencari dan menyusun ayat yang sesuai untuk berhujah.

"Situasi mana dan masa bila? Masa lalu sangat jauh Rahim, kau yang kata begitu." balas Hamirul sedikit mendengkus.

"Taman Nilai Akasia Di Sutera Indah. Ia situasi yang sungguh indah pada kau."

Darah-darah pada saluran muka Hamirul semakin kurang menyebabkan wajah Hamirul pucat dan kemerahan.  Darah itu ada yang mengalir ke otak mahupun ke kelenjar adrenal yang merembes humor untuk kekuatan atau tindakan luar dari kebiasan bagi menghadapi kemungkinan yang merbahaya.

"Taman Nilai Akasia Di Sutera Indah? Itu...."

"Itu taman kau pernah bertemu dengan dia. Daripada cerita kau tujuh lepas, kau tahu dia tinggal di situ sebab status laman sosial dia. Begitu juga Selangor...."

"Apa kaitan pasukan Selangor dengan dia. Dia tinggal di Taman Nilai Akasia Di Sutera Indah. Dan perlawanan ini berlangsung pada Stadium Shah Alam tadi!"

Rahim mengusap lembut bahu kanan Hamirul. Bibirnya digigit lembut lalu berkata,

"Muka kau pucat apabila aku sebut nama taman itu. Sesunggguhnya aku dapati kekecewaan kau pada cinta dia bukan daripada perasaan cinta sejati, tetapi kau kecewa pada diri kau kerana tidak memiliki dia. Sesungguh kau perlu ingat, cinta sejati tidak pernah padam mahupun pupus. Kerana cinta itu adalah sebuah kewujudan. Kewujudan itu penuh makna pada sesiapa yang mencintai."

"Tapi Rahim dia akan berkahwin tiga bulan dari sekarang!"

Rahim menghela nafas panjang selepas itu berkata,

"Rumah kita memang milik kita, tetapi ia tidak mustahil kita akan jual pada orang lain. Tiada apa yang mustahil. Walaupun seorang pelajar tercorot mahu mengambil peperiksaan STPM dalam aliran sains. Kata kebanyakan orang ia merugikan dan mustahil, tetapi bagaimana pelajar itu berusaha dan seterusnya berjaya? Adakah budak itu mengenang nasib diri yang lalu atau melakukan perkara yang betul untuk berjaya dalam STPM?

Sudah tentu memikirkan perkara betul dalam kehidupan. Tetapi adakah kita sangkakan itu betul, sebenarnya tidak. Semua disebabkan perspektif kita. Betul kau cintakan dia? Adakah kamu serius Hamirul?"

Mereka berdua berjalan beriringan, langkah mereka kecil seperti sepakat mahu memanjangkan perbualan mereka sehingga kesesakan jalan di  kawasan sekitar Staidum Shah Alam mula reda. Rahim menyambung syarahan,

"Usah memikirkan lagi kerana masa lalu itu sungguh jauh dan kematian itu sangat dekat. Mana pilihan kita perlu fikirkan sekarang? Jauh atau dekat? Perkahwinan tidak menjamin kita memiliki pasangan kita hingga akhir hayat. Sama juga 32 kali kemenangan Piala Malaysia oleh Selangor tidak menjaminkan kemenangan ke peringkat seterusnya. Buktinya malam ini. Lakukan cara yang betul untuk memiliki hati dia. Ingatlah yang dekat. Dan jaminan cinta yang kekal adalah berdoa. Doa itu tidak pula jauh mahupun dekat atau sememangnya tidak cepat mahupun lambat tetapi selalu tepat pada masanya." Rahim menamatkan syarahan sebaliknya Hamirul masih terpinga-pinga seolah syarahan yang panjang itu masih belum terjawab.

Hamirul bertanya,

"Masih ada soalan kau belum jawab. Pada masa bila aku patut memikirkan dia?"

"Pada masa kau berdoa. Doa itu akan dimakbulkan tepat pada masa dan keadaan. Seperti sekarang, aku meleteh fasal bola sepak  pada masa dan keadaan pada masa yang tepat." Rahim ketawa kecil.

"Adakah kau berdoa untuk sekarang ini?" soal Hamirul?

"Tidak. Aku berdoa mahu Selangor menang." senyum lebar Rahim.

(Tamat)

Wednesday 10 October 2012

Pantun (Bahagian 1)

Assalammulaikum! Jom baca pantun-pantun saya dapat dari rakan saya. Hoho.

1)
Pohon Jelatang
Ditepi laut.
Gugur daun di makan ikan

Kalau datang ajal dan maut
Kemana diri dilarikan?

2)
Sudah ditutuh
Lagi diterbang
Ambil Sekerat Sampiran Kain.

Tempat jatuh lagi dikenang
Apa lagi teman bermain.

3)
Laksamana raja di laut
Bersemayam di bukit batu
Diwaktu siang aku teringat
Diwaktu malam aku merindu

4)
Kalau bilah tubuh
Ada harapan akan sembuh.

Kalau lidah melukai hati
Kemana ubat akan dicari?

5)
Kucing kurus mandi di papan.
Mandi di papan si kayu jati

Badan kurus bukan tak makan
Kerna memikirkan si jantung hati.

6)
Tanam pinang rapat-rapat
Supaya senang puyuh berlari.

Ku pinang tak dapat-dapat
Ku pujuk ku bawa lari.

7)
Ku sangka kapal di tengah laut
Rupanya karang ditimpa panas.

Ku sangka kekal embun di rumput.
Rupa hapus ditimpa panas

8)
Buah Melaka timbul tenggelam
Anak celaka merayau malam.

9)
Piring rentak nasi tak dingin
Rama-rama terbang ke kain.

Adik tak nak abang tak ingin
Sama-samalah cari lain.

10)
Anak udang ditangguk tadi
Hendak dipindang tiada kunyit.

Niat hati hendak pergi pulang.
Tapi belum dapat duit.

Sumber dari rakan saya. Ini gambarnya. Beliau berasal dari Indonesia. Tinggal di Malaysia sebagai penduduk tetap. Pantun beliau seperti pernah baca dan dengar, kan? Saya tidak kisah, sebab saya suka dengar orang berpantun dan saya ingin mencatat atau merekod pantun. Sekian, terima kasih.
Assalammulaikum!




Tuesday 2 October 2012

Perdana Menteri Dan Cinta Seorang Remaja-Sebuah Cerpen.



 Assalammulaikum, dibawah ini adalah cerpen lama saya ketika menulis dulu. Tanda baca, bahasa, penggunaan ayat memang kelam-kabut. Tapi saya sangat menghargai karya saya ini kerana ia pemangkin semangat saya untuk terus menulis. 

Pada sesiapa suka baca sahaja tanpa memikirkan tatabahasa dan sebagainya, boleh baca karya saya ini. Tiada paksaan. Kalau kritik itu terpulang pada diri masing-masing asalkan baik untuk saya dan kita semua. Doakan kita semua panjang umur, sihat dan dimurahkan rezeki daripadaNYA. Amin.
 **********
Nur hidup bahagia bersama keluarganya. Rumah banglo di Bukit Pusat Antarabangsa. Kehidupannya indah zaman makmur. Ibu yang bernama Aisyah yang selalu bersama pahit dan manis dengannya, Ayahnya bekerja sebagai Ketua pegawai eksekutif di salah sebuah firma di kota raya.

Hanya 20 tahun sahaja kehidupan bertahan. Selepas itu hidupnya dalam kegelapan. Tidak tergambar dalam kehidupannya terjadi begini. Syarikat ayahnya mengalami kerugian yang teruk sehingga terpaksa gulung tikar.

“Kenapa abang sudah ubah sikap?”ucap Aisyah.

“Apa yang aku ubah?panas baran?!!”Zaidi menengking isterinya.
 
Zaidi memegang tangan Aisyah dan menuju birai tingkap.

“Kau tengok keadaan,semua orang tak cukup makan tahu tak?ramai tak cukup duit menyara keluarga!!.”tengking Zaidi.

Aisyah hanya menangis sahaja. Dia takut suaminya menampar mukanya. Nur melihat pertelingkahan ibubapa mereka mengurung diri di biliknya. Nur menatap gambar keluarganya di london pada sesuatu ketika dulu. Mengingat kembali keluarga bahagia mereka.
Pintu biliknya terbuka kelihatan ibunya di depan pintu.

“Nur,buat apa itu?”Aisyah cuba memujuk anaknya yang kelihatan murung.
Nur masih menatap gambar memori itu. Aisyah pun melihat gambar kenangan mereka bertiga.

“Nur ibu masih sayangkan ayah nur. Jangan risau nur. Mak tak akan minta cerai dari ayah kau,sebab ibu sayang nur. Ibu faham nur ingin kebahagiaan seperti dulukan nak?”Aisyah tidak dapat menahan air matanya. Gugur lah air matanya yang selalu tidak gugur di depan anak tunggalnya.

“Ibu,Nur takut,ayah sudah berubah. Dulu dia baikkan ibu.kenapa dia sekarang panas baran ibu?”soal Nur yang masih tidak tahu kenapa walaupun sudah berusia 15 tahun.

“Ayah baik sahaja nak,Cuma kita tidak senang,dan dapat pekerjaan sekarang susah.”jawab Aisyah.

Nur masih tidak faham kenapa ia begitu.  Dia berfikir apakah dengan pekerjaan dan memperoleh gaji itu dapat membahagiakan?. Apakah tidak berduit ayahnya berubah sikap? Fikiran Nur kusut.

Aisyah hanya memerhatikan anaknya sedang mengelamun,memikirkan sesuatu. 

***
Media massa menyiarkan pelantikan Perdana Menteri baru selepas Perdana Menteri sebelum ini Dato Seri Ahmad Hamzah meletakkan jawatan selepas desakan parti pimpinan beliau menyuruh meletak jawatan. Pengantinya Muhammad Umar menjadi Perdana Menteri ke 15 bertanggungjawab ke atas rakyatnya. Negaranya yang sedang mengalami krisis hutang yang teruk dan akan menyebabkan muflis.

Rakyat negara Misoasia mengharapkan pembaharuan. Tidak ada apa lagi yang mereka harapkan selain kehidupan yang selesa.

“Nur lihat itu. Pelantikan Perdana Menteri kita penuh dengan adat-istiadat kita Nur” ucap Aisyah.
 

Nur hanya melihat sahaja. Baginya politik ini korup dan politik itu mainan wang. Tiada guna dalam kehidupan walau seratus kali Perdana Menteri dilantik melainkan mengharapkan ayahnya menjadi seorang pemimpin yang baik bagi keluarga ini.

Kasih sayang dia terhadap ibu seperti pantai dan ombak. Ayah seperti payung melindung dirinya dan ibu. Tidak tergambar kenangan bahagia bersama ayah dan ibu dahulu.
“Nur kenapa senyap sahaja?” Aisyah menghampiri Nur.

Nur mengeleng kepalanya. Tanda tiada apa-apa.

Tiba-tiba pintu rumah di hentak kuat. Rupanya Zaidi sedang mengamuk. Dia mencari isterinya untuk melepaskan geram.

“Aisyah mana kau?!!”jerit Zaidi.

Aisyah sudah mengerti diri akan menjadi mangsa amukan suaminya setiap kali pulang ke rumah. Air mata Nur keguguran. Melihat ibu sedang dalam ketakutan.

“Mari sini kau!!”jerit Zaidi lagi.

Zaidi menarik lengan Aisyah ke ruang tamu sambil membuka tali pinggang. Nur cuba menarik lengan kirii ibunya tetapi tidak berdaya.

“Abang,jangan macam ini abang.”tangisan Aisyah.

“Ayah jangan buat ibu macam ini!!”jerit Nur dalam tangisan.

Zaidi tidak peduli. Zaidi mengangkat tubuh Aisyah dan menolak ke sofa. Zaidi melibas Aisyah beberapa kali menguna tali pinggangnya. Aisyah cuma menangis sahaja tidak mampu untuk buat apa-apa. Nur cuba menghalang ayahnya.

“Ayah!!!!”jerit Nur sungguh kuat. Hingga memekik telinga ayahnya.

Zaidi yang terkejut tindakan anaknya itu. Melihat Nur sedang dalam tangisan melihat ibunya di pukul melepaskan ibunya dalam kesakitan. Zaidi meninggalkan terus mereka berdua.
Aisyah merintih kesakitan. Nur cuba menenangkan ibunya. Mereka berpelukan dalam tangisan luka.

***
Zaidi keluar dari rumah. Menuju ke sebuah restoran. Dalam tekanan ia tidak tahu untuk buat apa. Zaidi telefon kawan Fakrul kerana ingin bertemu dengannya.

Fakru bersalaman dengan Zaidi kawan lama yang jarang bertemu.
“Bagaimana pekerjaan kau?” ucap Zaidi.

“Pekerjaan? kau gila ke apa? Bank banyak muflis, syarikat banyak guling tikar.mana ada pekerjaan.Budak lepasan universiti dari diploma sampai PhD semuanya menganggur.” jawab Fakrul.

“Aku fikir kau bekerja sekarang.”ucap Zaidi.

Fakrul yang berpakaian kelihatan kemas berbanding Zaidi yang  kusut dan tidak kemas menjadi tanda tanya pada dirinya.

“Apa masalah kau ini?diri pun tak terurus ini. Apa masalah kau?”ucap Fakrul yang ingin tahu.
Zaidi kelihatan mahu menangis. Tekanan yang di alaminya tidak terkata.

“Masalah aku besar Fakrul. Aku berhutang dengan bank sebanyak 20 juta mas .Aku sudah diisytihar muflis. Mana-mana aku mohon kerja semuanya menolak. Aku tak tahu nak buat apa Fakrul. Macam nak bunuh diri!!” jerit Zaidi dalam tangisan.

Fakrul kelihatan terkejut. Dia memahami apa yang di rasa oleh kawan lamanya itu. Fakrul mula kelihatan serius dalam perbualan.

“Zaidi. Jangan cakap macam itu. Kau kena tabah. Ada orang sokong kau dalam perjuangan hidup ini.” ucap Fakrul.

“Siapa?ucap Zaidi sambil menutup mukanya dengan tapak tangan.

“Allah,isteri dan anak kau, Aku lihat mereka begitu sayang pada kau terutama anak kau Nur. Mereka memberi sokongan yang sejati!”Fakrul cuba memberi semangat kepada Zaidi.

Zaidi tidak menerima apa yang di ucap oleh Fakrul. Hubunganya dengan isteri dan anaknya sudah tegang.

“Tidak,isteri aku tidak memberi sokongan pada aku. Sebab aku sekarang sering memukul isteri aku.”ucap Zaidi yang menerus-terang.

Fakrul terkejut. Tidak sangka sahabat lamanya yang begitu sayang isterinya waktu di universiti dahulu, dan sekarang kawan lamanya sudah jadi kaki pukul!.

“Kenapa kau buat begitu Zaidi?ucap Fakrul.

Zaidi masih lagi menangis.Kini Dia menunduk kepala  di meja sambil meraung kesedihan. Fakrul simpati padanya ia membiarkan sahaja Zaidi melakukan perbuatan itu.

“Zaidi kau jangan menangis depan aku supaya aku dapat menolong kau. Kau menangis lah depan Allah. Ia maha menolong dan maha pengasih.” ucap lembut Fakrul.

Zaidi tersentak dengar kata-kata itu. Dia memandang wajah sahabat lamanya. Zaidi berkata.

“Aku bukan minta tolong dari kau tapi,aku mengadu masalah aku pada kau.”ucap Zaidi.

“Mengadu lah pada Allah. DIA maha mendengar Zaidi.”ucap Fakrul.

Zaidi meraung kesedihan.

***
“Dato Seri, ini laporan dari unit dasar negara untuk melihat dasar negara dari perdana menteri sebelum ini.” ucap Hamid.

“Terima Kasih,Nanti saya akan melihat.”ucap Muhammad Umar.

Muhammad Umar tidak mahu menyemak laporan itu. Dirinya mahu melihat rakyatnya terlebih dahulu sebelum bertugas sebagai Perdana Menteri Misoasia

Muhammad Umur meminta Hamid menyediakan keretanya untuk melihat rakyat beliau dari kesan krisis hutang negara. Muhammad Umar melihat sekeliling selepas melepasi wilayah pentadbiran negara. Dia melihat negaranya seperti biasa hanya wilayah yang tidak pernah ia dilawatinya melihat kedaifan penduduk kampung yang miskin tegar. Kanak-kanak di luar bandar masih kurang mendapat akses pendidikan yang sempurna.

Kebusukan yang melampau di kawasan pinggir laut akibat amalan rasuah pegawai laut membenarkan kapal laut melepaskan buangan minyak. Melihat nelayan hanya mendapat tangkapan yang sedikit,kerana harga minyak yang tinggi melambung dan pencemaran alam. 

Muhammad Umar mengambil kesempatan untuk mengunjungi sebuah restoran yang dia melihat masih buka beroperasi kawasan pekan ini. Dia mengambil kesempatan dengan iringan pengawal keselamatan negara. Ia menyapa seorang mak cik tua yang sedang menjamu makan di restoran tersebut.

“Assalammulaikum makcik”ucap Muhammad Umar.

“Walaikumsalam,adik ini siapa?”ucap mak cik tua sambil melihat kebelakang dengan beberapa orang lelaki memegang senjata.

“Makcik tidak kenal saya?mak cik tidak tengok tv siapa Perdana Menteri baru negara kita?”ucap Muhammad Umar lemah-lembut.

“Mak cik tidak peduli apa mereka lakukan itu, Perdana Menteri dulu sampai sekarang mak cik tidak kisah. Mak cik fikir diri mak cik saja. Hidup susah nak. Memang susah nak cari kerja sekarang. Anak ini siapa?

Terkejut Muhammad Umar kerana mak cik tua ini tidak kenal siapa dirinya.

“Mak cik saya Perdana Menteri Misoasia yang baru”ucap Muhammad Umar.

Mendengar sahaja mak cik tersebut. Dia memeluk Muhammad Umar.

“Anak tolong selamat negara ini anak. Mak cik merayu.nak” ucap mak cik tua yang kelihatan simpati.

Muhammad Umar hanya diam kerana terkejut kata-kata mak cik itu.

“Ya,mak cik. Saya akan lakukan terbaik.”

***
Zaidi menatap wajah Aisyah. Dia sedang tidur lena tidak sedar Zaidi duduk di pangkuannya. Zaidi melihat luka dan parut di lengan Aisyah. Nur cuba memerhati ayah yang sedang membelai rambut ibunya. Nur bimbang ibunya akan jadi keganasan ayahnya lagi.

Zaidi merenung wajah isterinya. Memikirkan kesilapanya yang panas baran selepas dirinya di buang kerja. Hidupnya susah. Hutang tidak berbayar.

Nur berlalu pergi meninggal ayah dan ibu di bilik mereka. Nur menatap gambar Zaidi dan ibu. Sungguh meronta-ronta hati ingin kembali zaman kecil dahulu di mana zaman mendapat kasih sayang dan kebahagiaan dari ayah dan ibunya. Kini hutang ayah semakin meruncing ekonomi semakin tersempit.

Aisyah menyediakan sarapan pagi seperti biasa. Walaupun kesakitan dipukul suaminya masih terasa pedih dan berbekas. Zaidi hanya merenung isterinya dan Nur merenung ayahnya. Keadaan sarapan pagi sepi dan tegang.

“Esok abang nak Aisyah dan Nur pulang ke kampung abang.”ucap lembut Zaidi
Aisyah mendengar dan mengganguk sahaja. Nur hanya menjamah makanannya. Melihat Aisyah hanya mengganguk sahaja Zaidi meninggikan suaranya.

“Dengar tak?!”

“Dengar abang”ucap Aisyah ketakutan.

***
“Dato Seri sebentar nanti kita akan ada mesyuarat bersama ahli ekonomi kita untuk membincang mengenai krisis hutang negara kita.”ucap Hamid selaku pembantunya
“Baik lah”ucap Muhammad Umar.

Muhammad Umar menghadiri mesyuarat dengan pakar-pakar ahli ekonomi negara. Sepuluh orang ahli akademik dan professional di jemput untuk sidang mesyuarat bersama Perdana Menteri.

Salah seorang pakar ekonomi bangun. Dia perkenalkan dirinya kepada Perdana Menteri baru Misoasia

“Assalammulaikum dan salam sejahtera. Saya Azman dari unit ekonomi negara. Krisis hutang negara di ambang muflis. Pada awalnya kerajaan kita mengeluar sebanyak 700 billion mas untuk menyelamatkan bank-bank di negarai ini.

Dengan pemotongan kadar faedah untuk peminjaman perumahan dan belum tentu pihak-pihak bank mahu menurunkan kadar faedah untuk industri koporat dan pengkilangan. Disebabkan itu kekurangan modal operasi untuk industri dan pengkilangan kita kerana kadar feadah yang ditekankan oleh pihak bank yang terlalu tinggi dan kegagalan membuat pinjaman. Disebabkan itu hampir 10 juta rakyat kita hilang pekerjaan dan aktiviti ekonomi kita semakin lembap dengan disebabkan pengeluaran dan pemintaan yang lembap. 

Perdana Menteri sebelum in telah meminjam wang dari bank dunia sebanyak 500 trillion mas untuk menyuntik modal dan membuat pemgambilalihan bank-bank yang menderita. Hasil dari itu kelembapan ekonomi masih lagi berlaku kerana kepercayaan pelabur untuk melabur kurang. Kekurangan modal ini menyebabkan ekonomi kita masih di tahap sama. Lalu kita hutang dengan kadar faedah dari bank dunia telah meningkat sebanyak 100 juta trillion mas kerana kelewatan kita untuk membayar dalam tempoh waktu di tetapkan.”ucap Azman selaku penganalisis ekonomi negara.

Muhammad Umar sudah memahami apa yang sedang berlaku. Dia datang ke sini hanya mahu mencari alternatif bagi menyelamatkan negara tercinta ini.

“Bagaimana penyelesaiannya? ucap Muhammmad Umar.

“Tiada penyelesaian Dato Seri”ucap Zaha selaku timbalan penganalisis ekonomi negara yang berfahaman kapitalisme.

Azman hanya senyap. Melihat sekeliling yang memerhati dia dengan penuh harapan menantikan jawapan keluar dari mulutnya.

“Tiada Dato Seri. Negara kita akan jatuh muflis.” ucap Azman dengan nada rendah.

Muhammad Umar tidak percaya apa yang dikatakan Azman. Dia percaya masih ada jalan lain untuk keluar dari krisis hutang negara ini. Ini semua adalah penyebab pemimpin dahulu yang membelanja boros wang rakyat dan sekarang di tanggung oleh Muhammad Umar sendiri.
Azman seakan-akan mahu memberi penerangan kepada Dato Seri Muhammad Umar. Azman berkata,

“10 juta rakyat kita yang menggangur adalah laporan 3 tahun lepas. Laporan baru yang kami buat adalah sebanyak 45 juta rakyat kita tiada pekerjaan. Ramai lepasan universiti dari jumlah itu.” ucap Azman.

Muhammad Umar terkesima. Muhammad Umar merenung tajam anak mata Azman. Dia perlu buat sesuatu jika tidak negara akan jadi miskin dan rakyatnya akan menderita. Apa yang akan dijawab sebagai ketua negara di hadapan Allah s.w.t nanti?.

Kegelisan dalam mula terserlah. Pakar-pakar hanya diam dan memikirkan sesuatu. Muhammad Umar hanya memerhatikan siling bilik mesyuarat. 

***
Muhammad Umar duduk bersendirian di pejabatnya. Memerhati sekeliling pejabat yang pernah diduduki oleh barisan pemimpin yang hebat dan agung sesuatu ketika dahulu.
Kini gilirannya pula untuk membawa kepimimpinan negara ini. Tanggungjawab dan amanah yang amat berat yang dipikul olehnya. Memandang seramai 45 juta dari 100 juta rakyat tidak bekerja.

“Apa yang aku boleh buat sekarang. Apa jalannya.”ucap hati Muhammad Umar.
Melihat luar tingkap. Sinar Mentari di pagi hari. Tetapi sedih jiwanya tidak bersinar ekonomi negaranya. Di pagi itu Muhammad Umar melihat di luar tingkap rakyat sedang tidur lena. Bandar-bandar sunyi tidak seperti dahulu yang rancak sahaja kereta-kereta memenuhi jalan raya dan mereka bekerja.

Muhammad Umar membelek buku-buku tinggalan Perdana Menteri dahulu. Sedang mencari buku apa pilihan di hati. Dia melihat sesuatu sudut almari sebuah buku yang sudah berhabuk tetapi masih elok bentuknya. Buku itu adalah Perdana Menteri ke tujuh negara Misoasia.

Seorang pemimpin hebat dan agung pada zamannya,nama di beri Dr.Rizduan Muhammad. Ia terkejut buku ini adalah sebuah buku diari. Tertera tajuk “Diari Aku: Pada Zaman Hadapan”. Muhammad Umar tertarik dengan tajuk buku ini. Lalu Dia membelek buku itu.

Sekilas pandang sahaja Muhammad Umar menyelak muka surat buku itu. Secara umum Muhammad Umar mengerti apa yang ingin Dr.Rizduan Muhammad. Buku ini seolah-olah memberi tunjuk ajar kepada pemimpin masa hadapan untuk mempelajari cara kepimpinan yang unggul dan hebat.

Muhammad Umar duduk tidak berbangku kerana keterujaannya melihat karya permimpin lagenda itu. Lalu Muhammad Umar berhenti melihat tajuk yang tertera “Rahsia Kepimpinan Aku”. Muhammad Umar pun membaca apa yang di tulisnya.

Assalammulaikum. Wahai pemimpin masa hadapan. Mesti di waktu sekolah kamu pernah memikirkan siapakah saya?Ramai yang memuji saya sebagai pemimpin yang hebat dan agung. 

Saya bukan ingin membangga tetapi hanya mengingati pada zaman sekolah kamu. Saya faham menduduki di kerusi panas itu sebagai Perdana Menteri memang impian semua orang.
 Semua orang mahu menjadi Perdana Menteri tetapi bukan semua dapat. Jadi anda lah orang-orang terpilih. Kenapa saya kata begitu?. Mudah sahaja kamu miliki sifat “Kepimpinan”. Di zaman saya dahulu, rakyat dan pemimpin lain memuji saya,malah pemimpin luar negara pun memuji saya. 

Kerana sejarah membuktikan saya pernah menyelesaikan banyak masalah. Sejarah yang paling mereka ingati adalah masalah ekonomi. Itu bekas ingatan bagi mereka kerana ekonomi sebagai daripada kehidupan mereka.

Wahai pemimpin masa hadapan. Kamu khuatir tidak dapat menyelesaikan masalah kamu?. Kenapa kamu perlu khuatir sedangkan kamu adalah orang-orang terpilih untuk memimpin?. Saya yakin kamu adalah pemimpin yang baik. Kenapa saya mengetahuinya? 

Pemimpin yang baik akan minta pendapat orang lain untuk memimpinnya. Contoh anda sedang baca buku diari saya.

Sebenarnya tidak rahsia dalam kepimpinan saya. Kamu hanya perlu tahu beberapa sahaja.

1) Kebijaksanaan
2) Fokus
3) Menyelesaikan Masalah
4) Berpendirian Teguh
5 ) Kegharaihan
1) Wahai pemimpin masa hadapan. Jika kamu bijak. Kamu akan melihat laut dan sungai berbeza,matahari dan bulan berbeza,musuh dan pendokong berbeza dan masalah dan cabaran berbeza.

2) Wahai pemimpin masa hadapan. Jika kamu menulis di tangan kiri dan melukis di tangan kanan serentak. Pasti kamu akan merosakkan karya kamu.

3) Wahai pemimpin masa hadapan. Dalam hidup ini,setiap manusia akan hadapi masalah.Masalah kecil mahupun besar sekali pun ia tetap masalah. Walaupun ada orang mengaku dirinya tidak ada masalah,ia ada masalah sebenarnya. Masalahnya dia tiada masalah.

4) Wahai pemimpin masa hadapan. Lalang itu tidak teguh kerana angin.Tapi kamu perlu tahu kerana batangnya yang lembut. Oleh itu jadi lah akarnya yang berpijak di bumi nyata. Itu jati dirimu yang kukuh.

5) Wahai pemimpin masa hadapan. Saya tidak tidur malam mahupun siang seperti orang biasa tidur.Tidur saya hanya 2 jam dan 10 minit sahaja pada waktu tengahari.Kenapa?kerana saya ghairah dengan kerja saya selaku pemimpin dan saya seronok buat kerja saya.

Muhammad Umar terpaku membaca kata-kata mutiara oleh pemimpin hebat dan agung di zamannya. Dia setuju di waktu kecil setiap rakyat di bumi Misoasia akan menyebut nama Dr.Rizduan Muhammad. Tidak sangka pemimpin ini mempunyai akal yang tajam lagi kritis.Muhammad Umar merenung seketika. 

Hatinya mula berkata,
“Untuk menjadi hebat sepertinya, Aku hanya perlu tiru gayanya."

***
Aisyah menyediakan makanan malam. Bersama bapa dan ibu mertuanya. Aisyah melihat Zaidi tidak panas baran apabila mereka duduk sini sudah tiga hari Zaidi tidak mengasarinya malah menengkik dirinya. 

“Mungkin rumah ibubapanya” usik hati kecil Aisyah.

Sedang mereka menjamu makan. Ayah Zaidi mula berkata.

“Berapa lama kamu dan isteri anak kamu tinggal di sini?”

“Mungkin tiga bulan.Biar Zaidi cari kerja dahulu di sini. Menyara keluarga Zaidi.”ucap Zaidi.
Bapa Zaidi hanya mengeluh. Ia memahami apa yang berlaku.

“Nanti lusa Perdana Menteri akan datang ke sini!. Boleh kamu mengadu pada dia.”ucap Ayah Zaidi.

Jelas memek muka Zaidi muram dan rasa menyampah.

“Ayah apa mereka boleh buat. 45 juta ayah rakyat negara ini tidak bekerja.Termasuk Zaidi sendiri”ucap Zaidi lembut.

“Ayah faham Zaidi. Kita harus berusaha anak dan seterusnya bertawakal pada Allah. Kau hanya mengadu sahaja hal kau sebagai rakyat bukan melobinya sebagai kroni.”ucap ayahnya.
Zaidi diam. Dia memahami maksud ayahnya itu.

Nur berfikir sesuatu. Dia ingin kebahagiaan seperti dahulu. Walaupun selama tiga hari ayah tidak memarahi dan memukul ibunya. Tetapi ayah tidak ceria seperti dahulu. Tidak bersifat kasih sayang ketika dahulu. Sekarang dia menjadi begini kerana memikir menyara kami dua beranak ini.

Nur ingin melihat cinta ibu pada ayah kembali mekar seperti bunya ros mengembang pada setiap pagi. Seperti itu lah harapannya setiap pagi hari agar mereka terus mencintai antara satu sama lain.

Harapan cinta Nur pada keluarga tercinta. Allah s.w.t.,Rasul-NYA.dan keluarganya yang amat Nur cintai. Ini lah cinta ketika remajanya.

***
“Dato Seri, Pada sabtu ini kita ada program untuk rakyat di kawasan parlimen Dato Seri.”ucap Hamid cuba mengingati beliau.

Muhammad Umar hanya mengangguk. Ia sedang sibuk merangka Pelan Ekonomi Baharu. Membentuk semula negara ini. Setelah membaca buku yang di tulis Dr.Rizduan Muhammad di bersemangat dan berdaya fikir. Apa yang Muhammad Umar perlu tahu untuk menjadi pemimpin yang hebat hanya perlu meniru gaya pemimpin yang hebat.

Muhammad Umar yakin pelan ini akan berjaya mengeluarkan dari krisis hutang negara. Banyak-banyak kata sinis dan negatif. Karya sastera puisi dan cerpen yang hanya memerlinya sebagai pemimpin negara. Muhammad Umar tidak menyalahkan kerana mengkritiknya kerana dirinya faham keadaan rakyat yang menderita sekarang.

Sikapnya yang terbuka dalam kebebasan media. Walaupun ada media kerajaan masih meragui kemampuan dirinya memimpin untuk keluar dari krisis hutang negara ini. Keikhlasan perjuangan kerana Allah sebagai pemimpin bagi umat islam di bumi islam ini.

Selama membikin pelan ini. Muhammad Umar kurang tidur. Hanya tiga jam sebelah malam dan setengah jam pada belah siang. Kesungguhannya memamg terserlah kebelakangan ini.

***
Aisyah kejut Nur dari tidurnya. Aisyah menyuruh Nur bersiap kerana mereka akan menghadiri majlis bersama rakyat dengan kedatangan Perdana Menteri Misoasia. Kelihatan Zaidi rasa gelisah kerana takut tidak dapat bertemu dengan Perdana Menteri Misoasia kerana dijangka hampir 85 ribu orang akan menghadiri majlis bersama rakyat. Mereka bertiga bertolak awal pagi bagi mengelak kesesakan lalu lintas.

Muhammad Umar melihat pepohon hijau beserta sawah padi yang menghijau tenang. Ligat memorinya berfikir zaman kanak-kanaknya. Muhammad Umar akan tahu dirinya akan jadi cacian rakyat kerana masih tiada perubahan lagi untuk masa ini. Dia bersedia mendengar apa sahaja rakyatnya mengadu hal padanya. Sudah tanggungjawabnya memikirkan mengenai mereka.

Setelah tiba Zaidi di majlis bersama rakyat pada pukul 8.15 pagi bersama Aisyah dan Nur. Tepat jangkaan Zaidi yang majlis ini akan jadi tumpuan rakyat. Kebanyakan dari luar penduduk kampung ini. Mengadu hal mereka kepada sang ketua negara.

Muhammad Umar tiba lewat sedikit. Muhammad Umar melihat rakyat dengan senyuman ikhlas. Keadaan dikawal oleh pengawai keselamatan. Keselamatan Perdana Menteri di beri keutamaan. Tidak seperti dahulu rakyat akan bersalam dengan Perdana Menteri mereka tetapi kini tidak kerana ketidakpuasan hati mereka kepada kerajaan negara ini. 

Rakyat hanya melihat sahaja Perdana Menteri tanpa bersalam dengan beliau. Pengerusi majlis membuka ucapannya.  Selepas itu Muhammad Umar pula mengambil tempat. Muhammad Umar menjangka dirinya akan makian dan cacian. 

Tetapi dia sudah bersedia. Memang tepat apa yang disangka dirinya. Apabila mula sahaja ucapannya mula kedengaran suara-suara sumbang dan makian kedengaran. Pelbagai tohmahan dan kutukan keras dilontarkan kepadanya. Muhammad Umar senyap sahaja. Dia tidak dapat memadam kemarahan rakyat. 

Zaidi hanya memerhati. Tidak pula dia mengutuk atau mencaci keras kepada Perdana Menteri Misoasia. Tujuan utama dia ke sini mahu bersemuka dengan Muhammad Umar.
Nur memeluk ibunya apabila keadaan tidak terkawal. Pengawai polis dan pengawai keselamatan negara menahan mereka yang mencuba menyerang Muhammad Umar.

Muhammad Umar melihat keadaan semakin tidak selamat. Dia mengundurkan diri dari ucapannya. Muhammad Umar lalu pergi sahaja.
Sebahagian rakyat yang masih tidak berpuas hati itu mengekori Muhammad Umar untuk melepaskan kemarahan pada kerajaan. 

Zaidi yang melihat itu cuba mengekori Muhammad Umar juga kerana mahu bercerita masalahnya kepada Muhammad Umar. Nur melihat ayahnya yang sedang berlari. Nur pun mengekori ayahnya meninggalkan ibunya keseorangan di situ.

“Tuan Umar!”jerit Zaidi

Pengawai polis yang melihat Zaidi cuba melepasi kawasan kawalan polis. Menahan dirinya. Zaidi tetap berkeras mahu bersemuka dengan Muhammad Umar.Zaidi menjerit beberapa kali memanggil Muhammad Umar. Tetapi Muhammad Umar tidak mengendahkannya.

Nur yang melihat bapanya ditahan oleh pihak polis cuba untuk melepaskan bapanya.

“Jangan tahan ayah saya.Tolong encik!!”jerit rayuan Nur.

Pengawai polis itu tidak mengendahkan rayuan Nur. Dia tetap menahan ayahnya kerana melepasi kawasan kawalan polis. Nur melihat ayah sedang bergelut dengan pengawai polis itu. Dia cuba mengejar Muhammad Umar supaya hajatnya ayah bersemuka dengannya tercapai. 

“Tuan Umar!!!!Tolong saya Tuan Umar!!!!”jerit sekuat Nur.

Muhammad Umar menyedari panggilan namanya yang begitu kuat dari ribuan suara bising yang ada di situ.

“Tolong saya Tuan Umar!!!! jangan tahan ayah saya!!!!Jangan hancur keluarga saya!!!!”jerit Nur lagi.

Keadaan yang riuh-rendah itu senyap secara- tiba-tiba apabila suara Nur itu melenyapkan ribuan suara bising yang lain.

Muhammad Umar menoleh. Melihat seorang remaja perempuan sedang ditahan polis kerana melepasi kawasan kawalan polis.Hati Muhammad Umar sayu melihat remaja perempuan itu ditahan sambil menangis meminta pertolongan darinya. Seperti kanak-kanak palestin ditahan oleh tentera yahudi.

Muhammad Umar menghampiri remaja itu. Dia menyuruh pengawai polis melepaskan remaja perempuan itu.

“Kenapa anak?Apa saya boleh bantu” ucap lembut Muhammad Umar.

Nur menangis melihat Muhammad Umar ada di depannya untuk mendengar aduannya.
Aisyah memerhati dari jauh dan Zaidi yang sedang ditahan oleh pihak polis dia memerhati dan mendengar dari jauh.

“Tolong Tuan Umar. Selamat kebahagian keluarga saya. Ayah saya hilang pekerjaan. Hidup kami melarat. Kehidupan kami tertekan. Saya bersyukur apa yang saya ada. Saya ada ayah dan ibu. Cinta saya pada ayah dan ibu agar mereka berkekalan sepanjang ayat dan terus bersama. Saya tertekan ayah sering bergaduh dengan ibu. 

Bukan kerana cinta mereka didustakan tapi kehidupan kami yang melarat. Saya tidak mengerti kenapa kehidupan perlu senang lena baru kebahagian muncul. Adakah manusia itu tidak bersyukur?adakah manusia tidak puas apa yang mereka memiliki? 

Adakah dengan memiliki segalanya baru kebahagian menjelma?. Selamat negara ini Tuan Umar.”ucap Nur sambil mengerang kuat sambil menangis dia pelu erat lengan Muhammad Umar.

Muhammad Umar sayu mendengar kata-kata remaja perempuan itu. Air mata seorang pemimpin gugur di depan ribuan rakyat. Keadaan senyap dan sunyi. Rakyat yang berhampiran itu hanya menunduk kepala mereka. Mereka pun turut bersedih.

“Adik. Maafkan pakcik. Pakcik akan bantu kamu dan seluruh rakyat negara ini.”ucap sambil mengesat air mata Nur. 

“Pakcik tahu inilah cinta seorang remaja kepada ibubapa mereka.”Muhammad Umar menangis. Dia tidak tahan lagi menahan air matanya. Keadaan menjadi sayu dan dingin sekali. Cinta Nur sebagai seorang remaja mahu melihat kasih sayang ayah dan ibu berkekalan ke akhirnya.

(Tamat)