Assalammulaikum, dibawah ini adalah cerpen lama saya ketika menulis dulu. Tanda baca, bahasa, penggunaan ayat memang kelam-kabut. Tapi saya sangat menghargai karya saya ini kerana ia pemangkin semangat saya untuk terus menulis.
Pada sesiapa suka baca sahaja tanpa memikirkan tatabahasa dan sebagainya, boleh baca karya saya ini. Tiada paksaan. Kalau kritik itu terpulang pada diri masing-masing asalkan baik untuk saya dan kita semua. Doakan kita semua panjang umur, sihat dan dimurahkan rezeki daripadaNYA. Amin.
**********
Nur hidup bahagia bersama
keluarganya. Rumah banglo di Bukit Pusat Antarabangsa. Kehidupannya indah zaman
makmur. Ibu yang bernama Aisyah yang selalu bersama pahit dan manis dengannya,
Ayahnya bekerja sebagai Ketua pegawai eksekutif di salah sebuah firma di kota
raya.
Hanya 20 tahun sahaja
kehidupan bertahan. Selepas itu hidupnya dalam kegelapan. Tidak tergambar dalam
kehidupannya terjadi begini. Syarikat ayahnya mengalami kerugian yang teruk
sehingga terpaksa gulung tikar.
“Kenapa abang sudah ubah sikap?”ucap
Aisyah.
“Apa yang aku ubah?panas
baran?!!”Zaidi menengking isterinya.
Zaidi memegang tangan Aisyah
dan menuju birai tingkap.
“Kau tengok keadaan,semua
orang tak cukup makan tahu tak?ramai tak cukup duit menyara
keluarga!!.”tengking Zaidi.
Aisyah hanya menangis
sahaja. Dia takut suaminya menampar mukanya. Nur melihat pertelingkahan ibubapa
mereka mengurung diri di biliknya. Nur menatap gambar keluarganya di london
pada sesuatu ketika dulu. Mengingat kembali keluarga bahagia mereka.
Pintu biliknya terbuka
kelihatan ibunya di depan pintu.
“Nur,buat apa itu?”Aisyah
cuba memujuk anaknya yang kelihatan murung.
Nur masih menatap gambar
memori itu. Aisyah pun melihat gambar kenangan mereka bertiga.
“Nur ibu masih sayangkan
ayah nur. Jangan risau nur. Mak tak akan minta cerai dari ayah kau,sebab ibu
sayang nur. Ibu faham nur ingin kebahagiaan seperti dulukan nak?”Aisyah tidak
dapat menahan air matanya. Gugur lah air matanya yang selalu tidak gugur di
depan anak tunggalnya.
“Ibu,Nur takut,ayah sudah
berubah. Dulu dia baikkan ibu.kenapa dia sekarang panas baran ibu?”soal Nur
yang masih tidak tahu kenapa walaupun sudah berusia 15 tahun.
“Ayah baik sahaja nak,Cuma
kita tidak senang,dan dapat pekerjaan sekarang susah.”jawab Aisyah.
Nur masih tidak faham kenapa
ia begitu. Dia berfikir apakah dengan
pekerjaan dan memperoleh gaji itu dapat membahagiakan?. Apakah tidak berduit ayahnya
berubah sikap? Fikiran Nur kusut.
Aisyah hanya memerhatikan
anaknya sedang mengelamun,memikirkan sesuatu.
***
Media massa menyiarkan
pelantikan Perdana Menteri baru selepas Perdana Menteri sebelum ini Dato Seri
Ahmad Hamzah meletakkan jawatan selepas desakan parti pimpinan beliau menyuruh
meletak jawatan. Pengantinya Muhammad Umar menjadi Perdana Menteri ke 15
bertanggungjawab ke atas rakyatnya. Negaranya yang sedang mengalami krisis
hutang yang teruk dan akan menyebabkan muflis.
Rakyat negara Misoasia
mengharapkan pembaharuan. Tidak ada apa lagi yang mereka harapkan selain
kehidupan yang selesa.
“Nur lihat itu. Pelantikan
Perdana Menteri kita penuh dengan adat-istiadat kita Nur” ucap Aisyah.
Nur hanya melihat sahaja.
Baginya politik ini korup dan politik itu mainan wang. Tiada guna dalam
kehidupan walau seratus kali Perdana Menteri dilantik melainkan mengharapkan
ayahnya menjadi seorang pemimpin yang baik bagi keluarga ini.
Kasih sayang dia terhadap
ibu seperti pantai dan ombak. Ayah seperti payung melindung dirinya dan ibu. Tidak
tergambar kenangan bahagia bersama ayah dan ibu dahulu.
“Nur kenapa senyap
sahaja?” Aisyah menghampiri Nur.
Nur mengeleng kepalanya.
Tanda tiada apa-apa.
Tiba-tiba pintu rumah di
hentak kuat. Rupanya Zaidi sedang mengamuk. Dia mencari isterinya untuk
melepaskan geram.
“Aisyah mana kau?!!”jerit
Zaidi.
Aisyah sudah mengerti diri
akan menjadi mangsa amukan suaminya setiap kali pulang ke rumah. Air mata Nur
keguguran. Melihat ibu sedang dalam ketakutan.
“Mari sini kau!!”jerit Zaidi
lagi.
Zaidi menarik lengan Aisyah ke
ruang tamu sambil membuka tali pinggang. Nur cuba menarik lengan kirii ibunya
tetapi tidak berdaya.
“Abang,jangan macam ini abang.”tangisan
Aisyah.
“Ayah jangan buat ibu macam
ini!!”jerit Nur dalam tangisan.
Zaidi tidak peduli. Zaidi
mengangkat tubuh Aisyah dan menolak ke sofa. Zaidi melibas Aisyah beberapa kali
menguna tali pinggangnya. Aisyah cuma menangis sahaja tidak mampu untuk buat
apa-apa. Nur cuba menghalang ayahnya.
“Ayah!!!!”jerit Nur sungguh
kuat. Hingga memekik telinga ayahnya.
Zaidi yang terkejut tindakan
anaknya itu. Melihat Nur sedang dalam tangisan melihat ibunya di pukul melepaskan
ibunya dalam kesakitan. Zaidi meninggalkan terus mereka berdua.
Aisyah merintih kesakitan.
Nur cuba menenangkan ibunya. Mereka berpelukan dalam tangisan luka.
***
Zaidi keluar dari rumah.
Menuju ke sebuah restoran. Dalam tekanan ia tidak tahu untuk buat apa. Zaidi
telefon kawan Fakrul kerana ingin bertemu dengannya.
Fakru bersalaman dengan
Zaidi kawan lama yang jarang bertemu.
“Bagaimana pekerjaan
kau?” ucap Zaidi.
“Pekerjaan? kau gila ke
apa? Bank banyak muflis, syarikat banyak guling tikar.mana ada pekerjaan.Budak
lepasan universiti dari diploma sampai PhD semuanya menganggur.” jawab Fakrul.
“Aku fikir kau bekerja sekarang.”ucap
Zaidi.
Fakrul yang berpakaian
kelihatan kemas berbanding Zaidi yang kusut dan tidak kemas menjadi tanda tanya pada
dirinya.
“Apa masalah kau ini?diri
pun tak terurus ini. Apa masalah kau?”ucap Fakrul yang ingin tahu.
Zaidi kelihatan mahu menangis.
Tekanan yang di alaminya tidak terkata.
“Masalah aku besar Fakrul.
Aku berhutang dengan bank sebanyak 20 juta mas .Aku sudah diisytihar muflis.
Mana-mana aku mohon kerja semuanya menolak. Aku tak tahu nak buat apa Fakrul.
Macam nak bunuh diri!!” jerit Zaidi dalam tangisan.
Fakrul kelihatan terkejut.
Dia memahami apa yang di rasa oleh kawan lamanya itu. Fakrul mula kelihatan
serius dalam perbualan.
“Zaidi. Jangan cakap macam
itu. Kau kena tabah. Ada orang sokong kau dalam perjuangan hidup ini.” ucap Fakrul.
“Siapa?ucap Zaidi sambil
menutup mukanya dengan tapak tangan.
“Allah,isteri dan anak kau,
Aku lihat mereka begitu sayang pada kau terutama anak kau Nur. Mereka memberi sokongan
yang sejati!”Fakrul cuba memberi semangat kepada Zaidi.
Zaidi tidak menerima apa
yang di ucap oleh Fakrul. Hubunganya dengan isteri dan anaknya sudah tegang.
“Tidak,isteri aku tidak
memberi sokongan pada aku. Sebab aku sekarang sering memukul isteri aku.”ucap
Zaidi yang menerus-terang.
Fakrul terkejut. Tidak
sangka sahabat lamanya yang begitu sayang isterinya waktu di universiti dahulu,
dan sekarang kawan lamanya sudah jadi kaki pukul!.
“Kenapa kau buat begitu
Zaidi?ucap Fakrul.
Zaidi masih lagi
menangis.Kini Dia menunduk kepala di
meja sambil meraung kesedihan. Fakrul simpati padanya ia membiarkan sahaja
Zaidi melakukan perbuatan itu.
“Zaidi kau jangan menangis
depan aku supaya aku dapat menolong kau. Kau menangis lah depan Allah. Ia maha
menolong dan maha pengasih.” ucap lembut Fakrul.
Zaidi tersentak dengar
kata-kata itu. Dia memandang wajah sahabat lamanya. Zaidi berkata.
“Aku bukan minta tolong dari
kau tapi,aku mengadu masalah aku pada kau.”ucap Zaidi.
“Mengadu lah pada Allah. DIA
maha mendengar Zaidi.”ucap Fakrul.
Zaidi meraung kesedihan.
***
“Dato Seri, ini laporan dari
unit dasar negara untuk melihat dasar negara dari perdana menteri sebelum
ini.” ucap Hamid.
“Terima Kasih,Nanti saya
akan melihat.”ucap Muhammad Umar.
Muhammad Umar tidak mahu
menyemak laporan itu. Dirinya mahu melihat rakyatnya terlebih dahulu sebelum
bertugas sebagai Perdana Menteri Misoasia
Muhammad Umur meminta Hamid
menyediakan keretanya untuk melihat rakyat beliau dari kesan krisis hutang
negara. Muhammad Umar melihat sekeliling selepas melepasi wilayah pentadbiran
negara. Dia melihat negaranya seperti biasa hanya wilayah yang tidak pernah ia
dilawatinya melihat kedaifan penduduk kampung yang miskin tegar. Kanak-kanak di
luar bandar masih kurang mendapat akses pendidikan yang sempurna.
Kebusukan yang melampau di
kawasan pinggir laut akibat amalan rasuah pegawai laut membenarkan kapal laut
melepaskan buangan minyak. Melihat nelayan hanya mendapat tangkapan yang
sedikit,kerana harga minyak yang tinggi melambung dan pencemaran alam.
Muhammad
Umar mengambil kesempatan untuk mengunjungi sebuah restoran yang dia melihat
masih buka beroperasi kawasan pekan ini. Dia mengambil kesempatan dengan
iringan pengawal keselamatan negara. Ia menyapa seorang mak cik tua yang sedang
menjamu makan di restoran tersebut.
“Assalammulaikum makcik”ucap
Muhammad Umar.
“Walaikumsalam,adik ini
siapa?”ucap mak cik tua sambil melihat kebelakang dengan beberapa orang lelaki
memegang senjata.
“Makcik tidak kenal saya?mak
cik tidak tengok tv siapa Perdana Menteri baru negara kita?”ucap Muhammad Umar
lemah-lembut.
“Mak cik tidak peduli apa
mereka lakukan itu, Perdana Menteri dulu sampai sekarang mak cik tidak kisah.
Mak cik fikir diri mak cik saja. Hidup susah nak. Memang susah nak cari kerja
sekarang. Anak ini siapa?
Terkejut Muhammad Umar
kerana mak cik tua ini tidak kenal siapa dirinya.
“Mak cik saya Perdana
Menteri Misoasia yang baru”ucap Muhammad Umar.
Mendengar sahaja mak cik
tersebut. Dia memeluk Muhammad Umar.
“Anak tolong selamat negara
ini anak. Mak cik merayu.nak” ucap mak cik tua yang kelihatan simpati.
Muhammad Umar hanya diam
kerana terkejut kata-kata mak cik itu.
“Ya,mak cik. Saya akan
lakukan terbaik.”
***
Zaidi menatap wajah Aisyah.
Dia sedang tidur lena tidak sedar Zaidi duduk di pangkuannya. Zaidi melihat
luka dan parut di lengan Aisyah. Nur cuba memerhati ayah yang sedang membelai
rambut ibunya. Nur bimbang ibunya akan jadi keganasan ayahnya lagi.
Zaidi merenung wajah
isterinya. Memikirkan kesilapanya yang panas baran selepas dirinya di buang
kerja. Hidupnya susah. Hutang tidak berbayar.
Nur berlalu pergi meninggal
ayah dan ibu di bilik mereka. Nur menatap gambar Zaidi dan ibu. Sungguh
meronta-ronta hati ingin kembali zaman kecil dahulu di mana zaman mendapat
kasih sayang dan kebahagiaan dari ayah dan ibunya. Kini hutang ayah semakin
meruncing ekonomi semakin tersempit.
Aisyah menyediakan sarapan
pagi seperti biasa. Walaupun kesakitan dipukul suaminya masih terasa pedih dan
berbekas. Zaidi hanya merenung isterinya dan Nur merenung ayahnya. Keadaan
sarapan pagi sepi dan tegang.
“Esok abang nak Aisyah dan Nur
pulang ke kampung abang.”ucap lembut Zaidi
Aisyah mendengar dan mengganguk
sahaja. Nur hanya menjamah makanannya. Melihat Aisyah hanya mengganguk sahaja
Zaidi meninggikan suaranya.
“Dengar tak?!”
“Dengar abang”ucap Aisyah
ketakutan.
***
“Dato Seri sebentar nanti kita
akan ada mesyuarat bersama ahli ekonomi kita untuk membincang mengenai krisis
hutang negara kita.”ucap Hamid selaku pembantunya
“Baik lah”ucap Muhammad
Umar.
Muhammad Umar menghadiri
mesyuarat dengan pakar-pakar ahli ekonomi negara. Sepuluh orang ahli akademik
dan professional di jemput untuk sidang mesyuarat bersama Perdana Menteri.
Salah seorang pakar ekonomi
bangun. Dia perkenalkan dirinya kepada Perdana Menteri baru Misoasia
“Assalammulaikum dan salam
sejahtera. Saya Azman dari unit ekonomi negara. Krisis hutang negara di ambang
muflis. Pada awalnya kerajaan kita mengeluar sebanyak 700 billion mas untuk
menyelamatkan bank-bank di negarai ini.
Dengan pemotongan kadar faedah untuk
peminjaman perumahan dan belum tentu pihak-pihak bank mahu menurunkan kadar
faedah untuk industri koporat dan pengkilangan. Disebabkan itu kekurangan modal
operasi untuk industri dan pengkilangan kita kerana kadar feadah yang ditekankan
oleh pihak bank yang terlalu tinggi dan kegagalan membuat pinjaman. Disebabkan
itu hampir 10 juta rakyat kita hilang pekerjaan dan aktiviti ekonomi kita
semakin lembap dengan disebabkan pengeluaran dan pemintaan yang lembap.
Perdana
Menteri sebelum in telah meminjam wang dari bank dunia sebanyak 500 trillion
mas untuk menyuntik modal dan membuat pemgambilalihan bank-bank yang menderita.
Hasil dari itu kelembapan ekonomi masih lagi berlaku kerana kepercayaan pelabur
untuk melabur kurang. Kekurangan modal ini menyebabkan ekonomi kita masih di
tahap sama. Lalu kita hutang dengan kadar faedah dari bank dunia telah
meningkat sebanyak 100 juta trillion mas kerana kelewatan kita untuk membayar
dalam tempoh waktu di tetapkan.”ucap Azman selaku penganalisis ekonomi negara.
Muhammad Umar sudah memahami
apa yang sedang berlaku. Dia datang ke sini hanya mahu mencari alternatif bagi
menyelamatkan negara tercinta ini.
“Bagaimana
penyelesaiannya? ucap Muhammmad Umar.
“Tiada penyelesaian Dato Seri”ucap
Zaha selaku timbalan penganalisis ekonomi negara yang berfahaman kapitalisme.
Azman hanya senyap. Melihat
sekeliling yang memerhati dia dengan penuh harapan menantikan jawapan keluar
dari mulutnya.
“Tiada Dato Seri. Negara
kita akan jatuh muflis.” ucap Azman dengan nada rendah.
Muhammad Umar tidak percaya
apa yang dikatakan Azman. Dia percaya masih ada jalan lain untuk keluar dari
krisis hutang negara ini. Ini semua adalah penyebab pemimpin dahulu yang
membelanja boros wang rakyat dan sekarang di tanggung oleh Muhammad Umar
sendiri.
Azman seakan-akan mahu memberi
penerangan kepada Dato Seri Muhammad Umar. Azman berkata,
“10 juta rakyat kita yang
menggangur adalah laporan 3 tahun lepas. Laporan baru yang kami buat adalah
sebanyak 45 juta rakyat kita tiada pekerjaan. Ramai lepasan universiti dari
jumlah itu.” ucap Azman.
Muhammad Umar terkesima.
Muhammad Umar merenung tajam anak mata Azman. Dia perlu buat sesuatu jika tidak
negara akan jadi miskin dan rakyatnya akan menderita. Apa yang akan dijawab
sebagai ketua negara di hadapan Allah s.w.t nanti?.
Kegelisan dalam mula
terserlah. Pakar-pakar hanya diam dan memikirkan sesuatu. Muhammad Umar hanya
memerhatikan siling bilik mesyuarat.
***
Muhammad Umar duduk
bersendirian di pejabatnya. Memerhati sekeliling pejabat yang pernah diduduki
oleh barisan pemimpin yang hebat dan agung sesuatu ketika dahulu.
Kini gilirannya pula untuk
membawa kepimimpinan negara ini. Tanggungjawab dan amanah yang amat berat yang dipikul
olehnya. Memandang seramai 45 juta dari 100 juta rakyat tidak bekerja.
“Apa yang aku boleh buat
sekarang. Apa jalannya.”ucap hati Muhammad Umar.
Melihat luar tingkap. Sinar
Mentari di pagi hari. Tetapi sedih jiwanya tidak bersinar ekonomi negaranya. Di
pagi itu Muhammad Umar melihat di luar tingkap rakyat sedang tidur lena.
Bandar-bandar sunyi tidak seperti dahulu yang rancak sahaja kereta-kereta
memenuhi jalan raya dan mereka bekerja.
Muhammad Umar membelek
buku-buku tinggalan Perdana Menteri dahulu. Sedang mencari buku apa pilihan di
hati. Dia melihat sesuatu sudut almari sebuah buku yang sudah berhabuk tetapi
masih elok bentuknya. Buku itu adalah Perdana Menteri ke tujuh negara Misoasia.
Seorang pemimpin hebat dan agung pada zamannya,nama di beri Dr.Rizduan
Muhammad. Ia terkejut buku ini adalah sebuah buku diari. Tertera tajuk “Diari
Aku: Pada Zaman Hadapan”. Muhammad Umar tertarik dengan tajuk buku
ini. Lalu Dia membelek buku itu.
Sekilas pandang sahaja
Muhammad Umar menyelak muka surat buku itu. Secara umum Muhammad Umar mengerti
apa yang ingin Dr.Rizduan Muhammad. Buku ini seolah-olah memberi tunjuk ajar
kepada pemimpin masa hadapan untuk mempelajari cara kepimpinan yang unggul dan
hebat.
Muhammad Umar duduk tidak
berbangku kerana keterujaannya melihat karya permimpin lagenda itu. Lalu
Muhammad Umar berhenti melihat tajuk yang tertera “Rahsia
Kepimpinan Aku”. Muhammad Umar pun membaca apa yang di
tulisnya.
“Assalammulaikum.
Wahai pemimpin masa hadapan. Mesti di waktu sekolah kamu pernah memikirkan
siapakah saya?Ramai yang memuji saya sebagai pemimpin yang hebat dan agung.
Saya bukan ingin membangga tetapi hanya mengingati pada zaman sekolah kamu.
Saya faham menduduki di kerusi panas itu sebagai Perdana Menteri memang impian
semua orang.
Semua orang mahu menjadi Perdana Menteri
tetapi bukan semua dapat. Jadi anda lah orang-orang terpilih. Kenapa saya kata
begitu?. Mudah sahaja kamu miliki sifat “Kepimpinan”. Di zaman saya dahulu,
rakyat dan pemimpin lain memuji saya,malah pemimpin luar negara pun memuji
saya.
Kerana sejarah membuktikan saya pernah menyelesaikan banyak masalah.
Sejarah yang paling mereka ingati adalah masalah ekonomi. Itu bekas ingatan
bagi mereka kerana ekonomi sebagai daripada kehidupan mereka.
Wahai pemimpin masa
hadapan. Kamu khuatir tidak dapat menyelesaikan masalah kamu?. Kenapa kamu
perlu khuatir sedangkan kamu adalah orang-orang terpilih untuk memimpin?. Saya
yakin kamu adalah pemimpin yang baik. Kenapa saya mengetahuinya?
Pemimpin yang
baik akan minta pendapat orang lain untuk memimpinnya. Contoh anda sedang baca
buku diari saya.
Sebenarnya tidak rahsia
dalam kepimpinan saya. Kamu hanya perlu tahu beberapa sahaja.
1) Kebijaksanaan
2) Fokus
3) Menyelesaikan
Masalah
4) Berpendirian Teguh
5 ) Kegharaihan
1) Wahai pemimpin masa
hadapan. Jika kamu bijak. Kamu akan melihat laut dan sungai berbeza,matahari
dan bulan berbeza,musuh dan pendokong berbeza dan masalah dan cabaran berbeza.
2) Wahai pemimpin masa
hadapan. Jika kamu menulis di tangan kiri dan melukis di tangan kanan serentak.
Pasti kamu akan merosakkan karya kamu.
3) Wahai pemimpin masa
hadapan. Dalam hidup ini,setiap manusia akan hadapi masalah.Masalah kecil
mahupun besar sekali pun ia tetap masalah. Walaupun ada orang mengaku dirinya
tidak ada masalah,ia ada masalah sebenarnya. Masalahnya dia tiada masalah.
4) Wahai pemimpin masa
hadapan. Lalang itu tidak teguh kerana angin.Tapi kamu perlu tahu kerana
batangnya yang lembut. Oleh itu jadi lah akarnya yang berpijak di bumi nyata.
Itu jati dirimu yang kukuh.
5) Wahai pemimpin masa
hadapan. Saya tidak tidur malam mahupun siang seperti orang biasa tidur.Tidur
saya hanya 2 jam dan 10 minit sahaja pada waktu tengahari.Kenapa?kerana saya
ghairah dengan kerja saya selaku pemimpin dan saya seronok buat kerja saya.
Muhammad Umar terpaku
membaca kata-kata mutiara oleh pemimpin hebat dan agung di zamannya. Dia setuju
di waktu kecil setiap rakyat di bumi Misoasia akan menyebut nama Dr.Rizduan
Muhammad. Tidak sangka pemimpin ini mempunyai akal yang tajam lagi kritis.Muhammad
Umar merenung seketika.
Hatinya mula berkata,
“Untuk menjadi hebat
sepertinya, Aku hanya perlu tiru gayanya."
***
Aisyah menyediakan makanan
malam. Bersama bapa dan ibu mertuanya. Aisyah melihat Zaidi tidak panas baran
apabila mereka duduk sini sudah tiga hari Zaidi tidak mengasarinya malah
menengkik dirinya.
“Mungkin rumah
ibubapanya” usik hati kecil Aisyah.
Sedang mereka menjamu makan.
Ayah Zaidi mula berkata.
“Berapa lama kamu dan isteri
anak kamu tinggal di sini?”
“Mungkin tiga bulan.Biar
Zaidi cari kerja dahulu di sini. Menyara keluarga Zaidi.”ucap Zaidi.
Bapa Zaidi hanya mengeluh.
Ia memahami apa yang berlaku.
“Nanti lusa Perdana Menteri
akan datang ke sini!. Boleh kamu mengadu pada dia.”ucap Ayah Zaidi.
Jelas memek muka Zaidi muram
dan rasa menyampah.
“Ayah apa mereka boleh buat.
45 juta ayah rakyat negara ini tidak bekerja.Termasuk Zaidi sendiri”ucap Zaidi
lembut.
“Ayah faham Zaidi. Kita
harus berusaha anak dan seterusnya bertawakal pada Allah. Kau hanya mengadu
sahaja hal kau sebagai rakyat bukan melobinya sebagai kroni.”ucap ayahnya.
Zaidi diam. Dia memahami
maksud ayahnya itu.
Nur berfikir sesuatu. Dia
ingin kebahagiaan seperti dahulu. Walaupun selama tiga hari ayah tidak memarahi
dan memukul ibunya. Tetapi ayah tidak ceria seperti dahulu. Tidak bersifat
kasih sayang ketika dahulu. Sekarang dia menjadi begini kerana memikir menyara
kami dua beranak ini.
Nur ingin melihat cinta ibu
pada ayah kembali mekar seperti bunya ros mengembang pada setiap pagi. Seperti
itu lah harapannya setiap pagi hari agar mereka terus mencintai antara satu
sama lain.
Harapan cinta Nur pada
keluarga tercinta. Allah s.w.t.,Rasul-NYA.dan keluarganya yang amat Nur cintai.
Ini lah cinta ketika remajanya.
***
“Dato Seri, Pada sabtu ini
kita ada program untuk rakyat di kawasan parlimen Dato Seri.”ucap Hamid cuba
mengingati beliau.
Muhammad Umar hanya
mengangguk. Ia sedang sibuk merangka Pelan Ekonomi Baharu. Membentuk semula
negara ini. Setelah membaca buku yang di tulis Dr.Rizduan Muhammad di bersemangat
dan berdaya fikir. Apa yang Muhammad Umar perlu tahu untuk menjadi pemimpin
yang hebat hanya perlu meniru gaya pemimpin yang hebat.
Muhammad Umar yakin pelan
ini akan berjaya mengeluarkan dari krisis hutang negara. Banyak-banyak kata
sinis dan negatif. Karya sastera puisi dan cerpen yang hanya memerlinya sebagai
pemimpin negara. Muhammad Umar tidak menyalahkan kerana mengkritiknya kerana
dirinya faham keadaan rakyat yang menderita sekarang.
Sikapnya yang terbuka dalam
kebebasan media. Walaupun ada media kerajaan masih meragui kemampuan dirinya
memimpin untuk keluar dari krisis hutang negara ini. Keikhlasan perjuangan
kerana Allah sebagai pemimpin bagi umat islam di bumi islam ini.
Selama membikin pelan ini.
Muhammad Umar kurang tidur. Hanya tiga jam sebelah malam dan setengah jam pada
belah siang. Kesungguhannya memamg terserlah kebelakangan ini.
***
Aisyah kejut Nur dari
tidurnya. Aisyah menyuruh Nur bersiap kerana mereka akan menghadiri majlis
bersama rakyat dengan kedatangan Perdana Menteri Misoasia. Kelihatan Zaidi rasa
gelisah kerana takut tidak dapat bertemu dengan Perdana Menteri Misoasia kerana
dijangka hampir 85 ribu orang akan menghadiri majlis bersama rakyat. Mereka
bertiga bertolak awal pagi bagi mengelak kesesakan lalu lintas.
Muhammad Umar melihat
pepohon hijau beserta sawah padi yang menghijau tenang. Ligat memorinya
berfikir zaman kanak-kanaknya. Muhammad Umar akan tahu dirinya akan jadi cacian
rakyat kerana masih tiada perubahan lagi untuk masa ini. Dia bersedia mendengar
apa sahaja rakyatnya mengadu hal padanya. Sudah tanggungjawabnya memikirkan
mengenai mereka.
Setelah tiba Zaidi di majlis
bersama rakyat pada pukul 8.15 pagi bersama Aisyah dan Nur. Tepat jangkaan
Zaidi yang majlis ini akan jadi tumpuan rakyat. Kebanyakan dari luar penduduk
kampung ini. Mengadu hal mereka kepada sang ketua negara.
Muhammad Umar tiba lewat
sedikit. Muhammad Umar melihat rakyat dengan senyuman ikhlas. Keadaan dikawal
oleh pengawai keselamatan. Keselamatan Perdana Menteri di beri keutamaan. Tidak
seperti dahulu rakyat akan bersalam dengan Perdana Menteri mereka tetapi kini
tidak kerana ketidakpuasan hati mereka kepada kerajaan negara ini.
Rakyat hanya melihat sahaja
Perdana Menteri tanpa bersalam dengan beliau. Pengerusi majlis membuka
ucapannya. Selepas itu Muhammad Umar
pula mengambil tempat. Muhammad Umar menjangka dirinya akan makian dan cacian.
Tetapi dia sudah bersedia. Memang tepat apa yang
disangka dirinya. Apabila mula sahaja ucapannya mula kedengaran suara-suara
sumbang dan makian kedengaran. Pelbagai tohmahan dan kutukan keras dilontarkan
kepadanya. Muhammad Umar senyap sahaja. Dia tidak dapat memadam kemarahan
rakyat.
Zaidi hanya memerhati. Tidak pula dia mengutuk atau mencaci keras
kepada Perdana Menteri Misoasia. Tujuan utama dia ke sini mahu bersemuka dengan
Muhammad Umar.
Nur memeluk ibunya apabila
keadaan tidak terkawal. Pengawai polis dan pengawai keselamatan negara menahan
mereka yang mencuba menyerang Muhammad Umar.
Muhammad Umar melihat keadaan
semakin tidak selamat. Dia mengundurkan diri dari ucapannya. Muhammad Umar lalu
pergi sahaja.
Sebahagian rakyat yang masih
tidak berpuas hati itu mengekori Muhammad Umar untuk melepaskan kemarahan pada
kerajaan.
Zaidi yang melihat itu cuba mengekori Muhammad Umar juga kerana mahu
bercerita masalahnya kepada Muhammad Umar. Nur melihat ayahnya yang sedang
berlari. Nur pun mengekori ayahnya meninggalkan ibunya keseorangan di situ.
“Tuan Umar!”jerit Zaidi
Pengawai polis yang melihat
Zaidi cuba melepasi kawasan kawalan polis. Menahan dirinya. Zaidi tetap
berkeras mahu bersemuka dengan Muhammad Umar.Zaidi menjerit beberapa kali
memanggil Muhammad Umar. Tetapi Muhammad Umar tidak mengendahkannya.
Nur yang melihat bapanya
ditahan oleh pihak polis cuba untuk melepaskan bapanya.
“Jangan tahan ayah
saya.Tolong encik!!”jerit rayuan Nur.
Pengawai polis itu tidak
mengendahkan rayuan Nur. Dia tetap menahan ayahnya kerana melepasi kawasan
kawalan polis. Nur melihat ayah sedang bergelut dengan pengawai polis itu. Dia cuba
mengejar Muhammad Umar supaya hajatnya ayah bersemuka dengannya tercapai.
“Tuan Umar!!!!Tolong saya
Tuan Umar!!!!”jerit sekuat Nur.
Muhammad Umar menyedari
panggilan namanya yang begitu kuat dari ribuan suara bising yang ada di situ.
“Tolong saya Tuan Umar!!!!
jangan tahan ayah saya!!!!Jangan hancur keluarga saya!!!!”jerit Nur lagi.
Keadaan yang riuh-rendah itu
senyap secara- tiba-tiba apabila suara Nur itu melenyapkan ribuan suara bising
yang lain.
Muhammad Umar menoleh.
Melihat seorang remaja perempuan sedang ditahan polis kerana melepasi kawasan
kawalan polis.Hati Muhammad Umar sayu melihat remaja perempuan itu ditahan
sambil menangis meminta pertolongan darinya. Seperti kanak-kanak palestin
ditahan oleh tentera yahudi.
Muhammad Umar menghampiri
remaja itu. Dia menyuruh pengawai polis melepaskan remaja perempuan itu.
“Kenapa anak?Apa saya boleh
bantu” ucap lembut Muhammad Umar.
Nur menangis melihat
Muhammad Umar ada di depannya untuk mendengar aduannya.
Aisyah memerhati dari jauh
dan Zaidi yang sedang ditahan oleh pihak polis dia memerhati dan mendengar dari
jauh.
“Tolong Tuan Umar. Selamat
kebahagian keluarga saya. Ayah saya hilang pekerjaan. Hidup kami melarat.
Kehidupan kami tertekan. Saya bersyukur apa yang saya ada. Saya ada ayah dan
ibu. Cinta saya pada ayah dan ibu agar mereka berkekalan sepanjang ayat dan
terus bersama. Saya tertekan ayah sering bergaduh dengan ibu.
Bukan kerana
cinta mereka didustakan tapi kehidupan kami yang melarat. Saya tidak mengerti
kenapa kehidupan perlu senang lena baru kebahagian muncul. Adakah manusia itu
tidak bersyukur?adakah manusia tidak puas apa yang mereka memiliki?
Adakah dengan
memiliki segalanya baru kebahagian menjelma?. Selamat negara ini Tuan Umar.”ucap
Nur sambil mengerang kuat sambil menangis dia pelu erat lengan Muhammad Umar.
Muhammad Umar sayu mendengar
kata-kata remaja perempuan itu. Air mata seorang pemimpin gugur di depan ribuan
rakyat. Keadaan senyap dan sunyi. Rakyat yang berhampiran itu hanya menunduk
kepala mereka. Mereka pun turut bersedih.
“Adik. Maafkan pakcik.
Pakcik akan bantu kamu dan seluruh rakyat negara ini.”ucap sambil mengesat air
mata Nur.
“Pakcik tahu inilah cinta
seorang remaja kepada ibubapa mereka.”Muhammad Umar menangis. Dia tidak tahan
lagi menahan air matanya. Keadaan menjadi sayu dan dingin sekali. Cinta Nur
sebagai seorang remaja mahu melihat kasih sayang ayah dan ibu berkekalan ke
akhirnya.
(Tamat)