Tuesday 31 July 2012

Penat

Assalammulaikum,

Minggu lepas dan dicampurkan minggu ini membuat jari-jemari saya penat dan letih. Begitu juga otak. Oleh demikian saya jarang online.

Karya baru akan menjelma.

InsyaAllah. :D

Saturday 21 July 2012

Untuk Mereka Yang Bersedih


Untuk Mereka Yang Bersedih.

Sedih,
Perkataan yang sering diucapkan.

Tapi jangan bersedih, aku mengerti
kesakitan, kekurangan, penderitaan, walaupun
aku hanya merasai kekurangan tidak lebih.

Lalu aku menutupi kekurangan itu dengan mengingati kesyukuran.
Kerana aku tahu, tiada kesakitan atau penderitaan aku tanggung.
juga sekiranya ada orang lain senasib denganku, mereka ada kelebihan apa mereka tidak ketahui.

Jangan bersedih,
Rasa syukur mengubatnya. Walaupun aku tidak dapat aku hajatkan,
Tetapi aku syukur, kerana ada lebih besar aku perolehi,
iaitu kesihatan.

Aku miliki fizikal yang cukup dan akal yang waras.
Lalu aku boleh berkerja keras untuk mendapatkan beras.
Dan semuanya itu beres.


Jangan bersedih....

Sebut Namamu Dalam 21

70 kali aku panggil
Ketap bibir kau.
Lalu aku menjerit
70 kali aku menjerit
Tetap ketap bibir kau.

Kemudian aku merayu,
70 kali aku merayu
Muncung bibir kau.

Akhir terserah badan, bernyawa jasad,
dipancarkan cahaya sakti buta,

Ini bukan sihir, ini ilusif cinta dikuasai penaja nafsu.
Sekiranya begitu, tunggu angka 21 aku nikahi-mu

Terserah gunung dan lembah-lembah basahan
kepada ketua yang diundi oleh-mu

Cinta Bertaburan

Di mana sahaja cinta berada
Tersebar luas oleh naluri manusia.

Meresap pada mereka yang mahu lalu
mengauli menjadi organik

Menyuburkan jiwa sengsara.
Menceriakan hidup kekurangan.

Sepasang mata dihiasi cinta, kerana cinta
mahu hidup sebentar kerana cinta yang asli ada
di sana.

Cinta itu adalah kelasan menengah, kerana ia bertaburan
seperti tiada nilai lalu meresap pada mereka yang mahu

Sedangkan cinta asli, tidak bertaburan.
Hanya menyandar pada-NYA mengalir
sejuk-sejuk cinta  lalu terpulang memberi taburan itu kepada mereka yang mahukan.



Layar Nafsu-Cerpen Pendek

Haikal termangu-mangu memikirkan nafsunya yang kuat. Menghentak kepala bagi mengetuk pintu neraka. Hampir-hampir terkuak pintu itu, tetapi syukur pintu itu sudah dikunci, dengan cara yang halal. Sungguh bernasib baik.

Ombak tinggi di lautan bukan calang-calang dikemudi oleh seorang ketua. Sedangkan pembantunya pula tidur nyenyak, walaupun keadaan kapal hampir terbalik dipukul papan-papan ombak dan tumbuk-tumbukan angin. Tidak pula mengerakan kapal ke hadapan. Haikal pula binggung, adakah dirinya perlu berserah dengan keadaan sungguh kelam-kabut ini?

Kapal digoncang dengan angin ribut dan aliran ombak yang tidak berhenti. Ombak mengigit badan kapal dengan rakus. Angin pula mencabul badan dalam kapal lalu mencuri sebahagian bahan makanan dan ubat-ubatan untuk Haikal dan anak kapal lain berlayar selama berbulan-bulan. Pembantunya pula tetap tidur. Masih dalam lamunan mimpi dibungkus aliran materialistik.

Mungkin dia sedang bermimpi sekarang menuruni dari gunung salji yang tinggi lalu sajli-sajli tebal itu runtuh dengan deras, Papan peluncur pula meluncur permukaan berbatu-batu yang mengegarkan papan peluncur lalu bergolek-golek menuruni curam gunung dan dihempap lalu kesejukan seperti dia sekarang yang memeluk tubuhnya dan kakinya pula dilipat ke atas dengan keadaan baring mengiring.

Haikal termangu-mangu, 'Mungkinkah dia akan selamat dari gelora nafsu? Adakah pembantu yang setia akan membantunya mengelapai kapal pinangan untuk si Merah Rapat?

Sekiranya karam, pasti diri tiba di hadapan pintu neraka lalu mengetuknya dengan menghentak kepala tanda menyesal.

Selamat Berpuasa Dan Sayembara Penulisan.

Assalammulaikum!

Selamat berpuasa kepada semua muslim di dunia ini. Harap kita memenuhi dalam bulan mulia dengan amalan-amalan soleh! 

Blog ini sudah lama tidak dikemaskini. Saya sedang berusaha menghabiskan bahan bacaan saya atau rujukan novel-novel dari penulis mapan. Tetapi dalam pengembaraan dunia imiginasi melalui pembacaan, idea selalu mengekori saya dan memeluk dengan penuh keeratan. Jadi, muncul idea di dalam benak saya. Ada sedih, ada juga yang gembira. Idea awal untuk cerpen akan datang.

Bukit Langit Cerah- Tema kesyukuran.
Mat Telek-Tema berfikir dan pengurusan.
Mereka Yang Gembira- Tema kesyukuran kesedaran.

Di samping itu, saya ingin maklumkan mengenai Sayembara. Tahun ini sahaja, sudah ada tiga Sayembara penulisan.
 
1) ITBM-PENA-BERITA HARIAN. Klik sini
 
 2) Sayembara Menulis Novel Citra Malaysia-DBP Klik sini (FB)
 
3)Sayembara Penulisan Cerpen Pendek-Anjuran Akademi Hero sempena Aidilfitri. Klik sini
(Sifu penulisan saya yang jadi juri. :D)
 
 Banyak boleh kita sertai. Jadi mana pilihan anda?

Baik, selamat berpuasa. Terima kasih kerana menyokong saya menulis! :D

Monday 16 July 2012

Epal Putih Dan Epal Merah-Sebuah Certot?


Epal Putih membasuh pinggang di dapur, Epal merah pula mencuci pakaian di belakang rumah. Terfikir Epal Putih sesuatu lalu dia melangkah pergi ke belakang rumah. Kelihatan Epal Merah sedang asyik mencuci pakaian dan berkata,

"Merah! sini kau. Cepat!" jerit Epal Putih.

Epal Merah tersentak. dia bingkas bangun dan melangkah perlahan-perlahan sambil menunduk kepalanya dan berkata.

"Kenapa kakak, apa saya boleh bantu," Epal Merah menangis teresak-esak memikirkan apakah yang akan berlaku pada dirinya.

"Ambil kain ini, cuci tingkap aku tahu kau bersihkan semua tingkap, nanti aku mahu ambil mak tiri kau di rumah orang tua, sekiranya tidak siap, aku panggil abang Timun Jantan rogol kau," amaran keras dari Epal Putih.

Epal Merah tersentak, tangisannya bertambah. Tiada siapa dia mahu mengadu akan nasib dirinya.

"Jangan begitu Kakak, saya adik tiri Kakak. Ibu saya pun ibu tiri Kakak," tangisannya bertambah.

"Menjawab pula kau, pergi sekarang!"

Epal Merah melangkah pergi, Epal Putih mengambil telefonnya di sakunya. Lalu menelefon seseorang.

"Hello, aku sudah buat apa kau suruh. Kalau boleh buat depan ibunya."

Suara lelaki menjawab,

"Pastikan ibunya tidak boleh buat apa-apa."

"Sudah tentu dia tidak boleh buat apa-apa, dia sudah lumpuh," ketawa kecil Epal Putih, lalu sambungnya lagi,

"Mana duitnya?"

"Aku sudah masuk, lihat akaun kau."

Epal Putih mengukirkan senyuman, rezeki sudah masuk, lalu dia berkata,

"Suka kau melamar adik tiri aku depan ibu aku ya."

Suara lelaki itu ketawa kecil, meraba telinga Bawang Putih.


Teknik Twist and Turn dan Cliffhanger. :D, boleh rujuk di sini

Friday 13 July 2012

Kaula Pinggiran Bahagian 1




Kaula dipinggiran lautan. Hampir sahaja dibadai tsunami 10 tahun lalu. Dihisap satu per satu sukma dan jasad penduduk kaula. Tsunami itu hanya badai menyelunsuri lima negeri saja. Jika lebih, kaula aku, pasti damai. Mengheret manusia lindungan imuniti dimakan lautan luas.

Sosialisme, Komunisme, Demokrasi dan Monarki pasti menggilas dan mengebat oleh kuasa Tuhan. Satu per satu mengecai inti penafsiran yang disimpan oleh sesuatu golongan manusia. Aku melangkah di ibu kaula, jalan bertar tidak rata,

Permimpin masyarakat melaung mensejahterakan masyarakat. Kecur jasad setia meraba telinga. Kecimus masing-masing di wilayah taklukan. Tuah dan Jebat berdepan. Hanya di kaula, duduk berasingan menghentap lawan. Kaula mengejuju tetapi permimpin kaula kekgi. 'Mahu berbalas hujah. Mempertahankan Pribumi dari anasir jahat'

Sebelah pihak, 'Itu fitnah. Saya tidak peduli. Anda mahu sokong, sokonglah. Kalau tidak mahu, itu bukan masalah saya.'

Pihak Nautral, 'Kita perlu bersatu. Untuk kuatkan ummah.'

Di papa tv. Keluar pimpin kaula. Tertinggi dijaga konco-konco setia. Berani di media. Berani lagi media menyiar.

'Mat rempit berlagak samseng, berlumba di hadapan balai polis,' suara latar mengelanjar.

Aku terkekeh-kekeh, patut 'Media berlagak samseng, berlumba-lumba menghadapan pemimpin politik partisan.'

Mengelelotkan kadangkala, adab sopan melayu hilang pada permimpin tinggi-tinggi di kaula. 'Oh, sungguh tragis'

Mengelengarakan kaula lalui fahaman liberalis. Hakikat pertelingkahan partisan kedua-dua liberalis. Satu gerakan islam di fitnah dengan penafsiran liberalis lawan. Masyakarat kecur, terpesona intelektual berfikiran bebas, lalu minda tertawan.

Minda tertawan, jasad mentaat. Undi pilihan kaya raya, pasti membelahi mereka bijaksana persona.

(Tamat)

Ya Allah.


Saya akan bertahan,
Saya akan melindungi impian saya.

Saya punyai impian, dan saya akan lindungi impian saya.
Saya punyai impian setiap bangsa saya di tanah air ini.
Saya punyai impian agama saya mahukan.
Saya punyai impian ilmu saya ingin miliki.
Saya punyai impian keluarga saya melihat.
 
Saya menjaga impian saya.

Kesungguhnya aku kesunyian di alam mengejar impian. Tiap malam aku menangis, tidak tahu mengapa dan kenapa. Aku lemah, seperti terus jatuh seperti tiada tanah. Sayap-sayap aku sakit untuk terbang. Dalam kesunyian aku menaip, membaca, menjalani kehidupan dan tidak mengolongkan diri seperti anak muda yang lain. Aku kesunyian setiap malam aku menangis. Aku menangis dengan air mata penuh keikhlasan. Tidak ada siapa ingin dengar keluhanku dan rasa sunyi alam aku. Menghadap facebook mencari teman berbicara, tetapi kadang-kadang menguris hati aku, menunjukkan mereka kelompok kebanyakan, dan aku di luar lingkungan itu. Aku sedar tiada siapa manusia mendengar keluhan hati aku, dalam aku menangis dan mengigil melepaskan tekanan, aku tahu DIA mendengar keluhan.

Siapakah aku untuk DIA mendengar? Hari demi hari keburukan aku DIA melihat. Adakah DIA mendengar segala masalah dan tekanan aku mengejar impian? Adakah taubat aku DIA terima pada masa silam dan kini? Aku rasa hina di sisi-NYA. Hanya meminta padan-NYA apabila aku rasa susah.

Aku menulis ini dalam tangisan. Aku tidak pasti, adakah DIA mendengar segala masalah, tekanan dan kesunyian aku?

Ya Allah, Ampunkan dosa aku.
 
 

Tuesday 10 July 2012

Pesta Buku Selangor


Assalammulaikum!

Semalam berakhirnya Pesta Buku Selangor yang berlansung di Pusat Konvensyen Shah Alam. Pada hari ahad dan isnin saya berpeluang ke sana. Pada hari ahad, suasana begitu gamat. Penuh dan merangsang semangat kecintaan buku dalam diri. Melihat manusia berpusu-pusu menyerbu Pesta Buku Selangor. Saya melangkah ke dalam. Damai, jarang saya melihat situasi begini. Seronoknya tidak terkata.

Tujuan ke situ, sudah ada matlamat akhir. Matlamat akhir mahu mendapat karya-karya sastera yang tinggi mutu penulisannya. Jadi saya berlegar kawasan pameran. Mencari buku-buku yang sudah lama diidamkan. Jadi sudah lama berlegar terjumpa gerai pameran menjual buku sastera, sudah tentunya DBP.. Jadi saya membelek-belek pelbagai buku. Dari penulisan kreatif sehingga sejarah melayu, dari sejarah melayu sehingga bidang bahasa, dari bidang bahasa sehingga mencari kamus, dari mencari kamus sehingga membeli buku yang diidamkan.

Judul yang dibeli

Versi Aria-Ariff Mohamad
IGAU-A.Rahman C.M.
Naratif Ogonshoto-SN Anwar Ridhwan.
Menara-Nasrudin Mohamed (Amirul Mohamed?) hehe
Tatabahasa Dewan.
 
Pada hari kedua (isnin) beli buku

Intelektual Masyarakat Membangun-Syed Hussein Alatas.
Seindah Mawar Berduri-Fatimah Syarha Mohd Noordin. (Dicadangkan oleh penjual wanita)
Bagaimana Saya Menulis-Mawar Safei dan Nisah Haji Haron.
Tesaurus Bahasa Melayu Dewan.

Saya tidak tahu berapa banyak yang saya laburkan untuk membeli semua buku ini. Memang saya tegar membaca buku, hanya buku genre motivasi dan pelaburan. Tetapi itu dulu. Membaca buku karya kreatif rasa kelainan yang amat. Dan saya tidak tahu bagaimana ia berlaku. Entri ini saya menulis kerana ingin memberi tahu saya akan cuti berblogging beberapa hari kerana mahu tumpukan pembacaan dan tugasan penulisan yang perlu siapkan minggu ini.

Apa yang pasti saya bahagia apa yang saya beli dan memperoleh sesuatu dari karya kreatif. Penyeberang Sempadan walaupun harganya mahal. RM45 senaskah, ia sangat bebaloi pada saya, kenapa?. Baca lah.

Baik, Assalammulaikum. itu sahaja. (sebenarnya tiada masa untuk tulis panjang. :)

Sunday 8 July 2012

Teknik Penulisan: Interteks Dan Satira.

Assalammulaikum!

Wah, sudah lama saya tidak membuat tajuk peribadi di blog saya yang sederhana ini. Baik, rakan penulis saya menyuruh saya buat satu perkongsian mengenai teknik penulisan. Wah, macam cikgu, amboi, amboi, amboi, Muzammil Rahim baca mesti sudah mencebik. hehe.

Apa itu Interteks?

Setiap pembaca ada interteks sendiri. Contoh, ada tiga orang pembaca membaca karya penulis A. Penulis A ada makna interteksnya tersendiri juga, mungkin dari pembacaan, menonton filem, peribadi penulis, kisah orang lain, apa yang didengar, apa yang dilihat penulis dan sebagainya. Kemudian dibaca oleh pembaca, pembaca pun ada interteks masing-masing. Faham?

Kemudian, tiga orang pembaca ini membaca karya penulis A ini. Kita letakkan pembaca A, B, C.

Pembaca A: Cerita sama macam cerita The Avengers! (Interteksnya dari melalui filem)
Pembaca B: Pengaduhan antara watak wira sama seperti pertarungan Hang Tuah dan Hang Jebat. (Interteksnya melalui buku)
Pembaca C: Mesej cerita ini sama dengan realiti kehidupan. (Interteksnya melalui pengalamannya sendiri.)

Interteks penulis dan interteks pembaca kemungkinan tidak akan serupa atau semestinya serupa.


Apa kita dapat persoalan di atas?

Ya, Interteks pembaca adalah lain, mereka menafsirkan sesuatu tidak sama apa yang dimaksudkan penulis A.  Apa-apa sahaja boleh jadikan makna dalam karya. Peribadi kita pun boleh. Masa MPR pun ada ajar, mengambil kisah-kisah dari surat khabar dan hasilkan sebuah karya.

Kita sebagai pembaca tidak tahu makna karya yang ditulis oleh penulis. Contoh karya novel Penyeberang Sempadan, Sasterawan negara menggunakan istilah bau yang selalu ikut Kuay ke mana sahaja, kecuali Kaherah,Mesir. Apa makna bau itu? Hanya penulis Anwar Ridhwan tahu makna yang sebenarnya. Sama juga interteks Anwar Ridhwan tidak sama dengan interteks pembaca. ( Perulangan :)

Tips Teori Interteks.

1) Beri Makna kedalam teks : Apabila kita menulis dengan makna, itu adalah teori interteks.
2) Bagaimana penulis mendapat Makna?: Melalui pembacaan, pengalaman atau apa-apa yang tersimpan dalam kotak ingatan penulis.
3) Jadi, tiada karya yang betul-betul asli atau tulen. (Jadi itu pentingnya wahyu: teks ini untuk golongan pluralisme agama dan fahaman liberalisme . smile :D)

Apa itu Satira?

Satira mengikut kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka "karya (prosa atau puisi) yg memper-sendakan atau menyindir orang dll."

Rakan penulis saya menanyakan soalan "Bagaimana mahu letak satira dan interteks?"

Persoalan interteks sudah dijawab. Sekarang Satira, mula sekali tetapkan apa satira yang kita mahu tulis.

Cerpen saya Mayat Dijulang, Pembelaan Dituntut itu saya menulis dengan menyindir pemimpin dan rakyat yang mengangkat pemimipin melalui jalan demokrasi. Hujah dan sebab juga ada saya maklum melalui watak Hulk Lebat. Sekiranya sudah tetapkan apa satira kita mahu masukkan dalam karya, gunakan teknik plot.

Cerpen Mayat Dijulang, Pembelaan Dituntut itu, perkembangan pot bermula apabila Hulk Lebat marah akibat Presiden membunuh isterinya kerana memakan buah-buahan Presiden. Lalu Presiden menghantar pasukan National Avengers berlawan dengan Hulk Lebat. Hulk Lebat dan Luck Person berhujah dahulu sebelum bertarung. Penghujahan mereka memberi sebab masing-masing kenapa Hulk Lebat mengamuk dan mengapa pula Luck Person menuntut bunuh Hulk Lebat. Dalam penghujahan itu saya menggunakan dialog. Tidak menggunakan naratif. Kalau mahu gunakan teknik naratif untuk satira, hasilkan aksi bukan beritahu. "Showing not telling"

Akhirnya, Luck Person tidak jadi membunuh Hulk Lebat, kerana mahu mengikut kebijaksanaan Bendahara pada zaman Hang Tuah.

Tips hasilkan Satira.

1) Tetap satira yang mahu dihasilkan.
2) Tetap permulaan plot dan pengakhiran plot. (Sebab-akibat)
3) Tetap teknik dialog mahupun naratif. "Showing not telling."
Siap!

Satira ini bukan sahaja untuk politik. Apa-apa yang kita mahu menyindir dalam bahasa yang berseni, tapi jangan melanggar syariah pula: contoh kepada ibubapa. :D

Apa itu KJ method?

Kaedah KJ, menggunakan kad-kad untuk bahagikan tugasan untuk menulis. Bagi penulisan ada beberapa kad-kad.

1) Kad Idea
2) Kad Peristiwa
3) Kad Latar Tempat

atau sekiranya mahu lebih, boleh begini.

1) Kad Perwatakan watak
2) Kad Mesej
dan lain-lain, terserah pada penulis. 

Kaedah KJ ini membantu penulis, yang sibuk dengan kuliah atau pekerjaan lain. Apa yang perlu dibawa setiap hari adalah pen dan kertas atau telefon yang ada note. Menjalani kehidupan seharian, sekiranya idea penulisan datang, di rumah, tempat kerja, sekolah, bilik kuliah, bilik guru dispilin, bilik air, walaupun sedang jawab peperiksaan sekalipun sekiranya muncul, catatkan idea itu. Tolak ke tepi idea itu baik atau tidak. Tulis sahaja.

Contoh, sekiranya satu hari anda dapat 6 idea. Sekiranya seminggu berturut-turut anda dapat 42 idea! banyak itu! Sekiranya ada merancang membuat novel bulan depan, sekiranya sebulan anda kumpul dengan cara ini, anda dapat 168 idea! Banyak sangat itu! Pastikan anda tetapkan idea anda itu pada kad-kad yang sesuai seperti di atas.

Kemudian baru susun, idea anda itu. Sekiranya ada idea yang baik, gunakan. Sekiranya tidak padan dengan karya anda mahu hasilkan, buang atau simpan sahaja. Kenapa simpan? Kemungkinan anda masih perlukan.
Menggunakan teknik ini menghalang anda dari Writing Block!


Gunakan Peta Minda.

Sudah kumpul bahan-bahan penulisan. Bagi merancang penulisan kita. Perlukan peta minda. Peta minda ini membantu menguruskan karya anda. Watak, perwatakan, peristiwa, plot dan sebagainya yang sudah disusun masukkan ke peta minda, nanti nampak masterplan karya anda bagaimana. Perlu tambah lagi atau mengurang bahagian yang tidak menarik atau suspen yang terlebih. :D

Sumber saya belajar penulisan di sini

Baik, itu sahaja perkongsian saya. Asssalammulaikum!
Boleh hubungi saya melalui email dan facebook. Facebook lah, sebab saya Kakifacebooker. :D
Oh, ye. Teknik satira itu kaedah saya sendiri. Boleh bertanya yang lebih arif. :D

Puisi : 5B 1A 1R, Gagal?

Keputusan,
1, Bangsawan
2, Bangsawan
3, Bangsawan
4, Bangsawan
5, Agamawan, Bangsawan
6, Bangsawan
7, Reformasi.
Era baru, menampak kecemerlangan.

Kasih Dan Sayang, Keluarga.

Papa menggeliat di meja makannya. Selepas solat subuh, Papa menyambung tidurnya sehingga waktu sarapan pagi tamat. Mama menyediakan makanan untuk Papa. Muncung bibir mama, Papa merenung Mama dengan kening terangkat.

"Minum kopi ini Papa, masih panas. Jika sejuk, nanti tekak terasa tidak sedap. Badan tidak merasa kesegaran dinihari. Walaupun matahari hampir tegak pada langit tinggi." tekan Mama pada perkataan "Tegak."

Mama mengangkat tangan ke bahu, mata memandang ke atas dengan mencebik. Papa ketawa kecil melihat telatah Mama. Papa berjanji dengan Mama mahu membawa ke pusat rawatan wajah yang temujanji sudah ditetapkan. Papa mengetap bibir, mengusap lembut bahu kanannya dan berkata,

"Jangan kamu begini, nanti manis di wajah kamu nanti kurang. Kalau kurang manis perlu buat temujanji lagi. Sekiranya nanti saya bangun lambat di pagi ahad. Kamu buat wajah begitu. Jika selalu, bagaimana? Terpaksa saya cari lain."

Papa ketawa kecil, hati seperti menggeletek mengenakan Mama. Berkerut dahi Mama, janji tidak ditepati ditambahkan lagi suaminya mahu berkahwin lain. Mama memeluk tubuh. Papa meminum kopi air tangan Mama. Mata Papa mengecil, wajahnya berkerut.

"Kenapa Papa? Pahit kopi ini? saya sudah bancuh gula secukup rasa." tenung Mama pada Papa.

"Kamu bancuh kopi ini tidak campur dengan gula? Perlu bancuh dengan gula, kamu bukannya pembantu rumah untuk saya beritahu. Kamu isteri kesayangan Papa."

Papa mengangkat tangan ke bahu,  mata memandang ke atas dengan mencebik.  Mulut Mama muncung, keningnya di angkat, Mata mengecil. Ketawa kecil Papa melihatnya. Papa menyuruh Mama rasa kopi air tangannya. Mama mencicip cawan kopi. Ternyata wajah Mama berubah.

"Kopi sedap. Dengan bancuhan dan campuran gula yang seimbang, menyegarkan tekak dan membulatkan mata letih. Meresapi oleh lidah dengan kenikmatan. Bagaimana Papa boleh berkata begitu?"

"Ya, Biar abang rasa pula."

Papa minum semula kopi dari bekas cicip Mama. Papa mengetap bibir dan mengganguk perlahan.

"Ini baru sedap. Dengan bancuhan dan campuran gula yang seimbang digauli dengan kemanisan bibir Mama. Mewujudkan variasi yang menawan dan membina roh-roh kasih sayang pada kopi ini." senyum Papa.

Mula Mama merasa pujian Papa pada tengahari ini. Tetapi Papa pula mengangkat tangan ke bahu, mata memandang ke atas dengan mencebik. Mama kembali muncung, ada sahaja Papa mahu menyakit hati Mama. Walaupun sekadar gurauan.

"Jahatlah Papa ini." ucap Mama manja.

Papa ketawa kecil.

***

Mama mendampilkan telefon bimbit Papa di atas meja. Pipi Mama dibasahi dengan air mata dan mengetap bibir. Mama tidak menyangka perkara seperti ini akan berlaku. Hati seperti buah oren, pisau tajam menghiris oren satu demi satu. Darah-darah beku mengalir bersama dengan airmata. Papa merenung Mama. Papa mengosok dagu, dahinya berkerut.

"Mama, apa yang Papa lakukan? Suasana pagi lagi, baru sahaja matahari menerangi setiap inci bumi. Tetapi Mama sudah mengisi rumah dengan wajah menghiru-birukan."

Papa masih tenang. Tidak menganjak tempat duduk di sofa buatan perancis, untuk memujuk Mama di hadapannya. Dada Mama naik turun. Wajah merah-kemerahan, akal Papa mengegarkan kota memori, mencari makna wajah kemerahan Mama.

" Wajah Mama menghodohkan jika begitu. Bulan purnama sentiasa cantik. Tidak kira penuh atau kurang. Tetap cantik, masih dilihat oleh penduduk bumi. Mama sekarang, boleh menghilangkan selera Papa." ketawa kecil Papa.

"Sudah, cukup Papa permainkan Mama. Papa sudah mengilas hati Mama. Sesungguhnya, rasa cinta Mama pada Papa hampir terincit."

"Apa salah Papa? Mama ini suka begini."

"Papa baca mesej ini."

Papa membaca mesej itu. Papa senyum lebar. Mengusap-usap lembut bahu kiri. Wajah Papa kosong, tiada perasaaan timbul selepas membaca, walaupun Mama sudah teresak-esak menangis.

"Pekara kecil sahaja, no big deal lah. Mama tidak perlu menangis. Papa buat ini bersebab, sebab utama sayangkan Mama."

Dada Mama turun naik dengan laju, tangannya digengam dengan kuat. Tubuh Mama mengigil. Papa perhatikan sahaja, hanya senyuman diberikan, hati papa tidak sedikitpun terusik.

"Sungguh Papa tidak rasa bersalah. Papa tipu Mama! Kenapa Papa tidak beritahu pada Mama! Kenapa sembunyi dari Mama? Apa dosa Mama?" soal Mama dengan teresak-esak menangis.

Mama seperti meroyan. Seperti kanak-kanak tidak dapat barang permainan. Papa masih memberi senyuman walaupun suasana sungguh mengamatkan.

"Papa buat begitu untuk kebaikan ekonomi keluarga kita. Sekiranya Mama tahu, lebih teruk wang gaji Papa dibelanjakan. Nanti kita mahu makan apa? Sedangkan burung di angkasa tahu apabila makanan kurang akan berhijrah. Jika wang kita dibelanjakan kepada perkara-perkara tidak mendatangkan manfaat ataupun pulangan, adakah kita mahu berhijrah ke rumah setinggan?

Berkerut dahi Mama mendengar dan berkata,

"Analogi apa Papa pakai ini? Pelik Mama dengar."

"Sudah, mulai sekarang tiada lagi membeli-belah. Papa menggunakan kuasa veto seperti dimiliki oleh kuasa-kuasa besar dunia Amerika, Rusia, China, Britian, dan Perancis, walaupun Persatuan anak-anak dan Mama mendesak untuk membeli-belah, Papa veto!"

"Kenapa Papa berkata 'veto' ? "

"Maksudnya 'Papa larang' "

Papa ketawa terbahak-bahak. Sedar dirinya punyai kuasa mutlak dalam keluarga. Mulut Mama muncung. Kepalanya menunduk ke bawah. Mama memanggil anak-anaknya. Zaidi, Fatin, Omar, Julia, Sosiah, dan Ibrahim. Papa hanya perhatikan. Mereka duduk berhampiran dengan Mama dengan mulut muncung dan kepala menunduk ke bawah.

Papa kelihatan kehairanan melihat Mama dan anak-anaknya. Akalnya ligat mencari jawapan dan berkata.

"Apa yang kamu sedang lakukan ini?" soal Papa.

"Kami duduk dan bantah dan...!"

Papa gaman, berfikir Papa dan berkata

"Duduk dan bantah? Dan apa?"

"Dan mogok kelaparan!"

Papa menepuk dahi.

"Adeh, kamu sangka ini bersih dan ISA mahu protes? soal Papa lalu mengeleng kepalanya.

Saturday 7 July 2012

Pensel Dan Isteriku Almari.


Kembali aku tercipta selepas diproses oleh sebuah mesin. Mesin yang besar dan canggih yang sebelum ini aku adalah kerusi dan dari mesin itu aku berubah bentuk fizikal aku menjadi sebatang pensel. Aku kurang pasti, apa nama untuk diri aku. Kerana dulu aku dipanggil oleh tuan aku “Kerusi lembut.” Kerusi yang senang patah kerana kayunya sungguh lembut. Umur aku tidak panjang. Aku dibuang oleh tuan aku selepas dua bulan kemudian. Kini aku sudah menjadi sebatang pensel. Mungkin aku boleh berguna kepada tuan baru aku.


Sebuah pasaran yang besar. Aku bersama dengan rakan yang lain dikurung dalam sebuah kotak. Masing-masing berhimpit-himpit mencari keselesaan. Aku tidak hiraukan. Tetapi perbuatan rakan aku itu, menggangu aku untuk melihat manusia yang sedang asyik membeli-belah. Entah, kenapa mereka menyukai membeli-belah? Aku sendiri tidak tahu. Sudah dua bulan aku di sini. Tiada siapa mahu menjadikan aku sebatang pensel untuk mereka menulis.


Pada sesuatu hari. Sedang aku khayal. Kotak pensel ini seperti diangkat oleh seseorang. Aku melihat lubang yang tersedia. Aku tergaman. Manusia itu sangat aku kenal. Dia tuan aku yang dahulu! Perasaan aku bertambah gembira kerana tuan aku telah mengambil keputusan untuk membeli aku dan rakan-rakan aku. 


Sebak rasanya. Kerana aku akan berjumpa isteri aku di rumahnya. Dia sebuah almari.
Di rumahnya. Aku dan rakan-rakan aku diletakkan di biliknya. Sebelum ini, Aku tidak berpeluang masuk ke biliknya. Kerana aku adalah sebuah kerusi yang lembut dan rosak. Aku akan dijemu atas matahari terik sedangkan isteri aku dalam rumah menjaga pinggan mangkuk tuan aku.


Aku mengambil keputusan. Aku mahu keluar dari kotak ini. Rakan-rakan aku tidak menghalang atas perbuatan aku itu. Mereka mendiamkan diri seperti benda tidak bernyawa. Aku keluar. Aku mahu berjumpa isteri aku. Dia ada ditingkat bawah. Sedangkan aku berada ditingkat dua. Jadi halangan ini perlu aku tempuh untuk berjumpa isteri tersayang. Aku mahu menuruni anak tangga. Aku mengira anak tangga ada 15. Mungkin aku keletihan kerana tubuh aku yang sudah menjadi kecil. Jika dulu, tidak mengapa. Aku masih boleh masuk ke rumah tuan aku walaupun aku diletakkan di luar kawasan rumahnya.


Aku mengagahi juga, untuk yang tersayang. Aku menuruni anak tangga satu demi satu. Kini aku sudah berada anak tangga ke 10. Baki masih ada lima lagi. Sedang aku menuruni anak tangga ke 11. Aku kedengaran tuan aku melangkah menuju ke biliknya. Aku panik. Tuan aku semakin hampir melangkah anak tangga ke empat. Anak mata tuan aku memandang aku dengan penuh kehairanan. Tuan aku mengaru kepala seakan hairan melihat aku. Tuan aku mengambil aku dan menuju ke dapur.


Tuan aku menggunakan aku untuk menulis diatas kertas putih. Muka aku di gesel-geselkan di atas kertas itu. Sungguh geli rasanya. Ini kali pertama aku merasa geli dalam hidup aku. Setelah selesai, tuan aku beredar dari situ. Aku bangun dan dapati aku sekarang berada di dapur. Di meja makan. Sungguh gembira. Isteri aku ada di sini. Meja makan ini sungguh hampir dengan isteri aku yang besar itu. Sebuah almari.

Aku memanggil, “Sayang!!” Kepala isteri aku menoleh ke kiri dan ke kanan.

Aku memanggil sekali lagi, “Sayang!! Ini abang!! Di meja makan!!” Isteri aku memandang aku.

Kata isteri aku, “Kenapa kau panggil aku sayang?!” soal isteri kelihatan wajah sedikit marah.

Aku menjawab, “ Ini abang!”

Isteri aku bertanya dengan nada kemarahan, “Buktikan kau adalah suamiku!”


Aku terdiam. Ligat dalam fikiran aku untuk memikirkannya. Di sudut lain, aku tersenyum. Kerana melihat sikap isteri aku yang amat menjaga kehormatannya. Fikiran aku sedang mencari sesuatu peristiwa untuk membuktikan kepada isteri aku, aku adalah suaminya.

“Nama abang Kerusi Lembut, masih sayang mengingati semasa mula kita berbual di pagi yang cerah di luar rumah?”


Isteri aku tergaman. Lalu terus menyambut aku. Isteri aku yang gemuk dan besar itu memeluk aku dengan keeratan. Sungguh, aku menitiskan air mata. Sungguh, taat isteri aku kepada aku.

Isteri aku bertanya, “Bagaimana abang boleh jadi begini? Bukankah abang sudah dibuang?”

Aku hanya senyum. Di dunia kami sesiapa yang sudah dibuang oleh tuannya pasti jarang atau mustahil untuk bertemu kembali. Kecuali jika diizinkan oleh-NYA.

Aku menjawab, “Semua sudah ketentuan takdir sayang.”

Tiba-tiba isteri aku menangis dalam pelukan aku. Aku bertanya kepadanya,

“Kenapa sayang menangis? Tidak gembirakah saya bila berjumpa dengan abang?”

Isteri aku menjawab, “Isteri mana yang tidak gembira jika suaminya pulang kepangkuan keluarganya. Saya menangis kerana abang sudah menjadi sebatang pensel. Abang mungkin akan hilang di dunia ini jika tuan kita menggunakan abang.” menangis isteri aku bertambah.

Aku mengusap-usap kepalanya. Itu aku tidak boleh nafikan. Aku katakan kepada sambil tersenyum,

“Sudah takdir sayang. Jika takdir menentukan sekali lagi kita bertemu. Pasti tiada sesiapa boleh mengubahkannya.”


Itu aku, sebatang pensel. Walaubagaimanapun terjadi, isteri aku tetap menerima aku. 

Jika rakan-rakannya bertanya, “Di mana suami kau sekarang?” Isteri aku akan menjawab, “ Dia sudah menjadi sebatang pensel dan namanya pensel.”

Karya ini adalah latihan kursus penulisan (Percubaan peribadi: Naratif Panjang) walaupun pengamal/sifu saya adalah TSY (Teknik Surah Yusuf)

Masik Dan Musik-Sebuah Certot?


"Musik di mana kau mahu pergi?" 


Musik menoleh. Tiada sebarang kata, hanya perhatikan riak wajah Masik.


"Saya mahu pergi beli Kad Tambah Nilai Celcom, bukan saya sudah bagi tahu tadi."


Berkerut dahi Masik mendengar. Sudah Masik belikan Kad Tambah Nila untuk Musik.


'Kenapa mahu beli lagi?' monolog Masik.


"Sewaktu abang beli barangan di kedia runcit sudah abang belikan Kad Tambah Nilai untuk kau, kenapa mahu beli lagi?" soal Masik.


Musik mengukir senyuman. Sangkaan tepat. Pertanyaan itu akan keluar dari mulut Masik. Mungkin dia kerisauan adiknya selalu keluar siang hari tanpa arah tunjuk di kampung abangnya


"Adakah abang lupa? Hari ini hari jadi saya, saya mahu dapat saguhati, perlu ke pusat Celcom berdekatan, untuk dapatkan satu kotak pensel warna dan sebuah kipas dinding,"


Masik senyum. Terserlah gigi putih tersusun. Mengosok belakang kepala. Rasa bersalah dalam sukmanya, kerana tidak mengingati hari jadi adik kandung!


"Oh, maaflah, tidak sangka masa berlalu sungguh pantas. Jika, begitu, tolong belikan abang, pelindung Ipad dan kotak fail. Kamu singgah di parkson kan?"


"Ya, sungguh ada sahaja abang ini. InsyAllah, jika saya ingat. Orang rumah abang tidak mahu kirim barang?"


Kening Masik terangkat. Sangkaannya tepat. Musik mahu berjumpa adik ipar Masik. Kakak kepada isteri Masik.


"Abang sudah agak, kamu mahu ganggu adik ipar abang ya?"


"Eh, tidak. Cuma mengusik. Menggangu konotasi begitu negatif sekali. Nanti isteri abang marah. Perlu saya belikan tudung ekin untuk pujuk isteri abang.”


Mereka berdua ketawa kecil. Seperti budak-budak nakal menyamar menjadi hantu mengacau makcik dan kakak yang selalu menggunakan jalan gelap sewaktu pulang dari masjid. Lalu ketawa dengan nada kenakalan.


Musik bertolak ke pekan menaiki kereta Mercedes CLR. Walaupun Musik kaya-raya, dirinya tidak pernah lupakan abangnya di kampung. Selalu beri  wang setiap enam bulan, dua kali setahun. Jika balik ke kampung melawat abangnya, akan belikan kek dari Secret Recipe untuk anak buah yang tidak berpeluang untuk merasa di kampung apatah lagi untuk membelinya.


Dengan kekayaan yang luar biasa, Musik meminati gadis kampung. Musik sungguh terpikat dengan adik ipar abangnya. Masih begitu, walaupun sudah berkenalan dengan gadis-gadis asing di luar negara, sungguh mengusik sukmanya. 'Siapa bila gadis melayu tak menawan' terngiang-ngiang lagu gadis melayu nyayian Jamal Abdillah.


Masik duduk di kerusi. Kerusi seperti majlis-majlis perkahwinan. Kerusi yang dibaluti kusyen. Selesa dengan menunggu dan berharap adiknya kahwin dengan adik iparnya. Terbayang-bayang dalam kepala.


"Fuhh, bagaimana majlis perkahwinan itu nanti...."


Isteri Masik mendengar perkataan, 'Perkahwinan'


"Perkahwinan siapa abang!!" jerkah isteri Masik.


Masik tersentak, lalu tersenyum tersengih-sengih.

Karya adala latihan kursus penulisan (KJ METHOD). :D

Puteri Gunung Ladang-Sebuah Certot?


Sutan Malaisa mengarahkan Hong Tai dan Bendahara Ton Parok, melamar Puteri Gunung Ladang. Nama Gunung ini diberi kerana di lereng Gunung ini ditanam ladang-ladang sayur-sayuran dan buah-buahan oleh Puteri Gunung ini. Lalu berkata Hong Tai,

“Boleh kita memakan buah-bauhan dan sayur-sayuran di sini?”

“Tidak boleh, Tuan Hong Tai. Ladang ini kepunyaan Puteri Gunung Ladang. Jika kita menjamah beramai-ramai apa kata Puteri Gunung Ladang ini. Pasti pinangan Sutan Malaisa kita akan ditolak.”

Mendengar kata-kata itu, Hong Tai tidak mahu mengalahkan dan berkata,

“Kita sudah berjaya melintasi laluan dan halangan marabahaya. Tuan Hamba tahu, ini kerana kuasa Puteri Gunung Ladang, makan buah-buahan dan sayur-sayuran ini akan menyembuh pelbagai penyakit dan juga tenaga batin Hulu Balang istana.”

“Walau apapun alasan saudara, hak orang, kita tidak berhak mengambil. Apa yang ditanam adalah hasil dan kepunyaan dia. Kita ini pegawai di istana, pasti rakyat melihat akhlak kita. Mahu saudara digelar ‘Mencuri wang rakyat?’ “

Tiba-tiba kedengaran suara merdu, meraba telinga Hong Tai, Ton Parok, dan beberapa Hulu Balang istana. Suara merdu itu mengeletek hati mereka.

“Siapakah pemilik suara ini?” soal salah seorang Hulu Balang dalam rombongan itu.
Di ladang milik Puteri Gunung Ladang muncul susuk tubuh seorang wanita. Mereka perhatikan sahaja. Wanita merenung mereka dan berkata,

“Usah kau bagi tahu apa hajat kamu kemari. Pasti kamu mahu mencuri buah-buahan dan sayur-sayuran milik beta.”

Ton Parok memulakan bicara. Dia tidak mahu Puteri Gunung Ladang ini salah sangka. Mungkin akan menyebabkan pinangan diraja ini akan ditolak mentah-mentah.

“Tidak, Hamba dan para Hulu Balang di sini ada hajat mahu sampaikan kepada Tuan Puteri.”

Dahi Puteri berkerut berombak-ombak dan berkata,

“Jangan berdalih lagi. Gunung ini milik beta. Hanya Hulu Balang handalan sahaja boleh sampai ke sini. Apa lagi selain mahu makan buah-buahan dan sayur-sayuran beta yang boleh menyembuhkan penyakit dan tenaga batin.”

“Ampun Tuan Puteri. Kami datang kemari kerana ada hajat, sudah pasti bukan hajat Tuan Puteri maksudkan itu. Hajat kami mahu meminangkan Tuan Puteri...,” jawab Hong Tai.

“Siapakah Tuan hamba mahu meminangkan beta, lawyer, doktor, ahli fizik, ahli muzik, ahli peniagaan? Bukan citarasa beta mereka itu. Mereka ada ilmu sahaja. Beta mahukan calon suami ada kuasa sakti atau Hulu Balang istana.”

Ton Parok mengukirkan senyuman dan berkata,

“Saya pasti Tuan puteri tidak akan menolak pinangan ini. Sutan Malaisa mahu meminang Tuan Puteri.”
Lalu mata Puteri Gunung Ladang membulat besar. Puteri melompat sungguh keriangan

‘Ya!!Aku kahwin dengan raja. Aku kahwin dengan raja!” kata-kata itu diulang berkali-kali.

Hulu Balang rombongan istana kaget melihat telatah Tuan Puteri yang sungguh terdesak mahu mengahwini Sutan Malaisa.

“Dunia maju, zaman dah berubah...,” kata Hong Tai sambil mengangkat lengan ke bahu dengan mata ke atas. Muka mencebik.

Karya ini adalah latihan kursus penulisan. :D

Legenda Merah-Sebuah Cerpen.

Kehidupan ini aku rasakan tidak seadil mungkin. Adakala kita di atas dan di bawah. Apa mendapatkan keadilan itu di atas dan dijunjung dengan kemulian oleh manusia? Aku Riz. Aku rasakan dari lubuk hati, kosong setelah pemergiannya. Ikut logik matematik aku yang tinggalkan dia, tetapi bukan aku tidak tinggalkan dirinya. Dia tinggalkan aku dalam alam metafizik. Aku hanya tinggalkan dirinya di alam fizikal. Dan sememangnya itu bukan tanda aku mengkhianati janji-janji manis cinta di bibirnya.

Sebarang persoalan itu, aku tidak jawab, minda aku kusut. Kini terbaring aku di rumah. Baring mengenangkan cinta dahulu yang manis lagi mekar batang-batang bunga meninggikan di taman-taman indah, mungkin itu syurga.

'Mungkin tidak, syurga, mata tidak pernah melihat, apatah lagi jasad dan roh ini.' soalku sendiri.

Jika bersendirian begini boleh jadi gila. Atau boleh kena penyakit anjing gila. Biarlah anjing gilakan pada Tuan asal dapat meniduri bersama denganTuan di bilik berhawa dingin. Begitu aku, hamba-hamba atau boneka pada seorang wanita yang pernah aku cintai. Sungguh. Terasa ngilu aku fikirkan semula, kenangan penyakit anjing gila yang diracuni aku untuk menjadi boneka pemuas nafsu dalam kesempitan kasih sayang dirinya.

Angin meniup langsir di kamar aku, membuka daun jendela.

'Angin itu. Suara angin itu pernah aku dengar...."

      Aku berkasih sayang dengan seorang wanita di sekolah. Bukan bercinta dengan pelajar wanita. Itu cerita klise. Tetapi, dengan guru. Walaupun aku dihimpit wanita yang muda dan masih bergetah. Aku lebih matang dari usia aku, kerana itu aku digelar oleh rakan aku. Legenda Merah.

Sudah ramai aku meniduri pelajar wanita. Tetapi bukan pelajar di tempat aku. Selera aku mula berubah, bila aku berkenalan dengan seorang guru wanita yang aku tidak sangka menjadi milik aku sesuatu hari nanti. Namanya Maisarah seindah bahasa tubuhnya yang mahukan sesuatu yang 'Eksklusif' mungkin dirinya mahu coklat yang mahal tapi murah di dapati di Pulau Langkawi. Pada hari itu, kami makin akrab. Sehingga mewujudkan satu hipotesis di mata pelajar lain. Maisarah memang mengajar sains, tetapi dalam kelas aku Maisarah mengajar aku subjek yang memang ada kena-mengena darah daging bangsa aku. Bahasa Melayu.

Sesuai dengan gelaran aku Legenda Merah. Darah-darah wanita perawan aku merasai dahulu sebelum bakal suami mereka. Gigolo? Tidak Gigolo itu hanya hamba, Gigolo tiada seni memikatkan hati wanita. Maisarah menerima aku sebagai adik angkatnya kerana seni.

'Sayang akak?' katanya.

"Sudah tentu. Sayang kakak lebih dalam hidup, walaupun ibu dan bapa lagi tinggi." ucap aku dengan kesenian memikat.

Maisarah mengukir senyuman. Lalu menekap mulut.

"Terima kakak jadi kakak angkat adik?"

Aku sangka umpan sudah kena. Mula aku bermimpi malam pertama.

"Sudah tentu."

Jadi hubungan kami makin sampai pintu langit, hanya sekali langkah lemas ketiadaan udara. Sudah aku sampai kemuncak itu, lalu jatuh dengan kesakitan yang parah dan menderita beberapa bulan atau mingkin bertahun! Dalam pengertian makna, aku ditinggalkan dalam keseorangan. Maisarah bukan gadis yang perawan. Mungkin pernah bersentuhan dengan tunangnya. Fitnah aku. Aku pencinta wanita, ini kali kedua cinta aku bertepuk sebelah tangan.

Di jasad utara,
Dia mengendung jasad perut.
Aku mula melupakan peristiwa lama.
Cinta. Makna keracunan anjing gila.
Untuk mencintai tidak perawan?


Kini aku duduk bersendirian, seperti anjing gila menunggu mati.

Tamat, Penulisan Interteks. 

Thursday 5 July 2012

Mayat Dijulang, Pembelaan dituntut.

Hulk Lebat bermaharajalela di istana. Hulk Lebat sangat asyik membunuh dayang-dayang, datin-datin dan bangsawan negara. Perasaan Hulk Lebat masih melebat dengan dendam. Hulk Lebat melangkui norma-norma kehidupan alam melayu. Siapa tidak sakit hati, apabila isterinya dibunuh hanya kerana memakan buah-buahan Presiden.

Nafasnya turun naik. Lengan Hulk Lebat menerbitkan urat-urat. Mata meliar mencari siapa sahaja mangsa, sekiranya Presiden di hadapannya sekalipun akan dibunuhnya. Mangkubumi Ton Parois, mencadangkan kepada Presiden supaya memanggil pahlawan yang boleh membenamkan Hulk Lebat. Lalu Presiden berkata,

"Siapa mereka itu? Adakah mereka pahlawan-pahlawan yang handal?"

"Sudah tentu Tuan, mereka sangat hebat. Mereka berkumpulan. Pasti berjaya dengan kerjasama antara mereka."

"Apa nama kumpulan mereka?"

Ton Parois senyum dan berkata,

"Mereka kawan Hulk Lebat, Hulk Lebat bersama mereka dahulu, tetapi kini tinggal empat sahaja, Dengan jolokan Pembela Kebangsaan atau National Avengers!"

Mata Presiden membulat, lalu bertepuk tangan dan berkata,

"Saya suka! Pasti si pengkhianat itu dihapuskan."

***

Matahari di dada langit. Terang benderang ditambah kepanasan matahari. Hulk Lebat berdiri di kepala bukit. Tiba-tiba mendengar jeritan yang kuat.

"Hai Hulk Lebat , lebih baik kau turun di kaki bukit. Kau menderhaka kepada Presiden. Sedangkan kau tahu kau dibayar oleh Presiden bagi menjaganya.

Hulk Lebat mentempelak,

"Sesungguhnya!! Aku tidak menjaga Presiden. Aku dibayar oleh Rakyat. Aku hanya menjaga Rakyat. Kerana itu aku membenamkan jiwa raga aku menyertai Pembela Kebangsaan dan kau Luck Person sertai Angkatan Laut Negara yang hanya menjaga kepentingan Presiden di laut-laut berminyak dan beremas dengan berkongsi kekayaan bersama kroninya."

"Cis!!, Kurang ajar kau Hulk Lebat. Sesungguhnya jawatan itu aku menguruskan amanah Presiden dengan betul dan patuh pada syariah! Aku di sini membela atas kematian dayang-dayang, datin-datin dan bangsawan yang kau bunuh. Dan kau bukan lagi dalam kalangan kami Pembela Kebangsaan, kau sekarang Pengkhianat Kebangsaan, dulu, kini dan selamanya!" Luck Person menghulurkan kerisnya seakan-akan menyertai persidangan kebangsaan parti Presidennya yang dilakukan setiap tahun.

"Berani kau Luck Person. Presiden membunuh isteri aku kerana memakan buah-buahan Presiden. Apakah kau sebagai Ketua Pembela Kebangsaan membela nasib isteri aku? Jawab Luck Person. Atau kau mahu menjaga jawatan kau itu untuk kepentingan kau sahaja! Tanpa mempedulikan nasib isteri aku!"

Luck Person tersentak. Berkerut dahinya mempertimbangkan perkara itu. Jejaka besi, Si Gadis Cantik dan Sang Sagittarius Penembak tepat mula mempersoalkan perkara itu. Luck Person mengerling mereka. Luck Person senyap seketika. Nafas Hulk Jebat turun dan naik dengan laju.

"Fikirkan dengan rasional Luck Person. Bangsa aku, memang maju dan intelektual. Budaya dari luar ditapis. Mengolah supaya serasi dengan budaya islam dan tempatan. Tetapi apabila pemerintahan diangkatkan dengan sistem demokrasi, mengangkat pemimpin yang keliru dengan rakyat yang keliru. Ini jadinya."

"Cis!! Ini kali kedua kau menderhaka kepada Presiden!"

"Sudah aku katakan Luck Person. Kau dan rakan kita semua mengangkat pemimpin yang keliru tentang jati diri. Sistem demokrasi membolehkan sesiapa sahaja jadi pemimpin. Ingat Luck Person sesungguhnya pemimpin melayu dahulu adalah Amir yang patut ditaati kerana menegak syariah islam! Sesungguh Raja yang adil akan disembah, Raja yang zalim Raja disanggah! Tetapi apa kau dapat dengan sistem ini, hanya ketaksuban dan kekeliruan orang-orang mengangkat mereka jadi pemimpin...," Hulk Lebat menghela nafas.

Lelaki besi, Si Gadis Cantik, dan Sang Sagittarius Penembak tepat membina pendirian masing-masing. Mereka berpendapat tidak mahu melawan dan menghalang Hulk Lebat. Sesungguhnya sejarah berulang. Pertarungan dua orang pahlawan melayu Hang Jebat dan Hang Tuah akan berulang lagi. Kini Zaman Pascamodenisme Hulk Lebat dan Luck Person yang memiliki ilmu persilatan yang tertinggi di negara ini.

Luck Person mempertimbangkan sesuatu. Dahinya berkerut dan berpeluk tubuh, sukar Luck Person membuat keputusannya, 'Mahu menghalang atau menjulang?' fikirnya. Lalu Luck Person menghela nafas, menuruni dari kaki bukit dan berkata,

"Sesungguhnya aku tidak akan bertarung dengan Hulk Lebat. Jika Hang Jebat dahulu menderhaka dengan Sultan kerana menuntut bela kematian Hang Tuah, Hang Tuah pula bertarung dengan Hang Jebat atas menderhaka pada Sultan. Pantang melayu menderhaka pada Sultan apatah lagi pegawai istana seperti Bendahara, tapi Bendahara tidak jatuh hukuman mati Hang Tuah. Adakah Bendahara menderhaka? Tidak, dia bijak. Dan aku akan mengambil kebijaksanaan Bendahara. Dan kau Hulk Lebat, pergi cari pembelaan...," Luck Person merenung Hulk Lebat di kepala bukit dengan dahi berkerut dan mengedip mata berkali-kali.

"Tapi bagaimana pembunuhan dayang-dayang dan bangsawan istana?" Lelaki besi mempersoalkannya.

"Tentang pembunuhan, hanya kita sahaja tahu Rahsia Pahlawan Melayu yang digeruni di timur mahupun barat...," jawab Luck Person dengan senyuman sinis mengerling kepada Lelaki Besi seolah mempertahankan tindakan Hulk Besi.

"Apa Rahsia Pahlawan Melayu itu?" soal Si Gadis Cantik.

"Amukan...," jawab Luck Person.

Hulk Lebat hanya memberi senyuman dan berkata,

"Luck Person, kau tunggu di rumah kau. Akan aku bawa mayat akan dijulang oleh orang senasib dengan aku."

(Tamat) "Kaedah Penulisan Interteks dan Satira."
Kursus Penulisan.