Thursday 28 June 2012

Ada Makna Sebalik Cinta Ilahi.

Bumi berputar, penduduk bumi merasa siang dan malam. Di semenanjung tengah, suasana masih cerah tapi redup. Bunyi burung menyanyi, tanda petang menyejuk. Persekitaran alam mampu membawa rahmat kepada kehidupan haiwan dan tumbuhan. Tidak hati manusia. Tidak ada tanda waktu siang dan malam. Hati kadangkala, beredar mengikut situasi tanpa kawalan mutlak akal.

Begitu, pada diri Najwa. Duduk bersendirian di bilik. Situasi yang berlalu tadi menghentak hati. Najwa mengetap bibir, merenung ke jendela. Kening kanan diangkat berfikir situasi lepas. Najwa mengusap-usap bahu kanan.

'Kenapa Allah, kenapa aku hadapi begini,' monolog diri

Apa daya dirinya untuk terus menghadapi ujian ini. Duduk berseorangan, matahari sudah di kepala langit. Libasan angin diputarkan kipas memecah kesunyian. Azan mahgrib sudah berlalu, hanya diri tidak berlalu dari tempat asal. Cahaya memulas tombol pintu. Dapati Najwa duduk kaku di katil. Cahaya tidak sedari dari awal kepulangan Najwa kerana sedang tadi tidur di bilik.

"Kenapa kau wahai Najwa? Allah memanggil kau menunaikan tanggungjawab tapi kenapa masih kaku di situ?"

"Kenapa Allah buat begini pada aku, Cahaya? Kenapa perniagaan aku musnah di telan ribut. Apa salah dosa aku? Bukan itu sahaja Cahaya, ibu aku itu. Ada penyakit. Bagaimana mahu sembuh penyakit jika perniagaan aku begini jadinya."

Cahaya mengeleng-geleng kepala. Hati istighfar berulang kali.

"Wahai Najwa, kenapa kau sebut sebegitu sekali. Adakah cinta kau pada Ilahi semakin kurang jika dilanda dugaan?"

Najwa tidak menjawab. Mengetap bibir dan mengerut dahi. Malam menjelma. Kehadiran matahari di barat merancak kehidupan di sana. Sedang hati tidak sebegitu. Kekaburan dan kemalapan cahaya Ilahi buat kehidupan Najwa dilanda dugaan yang sedikit. Tafsiran akal menafsir besar dan hebat. Sedang jiwa beriman, makin bertambah iman.

"Bagaimana Cahaya aku mahu hadapi sekarang ini. Aku sayang pada Allah dan mencintainya. Tapi kenapa cinta aku tidak berbalas, Cahaya?"

"Sedarlah, wahai Najwa. Cinta kau pada Allah bukan seperti cinta kau pada manusia. Percayalah kata aku, Allah sayang pada kau Najwa, bagaimana kau sayang dan cintai Allah dalam istilah lain 'beriman' sedangkan kau belum diuji. Jadi ini adalah ujian Allah menguji ketaatan kau padan-NYA." jelas Cahaya panjang.

Tersentak Najwa. Akhirnya, air seorang wanita gugur. Sedang gugur air-air di pipi kemerahan. Akal Najwa terus mengasak. Penafsiran akal Najwa tidak menerima pendapat Cahaya sedangkan hati sungguh gembira.

"Tapi Cahaya, Hati aku bertambah tenang setelah mendengar kata-kata kau. Sedang akal bertambah rungsing memikirkan langkah seterusnya." rayu Najwa.

"Najwa. Kebenaran akal hanya menerima logik dan rasionalisme. Percayalah, ada hikmah sebalik semua ini. Kau tahu apa gunanya orang-orang yang berfalsafah? Untuk mencapai Hikmah atau kebenaran hakiki. Mereka digelarkan Ahli Falsafah. Hikmah adalah sinonim dengan kebijaksanaan, sebab itu masyarakat memandang tinggi pada ahli falsafah kerana bijaksana. Adakah kau wahai Najwa bijaksana orangnya untuk menyelesai dan menghadapi semua cabaran mendatang?"

Tergaman Najwa. Nafas Najwa turun naik. ketap bibirnya. Najwa memeluk Cahaya.

"Kau Cahaya, sebagai penawar aku. Patut ibubapa kau menamakan kau Cahaya. Kerna diri kau memberi Cahaya Cinta Ilahi."

Cahaya mengusap-usap tubuh belakang Najwa.

"Usah kau berkata begitu Najwa. Hanya kau perlu mengingati satu perkara sahaja. Ada makna sebalik cinta ilahi itu. Makna yang berebut di cari oleh ahli falsafah. Tanpa kira timur dan barat. Walaupun tidak beragama islam, mereka mencari hikmah. Mahu mempercayai dan mengenali tuhan yang esa

Mereka tidak beriman tapi mengapa mencari? kerana mereka sudah nampak hikmah dalam penafsiran akal mereka. Percayalah Allah kehendaki pada siapa Allah mahu berikan Taufik Hidayah. Tapi kau Najwa perlu bersyukur kerana kau beragama islam beriman pada Allah. Hanya perlu langkah kehadapan mengapai cinta teragung-NYA."

Sambung Cahaya lagi,

"Sesungguhnya Najwa. Setiap manusia akan hadapi cabaran. Berpunca pada kelemahan diri. Jadi, perlulah kau berusahan meningkat diri dengan ilmu. Ingatlah Najwa, ilmu bukanlah segulung kertas ijazah. Ilmu pengetahuan itu sendiri adalah informasi dan kemahiran, tapi ilmu akan jadi milik kita jika memberi kesan makna pada akal dan diri kita, bukan kita miliki ilmu dengan segulung kertas.

Usah, pedulikan jika kau pelajar kurang cemerlang, hanya dibataskan dengan perbezaan markah. Ingat Najwa, pengamalan ilmu itu, bukti kau miliki ilmu itu bukan markah menjadi ukur ilmu kau di dada. Sesungguhnya amalan kau akan di lihat oleh Allah s.w.t."

Dalam pelukan yang lama itu Najwa mengangguk. Pelukan Najwa makin kuat, tenaga kekuatan Cahaya mengalir merangsang akal dan hati Najwa. Sesungguh Najwa bersyukur akan kawan Allah berikan padanya.

Najwa yakin apa yang berlaku pada hari ini dan hari sejarah lepas, sebenarnya ada makna sebalik cinta ilahi, adalah untuk menpercayainya sesungguh pertolongan Allah itu sangat dekat.

(Cerpen pendek ini, adalah dedikasi kepada Najwa Masri dan Cahaya Berharga. Harap Najwa dan Cahaya, merasa mesej cerpen ini yang saya cuba sampaikan.)

Tamat.




Wednesday 20 June 2012

Ayah, Keluarga, Dan Ibu, Kusar.

Ikram sedang memerhatikan ayah membaca surat khabar. Ikram masih mentah. Baru usia lapan tahun. Ikram mahu member ucapan Selamat Hari Bapa. Tapi hatinya malu, kerana ini kali pertama Ikram mahu memberi ucapan itu kepada ayah. Ikram melangkah perlahan, sedang itu juga jantung berdegup laju. Ikram menyeka peluh di dahi. Lalu berkata,

"Ayah Ikram mahu buat ucapan pada ayah, boleh?"

Kusar perhatikan anak itu. Fikiran berpusing memikirkan ucapan apa Ikram mahu sampaikan. Lalu Kusar berkata, 

"Ucapan apa? Setahu ayah hari jadi ayah lama lagi."

Ikram tersengih-sengih. Hati telah diberi suasana nyaman, jika sebelum ini gusar seperti mekanikal enjin yang rosak.

Jawab Ikram, "Selamat Hari Bapa, ayah!"

Lebar senyum Ikram, lalu Ikram memeluk ayah dan mengusap-usap belakang ayah. Kusar seperti di panah petir tindakan Ikram itu. Ikram menangis dalam pelukan itu. Kusar mencari jawapan, terfikir Ikram babakan-babakan drama dan filem melayu kasih sayang seorang anak kepada bapa akhirnya anak itu meninggal dunia akibat penyakit kanser.

Berkata Kusar, "Kenapa sayang begini? Selalu ayah melihat Ikram ceria saja."

Mengalir airmata Ikram dengan deras yang tidak ternilai kepada Kusar. Sebagai seorang ayah, hati sedang diusik dan dibelai oleh airmata Ikram itu. Fikiran Kusar diusik tangan-tangan ghaib yang cuba membawanya ke masa silam.

Ikram menjawab, "Sebenarnya ayah, Ikram menangis kerana Ikram mendengar perbualan ayah dan ibu."

Tergaman Kusar, apakah perbualan yang didengar oleh Ikram? Sesungguhnya tumbuh banyak persoalan di minda Kusar seperti cendawan tumbuh selepas hujan. 

"Ikram mendapat tahu dari perbualan ayah dan ibu yang ayah tidak pernah dapat kasih seorang ayah. Jadi, sekarang saya mahukan kasih sayang itu dari ayah, tidak mahu sejarah berulang lagi."

Tergaman Kusar sekali lagi. Sungguh, perbualan itu mahu dirinya merahsiakan dari sesiapa jua. Namun, anak kecil ini telah tahu. Kusar melebarkan senyumannya ke telinga. Mata bersinar dan sedikit kemerahan, hatinya seperti ditekan mesin hidraulik. Fikiran melayang kembali zaman silam, ingatannya seperti dicucuk-cucuk oleh jarum tajam panas.

Berkata Kusar, "Ya, ayah sayang Ikram, janji pada ayah, Ikram jadi orang berguna."

Wajah Ikram sedikit berkerut mendengar kata-kata yang keluar dari mulut ayah. Berkata Ikram,

"Kenapa jadi orang berguna ayah? Ustaz Ikram kata kepada Ikram jadi orang berguna hanya kepada ibubapa."

Senyuman Kusar nampak giginya. Jawab Kusar, "Ya, memang betul sayang, jika jadi orang berguna kita berguna kepada semua orang. Bukan hanya kepada ibubapa sahaja. Terima kasih Ikram bagi ucapan itu kepada ayah."

Lalu Ikram mengusap-usap kepada anak kecil itu. Darah dagingnya sendiri.

***

Kusar mengajak Ikram keluar bersamanya ke rumah ibu Kusar. Kusar akan melawat ibu pada setiap bulan. Ibunya bersama ayahnya. Seorang ayah yang tidak pernah memberikan kasih sayang pada anak lelakinya.

Ikram memandang wajah ayah yang sedikit gusar. Kadangkalanya perlakuan Kusar sedikit kehairan. Wajahnya berpeluh dan kakinya digoyang-goyangkan. Kusar mengusap-usap lembut tangan isterinya. Kelihatan wajah isteri Kusar sedikit kemerahan. Isterinya tempat Kusar mengadu masalah. Seorang isteri yang setia. 

Sehingga tiba rumah ibunya, Kusar. Kusar mengucapkan salam. Disambut salama dengan pasangan suami isteri. Ayah dan ibunya Kusar sudah bersedia awal lagi bagi menyambut kedatangan anak soleh mereka, yang selalu melawat mereka berdua setiap bulan.

Ikram member salam, "Assalammualikum, Nenek dan Atuk."

Salam itu disambut dengan senyuman lebar sehingga terserlah gigi palsu bersih mereka berdua. Jawab Nenek,

"Ikram! datang juga kamu ini. Jarang jumpa dengan Nenek dan Atuk di sini."

Ikram cuba bina senyumannya ternyata senyuman tidak lebar hanya kerana wajah yang berbaur kemurungan. Ikram berkata,

"Hari ini tiada kelas tambahan."

Kusar mendengar kata-kata Ikram. Jelas Ikram seperti tidak berminat mahu berbual dengan Nenek. Kusar memeluk Ikram, lalu didukungnya. Soal Kusar,

"Kenapa Ikram begini?"

Ikram menjawab, "Tidak ada apa abah, cuma Ikram kecewa hari ini tiada kelas tambahan.."

Ibu Kusar memanggil mereka sekeluarga untuk menjamah makanan di dapur. Setelah mengemas bilik untuk tidur di rumah selama dua hari tiga malam Kusar keluar mendapat ibunya, Fatimah. Kelihatan ayah sedang membaca surat khabar seperti biasa sejak tinggal di estet dan sekarang tinggal di rumah banglo besar hadiah dari Kusar sendiri.

Berkata Fatimah, "Abang, tidak usah lah baca surat. Anak kita itu, layanlah dia."

Sulaiman hanya mengganguk-angguk sahaja, tidak peduli kata-kata isterinya. Kusar dari tadi sudah tiba di meja makan, tetapi tiada reaksi oleh ayah walaupun sudah ditegur oleh ibu. Kusar dan ayah seperti renggang sahaja hubungan mereka. Lalu berkata Fatimah menyerikan keadaan,

"Buat apa sekarang Kusar?"

Kusar menjawab dalam keadaan hairan, "Buat apa lagi ibu? Seperti biasa syarikat semakin maju."

Kata Fatimah lagi, "Sahaja ibu mahu tahu, lihat kamu asyik senyap sahaja dari tadi, kenapa?"

Kusar tersentap mendengar kata-kata ibunya, lalu Kusar menjawab,

"Tidak lah ibu, Hanya mengingati kembali zaman silam."

Mata Sulaiman yang sedang khusyuk tadi membaca keratan akhbar, memanah anak mata kearah Kusar, Kusar tergaman, hati sudah timbul merasakan keletihan menjiwai peristiwa-peristiwa lama. Sulaiman menelan air liur, memandang wajah isterinya yang dari tadi sibuk mengemas dapur.

Fatimah senyum kearah suaminya. Lalu berkata.,

"Tidak usahlah kau Kusar mengingati kisah-kisah lama. Ayah kau pun ada di sini."

Kusar mengukir senyuman, tapi senyuman yang dibuat-buat mahu menjaga hati ibunya. Jawab Kusar,

"Tidak mengapa, perkara lama semua itu ibu."

Ikram dan ibunya tiba di dapur. Ikram duduk disebelah Kusar. Isterinya duduk di sebelah Fatimah. Suasana sedikit tenggang, tetapi tidak diketahui oleh Ikram dan ibu. Persekitaran dapur rumah banglo timbul pelbagai perasaan. Ikram dan ibunya hanya mahu menjamah makanan yang di sedia oleh Fatimah. Kusar bersama Fatimah dan Sulaiman di isi dengan emosi silam yang mengigit.

Ikram menjamah makanan, Ikram memandang ayah yang sedang makan, wajahnya sedikit gelisah walaupun ayah cuba kelihatan tenang, tapi wajah tidak boleh menipu dirinya walaupun umurnya masih lapan tahun.

Berkata Ikram,

"Kenapa wajah ayah kelihatan gelisah?"

Tergaman Kusar suara itu yang datang dari anaknya. Sekali lagi Sulaiman merenung Kusar. Kusar tersenyum lebar walaupun dalam emosi mengigit.

Kusar menjawab dengan senyuman lebar, "Tidak apa, sedap makanan itu?"

Ikram menganguk-angguk. Ikram berkata,

"Atuk pandai masak?"

Tergaman semua mereka berada di situ. Soalan itu, meletakkan Kusar dalam mesin masa untuk kembali ke zaman silamnya tinggal di estet. Kusar cuba mengawalnya, badan mengigil seperti kesejukan. Tanda marah atau takut akalnya buntu untuk perjelaskan

Sulaiman mengukir senyuman di bibir hitamnya. Berkata Sulaiman,

"Atuk memang pandai."

Lalu mata Sulaiman merenung kearah Kusar. Kusar yang merenung wajah sejak dari tadi, memaling wajah kearah isterinya. Isterinya mengukir senyuman, tanda sokongan moral untuk Kusar bertahan di meja. Berkata Ikram,

"Jika begitu, ayah ucap lah Selamat Hari Bapa kepada Atuk."

Ibunya mencebik Ikram, Ikram terkesima perlakuan ibunya. Kelihatan Kusar sudah panik dan jantung berdebar menanti gugur. Fatimah cuba mengalih tumpuan, berkata Fatimah,

"Tidak perlu Ikram, sebab hari-hari adalah hari bapa. Tidak perlu kita sayangi keluarga kita pada hari Bapa sahaja kita ucapkan Hari Bapa, sepatutnya kita ucapkan kebaikan pada ibubapa kita dengan kebaikan pada mereka setiap hari."

Fatimah memandang wajah menantunya, menantunya hanya mengganguk-angguk tanda setuju dan mengukir senyuman lebar hingga ke telinga, percubaan untuk mengalih perhatian seperti media massa perdana di Malaysia sering lakukan.

Ikram hanya mengganguk-angguk sahaja. Tiada bantahan di wajahnya, ibunya mengusap-usap lembut ubun kepalanya. Pujian diberi oleh ibu kerana tidak melawan kata-kata orang tua dari usianya.

Kusar cemas, hati mahu sahaja berterus terang. Diri sudah memaafkan kisah lalu. Kisah ayah yang sering tidak sayang padanya, hanya menyayangi along dari dirinya. Kerana along seorang sahaja dalam keluarga Kusar memiliki ijazah Doktor Perubatan menjadi kebanggaan seluruh kampung dan bangsa ketika itu. Tetapi dirinya tidak miliki apa-apa, belajar pun tidak habis.

Sudah ditakdirkan. Along menderhaka kepada ayah dan ibunya. Tidak mengaku mereka ibubapanya kerana mereka miskin. Kusar ketika itu, terserlah harapan ibubapa kepada Kusar. Sehingga sekarang Kusar menjaga mereka berdua dengan baik dengan menempatkan mereka di rumah banglo empat tingkat dan keluasan rumah banglo ini tujuh padang bola sepak sukan Olimpik.

Walaupun begitu, hubungan dirinya dan ayah masih tahap muram. Ayahnya tidak menyayangi kerana Kusar kerana tidak memiliki ijazah untuk dibanggakan seperti abangnya Kasir.

Sedang ibu, isteri dan anak kecil sedang nikmati makanan di meja makan. Ayahnya pula nikmati surat khabar. Kusar bermonolog kecil pada dirinya, berkata Kusar,

"Mungkin ini masanya."

Kusar bangun dari tempat duduknya. Mata-mata manusia yang disayangi Kusar kecuali ayah memerhatikan tindakan Kusar itu. Kusar melangkah dan menuju kearah tempat duduk ayahnya. Lalu Kusar duduk di sebelah ayah. Jantung Sulaiman berdegup laju. Ini kali pertama anaknya duduk di sebelahan sejak dirinya abangnya Kasir berjaya memiliki Ijazah Perubatan dari Ireland. Kusar memeluk ayahnya dan berkata,

"Kusar sayang ayah, walaupun Kusar tidak ucapkan hari-hari sejak Kusar dilahirkan di dunia, tapi hari ini Kusar ucapkan, Selamat Hari Abah ayah!" Kusar mencium pipi ayahnya dan memeluk dengan penuh bertenaga seperti tidak pernah berjumpa sejak 50 tahun dahulu.

Mereka yang berada di situ, tersentuh. Mengalir airmata kesedihan bercampur kegembiraan. Jelas akal keliru perasaan itu. Sulaiman juga turut tidak berkecuali. Kali pertama dirinya menangis di depan anak kedua, Kusar. berkata Sulaiman,

"Terima kaish, anakku, Ayah tidak sedikit pun membenci kau dan Ayah mohon maaf."

Fatimah, menantunya dan cucunya. Bangun dan menuju kearah mereka turut bersama memeluk kasih keeratan di hadapan rezeki. Mungkin sudah tertulis.

(Tamat.)

Monday 4 June 2012

Berguru.

Assalammulaikum!

Sudah lama saya tidak mengemaskini blog ini. Mohon maaf pada sesiapa yang mengikuti perkembangan blog saya. Saya bukan menghilangkan diri. Dulu beberapa minggu lepas saya sibuk belajar teknik-teknik penulisan. Tapi saya gagal. Bukannya gagal teruk. Maksud saya di sini, saya tidak berjaya meningkat tahap penulisan saya.

Bahan-bahan belajar pun hanya pada buku. Tidak bertanya kepada guru. Jadi, saya telah menyertai kursus penulisan novel kreatif online. Kursus ini saya harap dapat membantu saya selaku penulis sepenuh masa. Hari ini 4 jun 2012 adalah hari pertama. Boleh tahan, tapi saya tidak puas. Bukan tidak puas perkhidmatannya. Cuma ilmu itu saya tidak puas. Sedikit sahaja hari ini. Mahu banyak!. Hehe.

Saya mahu menyedut sebanyak mungkin ilmu yang ada pada guru saya. Harap dapat baiki lagi penulisan saya. Untuk itu, saya cuba menulis puisi-puisi. Hnaya mencantikkan blog ini. :D.

Segala memang mencabar. Untuk bertahan di dunia penulisan ini. Bukan orang menghalangnya. Batin ini terasa sepi. Itu sahaja. Tapi tidak mengapa. Sejarah pernah berkata "Kita bertahan, kita berjaya!"

Puisi: Kaya Di Hutan

Ternyata lah
Dunia ini seperti hutan.
Emas dan perak tiada gunanya.

Tawakal pada Allah.
Maha Pemurah dan Pemberi Rezeki.

Ikhtiar hidup
Keutamaan diri.