Wednesday 29 August 2012

Aku Penghuni Dunia-Puisi

Aku resah tiada tempat aku di IPTA
Jiwa kacau gundah gulana
Diringi darah-darah merah membasahi otak.

Berdiri di hadapan IPTA,
Merenung keceriaan mahasiswa/i yang gembira
Bersama rakan, pensyarah, dan musuh sihat.

Tetapi aku lupa sesuatu,
Oh, aku penghuni dunia.

Bukan nada kecewa,
Ia nada kesedaran dari akal waras.

Thursday 23 August 2012

Ternyata Kenangan Puasa Mendatang.


Rasik mengurut perut. Muncung mulut Rasik kerana abangnya, Rusik. Memarahi Rasik apabila mahu mengambil makan di dapur. Rasik banyak memberi alasan terhadap perbuatannya itu. Sehingga Rusik tidak mahu mendengar dan melayannya. 

Hati Rasik yang sebelum kembang seperti bunga Ros, mengecut laju, lalu gugur. Apabila abang kandung sendiri tidak mahu melayan hak asasi untuk bersuara sebagai adik kandung!

“Abang tahu. Saya tidak pernah meninggalkan puasa, sebab saya akan dibayar oleh Nenek Timah dengan bayaran satu ringgit sehari. Sekiranya, berpuasa penuh, 30 ringgit saya dapat kumpulkan. Jadi, apa alasan abang menuduh saya mahu membuka puasa petang tadi?”

Berbuka puasa mereka berdua. Rasik asyik menyuarakan ketidakpuasan hati di hadapan rezeki. Ibu dan ayah Rusik dan Rasik tiada di rumah. Sibuk dengan pekerjaan mengejar materialisme.
Rusik rasa terpanah dengan petir, nafasnya turun naik dan berkata,

“Kamu jangan berdalih, Abang nampak kamu sedang memotong peha ayam panggang pemberian jiran kita Mak Cik Salimah Binti Ibrahim Kotot. Apakah kamu fikir, tindakan itu tidak boleh mewujudkan syak wasangka? Sekiranya kamu tidak buat begitu, tidak abang memarahi kamu. Apa pendirian, alasan atau hujah kamu lagi untuk mempertahankan diri kamu?”

“Saya buat begitu, kerana kucing kita lapar. Mana mungkin kucing berpuasa. Saya rasa kasihan, lalu saya pergi ke dapur untuk mencari makanan. Saya lihat jam sudah 4.00 petang, sudah tentu makanan pemberian Mak Cik Salimah Binti Ibrahim Kotot itu akan sampai kepada kita. Jadi saya dapati ada ayam belanda yang sudah dipanggang dengan kulit yang menawan dan bau yang menusuk ke lubang hidung. Walaupun sungguh menggodakan iman saya tetap mahu berpuasa. Tidak mungkin saya dapat digoda oleh perkara kecil. Malulah saya sekiranya bidadari ciptaan Allah sudah tercipta untuk saya di langit sana, pasti dia tidak mahukan saya.” Jelas Rasik.

Rusik tersenyum. Terangguk-angguk dia mendengar. Dia berkata dalam hati, ‘Bijak budak umur sembilan tahun menipu, tetapi tidak bijak untuk menipu orang dewasa. Dia sudah terperangkap.’

 Rusik dengan nada sedikit lembut dan berkata, “Pukul 4.00 petang kamu ke dapur untuk beri kucing makan? Bagaimana kamu tahu Mak cik Salimah Binti Ibrahim Kotot itu mahu beri kita ayam belanda panggang?”  gaya Rusik seorang peguam mencari kesalahan tertuduh.

Rasik tersentak. Tersengih-sengih dia mahu menjawab, dia hanya tunduk dari melihat wajah abangnya, Rusik tidak menjamah makanan lagi. Hatinya sudah dikail dengan mata kail, dibawa ke lembah orang-orang pancalongok. Kini Rusik di lembah ini bersama dengan adiknya Rasik sebagai ahli pancalongok dan berkata,

“Kamu mencuri! Kamu mencuri di bulan Ramadan! Sepatutnya kamu perlu berpuasa dan meningkatkan amalan kamu di bulan mulia penuh kenikmatan ini. Adakah kamu tahu, mengikut islam, tangan seorang pencuri boleh dipotong sebab mereka mencuri?” Rusik cuba menakutkan adiknya.

“Tetapi, saya tidak mencuri. Makanan itu sudah ada di rumah kita. Melainkan saya pergi ke rumah Mak Cik Salima Binti Ibrahim Kotot dan mengambilnya tanpa izin. Itu mencuri. Kesalahan saya hanya tidak berpuasa dan cuba menipu abang sahaja.”

Rusik mengeleng-geleng kepalanya, bibir diketap dan berkata,

“Abang serius sekarang ini, Abang tahu adik kerap tidak berpuasa.”

“Mohon maaf abang, baik. Adik mengaku tidak puasa hari ini. Mohon maaf sekali lagi sebab adik cuba menipu abang.” 

Rusik tidak mengendahkan, Rusik meneruskan menjamah rezeki pemberian Allah tanpa menghiraukan permohonan maaf oleh Rasik beberapa kali dan berkata Rasik.

“Abang jangan begini, sedangkan Nabi Muhammad yang kita sayangi pun memaafkan umatnya. Abang yang alim, mesti abang mencontohi akhlak junjungan besar kita.”

“Abang tidak akan maafkan kamu, selagi kamu tidak mengantikan puasa-puasa tahun ini ataupun tahun-tahun lepas yang kamu tinggalkan, selepas itu baru Abang maafkan kamu.” Wajah Rusik mencebik.

“Ya, saya akan tunaikan!” jawab ringkas Rasik.

“Sekiranya betul kamu tunaikan bagus, tetapi ingat Rasik salah satu sikap orang munafik adalah memungkiri janjinya. Sekiranya tidak tunaikan janji kamu akan dikira...”

Tidak habis Rusik mahu menjelaskan, Rasik terus menjawab dan berkata,

“Baik! Saya akan tunaikan! Saya tidak mahu dihumban ke neraka paling bawah, sedangkan panas matahari berjauhan dari bumi dengan berjuta tahun cahaya pun saya tidak tahan kepanasan dan menyebabkan kulit saya hangus.”

Hati Rusik ketawa kecil dan berkata, “Abang harap, Rusik tidak memungkiri janji abang. Semoga pengajaran dan pembelajaran ‘Kenangan Ramadan’ kali ini dapat Rasik mengingatinya apabila dewasa kelak.”

Rusik riang gembira. Dia monolog,

‘Jelas psikologi aku berjaya membuat Rasik mendengar kata.’

(Kerja kursus penulisan Akademi Hero dulu) 

Sunday 19 August 2012

Alkisah.

Aman selesai berbuka puasa. Berkali-kali Aman sendawa mengurut perut mengikut arah jam. Aman bangun kemudian melangkah ke belakang menuju mendapatkan rakan baiknya yang duduk berjauhan dari meja makan. Otak Aman memikirkan cara dan strategik mencari jalan penyelesaian ke arah kebaikan dari terus dibaham amarah rakan baiknya.

Aman duduk bersebelahan Zas. Mengikut arah utara kedudukan Aman dan Zas 43 kaki. Meja makan Zas dihiasi belian, emas serta batu zambrud.

"Kau masih merajuk lagi? Kau mahu berkongsi pengalaman aku di dunia hiburan? Sekiranya kau tidak mahu, sungguh memang esok akan berhari raya selama sebulan sama seperti bulan puasa selama 30 hari dan hari raya 30 hari."

Zas mengangguk, mulut mengunyah sisa makanan ikan salomon yang dibeli dari jepun melalui jet peribadi Airbus 380.

"Ada artis minat kau," terus terang Aman.

Mata Zas menerkam mata Aman yang redup. Aman tahu isyarat mata Zas itu. Bahasa mata Zas mahu dirinya berterus terang padanya,

"Siapakah wanita itu?"

"Muka macam neelofa. kulit seperti wanita rusia. seri seperti wanita jepun, tinggi macam model, punggung seperti itik, dan memakai tudung."

Zas berdeham-deham. Aman kemudian mengangguk. Faham sangat dehaman itu. Zas mahukan wanita itu jadi hamba seksnya. Kemudian Aman berkata,

"Tetapi Tuan."

Zas mengangkat keningnya.

"Lihat lampu belakang mercedes tapi lihat deruman enjin, ayam jantan berkokok Tuan Zas."

Zas kaku dan kemudian di sahkan mati.

Thursday 16 August 2012

Sudut Buta-Puisi


Oleh: Amirul Mohamed
 
Aku melihat sekeliling
Dan mereka pun melihat sekeliling.


Aku nampak apa mereka
Tidak nampak.

Aku rasa apa mereka
Tidak rasa.


Aku mengetahui apa mereka
Tidak mengetahui.


Aku mengerti apa mereka
Tidak mengerti.


Sudut buta itu
Adalah mereka.


Sudut buta itu tidakaku
Kerna aku melihatnya.


Maka bergembira lah mereka
Dalam kebutaan kelalaian.


Hanya gembira masa depan
Yang tidak pasti.


Kebanggaan mereka
Hanya disekeliling.






Mencari Tekun-Puisi


Oleh: Amirul Mohamed

Hujung malam berlagu sepi
Entah, mana hilang berlagu ria.


Laut biru pepohon menghijau
Tanda awal malam
Adanya awal kebahagiaan jiwa.


Jiwa kacau tengah lautan luas
Belayar kapal sesat ingatan
Hilang semula entah ke mana.


Kembali aku ke hujung malam
Berlagu sepi.


Santai Keindahan-Puisi

Oleh: Amirul Mohamed.

 Malam santai itu,
Terbayang jelas wajahmu.


Izinku mencuri wajahmu yang jelitawan.
Bukan nafsu aku cari, cari ketenangan soleha dari wajamu
Bayanganmu terlena satu malam.


Satu malam tidak bertemu
Sejuta hari rasa rindu.


Rasa rindu usah di seksa lagi
Seksa rindu ternyata malam-malam sejuta indah.


Indah antara langit dan bumi
Antara hamba dan pencipta-NYA.


Antara indah akhlakmu dan Kasih-NYA.








Sahabat Tak Mengerti-Puisi

 Oleh: Amirul Mohamed

Bila bintang mengerti hati ini.
Sayu.


Usah tegur diriku.
Kerna.


Ular berbisa kelaparan.
Jadi, boleh sahaja sakit.


Sakit kau rasa tidak
Sakit-sakit hati ini.


Sakit terpanah petir
Namun hidup panjang.


Bayangkan, kau rasa keseorangan
Jika, kau tahu erti sahabat.


Jangan biar bintang berjauh mengerti
Sedang aku dan kau saling hubung.


Tapi kau hanya mengerti kegembiraan aku.
Pasti musnah sejuta manusia seperti kau pada tiap-tiap manusia kau bersahabat.











Wednesday 15 August 2012

Sayembara Esastera.my Bernilai RM 10,500.00 !!

 
RM10,500.00
 untuk dimenangi!
Sempena Ulang Tahun Ketiga
Penubuhan Komuniti Soneta di e-Sastera.com


Admin dengan bangganya membuka penyertaan sayembara untuk dipertandingkan dan mencari Juara ASMAS 2012 sempena HesCom 2012

Hadiah Utama Sayembara:
- Baucer percutian ke Jordan 5 Hari 4 Malam untuk 3 orang bernilai RM5,000.00
- Wang tunai RM100.00
Hadiah Anugerah Soneta Melayu Alama Siber (ASMAS):
- Baucer percutian ke Jordan 5 Hari 4 Malam untuk 3 orang bernilai RM5,000.00
- Wang tunai RM200.00
- Cenderamata

Penyertaan 
Ada 2 kategori yang dipertandingkan: Sayembara dan ASMAS

Syarat-Syaratnya Penyertaan Sayembara:
- Terbuka kepada semua warga dunia yang berminat.
- Tema: (1) Cinta dan (2) Keagamaan.
- Penyertaan sayembara hendaklah mengandungi dua (2) karya dari setiap tema, bilangan tema adalah dua (2), ini bermakna jumlah keseluruhan karya adalah empat (4) buah karya.
Syarat-Syarat Tambahan:
- Paling penting, pandai bersoneta dan ikut tema.  Cacat cela dalam karya, tidak mengikuti format, dan tersalah ejaan, tiada kompromi untuk dimaafkan.

- Karya puitis dan berunsur siber diutamakan selaras dengan identiti e-sastera.my sebagai sebuah majalah siber.

- Sebarang karya berbentuk hasutan dan yang mampu membawa porak-peranda keadaan, akan dibatalkan penyertaan.

- Karya hendaklah disiarkan di e-sastera.my laman komuniti Soneta.

Hubungi urus setia melalui : krieyalias@yahoo.com
 
 ***************
 
 Assalammulaikum !

Adakah anda teruja apabila melihat hadiah yang lumayan? Atau anda sudah terbayang-bayang anda sudah berada di Jordan sekarang selama lima hari empat malam di sana dengan tiga orang kesayangan anda? Sekiranya begitu sertailah sayembara ini! Terbuka kepada sesiapa yang berminat menulis !

Sayembara ini dianjurkan oleh www.e-sastera.my dari komuniti Soneta mereka. Dari maklumat yang saya dapati mereka selalu menganjurkan sayembara untuk penulis-penulis yang serius dan aktif. Pada saya ia mengalakkan penulis dengan baik serta memberi motivasi kepada diri penulis sendiri.

Anda boleh menjadi ahli esastera.my kerana apa? Kerana ia percuma! Seperti facebook. Percuma dan apa yang menarik adalah anda akan berbual dan berkongsi minat yang sama iaitu "menulis" !
Anda klik pada pautan esastera itu di atas dan mula daftar. esastera ini bukan baru bertapak, sudah lama bertapak dalam arena penulisan ini semenjak tahun 2002 lagi, kira-kira 11 tahun!

Asahkan bakat anda dan kemahiran menulis anda. Perlu diingatkan anda perlu membaca 10 perkara yang dilarang oleh pihak pentadbiran esastera ini. Baca pautannya di sini dan perlu ikut supaya komuniti berjalan dengan penuh harmoni dan aman.
 
Untuk mengetahui segala detail tentang esastera.my ini anda boleh membacan di sini. Klik pada mana-mana bahagian yang anda suka dan ingin tahu tentang esastera.my. Baik, entri ini saya sertakan sekali emel saya pada pihak pentadbiran esastera.my bahagian komuniti Soneta. Tujuan ini adalah supaya anda memahami atau mungkin dapat membantu anda. Nama penulis pihak pentadbiran itu saya padamkan supaya menjaga privasi orang lain.

Sekian, bacalah ya !
 
 ********************
 
Emel dari saya (Amirul Mohamed)
 
 Assalammulaikum Dan Salam Sejahtera.

Nama pena saya di esastera.my adalah Syah Muhammad Ali. Saya baru menyertai esastera semalam. Kemudian saya membaca Sayembara Penulisan Soneta. Saya masih ahli baru, semalam saya meneroka komuniti ke komuniti untuk memahami esastera berfungsi dan sistem esastera. Baik, dengan usia yang masih baru di esastera saya ada beberapa soalan. Saya harap pihak pentadbiran esastera akan menjawab soalan-soalan saya ini.

1) Sayembara Penulisan Soneta itu adakah menulis cerpen atau puisi? Apabila saya ke komuniti Soneta itu saya dapati kebanyakanya adalah puisi. Saya harap Tetuan/Cikpuan memberi pencerahan kepada saya adakah cerpen atau puisi atau lain-lain penulisan untuk menyertai Sayembara Penulisan Soneta ini.

2) Saya masih ahli baru, baru mendaftar pada 14 Ogos 2012. Mengenai Anugerah Esastera.com atau (Hescom) saya masih binggung dengan syarat ditetapkan. Soalan saya adalah adakah saya layak untuk sertai?

3)Saya masih samar dengan Tema untuk Anugerah Esastera.com (Hescom) itu, saya harap Tetuan dan Cikpuan dapat memberi pencerahan kepada saya.

4) Tema untuk Sayembara Penulisan Soneta itu bagaimana ya? Maksud saya adakah 4 karya itu merangkumi dua (2) tema cinta dan dua (2) tema keagamaan? Semua adalah 4 karya. Adakah begitu? Sekiranya saya silap, saya harap Tetuan dan Cikpuan memberi pencerahan kepada saya.

5) Saya ada komuniti Penulisan di Facebook. Saya dapati penyertaan untuk Sayembara Penulisan Soneta ini terbuka utnuk sesiapa sahaja. Adakah Tetuan dan Cikpuan membenarkan saya untuk promosikan Sayembara Penulisan Soneta itu di Fan Page Facebook saya? Serta saya membuat salinan syarat-syarat dan tulisan pihak pentadbiran itu ke wall Facebook saya.

Lima (5) sahaja soalan saya, sekiranya ada soalan saya akan kemukakan kepada pihak pentadbiran esastera.my. Saya harap Tetuan dan Cikpuan memberi penjelasan dan pencerahan kepada saya.

Sekian, terima kasih
 
**********************
Balas emel dari Pihak Pentadbiran esastera.my
 
 
Waalaikumussalam dan Selamat Petang Saudara Syah Muhammad Ali (SMA),

Pertama kalinya saya mengucapkan selamat datang ke laman komuniti e-Sastera.my, (dahulu dikenali sebagai www.esastera.com), e-Sastera.my adalah sebuah laman majalah sastera siber yang boleh dilayari di www.e-sastera.my dan menjadi ahli secara percuma. Saya harap, sdr SMA sudah mengetahui apa fungsi e-sastera dan bagaimana ia berfungsi membantu ahli mengasah dalam penulisan karya. e-sastera adalah diasaskan oleh Prof. Dr. Ir. Wan Abu Bakar bersama Isterinya Cikgu Hasimah, sdr akan lebih mengenalinya dengan lebih rapat jika terus aktif di esastera.

Memperkenalkan saya, *********** beridentitikan nama samaran KRIEY, merupakan salah seorang pentadbir (admin) laman komuniti di esastera iaitu di Komuniti Soneta. 

Berikut merupakan jawapan bagi persoalan saudara tersebut :

(1) Soalan Pertama, Apakah Soneta? 

Soneta adalah (dalam bahasa Inggerisnya ialah "Sonnet") merupakan puisi 14 baris, dengan setiap baris mengandungi 10 suku kata.

Soneta ada 3 jenis format. Format yang paling popular ialah soneta dalam format seperti yang ditulis oleh Shakespeare. Ia dinamai "Shakespearean @ English Sonnet". Selain itu, terdapat soneta Itali (dinamai juga soneta Petrarch).

SONETA SHAKESPEARE (INGGERIS)
Soneta mengikut format Shakespeare ditulis dalam 4 rangkap: 3 rangkap pertama mempunyai 4 baris setiap satu dan rangkap terakhir mempunyai 2 baris. (4+4+4+2).
10 suka kata dalam sesuatu baris mempunyai ritma (di sepanjang ayat) begini:

     da dum da dum. da dum da dum.  da dum.
     "Da" ialah suku kata lemah. "Dum" suku kata yang keras. Contoh perkataan:

                 - a/lam (a = suku kata lemah, lam = suku kata keras).
Dari segi rima, 14 baris dalam soneta 4-4-4-2 berima begini:
     a-b-a-b
     c-d-c-d
     e-f-e-f
     g-g.

Kandungan: Dalam 3 rangkap pertama, setiap rangkap mengandungi/membincangkan SATU idea, dengan rangkap kemudian daripadanya mengandungi idea lain, yang berdebat/berlawan dengan idea sebelumnya, atau menyokong idea sebelumnya. 
Rangkap terakhir, yang hanya mengandungi 2 baris itu pula, mesti mengungkapkan RUMUSAN, iaitu PENDIRIAN pengarang mengenai idea-idea yang dibincangkannya dalam 3 rangkap pertama tadi.

Salah satu contoh soneta Shakespeare yang popular dan dikenali ramai, ialah Sonnet 18, yang dimulai dengan rangkap "Shall I compare thee to a summer's day?"
             SONNET #18
                    by: William Shakespeare
      Contoh soneta dalam Bahasa Melayu (karya Hasimah Harun, di Komuniti Penyair, eSastera.com):
                 SONETA RINDU
                              
               Seruling zikir kutiup halus
               seluruh fikir untuk-Mu Tuhan  
               hasrat hati kusampaikan terus  
               tidak ada yang dapat menahan.
              Rinduku manis semanis madu                biar kudekat pada-Mu Tuhan                rinduku lembut selembut bayu                biar kulemas dalam limpahan.
             Disaksikan sunyi dingin malam               disaksi syahdu siang menjelma               serindu-rindu kini dan silam               aku pungguk menanti purnama.
             Rela aku menjadi perindu               rela aku menagih cinta-Mu.  

     Hasimah Harun        Kuala Lumpur, 3.10.2003                                                          
   
SONETA PETRARCH (ITALI)
Soneta mengikut format Petrarch ditulis dalam 2 rangkap: rangkap pertama mengandungi 8 baris (octave) sementara rangkap kedua mempunyai 6 baris (sestet). (8+6).
Soneta mengikut format ini lazimnya di pecahkan kepada empat stanza, dengan octave dipecahkan kepada 4+4 baris sementara sestet dipecahkan kepada 3+3 baris, lantas format 14 barisnya menjadi 4 rangkap dengan bilangan baris menjadi 4+4+3+3.

14 baris dalam soneta 4-4-3-3 berima begini:
     a-b-b-a
     a-b-b-a
     c-d-e
     c-d-e

Skema rima alternatif yang juga diterima untuk soneta jenis ini ialah:
     a-b-b-a
     a-b-b-a
     c-d-c
     d-c-d
BUKU
Buku soneta yang ditulis dalam bahasa Melayu ialah 68 Soneta Pohon Ginkgo karya SN A.Samad Said (Wira Bukit, 2009).
BACAAN LANJUT
Keterangan lanjut dapat dibaca di laman web http://www.federationofpoets.com/week18.htm

(2) Soalan Kedua, apakah itu HesCom?

HesCom  merupakan singkatan bagi Hadiah eSastera.com
HesCom merupakan satu majlis gemilang berperestij yang diakan setiap penghujung tahun bagi meraikan para penulis yang berkarya bermula awal hingga akhir tahun. 
Semua ahli yang berdaftar dan aktif, layak untuk menyertainya, tempat dan bila berlangsung, akan diumumkan kurang 3 bulan sebelum majlis berlangsung untuk tujuan pendaftaran, kebiasaannya dibuat pada 12 hb Disember setiap tahun. Ini laporan untuk HesCom 2011 tahun lepas, boleh layari http://www.rumah.ws/HesCom2011/

(3) Soalan ketiga, samar dengan syarat HesCom?

Sebenarnya, untuk berhescom tiada syarat yang dikenakan, cuma untuk menyertai sesuatu sayembara dikenakan syarat oleh penganjur bagi menyertai lantas memenanginya. Seperti komuniti soneta yang ditadbir oleh saya, saya mengenakan syarat untuk sesiapa yang ingin memenangi sayembara tersebut, antara syarat saya ialah dengan mengahantar 2 karya dari dua tema tersebut, ini bermakna satu tema dengan dua karya. 

Syarat untuk memenangi Anugerah Soneta Melayu Alam Siber (ASMAS) di HesCom nanti kelitahan seperti sedikit ketat, ini kerana bagi setiap anugerah komuniti, (seperti soneta ASMAS) menganugerahkan kepada yang paling aktif dan menepati syarat berpuisi (kreatif, puitis dan lain2). Seperti tahun ini ASMAS (Anugerah Soneta Melayu Alam Siber) menetapkan syarat minima 40 karya sepanjang tiga tahun bagi seseorang itu layak untuk menyertai dan menjadi juara asmas, bukan ASMAS sahaja,terdapat juga Anugerah Penyair Alam Siber (APAS) Anugerah Cerpenis Alam Siber (ACAS),  Anugerah Dramatis Alam Siber (ADMAS), Anugerah Novelis Alam Siber (ANAS), Anugerah Haiku Melayu Alam Siber (AHMAS), Anugerah Soneta Melayu Alam Siber (ASMAS), Anugerah eSastra Indonesia (Puisi), Anugerah eSastra Indonesia (Fiksi), dan Anugerah Lagu Puisi Alam Siber yang masing-masing sabn tahun menyediakan ruang hadiah yang lumayan kepada ahli yang aktif.

(4) Tema Sayembara

Ya, fahaman saudara tepat sekali, 4 karya dari dua tema tersebut, setiap satu tema dua karya dikehendaki.

(5) Pengiklanan ke Fan Facebook 

Sememangnya kami (mewakili pentadbiran e-sastera) sudah menyiarkan iklan ini di merata tempat termasuk tidak lama lagi akan mengiklankanya ke dada akhbar. Ini bermakna, penyertaan ini terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk menyertainya. Jasa murni sdr untuk mengiklankannya ke Facebook amt saya hargai, tetapi tiada komisen atau sebarang ganjaran di atas pengiklanan tersebut dari penaja kecuali ia melalui media cetak terkemuka seperti majalah dan surat akhbar.

Terima kasih kerana bertanya, saya berharap agar jawapan ini menjawab persoalan sdra tersebut.
Sebelum mengundurkan diri, sebagai hadiah dari saya, bolehkan saya meminta alamat surat menyurat dari saudara? untuk saya poskan sebuah buku ******************** untuk dijadikan saudara sebagai bahan rujukan untuk bersoneta dan menghayatinya. Jasa baik saudara, merapatkan ukhwah bersama.


Terima kasih.
Regret,

- kriey
 
 Baiklah, selamat menulis !
 
Assalammulaikum !

Notakaki: Maaf puisi itu tidak elok susunannya, kerana ada masalah teknikal dari hosting percuma ini. :D

Tuesday 14 August 2012

Janji Abah.


Buruh, nelayan dan juga petani
Gaya hidup kini dah berubah
Anak-anak terasuh mindanya
Lahir generasi bijak pandai

Pakar IT, pakar ekonomi

Jaguh sukan dan juga jutawan
Berkereta jenama negara
Megah menyusur di jalan raya

Alam cyber teknologi terkini

Kejayaan semakin hampiri
Biar di kota ataupun desa
Kita semua pasti merasa bangga

Keranamu kami mendakap tuah

Keranamu kami bangsa berjaya
Keranamu kami hidup selesa
Limpah budi kemakmuran negara....



Leha nyanyi lagu serta badan mengikut rentak lanunan muzik lagu Keranamu Malaysia. Gadis kecil tidak tahu apa-apa dan masih menuntut di taska berdekatan di rumah. Mula petah berkata dan suka menyanyi kerana disuruh gurunya untuk mengingati huruf diringi dengan melodi muzik.

Daud mendekatinya anaknya turut menyanyi bersama anaknya yang rancak berkata-kata. Daud turut menari dengan anak-anaknya.

Buruh, nelayan dan juga petani
Gaya hidup kini dah berubah
Anak-anak terasuh mindanya
Lahir generasi bijak pandai

Pakar IT, pakar ekonomi
Jaguh sukan dan juga jutawan
Berkereta jenama negara
Megah menyusur di jalan raya

Alam cyber teknologi terkini
Kejayaan semakin hampiri
Biar di kota ataupun desa
Kita semua pasti merasa bangga

KeranaMU kami mendakap tuah
KeranaMU kami INSAN berjaya
KeranaMU kami hidup selesa
Limpah budi kemakmuran-MU

KeranaMU kami bebas merdeka
KeranaMU nyawa KAMI dipertaruhkan
KeranaMU rela kami berjuang
Demi IMAN kedaulatan AGAMA.

( ulang dari mula )

KeranaMU Agamamu Islam!
Allah Maha Besar... !!
Terima kasih Ya Allah.

Leha mengaru-garu bibirnya. Memikirkan adakah dirinya salah menyanyikan lagu kebangsaan itu atau abah Leha sendiri yang salah. Kemudian Leha bertanya kepada abah,

"Abah, kenapa lirik abah lain dari saya?"

Daud tersengih-sengih pada anaknya. Akalnya mencari jawapan yang sesuai untuk dijelaskan pada Leha.

"Tidak salah bukan menyanyi lagu untuk mengambarkan kebesaran Allah. Jadi Leha nyanyi lagu Raihan dan Rabbani senang Leha belajar ilmu agama sedikit demi sedikit."

Tujuan Daud menyanyi lagu begitu mahu mengalakkan anaknya memahami bahawa lagu seperti Raihan dan Rabbani itu baik untuk dirinya.


"Sekiranya begitu, nanti abah ajarkan Leha bagaimana mahu mengazankan kalimah Allah ya!"


Terkedu Daud mendengar kata-kata dari mulut anak perempuannya.

"Tidak salah, nanti abah akan ajar. Abah janji!"

Umpat-Sebuah Cerpen Pendek.

Ibu memotong bawang putih diiringi air mata yang mencurah-curah. Air mata ini bukan akibat bawang putih. Bawang putih tidak patut dipersalahkan sebegitu rupa apabila ibu menangis teresak-esak itu sedang menyiapkan makanan untuk keluarganya.

Tangisan ibu apabila Papa memukul ibu dengan tali pinggang. Tali pinggang yang dibuatkan kulit buaya yang sememang keras dan menyakitkan. Bukan itu sahaja Papa melakukannya. Papa membotakkan kepala ibu dengan mesin rambut yang dibeli RM 20 di pekan. Papa menggunakannya apabila tiba di rumah kami dan serta-merta membotakkan kepala ibu yang ikal mayang itu.

Kata Papa rambut itu membawa fitnah padanya. Ibu tidak mengenakan tudung yang menjadi kewajipan pada setiap muslimah islam. Kasihan saya melihat ibu. Rambut ikal mayang ibu menyerlah wajah ibu yang cantik rupawan, kini ibu botak seolah anak jantan yang sudah baligh.

Saya tidak mahu menuding jari kepada siapa. Setahu saya, Papa jarang-jarang balik ke rumah. Hanya pulang apabila malam ke empat. Sekiranya Papa tidak pula, Papa akan memberi tahu ibu bahawa dia berada seberang laut pada minggu itu atau hari ke lima.

Ibu mengenakan pakaian yang ketat, apabila keluar rumah pada hari satu, dua, dan tiga. Pada hari ke empat pun masih memakai pakaian ketat pada sebelah siang dengan berkebaya cerah sehingga tertonjol bentuk-bentuk yang sudah menjadi hak milik Papa dan jagaan Papa. Sekira hari-hari tertentu Papa tidak pula, Ibu akan keluar dari rumah bermula pagi hingga ke petang, kemudian baru ibu akan pulang ke rumah kami. Muka ibu  pulang diringi kesegaran dan keletihan yang sedikit. Kadangkalanya kain batik ibu basah dan leher ibu membaur hamis.

Saya sebagai anak kecil di dukung oleh Mak Zaliha. Jiran ibu. Kadangkala saya sering menangis apabila mahukan susu. Mak Zaliha tidak teragak memberi susunya kepada saya. Saya akan dipelukan dan dibelai dengan penuh kasih. Sungguh seronok apabila masih kecil sebegini. Kemudian kata Mak Zaliha kepada suaminya.

"Intan itu menyuruh aku menyusu si Hamid ini. Katanya mahu menjaga bentuk payudaranya. Tidak mahu kedur dan lembik," mengumpat Mak Zaliha.

"Biar betul kamu ini Mak Zaliha. Jangan buat fitnah. Kasihan anak kecil sekiranya faham apa kata-kata kamu. Lagipun kamu sukarela yang mahukan Hamid ini jadi anak susuan kamu. Usah kamu pertikaikan keputusan orang lain mahu menjaga apa-apa sekalipun."

Mak Zaliha menarik nafas panjang sambil mengusap-usap lembut ubun-ubun aku. Kemudian Mak Zaliha menyambung,

"Ya, saya tahu. Tetapi kasihan suaminya. Isteri keempat dia itu curang. Ada skandal dengan lelaki kampung Maju Kuala Langit. Kasihan. Abang lihat sendiri sekiranya pulang punggungnya basah dan jalannya terkengkang-kengkang."

"Aku tidak pernah melihat punggung dan jalan si Intan itu. Bagi abang, kamu sudah cukup. Buat apa abang pandang isteri orang. Sedangkan isteri abang sendiri sedang mengumpat orang lain dan mengajar abang bukan-bukan!" tegas Suami Mak Zaliha.

Mak Zaliha diam. Kepalanya tertunduk kemudian berlalu pergi ke bilik membawa aku sama yang sedang di dukungkan. Mengusap-usap dada belakang aku menyuruh aku sendawa sebelum aku tidur pada malam itu.

Pada aku yang masih kecil ini. Ada pro dan kontra hal manusia ini. Aku tidak perlu memikirkan hal-hal itu sedangkan aku masih bayi yang sedang mengalami proses pertukaran alam. Dari alam rahim ke dunia ini. Biar diri aku lena dan dipeluk oleh wanita-wanita yang lembut tangannya.

Fiksyen semata-mata.

Saturday 11 August 2012

Oh, Novella

Assalammulaikum,

Di bulan Ramadan yang mulia ini Allah perkenankan doa saya, alhamdullilah. Banyak projek penulisan saya dapat pada bulan yang mulia ini. Pertama sekali, saya dan rakan penulis saya mahu bekerjasama untuk menghasilkan sebuah novel!

Kenapa saya bersyukur? Pertama ada rakan penulis mahu bekerjasama dengan saya, itu yang saya minta padaNYA. Kedua memang saya suka bekerjasama dengan beliau, sebab beliau penulis yang baik, penulisan saya tidak baik sangat berbanding dengan beliau. Sinopsis saya ada, kita akan menbahagikan kerja masing-masing. Wah! Tidak sabar mahu menulis ini.

Berkenaan cerpen TulisNovel.com semakin mendesak untuk disiapkan. Salah satu cerpen merdeka muzikal!
Bagaimana sebuah cerpen ada muzikal? Ia sebenarnya tidak perlu buat drama pentas dan menjadi pelakon, hanya meletakkan link lagu kemerdekaan di youtube serta lagu dan penulis liriknya. Sesungguhnya memikirkan idea yang terbaik itu yang memakan masa, walaupun sebenarnya tidak. Alhamdullilah. Syukur kepada Allah Yang Maha Besar.

Sinopsis masih dalam benak dan akan digugurkan dalam masa terdekat. Siapa penulis yang menghasilkan novel bersama dengan saya? Biarlah rahsia....kehkehkeh.

Walaubagaimanapun, kita tinggalkan perkara itu, rakan penulis saya semasa MPR 2012 karyanya sudah tersiar di TulisNovel.com dengan menyertai Sayembara Penulisan Certot Humor Raya Anjuran Akademi Hero. Tahniah Muzammil Rahim!

Kala Ramadan Kutemu Karim-Muzammil Rahim 

Sekian, terima kasih. :D
Assalammulaikum!


Friday 10 August 2012

Siap satu karya.

Assalammulaikum,

Sebentar tadi saya baru menghantar emel kepada sifu penulisan saya. Terlewat beberapa jam dari deadline asal. Walaubagaimanapun, saya berjaya siapkan.

Saya tidak tahu dan pasti adakah karya saya itu diterima baik atau sebaliknya. Apa-apa nantikan karya saya di TulisNovel.com nanti. Sekiranya sifu saya benarkan diterbitkan InsyaAllah saya akan maklumkan pada anda semua. Terima kasih!

ps: Jari-jemari sungguh letih dan sakit-sakit. Perlu direhatkan. :D

Assalammulaikum!

Tuesday 7 August 2012

Karya-Karya

Assalammulaikum!

Minggu ini banyak kerja, pertama menulis untuk TulisNovel.com.

Tok Nak Lubuk Jumaat-9 Ogos
Pesta Karya Syawal-12 Ogos.
4 Cerpen untuk TulisNovel.com
Pesta Karya Merdeka Muzikal

Banyak karya perlu dibuat? Bagus untuk saya, kerana belajar menulis dan terus menulis. Bagaimana karya di sini pula?Hhhmm, InsyaAllah sekiranya ada masa. Projek yang banyak kadangkalanya membebankan. Tetapi menyeronokkan juga. Baik, assalammulaikum!


Thursday 2 August 2012

Tersiarnya Karya Saya.

Assalammulaikum,

Hari ini bermula pengundian Sayembara Certot Humor Raya. Saya sudah beri penyertaan saya minggu lepas dan kini admin portal itu sudah menyiarkan karya saya untuk membuat pengundian awam. Pengundian hanya perlu "LIKE" pada bahagian bawah karya saya.

Pengiraan undian seperti berikut.

1) 30 peratus dari orang awam dengan tekan butang "LIKE"
2) 70 peratus markah dari juri porfessional.

Oleh demikian, anda semua baca karya saya itu, sekiranya terhibur dan suka silakan "LIKE" terima kasih. :D
 Tajuk Karya : Mat Telek: Mihun Goreng Rozita Che Wan-Amirul Mohamed.


Sekian, terima kasih.
Assalammulaikum. :D