Monday 30 April 2012

Daun

Bila gugur daun itu
Tanda luruh hati pepohon.

Tanah rasa bersalah
Hujan mahu bantu

Angin rasa simpati
Bumi rasa sedih

Awan mampu teduh
dan matahari mampu sepi.

Semua mahluk itu adalah sahabat
pada daun yang sekecil.

Dan dirimu manusia.
Jangan lah bersedih

Dalam-dalam hidupmu
turut bersedih.

Sunday 29 April 2012

Nafi Dan Jelas

Fikiran ini sakit
Menilai antara dua muka manusia

Satu nafi satu jelas.
Jelas dan Nafi melingkari kehidupan ini.

Fikiran sakit ini tidak mampu jika duduk melihat.
Duduk melihat nafi jelas, seperti aku baca
kisah dongeng dahulu kala.

Thursday 26 April 2012

Aku Dan Empat Orang Isteri

Penat aku. Bukan penat melayan empat isteri aku. Penat kerja seharian. Tadi di pejabat aku, ramai jeling-jeling aku. Entah, apa yang mereka fikirkan. Merenung aku seperti jejaka idaman malaya dan lebih tepat lagi seperti Aaron Aziz. Tidak sebenarnya, wajah aku lebih tepat seperti Fahrin Ahmad tapi aku tidak kisah. Janji aku gembira apa yang aku dapat hari ini.

Dua bulan lepas aku baru sahaja menikah kali keempat.Terbaik. Siapa tidak seronok hingga "beroronok" istilah orang sekarang. Mungkin mereka semua fikir aku ini gatal. Ya lah, tiga isteri aku belum dapat anak. Jadi isteri-isteri aku itu izinkan aku kawin lagi. Sebentar, nama aku Rafael. Bekerja sebagai wartawan di salah sebuah syarikat akhbar di malaysia.

Isteri pertama, dari latar belakang pendidikan agama. Nama Maisarah. memang "Mai:" lah jiwa raganya pada aku. Keluarga isteri aku biasa-biasa. Baik. Galak aku kahwin lagi satu adalah. Tapi sebab apa?. Sebab isteri pertama aku mandul. Tapi aku tetap sayang padanya. Memang cinta pertama dan terakhir aku. (Kata-kata lelaki terhormat).

Isteri kedua aku pula namanya Syarifah. Cantik dan Sopan. Sama juga pendidikan dengan isteri aku. Isteri pertama aku dan Syarifah ini adalah satu kelas di kampus dahulu. Melihat dirinya tidak dapat melahirkan zuriat untuk aku, dia izinkan aku kahwin lagi. Tetapi malangnya Syarifah juga mandul. Aku tidak mahu berkata bagaimana. Tapi dalam hati aku memang seronok kerana kawan sekelas aku Maisarah dan Syarifah menjadi milik aku. Memang terbaik!

Isteri ketiga pula. Kawan si Syarifah. Namanya Anis. Memang manis orangnya dan lemah lembut. Kawan syarifah masa buat ijazah pertama. Maisarah dan Syarifah izinkan aku kahwin lagi satu mereka memilih Anis sebagai isteri ketiga aku. Tapi malangnya Anis juga mandul. Aku pada mulanya pening juga. Malaysia belum ada loji nuklear lagi, tapi kes kemandulan ada pada ketiga-tiga isteri aku. Kalau ada loji nuklear di Malaysia lagi teruk kerana pengurusannya pasti teruk. Kenapa aku kata begitu? sebab jalan berlubang pun kerajaan tidak dapat selesaikan ini pula loji nuklear. Maafkan aku, lebih kepada politik pula tulisan aku ini.

Selepas mereka ketiga isteri aku sudah disahkan mandul oleh pihak hospital. Mereka izinkan aku kahwin  kali keempat. Memang cukup kuota ini. Isteri keempat aku namanya Amalina. Terbaik. Amalina seorang gadis yang warak. Sentiasa dengan kain purdahnya. Pada malam pertama, aku lihat wajahnya. Terbaik sekali lagi. bibirnya sama dengan bibir Angelina Jolie, mukanya seperti Sofia Jane, matanya seperti Jessica Alba. Pelik juga ya, bagaimana isteri aku boleh terima Amalina ini. Tidak cemburukah mereka. Amalina adalah rakan baik pada ketiga-tiga isteri aku ini. Tapi malangnya juga isteri keempat aku pun mandul.

Mereka berempat susah hati. Kenapa?. Setiap isteri-isteri aku ada miliki tulis diari. Aku setiap kali ada peluang, pasti aku akan baca setiap diari dari isteri-isteri aku. Isteri pertama Maisarah, dia sungguh risau takut dirinya jadi mangsa cerai, kerana dia isteri pertama. Dia semahunya jaga hati aku. Dia tidak sanggup berpisah dengan aku. Dia amat cintai aku.

Isteri kedua pula, Syarifah. Dia juga begitu. Takut diceraikan oleh aku. Dia amat sayang pada aku. Dia kata dari mula dia melihat aku, sudah jatuh cinta pada aku. Apabila aku kahwin dengan Maisarah. Dia amat kecewa. Hati sangat pedih. Apabila diberi peluang berkahwin dengan aku. Dia bersyukur kerana Allah makbulkan doa SETIAP HARI. Aku senyum kambing bersendirian ketika itu. Hebat juga kehenseman aku ini. Sehingga hari-hari Syarifah doa mahu mengahwini aku. Biasa lah jejaka malaya lagi beriman. Beriman lah sangat sambil angkat tangan muka mendongak keatas.

Diar isteri aku ketiga pula juga begitu. Takut dicerai oleh aku. Dia kata apabila aku sudah menikahi Maisarah dan Syarifah. Dia teruja. Katanya ada peluang untuk memikat aku. Dia kata lagi dia mahu kahwin dengan aku sebab dia cintakan aku. Aku pelik apa lah istimewa sangat aku ini. Aku baca diarinya. Dia kata aku miliki sifat-sifat lelaki idamannya. Lelaki menjaga solat, baik pada ibubapa, bayar zakat, suka menolong adalah antara lelaki idamannya. Itu antara sahaja. Banyak lagi sebenarnya. Cuma tidak elok angkat bangkul sendirikan?.

Diari Amalina pula. Dia mahu lelaki pandai menjaganya. Bijak hal-hal agama . Dia kata lagi semua itu ada dalam diri aku. Memang senyum lebar aku. Dia juga takut dirinya akan diceraikan kerana dia juga mandul. Dia mahu hidup dengan aku selamanya. Dia juga fikir, pasti salah seorang madu-madunya akan diceraikan termasuk dirinya kerana pasti aku mahukan zuriat dan tidak mungkin aku tidak mahu zuriat.

Begini lah kisahnya. Empat isteri aku menjaga aku dengan baik. Mereka berusaha menjadi terbaik dalam hati aku. Jadi adakah salah seorang isteri aku akan jadi mangsa cerai?.

Nantikan sambungannya.




Selesa

Malam sedarku
Kerja harian si warga bangladesh
Lihat pula warga sendiri
Dalam Khayalan.

Tidur pemuda bangsa
Suka ria seharian rasa
Rasa pemuda enak segala
'
Kerja warga bangladesh
Mohon rezeki halal
Sedang bangsa ini
Dalam keselasaan.

Nasi Lemak Satu Ringgit Setengah 2

Semalam hari bahagia aku. Menonton perlawanan bola sepak melihat Barcelona tewas ditangan Chelsea memang mengembirakan aku dan penyokong Chelsea. Waktu pagi bersekang mata menonton bola sepak dengan anak-anak muda dan golongan perniaga persendirian berbangsa melayu. Aku mula fikir sesuatu.

"Tidak bekerjakah mereka ini,lebih utama lagi anak-anak muda ini, esok pagi mula waktu persekolahan."

Pada mulanya aku ambil peduli. Tetapi melihat Barcelona sudah kehadapan dengan jaringan dua kosong. Hati aku mula tidak keruan. Melihat pengadil melayangkan kad kuning pada permain chelsea sahaja. Mula hati aku sakit. Tetapi keresahan itu hilang buat seketika dan aku ambil peduli semula selepas aku melihat pekerja warga bangladesh tinggal kawasan taman aku mula berjalan kaki ke tempat kerja.

Fikiran aku mula pusing. Aku lihat dalam warung haji Salleh itu ramai anak melayu dan golongan melayu perniaga persendirian. Aku melihat sebatang jalan pekerja bangladesh mula berjalan kaki ke tempat kerja. Aku mengaru kepala aku yang tidak gatal.Lebih haru lagi, aku dan semua yang menyaksikan bola itu menyokong pasukan kelab negara lain dan bukannya pasukan negara sendiri. Hingga saggup bersekang mata.

Pekerja warga bangladesh aku lihat tidak pula mahu menonton. Aku fikir jika negaranya atau pasukan kelab negaranya beraksi di perlawanan berprestij. Kemungkinan besar pasar besar bandar klang ini tutup satu hari.
Bagi menenangkan jiwa aku. Aku makan makanan kegemaran aku. Nasi Lemak Satu Ringgit Setengah. Si gadis perwatakan cantik kata pak Salleh selalu datang pagi-pagi lagi menyediakan nasi lemaknya di warungnya. Bagus juga aku fikir, hari-hari aku solat subuh. Tidak terlepas selalu seperti sekarang ini.

Aku perhatikan Syifa. Sungguh sopan sahaja gadis ini. Tudungnya yang labuh, tanganya yang lembut, muka yang comel, hidung yang manis, matanya yang cantik, jalannya yang permalu dan kata-katanya yang bermanfaat kepada sesiapa yang mendengarnya. Jadi pendapat aku siapa makan Nasi Lemak Satu Ringgit Setengah ini memang ada faedah sebab orang memasaknya juga begitu berfaedah.

Berbalik cerita aku. Melihat chelsea berjuang semangat mahu kemenangan. Aku dan bangsa aku melihat kemenangan yang bukan dari identiti Malaysia dan lebih khusus dari bangsa aku. Fikir semulal warga bangladesh yang berjuang mencari rezeki di negara orang. Warga di sini seperti aku biarkan sahaja peluang itu pergi.

Wednesday 25 April 2012

Mengapa Membaca Dan Menulis?

Aku hari ini berbelanja. Tidak ada apa lagi aku beli selain buku. Buku teknikal penulisan. Aku hairan dalam tahun lepas sahaja. Aku hanya beli baju 2 helai sahaja dan selebihnya aku beli buku. Aku terkejut juga,banyak duit aku laburkan hanya untuk buku. Tapi aku suka dan aku anggap tiada pembaziran di situ. Kenapa?, kerana dalam buku itu ada ilmu.

Bagi aku jika kita mahu memiliki ilmu, aku tidak peduli kalau belanja untuk miliki ilmu. Biar ilmu itu mampu menjawab persoalan aku yang selalu berpusing-pusing dalam akal aku. Dalam sebulan aku mesti beli buku. Hampir kurang dua buah buku, paling banyak dalam sebulan sepuluh buah buku. Aku fikir. Buku aku beli lebih kepada motivasi. Pada awal tahun ini aku banyak beli buku fasal pelaburan forex,bursa saham,emas,perak, dan unit amanah. Sekarang, aku banyak beli buku sastera dan teknik menulis. Ya, aku beli buku berkaitan,  apabila aku ada perancangan

Aku banyak beli buku pelaburan kerana pada mulanya aku mahu melabur, tetapi sebab aku perlu modal pusingan aku perlu bekerja. Aku suka bekerja yang buat duit sekali datang berkali-kali sama seperti konsep pelaburan. Dalam bab penulisan begitu juga.

Aku suka menulis ada sebab, pertama aku suka luahkan idea aku pada khayalak, kedua aku suka buat duit kerana sama konsep pelaburan, ketiga aku mahu beri kebenaran kepada khayalak, dan keempat aku mahu ada pengaruh.

Aku fikir sebab aku menulis di atas tidak salah dalam agama dan perundangan negara. Kebenaran aku mesti berpandukan kepada agama islam. Aku mahu idea dan pendapat aku di baca oleh semua masyarakat. Aku terima pendapat mereka sama ada negatif dan positif. Pengaruh pula aku mahu mereka suka karya aku. Itu sahaja. Fasal keuntungan pula memang semua orang mahu. Tetapi aku bukan meletakan keuntungan di tempat pertama. Aku lebih ke arah sebarkan pendapat aku dan idea aku sahaja.

Itu sahaja. Asssalammulaikum

Tuesday 24 April 2012

Cinta Saya Pada Mellisa


Impian mahu berkahwini wanita berpurdah dengan akhlak yang baik adalah impian saya. Sungguh indah jika memiliknya. Saya suka wanita seperti kerana buat saya tenang dan bahagia. Nama saya Awi. Seorang kaya-raya.Bekerja sebagai pelabur. Pelabur hartanah lebih khusus lagi. Bidang ini memang penuh keuntungan jika tahu cara.


Saya asyik memikirkan fasal wang dan wang sehingga saya tidak sedar saya perlu hidup bersama seorang wanita. Ya,wanita impian saya. Bagaimana saya mahu mengahwininya sedang saya tidak lah baik sangat. Tapi sudah jodoh. Allah makbulkan permintaan saya setiap kali saya solat tahajjud meminta pada-NYA saya mahu miliki pasangan wanita impian saya. Sungguh tenang jiwa saya.


Mellisa. Isteri saya. Ya,sudah tentu memakai purdah,baju longgar,seluar slack hitam,dan tudung hitam yang labuh, itu lah pakaiannya setiap hari. Semasa saya nikahinya pertama kali saya menyentuh tangan wanita selain ibu,makcik,saudara perempuan dan adik-beradik perempuan. Lembut tangannya. Sejuk sekali lagi hati ini. Jadi pada hari-hari berikut saya hidup bersamanya.


Tetapi hari ini tidak,saya merajuk dengannya. Semalam saya balik lambat kunci rumah tertinggal di rumah. Jadi saya ketuk pintu untuk memasuki rumah tetapi Mellisa tidak membukannya. Hati saya sakit. Sabar sahaja dengan wanita ini. Sudah beberapa kali saya ketuk dan menjerit akhirnya Mellisa sedar dan membuka pintu rumah. Mellisa melihat saya. Saya merajuk,saya tidak pandang wajahnya.


Pada malam itu juga saya tidur di luar. Mellisa cuba memujuk saya. Tapi saya tidak endah pujukan itu. Mellisa rasa bersalah sangat. Memliki akhlak yang mulia dan didikan agama yang cukup beberapa kali Mellisa meminta maaf kepada saya.


Saya sekali lagi buat tidak endah. Mellisa mahu saya tidur di bilik. Katanya jika saya tidur di luar hatinya rasa sangat bersalah. Saya diam sahaja. Akhirnya Mellisa hilang semangat untuk memujuk saya. Mellisa naik ke biliknya menyediakan saya batal dan selimut berikan kepada saya. Baik sungguh isteri saya ini. Rasa sangat dihargai.


Semasa Mellisa menyediakan selimut dan batal saya. Mellisa sekali lagi memujuk saya. Saya buat tidak endah. Akhir, Mellisa meminta izin supaya dia tidur ruang tamu bersama saya. Saya tidak mengizinkan. Saya suruh dia tidur di biliknya. Isteri saya akur. Mellisa seorang sangat taat dengar arahan saya. Bertambah suka lah saya.


Paginya, Mellisa menyediakan sarapan untuk saya. Saya tidak mahu bersarapan sakit hati semalam masih lagi terluka. Isteri saya pujuk lagi.Beberapa kali Mellisa memujuk saya makan makanan yang dia sediakan. Saya tidak mahu juga dengan hati keras. Mellisa pujuk lagi. Akhir saya makan,tetapi dengan syarat dia mesti suapkan saya.

"Boleh, suapkan abang sebagai hukuman semalam."tawa saya

Mellisa setuju. Dia menyuapkan saya tanpa banyak tanya.

"Sedap, abang?"ucap manja Mellisa.

"Sedap." jawab saya. Saya rasa dunia ini saya yang punya.

"Abang mahu air."ucap saya.

Mellisa beri saya minuman. Saya meminumnya.

"Kenapa tawar ini?.Tidak sedap lah"ucap saya marah sedikit saja.

Mellisa jelas pelik. Mellisa  cuba merasa.

"Tidak abang, manis adalah air tea."

"Hah,ini baru manis!"kata saya penuh manja dan gedik.

Saya minum bekas mulut isteri saya. Mellisa malu. Saya pun malu juga. Selepas itu Mellisa memohon maaf fasal semalam. Saya kata

"Tidak mengapa sayang, salah abang tidak bawa kucin."

Tetapi Mellisa anggap itu salahnya. Isteri saya mahu saya memaafkannya. Jadi saya pun maafkannya

"Baiklah, abang maafkan sayang.."

"Terima kasih abang" jawab Mellisa.

Saya suka sangat!

(Tamat)
(Rekaan)

Tenang Sungai Ada Penunggu

Sebuah Cerpen. Tidak ada kaitan antara yang hidup mahu yang meninggal dunia. Ini adalah rekaan semata-mata. Siapa makan cili dia rasa sedapnya.


"Kita mahu keadilan!!"

Itu teriakkan golongan yang mahu keadilan. Aku tidak pasti apa mereka mahukan. Aku Ahmad. Bekerja sebagai pengawai kerajaan di kementerian Perdana Menteri. Aku berbangsa melayu. Adat resamnya penuh aku jaga. Menikmati sebagai bangsa melayu yang sungguh cerdik,berani dan gagah dahulu. Pernah menawan lautan biru terbentang hingga tamadun asing mahu meminta pertolongan dari bangsa aku.

Aku mahu cerita mengenai sejarah. Jika sebelum kedatangan islam. Apa sahaja kata raja perlu dipatuhi. Dengan kepercayaan mereka adalah dewa-dewa dari agama hindu tidak silap aku. Selepas islam kembali menyinar. Perkatan raja diubah kepada sultan. Seorang Amir yang memerintah sesuatu kawasan atau wilayah.

Ungkapan "Raja Adil Raja disembah,Raja Zalim Raja disanggah" mula digunakan selepas kedatangan islam. Ketaatan bangsa melayu pada sultannya masih kukuh dan kuat mengikut ungkapan itu. Sudah lama aku bercerita mengenai sejarah,berbalik kepada orang-orang tidak dapat pembelaan.

Mereka golongan sonsang. Mereka menuntut kesakmaan gender. Bagaimana itu?Aku pun tidak tahu. Hak-hak asasi selalu dilaungkan oleh mereka. Hak asasi bersuara,hak asasi media,hak asasi kanak-kanak dan sebagainya. Mereka mahu sebebasnya. Aku tidak peduli apa mereka minta,sebab mereka berfikir secara  kebinatangan yang mahu lebih-lebih itu. Kenapa dalam fikiran kebinatangan? kerana hanya binatang sahaja tidak boleh berfikir. Bukan aku label mereka binatang.

Di bumi islam ini mereka mahu hak asasi dari pemikiran tamadun agung yang (konon) sangat terserlah budaya ilmu dan kemajuan. Mereka sebenarnya silap,jangan sangka sungai yant tenang tiada buaya.

Kini permintaan mereka semakin melampau. Mereka mahu menuntu hak mereka sahaja sehingga menganggu hak-hak orang islam di sini. Jika tidak dituntut mereka gelar kerajaan zalim.Padahal amerika yang zalim menindas media jika ada media mengutuk bangsa yahudi itu jahat ditudug anti-semetik jadi di mana hak kebebasan media?

Sudah aku memang tidak tahu berkarya. Aku lebih pada emosi aku yang semakin teruk kerana melihat melayu islam tidak dominan dalam negara sendiri.

(Tamat)
(Rekaan)


Dan Begini

Aku mahu pulang. Rumah keluarga  aku di negeri banyak  negeri itu. Kampung pula di pantai timur. Negeri yang hitam putih yang sedang bangkit keislamannya. Yang sedang tunggu pencetusnya. Tapi aku di sini bukan mahu berbual mengenai kampung aku atau kebangkitan islam di pantai timur itu. Aku hanya bercerita tentang pengalaman aku sahaja. Alkisah.

 Aku tahu. Jika tidak ada hasil-hasil pada hari ini. Mereka berkata aku tidak berguna. Tidak berguna pada agama,bangsa dan negara. Hanya tahu berkata sahaja mereka itu . Mereka hanya tahu bimbing orang sahaja. Tidak pula mereka kata pada diri sendiri.

Melihat aku punyai jiran yang pandai dan jaminan pada masa hadapan melalui pendidikan tinggi yang dia banggakan. Aku tidak bersetuju. Jaminan masa hadapan bukan terletak pada pendidikan yang dilaluinya. Ia terletak pada ilmu. Aku tidak menganggap universiti itu sahaja pusat ilmu atau perpustakaan itu gedung ilmu. Bagi aku ilmu itu luas. Luas sebesar alam ini. Tetapi mendapat akses ilmu perlu pergi universiti itu sahaja.

Jadi, Aku tidak perlu bangga jiran aku punyai anaknya sudah mencapai PhD kerana aku tahu. Ia hanya percapaian individu dalam hal mencari ilmu. Apa aku bangga melihat setiap orang adalah orang berilmu. Mungkin pendapat ini kurang menyakinkan tapi aku pasti jika semua orang berilmu dan bijak berfikir, dunia kita sentiasa penuh dalam kebenaran.

Bangga mereka itu dapat pekerjaan yang jamin masa hadapan. Tetapi lebih besar dari  itu jika masyarakat kita berilmu dan bijak berfikir yang menjamin kebenaran hidup dan menjaga identiti bangsa itu sendiri. Bagi aku manusia yang belajar hanya untuk mendapat pekerjaan seperti  manusia yang meminta-minta. Meminta diberikan pekerjaan. Sebaliknya pula jika seorang manusia itu belajar untuk mendapat ilmu yang boleh membawa bangsanya keluar dari kejahilan dan memberi tahu mereka tentang kebenaran pada masa yang sama dia tahu menggunakan ilmu itu untuk memajukan ekonomi negara adalah manusia yang tahu apa yang dia perlu lakukan. Tidak mementingkan diri

Aku kurang gemar berkata sebegini. Tapi aku harus berkata juga. Jika aku lihat mahasiswa di universiti,lepasan universiti mereka lebih utamakan survival hidup. Mereka bukan mahasiswa yang memikir tentang masyarakat. Ini terjadi kerana negara aku hidup ini dalam dunia kapitalisme. Menuntut modal insan berkualiti bekerja dengan mereka untuk terus hidup sehingga bersara.

Sudah lama aku membebel. Aku mahu balik kampung aku. Menikmati Nasi Lemak Satu Ringgit Setengah dari duduk kota raya yag hilang sifat kemanusiannya. Semoga jiran aku itu berjaya dalam hidupnya dipergunakan oleh golongan permodal.

Mungkin ada orang melihat sama dengan aku melihat,mungkin ada tidak melihat apa aku melihat dan mungkin ada orang tidak setuju apa aku katakan. Aku tidak peduli semua itu. Janji perjalanan hidup aku,aku tahu apa yang lebih baik dari sedia ada sekarang.

Begini la Alkisah.

(Tamat)
(Rekaan)

Sudut Sunyi

Rumah keluarga aku sedang baiki bumbungnya. Upah orang lain 38 ribu ringgit untuk memperbaikinya. Dari duduk aku di situ aku melihat dunia tidak pasti apa aku mahu cari.

Terfikir juga aku dari persoalan "desakan" itu. Bagaimana remaja dan lepasan universiti hidup? Aku ramai kawan dari kalangan kelompok itu. Mereka juga seperti aku. Mencari sesuatu tidak pasti. fikir aku

"Apa yang tidak pasti?."soal diri yang juga aku tidak pasti soalan aku ajukan pada diri sendiri.

Ramai dari kelangan mereka berkarya. Mencari sudut sunyi yang mereka juga tidak tahu dimana. Dimana?
Ia kekosongan di jiwa. Jiwa yang sepi. Jiwa yang perlukan sesuatu. Ia bukan mahu jadi jutawan miliki harta yang melimpah ruah.

Tetapi sesuatu yang tidak pasti. Apa objek yang tidak pasti itu mahu memenuhi sudut sunyi dan juga tidak pasti di mana sudut sunyi berada. Bagaimana kita mahu hidup jika kita tidak tahu di mana perakhiran hidup ini. Aku mula berfikir. Melihat pandangan hijau di rumah keluarga aku.

Milhat pepohon hidup menghijau di taman aku. Aku tahu apa tujuannya ia hidup. Dimana ia berasal dan dimana ia di kembalikan. Semua pepohon itu hidup aman dan bahagia di sinari mataari dengan saksama. Tapi bumi yang dipijak sahaja yang membawa ia kepada kematian.

Ya, Aku fikir sesuatu. Sudut sunyi yang aku tidak pasti itu. Mungkin aku beri kehidupan saksama oleh tuhan tetapi tanah yang aku pijak ini berlainan dengan orang-orang yang bahagia dan menemui sudut sunyi yang aku maksudkan itu.

Bagaimana aku mahu keluar dari tanah ini?. Tanah tidak sihat dan boleh membawa kematian kepada pepohon sedangkan adil dari pemberi tuhan kepadanya.

Mungkin aku sekarang berada tanah larangan tuhan. Tanah menjauhkan aku dengan-NYA. Tanah membawa aku ingkar,sombong dan akur di permukaan tanah ini. Jadi aku perlu mencsri tanah lain. Berhijrah ke tempat baru.

Aku keluar dari tanah lama aku. Bukan tanah tempat tinggal aku dan rumah keluarga aku. Aku tinggal dunia lama aku. Mencari sudut sunyi yang aku sendiri tidak pasti. Di mana ia berada?

Jika aku mahu mencari tanah bahagia aku perlu ikut orang yang pernah sampai di sana. Bagaimana aku mahu mencari orang pernah sampai di sana. Memang dalam dunia orang lain pernah sampai tanah bahagia itu. Aku perlu aku lakukan aku perlu yakin yang aku berjumpa orang seperti itu.

Aku sesat dalam kebinggungan sudah sekian lama aku fikirkan mencari tanah bahagia. Melihat aku masih terpinga-pinga aku berehat sebentar dari memikirkan hal itu.

Aku dapat pengalaman dalam pencarian itu walaupun aku dalam kebinggungan. Sudah lah. Lihat matahari itu masih bersinar dan pencipta masih memberi saksama. Aku yakin tuhan menolong keluar dari tanah sepi.

Jiran Kaya

Aku tinggal di taman. Dikelliling bandar yang pesat membangun. Tidak sehebat Kuala Lumpur mahu Iskandar Malaysia. Hanya sebuah daerah di bawah kerajaan Pakatan Rakyat. Bangga aku sebahagian warga di bandar ini berdekatan dengan Kuala Lumpur dengan dunia kapitalisme-nya.

Jiran aku seorang perniaga pasar besar di daerah aku ini. Aku tidak pasti apa perniagaan yang dijalankan olehnya. Tapi apa yang aku pasti pekerjaannya ramai mahasiswa lepasan universiti tidak mahu lakukannya. Mungkin ada mahasiswa di lepasan universiti mahu, tapi mungkin diselubungi perasaan malu.

Pada pagi biasa aku keluar mahu bersarapan. Menikmati nasi lemak dan teh tarik. Rindu juga aku dengan Nasi Lemak Satu Ringgit Setengah air tangan gadis perwatakan cantik itu di kampung aku. Aku lalui jalan jiran aku maksudkan itu. Pada mulanya jiran aku ini hanya memandu motor EX5 sahaja. Berbaju lusuh dan seluar slack. Memandu motor bekerja untuk menyara keluarga.

Isterinya aku perhatikan seorang yang taat pada suaminya. Bertuah aku jika miliki wanita perwatakan seperti itu. Aku tidak ekori jiran aku memandu motornya ke tempat kerja. Aku hanya memandu ke restoran berdekatan kerana mahu nikmati makanan kesukaan aku dan hadapi hidup dengan pandagan aku sendiri.

Hari demi hari,bulan demi bulan. Sedang aku bergelut mencari matlamat aku dan kerjayaan hidup aku. Aku melihat  jiran aku sudah milik kereta ford ranger. Terkesima aku. Sungguh tidak aku sangka bagaimana jiran aku boleh miliki kereta sebegini. Jiran aku seorang berbangsa bangladesh dan isteri berbangsa melayu.

Aku pernah baca kisah pengasas Genting Highland itu Tan sri Lim Goh Tong dalam buku "Cerita Saya" edisi bahasa melayu. Aku panggil kata nama "beliau" kerana penghormatan aku padanya. Beliau berasal dari China. Aku tidak pasti wilayah mana.  Tibanya di Tanah Melayu. Beliau tiada apa-apa. Jadi beliau berusaha melakukan sesuatu untuk berjaya.

Aku tidak mahu bercerita panjang tentangnya. Bacalah bukunya bagaimana beliau mencari peluang perniagaan. Sungguh aku kagum. Berbalik ke alam realiti. Jiwa aku sedang bergelut. Apa aku mahu lakukan di dalam hidup ini. Walaupun sudah miliki segulungg ijazah di tangan dalam bidang bukan yang minat kerana terpaksa pergi kerana jaminan aku berjaya dalam hidup. Itu sangkaan ibubapa aku.

Berbalik cerita jiran aku,dia boleh berjaya di negara aku. Aku fikir kenapa jiran aku boleh berjaya. Aku fikir sepanjang masa hingga aku membawa ke malam hari. Aku melayari internet pada malam itu selepas penat bekerja sebagai MLM. Aku mahu merehat minda dan menambah ilmu sedikit pada malam itu. Aku buka satu laman web motivasi. Penulis itu menceritakan tentang kisah Tan sri Lim Goh Tong juga. kata penulis itu

"Banyak imigrasi berhijrah ke negara orang lain akan berjaya...."

Aku pelik dan hairan. Perlu aku pergi ke singapura untuk berjaya?. Kenapa aku kata singpaura sahaja?Mungkin negara paling maju di asia tenggara. Kata penulisnya lagi.

"Di sana,mereka sebatang kara. Tidak ada apa-apa. Tetapi desakan sahaja menolak mereka untuk terus hidup dan berjaya dalam negeri orang dan mereka sememangnya berjaya."

Aku gaman. Perkataan "Desakan" itu. Aku fikir semula. Apa desakan aku untuk terus berjaya?. Aku sebagai berbangsa melayu miliki banyak bantuan kerajaan. Aku tidak rasa terdesak untuk menikmati kerjayaan itu untuk terus hidup kerana aku selesa begini. katanya penulis lagi.

"Tan sri Lim Goh Tong adalah contoh terbaik,beliau beri inpirasi kepada semua yang untuk terus berjaya. Saya amat mengaguminya. Walaupun tidak pendidikan tidak tinggi seperti mahasiswa lepasan universiti dengan penat lelah belajar tapi akhir bekerja makan gaji. Beliau berjaya percaya pada diri untuk berjaya dan desakan dirinya untuk berjaya di bumi orang.

Berbalik kepada jiran aku. Sekarang jiran aku miliki dua buah kereta Hilux toyota. Memang mengagumkan. Desakan untuk terus hidup membuatnya mencari rezeki bersungguh tanpa kenal erti apa itu kekurangan. Ak masih dalam zon selesa. tiada apa yang mahu aku terdesakan untuk berjaya. Perasaan selesa dengan keadaan begini membuat aku tidak nampak peluang perniagaan yang terhidang di luar sana.

(Tamat)







Monday 23 April 2012

Nasi Lemak Satu Ringgit Setengah.

Aku lapar sekarang. Lihat jam tangan baru tujuh pagi. Aku fikir mahu makan nasi lemak. Lihat di luar sungguh tenang. Hari ahad memang tidak ada orang keluar. Hanya kedengaran burung menyanyi dan awan lembut.

Indah sungguh,jarang aku dapat rasa begini. Kerja enam hari seminggu. Mula kerja pagi hingga ke petang tidak sempat melihat keindahan ciptaan Allah ini.  Aku berjalan tidak mahu menaiki kenderaan. Membazir minyak sahaja jika aku memandu kenderaan hanya mahu bersarapan pagi. Rugi juga jika aku tidak menghirup udara tenang di pagi ini.

Warung haji Salleh memang mendamaikan. Pakcik tua  bersara menghirup air teh tarik dan mengkenyangkan perut mereka dengan sekeping roti canai. Sudah lama tidak merasai begini. Di kota jika begini, bunyi indah khabar dari rupa sahaja. Kenderaan yang sibuk melingkari laluan jalan raya kota mencemarkan bunyi pada telinga aku. Tetapi di sini,sama aku katakan tadi hanya burung dan awan lembut sahaja yang memecah kesunyian pagi ini.

Nasi lemak makanan kegemaran aku. Nasi Lemak Satu Ringgit Setengah adalah nasi lemak paling sedap aku rasa. Bau nasi yang bersantan,sambal buat lidah aku meleleh,telur yang lihat segar dan ikan bilis seperti kelihatan berhias.

Nasi Lemak Satu Ringgit Setengah aku hanya gelarkan sahaja. Orang kampung sini memanggil Nasi Lemak Haji Salleh. Tapi nasi lemak ini bukan haji Salleh buat. Nasi lemak ini ditempatkan di warung haji Salleh. Gadis perwatakan cantik yang selalu tiap-tiap pagi aku memerhatikannya bawa bungkusan nasi lemaknya ke warung haji Salleh.

Sedap nasi lemak seperti sedap mata aku memandang perwatakan gadis muda itu. Aku curi-curi dengar sahaja nama gadis itu Syifa. Tidak berani aku bertanya padanya.

"Wahai Syifa, cantik engkau di sana,di sini aku menikmati air tangan engkau yang sedap" ucap aku sendiri.

Aku bukan lelaki mata wanita. Aku hanya memuji dan mengagumi masakannya. Di kota, aku ingin mencari bakal isteri aku. Wanita idaman aku sudah tentulah pandai memasak. Hasil pencarian aku tidak kesampaian. Ramai wanita sana hanya tahu belajar dan kurang mengambil berat persediaan ke fasa perkahwinan.

"Aduh,bagaimana ini?"soal aku sendiri.

Aku sudah semakin berumur. Bukan aku cerewet mencari jodoh. Aku hanya cari yang boleh aku hidup bersamanya. Nasi lemak gadis cantik perwatakannya itu membuat aku rasa muda dengan Nasi Lemak Satu Ringgit Setengah. Dahulu ibu aku sering beri sarapan aku dan adik-beradik dengan hanya nasi lemak sahaja. Ini kerana nasi lemak ini sedap seperti masakan ibu aku. Mengimbau kembali masakah ibu seperti seolah-olah di zaman dulu dan kini aku rasa muda.

Usia gadis itu 23 tahun. Aku 30 tahun. Aku tidak peduli apa orang katakan kepada aku. Aku mahu memikatnya supaya menjadi isteri aku yang sah. Bukan aku memikat untuk buat ujikaji bercinta antara gadis kampung dan bandar.

Bagaimana aku tahun umurnya?. Mudah sahaja. Zaman semakin maju. Orang kampung sekarang sudah bijak menggunakan internet. Setiap Nasi lemaknya sudah tertera kata kunci akaun Fcebook. Ya,selain cantik perwatakan,pandai memasak juga bijak dalam mengembang bisnes. Semakin lengkap dia menjadi ciri-ciri wanita idaman aku.

Sudahlah aku selalu berangan-angan sahaja di sini. Tindakan perlu aku buat. Impian mesti jadi kenyataan. Usia semakin berumur tidak mahu aku melepaskan peluang pertama kali kerana aku mahu memiliki Nasi Lemak Satu Ringgit Setengah yang sungguh sedap lagi memuaskan itu.

(Tamat)

"Bab peleraian bagaimana?Anda ada fiikir sesuatu yang bersifat kuning?Jika tiada,bagus!"
 

Sunday 22 April 2012

Pemilihan Tajuk.

Segelas Air Berisi Separuh Penuh.

Tajuk di atas di pilih adalah perumpamaan. Jika anda melihat segelas air berisi separuh. Apa jawapan anda?.
Separuh penuh atau separuh kosong. Hidup kita akan kita hadapi dengan pelbagai perspketif. Bersikap positif atau negatif akan ada lingkaran kehidupan kita.

Jadi pemilihan tajuk di atas mengambarkan sikap penulis. Bersangka baik. Bukan mahu akan bangkul sendiri. Bila orang datang rumah kita. Biar mereka lihat perkara baik-baik sahaja.

Jadi,Anda bagaimana?

Assalammulaikum.