Wednesday 30 January 2013

Latihan Penulisan: Mona Vs Dot



"Laksana tak air talang dipancung, peluh diurut hujan ditampung!" teriak Mona.

Dot mengaru-garu dagu. Bebola mata sungguh asyik memandang wajah Mona.

"Laksana tak akan hilang bisa ular yang menyusur di bawah akar!"

Dot memberi tepukan gemuruh. Kata-kata Mona seolah penyair hebat pada zamannya.

"Laksana tak akan ada katak beranak ular!"

Dot menggigit bibir. Sudah tentu dalam hukum alam katak tidak akan beranakkan seekor ular. Apatah lagi ular anakonda. Bukan anakanda.

"Mona... Boleh saya tahu apa kamu sedang merepek sekarang ini?"

Mona tidak mengendakan teguran Dot. Padanya teguran itu sungguh sinis. Ini bukan merepek, ini nama peribahasa! Peribahasa zaman baharu.

"Landasan yang kuat tiada takut akan penukul!"

"Dengar lagi. Langit yang tinggi hendak ditampar, bumi yang dipijak tidak dapat tercapai!"

"Sesungguhnya Mona, kau sedang sewel!" Berdekah-dekah Dot ketawa hingga menghentak-hentak lantai rumah Mona.

"Siapa sedang sewel sekarang Dot. Kamu tahu makna ungkapan aku ucapkan? Sekiranya tidak, dengarlah dahulu. Sebelum hak kamu untuk bersuara, gunakan hak kamu untuk berfikir dahulu."

"Baik, silakan." Dot berpeluk tubuh sambil mengukir senyuman seperti sekuntum mawar berduri.

"Erti laksana tak air talang dipancung maksudnya, bertungkus-lumus. Erti laksana tak akan hilang bisa ular yang menyusur di bawah akar maksudnya, orang mulia yang merendah diri tetap mulia. Ini peribahasa bahasa. Ini peribahasa ini sesuai untuk diri aku."

"Untukmu pula, erti laksana tak akan ada katak beranak ular bermaksud, tidak logik. Peribahasa ini untukmu. Sebab baharu sahaja kau katakan aku sewel!"

"Sepatutnya aku perlu berkata begitu. Bukan peribahasa ini ditujukan kepada aku. Jadi, kau laksana tak akan ada katak beranak ular!"

Kening Mona hampir bercantum. Kepalanya kemerahan menahan kemarahan yang meluap-luap.

"Tidak! Itu untuk kamu!" jerit Mona.

"Tidak! Kerana aku seperti landasan yang kuat tiada takut akan penukul! Ertinya sekiranya sudah cukup persediaan tidak gentar kepada cabaran!

"Hah?"

Dot mengetap bibir. Tiba-tiba sahaja tersengih-sengih. Peribahasa yang diberi tidak tepat pada situasi ini. Tiba-tiba Dot mengaku kalah.

"Baik, aku kalah. Kita sama-sama menyebut, laksana tak akan ada katak beranak ular!"

Tuesday 29 January 2013

Latihan Penulisan: Biruku Vs Hijauku

Bermalam-malam menanti, hari-hari menunggu. Khabar bulan tiga tahun lepas sebaliknya tahun ini menjadi penentu. Penentu adakah Biruku masih kekal atau Hijauku sebagai pengganti. Pengganti wilayah kawasan di utara-selatan dan timur-barat. Menguap Biruku menandakan keselesaan lama dibangku Raja. Raja asli diperlekehkan. Boneka Biruku.

Sekiranya bersuara dikatakan tidak mengenang budi. Budi bahasa, budi bicara tidak pula Biruku amalkan sepanjang sedekad umurnya berdiri di wilayah kawasan. Hijauku pula dicela begitu rupanya, katanya mereka tidak dapat air bekalan bersih. Hijauku berkata, 'Ini salah si Birumu.' Hijauku sedih lalu berdoa kepada tuhan agar diberi jahanam kepada Biruku. Katanya, 'Orang dianaiya, patut berserah kepada tuhan, agar Tuhan Maha Adil menilai sendiri.'


"Tahukah anda siapa Najis paling busuk di wilayah kawasan?" Kata penyokong kuat Biruku.

"Sudah tentu Nik Najis!"

Kemudian penyokong Hijauku berkata sesama sendiri,

"Semoga pemimpin Biruku diberi Taufik dan Hidayah daripada Allah Maha Esa."

"Adakah kita perlu balas balik kutukan mereka itu?" Kata salah seorang pembela Hijauku.

"Tidak... Biarkan mereka mengatakan begitu. Lama-kelamaan mereka akan sedar atas perbuatan mereka itu."

Penyokong Hijauku akur dan mereka tetap sabar. Sabar mereka tebal walaupun setiap malam media arus perdana mencela pemimpin Hijauku, hanya segelintir memberi komentar di media sosial. Mereka (Penyokong Biruku) menyatakan bahawa janji pemimpin Hijauku adalah dusta. Tanpa mereka berfikir sendiri adakah pemimpin mereka berdusta juga?

Jawab penyokong Hijauku, "Kami tahu apa kami lihat, dan kami tahu apa yang kami terima."

Kekebalan atau bebalisme mereka menakluk wilayah kawasan Hijauku itu tidak berjaya sehingga sekarang dan mereka terus memberi tujuh janji dewa. Janji itu akan mereka tunaikan sekiranya mereka mentadbir negeri Hijauku.

"Tujuh janji itu, seperti janji petala langit. Janji memberi Mahligai Kayangan daripada langit ketujuh"

"Adakah kamu percaya saudaraku?" Kata pemimpin Hijauku.

"Kami kenali makhluk bernama syaitan dan makhluk bernama malaikat. Kami tahu tipu daya syaitan. Dan mereka syaitan yang dikenali."

(Tamat)

Monday 28 January 2013

Ulasan Buku : Waris Pejuang.


Sangat Hebat!

Ungkapan itu sahaja saya berikan, gaya plot, ilmu bantu, pengamalan, semangat nasionalisme semua ada dalam novel sastera Waris Pejuang. Saya pasti pada sesiapa yang membaca novel ini tidak akan berhenti membaca seperti tarikan novel cinta yang hangat di pasaran.

Saya berikan sedikit sinopsis novel Waris Pejuang inigat,


Suara datuk terngiang-ngiang. Datuk tidak menyimpan rahsia kandungan manuskrip purba itu, sebab dia sendiri masih mencari jawabannya. Jika tahu, sudah lama datuk mendedahkannya kepada dunia. Dia hanya mencari tempat menyandarkan kebimbangannya tetang tidak menemui jawaban sehingga akhir ajalnya..
   Universiti Leiden. Ratu Victoria. Benjamin Disraeli. Andrew Clarke. Raja Abdullah. Negeri-Negeri Selat. Lord Kimberly. Perancis. Syarikat Hindia Timur. Rahsia besar dari Tanah Melayu atau rahsia besar bahasa Melayu? Bagaimanakah jika ia ditemui? Apakah dunia akan berubah? Bagi Hadi, di mana harus dia mulakan.

Memang pada mula ketika saya membaca tentang rahsia yang di simpan atuk Hadi iaitu Tun Hamzah, saya terkejut! Pengalaman saya seperti saya menonton, The National Treasure. Saya sudah bayangkan bagaimana Hadi akan kaya-raya seperti Donald Trump atau lebih kaya daripada Abdul Wahid. Tetapi saya sedia maklum, mana mungkin seorang pejuang yang menyambung perjuangan daripada atuk dan ibu akan tergamak menjual manuskrip purba itu, cuma saya sangka apabila Hadi menulis kembali manuskrip purba itu, di cetak berpuluh kali malah beratus, sudah pasti Hadi akan menjadi jutawan. (Atuk Hadi menyuruh bawa keluar manuskrip purba itu keluar daripada stor bukunya. Dan menyuruh Hadi menyebarkan kepada umum.)
Atuk Hadi, Tun Hamzah, pesan pada Hadi bahawa Manuskrip purba itu akan jadi bahagiannya, dan ibu Hadi tidak memiliki purba itu kerana bukan bahagian miliknya. Ibu Hadi seorang Profesor bahasa. Namanya Profesor Zehra Hamzah. Seorang wanita yang ideal pada pendapat saya. Ini disebabkan saya suka wanita yang sangat menjaga dan mendidik anak-anak. Dalam watak novel Waris Pejuang ia variasi, ada wanita ireland, jepun, Ayah Hadi seorang bersikap tenang, Ibu bersikap seorang pejuang, Atuk seorang cergas dan sentiasa bersikap rasional apabila berbual sesama anak-anaknya di meja makan pada waktu malam.
Kesimpulannya, karya ini memberi pengalaman baharu pada saya. Sungguh indah, sehingga pengalaman pembacaan ini terbawa ke mimpi saya. Saya bukan mimpi wanita ireland, jepun mahu wanita jerman. Saya terbayang saya memiliki teman hidup seperti sifat dan sikap Ibu Hadi, Profesor Zehra Hamzah.

Latihan Penulisan: Ibuku.


Lewat petang Akmal menghampiri di sisi ibu. Melihat wajah tua lebih sedekad. Menyentuh jiwa kecil Akmal, mahu sahaja membelai kulit-kulit ibu supaya sentiasa bahagia dengan usapan Akmal. Ibu melihat wajah Akmal setelah dapati Akmal mengusap dingin wajah dan lengan ibu.

Senyuman terukir di bibir ibu membuat Akmal terlena daripada realiti, seolah-olah senyuman itu, senyuman pertama kali melihatnya di dunia. 24 tahun dahulu.

"Ibu...."

"Ya"

"Ibu...," sambil tersengih-sengih.

"Ya, sayang...."

"Ibu...."

"Ya...," Ibi mengusap lembut ubun kepala Akmal.

"Apa Akmal mahu daripada ibu ini?"

"Ibu...," Akmal sandarkan kepala ke dada ibu sambil memeluk ketat, Akmal terlena.

Lena seperti bayi dalam kandungan ibu. Tiada apa perlu dirisaukan kerana ibu sentiasa menjaga makan dan keselamatannya ketika janin lagi.

"Akmal mahu peluk ibu...." Kata Akmal sambil mata tertutup rapat.

Saturday 19 January 2013

Latihan Menulis : Soalan Pertama.

Soalan Pertama : Tulis satu muka surat tentang seorang kanak-kanak perempuan bernama Dot, tanpa menggunakan huruf yang bertitik (i, j).

Perempuan Bernama Dot

Dot melangkah bersama bersama Mona dekat taman perumahan mereka. Mereka berdua melangkah ke Taman Kanak-Kanak Setempat.  Mereka berdua ke taman, bukan mahu bersukan mahupun memakan buah-buahan taman. Ada seseorang menunggu mereka berdekatan dengan Taman Kanak-Kanak Setempat. Namanya Alan.

Alan berumur 12 tahun sebaya dengan Dot dan Mona. Alan mahu menyerahkan sebuah buku lama “Asal Boleh Buat.” Sebuah novel sastera. Dot dan Mona melangkah dengan pantas dan tergesa-gesa. Mereka berdua sudah membuat keputusan,  dapat novel sastera Marry Zack segera mungkin. Marry Zack pengarang novel “Asal Boleh Buat” 

Bebola mata mereka memandang susuk tubuh Alan yang berbadan gempal dan lebar. Alan melangkah ke hadapan lalu mempaparkan senyuman, terserlah muka kebudakan berumur lapan tahun. Mona merampas novel pada tangan Alan. Tersentak Alan menengok kelakukan Mona. Mata Dot merenung garang, tepat ke muka Mona.

Mona mengendurkan wajah. Menengok Dot muka macam lembu kepanasan. Lalu Mona menyerahkan novel sastera kepada Dot. Mereka berdua senyum keseronokan. Mona mengenggam telapak tangan kanan Dot. Lalu mereka melangkah bersama-sama pulang ke rumah.

Alan menengok mereka berdua, lalu pulang ke rumah. Dalam benak Alan. Alan mahu menyerahkan lagi sebuah buku “Asal Jangan Boleh”

Tuesday 15 January 2013

Masa Untuk Melabur (Cerpen)



Jamal Takhir bersendirian di Restoran CyberSuper-Nova. Menikmati kopi o dan sebungkus nasi lemak bersama telur goreng di atas meja empat segi yang tidak sebesar mana. Cahaya matahari membasahi wajah Jamal Takhir. Sambil kaki bersilang Jamal Takhir membaca surat khabar pada hari ini. 

Bukan membaca kisah  menteri mahupun rayuan undi daripada kerajaan mahupun pembangkang, tetapi Jamal Takhir mahu mencari kerja. Selama ini Jamal Takhir meminjam duit daripada ibubapanya. Setiap pagi dan petang Jamal Takhir menikmati kopi o dan nasi lemak bungkus.
 
Tiba-tiba Jamal Takhir menerima panggilan daripada telefon bimbitnya. Melihat papan skrin telefon bimbitnya, nama Suyatik terpapar di skrin telefon. Jamal Takhir menekan butang hijau lalu menjawab,
“Assalammulaikum, mengapa di pagi hari yang terang dan burung baru keluar mencari rezeki, seorang gadis yang cantik dan berkerjaya menelefon saya? Bukan pada waktu begini kamu sedang sibuk mengurus syarikat kamu?”

“Walaikumsalam. Burung gagak di luar sana lebih rajin daripada kamu  Jamal Takhir, burung itu bangun masa subuh  lagi, bukan seperti kamu, sudah pukul 9 pagi baru mahu bersarapan. Orang lain sibuk mencari rezeki, kamu membesarkan perut sahaja.”

Jamal Takhir menepuk dahi lalu mengosok perlahan-lahan. Seperti tahi burung jatuh di ubun kepalanya, bau busuk ubun kepala mahu sahaja mukanya di sorok daripada orang ramai. Jamal Takhir tidak melakukan begitu kerana tahu  tiada siapa mendengar perbualan  mereka. Jamal Takhir mengosok dadanya lalu menjawab,

“Baiklah Cikpuan Suyatik. Ada apa kamu telefon saya di pagi yang cerah  ini? Cukup lah Cikpuan Suyatik mengajar saya ke seminar Pelaburan Saham  mahupun ke Seminar Keusahawanan. Saya sudah serik kena kejar dengan along. Berbulan-bulan saya hidup dalam ketakutan. Semua apa yang saya buat semua gagal.”
Jamal Takhir mengeluh  panjang. Peristiwa hitam itu mahu sahaja dibuang  jauh, tetapi ia sering gagal apabila Suyatik seorang usahawanita menelefonnya, ingatan  pada peristiwa itu akan  kembali secara tiba-tiba.

“Saya tahu. Disebabkan saranan saya dulu kamu kena kejar dengan along, tapi itu dulu. Saya sudah bayar habis hutang kamu. Sekarang saya mahu tahu, kamu  sekarang mahu hidup susah atau sangat susah pada masa 10 tahun akan datang?”

Jamal Takhir mengeleng kepala,

“Saya rasa hanya orang gila sahaja yang mahu hidup susah. Apatah lagi hidupbertambah susah. Jadi saya tidak ada jawapan untuk soalan  itu, sebab saya takut dilabelkan orang gila.”

“Sekiranya begitu jawapan kamu, saya berani jamin 10 tahun akan datang kamu akan menjadi orang gila. Walaupun kamu tidak menjawab soalan  saya.”

Jamal Takhir mengeluh  panjang. Lalu Jama Takhir berterus terang.

“Baiklah. Saya rela bersusah daripada sangat susah. Dan saya rasa diperbodohkan mempercayai apa Cikpuan Suyatik katakan sebentar tadi. Apa Cikpuan Suyatik mahukan daripada saya sekarang ini? Hidup saya tidak stabil. Saya tiada keinginan bercinta pada masa ini, apatah lagi berkahwin dengan Cikpuan Suyatik.”

Tersentak Suyatik mendengarnya. Jamal Takhir pula berkata tanpa rasa malu. Wajahnya tenang tanpa berkerut sedikitpun di muka.

“Apa kamu merepek ini? Siapa mahukan kahwin dengan kamu,” jawab Suyatik dengan wajah kemerahan dan perasaan geram.

Jamal Takhir mengaru kepalanya lalu mengosok peha kanan dengan kaki kiri digoyang-goyangkan seperti orang menahan daripada membuang air kecil.

“Kalau bukan, apa lagi Cikpuan Suyatik mahukan daripada saya? Saya diberi oleh Allah wajah yang hensem, tetapi tidak diberikan dalam keluarga yang kaya mahupun pendapatan sederhana tinggi.”

Jamal Takhir menanti penuh sabar jawapan daripada Suyatik. Kedengaran Suyatik sedang melayan staf di pejabat sebelum menyambung perbualan. Kata Suyatik pada stafnya.

“Tunggu sebentar saya perlu menyelesaikan perkara yang penting dahulu. Nanti saya panggil awak.”

Jamal Takhir bermonolog,

‘Menyelesaikan perkara yang penting? Apa yang penting? Adakah Cikpuan Suyatik mahu meluahkan perasaan hatinya kepada aku, sehingga tidak mahu melayan pekerjanya sendiri. Setahu aku, orang macam Cikpuan Suyatik ini menganggap pekerja adalah aset syarikat, jarang sungguh dia menangguhkan sebarang kerja stafnya.’

“Hello Jamal Takhir! Hello!”

Panggilan Suyatik itu memecahkan khayal Jamal Takhir. Jamal Takhir tersentak lalu menjawab,

“Ya, saya di sini. Apa yang penting sangat saya pada pagi ini?”

Suyatik menarik nafas lalu melepaskan perlahan-lahan. Kemudian berkata,

“Saya mahu kamu berjumpa seorang yang dapat mengubah hidup kamu. Orang ini paling dikagumi oleh manusia dari seluruh dunia. Beliau seorang guru yang hebat, semua orang yang hebat di dunia adalah anak buah beliau. Jadi kamu mahu jadi anak buah beliau?”

Jamal Takhir menahan diri daripada menguap. 

“Siapa beliau itu? Sehingga saya perlu berjumpa dengan beliau? Kalau beliau seorang hebat dan suka membantu orang ramai datang jumpa dengan saya. Saya tiada masa mahu berjumpa orang saya tidak kenal.”

Suyatik mengurut dadanya. Menahan geram sikap Jamal Takhir yang ego dan sombong. Sangka Suyatik sebab itu Jamal Takhir tidak berjaya sehingga sekarang walaupun sudah bangun jatuh beberapa kali.

“Kamu jangan begini, saya mahu kamu jumpa dengan beliau pada esok hari. Tempat di Menara SuperNova Company. Kamu tahukan menara itu?”

Jamal Takhir mengetap bibirnya seraya berkata,

“Ya saya tahu, Tapi kalau saya tidak mahu pergi juga, bagaimana?”

“Saya pecat kamu!” jerit Suyatik lalu mematikan perbualan mereka.

Jamal Takhir mengaru bahunya lalu bertanya pada diri sendiri,

“Bukan aku tidak kerja dengan dia lagi ke?”

**********


Jamal Takhir menyikat rambut diperhatikan Ezza Ezzatinurul. Seorang lelaki berkulit sawo matang serta wajah yang selalu serius. Kata Ezza pada suatu hari ketika bersarapan, ibunya member nama Ezza Ezzatinurul kerana menyangka bayi yang dukung itu adalah bayi perempuan, setelah mendapat pengesahan doktor ia bayi lelaki. Ibunya tetap mahu nama itu dikekalkan. Itu serba-serbi sejarah nama Ezza Ezzatinurul.
Jamal Takhir mencuri dengar perbualan rakan rumah sewanya. Jamal Takhir menyangka mereka berdua sedang berbual fasal keagamaan. 

Lalatip membuka pertanyaan kepada Randeng Hendra. Wajah Randeng Hendra begitu semangat apabila Lalatip sanggup melayan pertanyaan. Dalam rumah sewa ini Lalatip paling banyak membaca. Lalatip sanggup menyewa sebuah rumah semata-mata membina sebuah perpustakaan peribadi. Nampak bijak tindakan Lalatip itu, tetapi pada Jamal Takhir, Ezza dan Randeng Hendra perbuatan Lalatip itu sungguh membazirkan wang.

Mereka berdua berbual di meja makan. Ezza hanya memerhatikan Jamal Takhir sejak dari tadi. Randeng Hendra pun bertanyakan soalan,

“Apakah mahluk paling bodoh di dunia?”

Lalatip ketawa terbahak-bahak sehingga menepuk meja. Bebola mata Jamal Takhir memerhatikan sahaja, tidak pula Ezza. Asyik perhatikan Jamal Takhir yang menyikat rambut begitu rapi.

“Soalan kau itu begitu mudah. Sudah tentu Syaitan!”

Randeng Hendra tersentak. 

‘Mengapa pula syaitan?’ Randeng Hendra bermonolog.

“Aku tahu sebab apa syaitan, sebab syaitan tidak ada otak!” Randeng Hendra cuba menduga.

Sekali lagi Lalatip ketawa terkekeh-kekeh hingga menyentak kaki berkali-kali di lantai. Randeng Hendra semakin binggung. Kadangkala rasa diri ini diperbodohkan. 

“Bukanlah, sebab syaitan menyangka dia diperbuat daripada api maka kalau masuk neraka pun tidak menyakitkan dia.”

Jamal Takhir tersenyum lebar di hadapan cermin. Masih menyikat rambut supaya Nampak cantik apabila berdepan rakan Cikpuan Suyatik. Ini membolehkan dirinya mendapatkan reputasi baik dengan rakan Suyatik yang hebat itu.

“Betul juga. Kiranya kita kena tipu lah. Mengapa ustaz di sekolah tidak pernah cerita tentang hal ini?”
Tiba-tiba satu tamparan hinggap di pipi kanan Randeng Hendra. Randeng Hendra mengadu kesakitan.
“Sakit! Mengapa kau menampar aku, Lalatip?!”

Sebelum Lalatip menjawab, dia ketawa terbahak-bahak sehingga terbaring di lantai dapur. Ketawa Lalatip tidak menarik perhatian Ezza yang sejak tadi sungguh asyik perhatikan Jamal Takhir menyikat rambut.
Sebaik sahaja Lalatip berhenti ketawa dia menyambung perbualan semula,

“Sakitkan? Kau lihat tangan aku diperbuat daripada apa? Kulitkan? Baik, Pipi kau pula diperbuat daripada apa? Kulit jugakan. Maka, sakit juga kau dapat. Begitu juga syaitan, walaupun diperbuat daripada api kalau Allah izinkan kesakitan pada syaitan maka sakit lah.”

“Tapi bagaimana kau tahu, syaitan mengatakan tidak sakit walaupun kena api neraka?”
Lalatip mengeleng kepala lalu menjawab,

“Itu sahaja aku buat cerita! Kan sudah dapat penempang percuma! Maka mahluk paling bodoh di dunia jatuh pada Randeng Hendra bukanya syaitan!!” Lalatip, Jamal Takhir dan Ezza ketawa terbahak-bahak sehingga terbaring di lantai rumah. Rambut Jamal Takhir yang di sikat rapi kembali serabut apabila Jamal Takhir ketawa berguling-guling.

*******
Jamal Takhir tiba di Menara SuperNova Company. Selepas memparkirkan motorsikal EX5 miliknya, Jamal Takhir hanya berdiri di hadapan pintu masuk utama Menara SuperNova Company. Jamal Takhir berfikir,

‘Kalau aku masuk pun, dengan siapa apa aku mahu jumpa? Nama rakan Cikpuan Suyatik yang hebat sangat itu pun aku tidak tahu. Macam tunggul kayu sahaja. Membuang masa betul!’

Kring! Kring! Kring!

Jamal Takhir mengambil telefon bimbitnya. Kelihatan nama Suyatik di papan skrin telefon. ‘Moga pertemuan dengan rakan hebat dia itu dibatalkan, amin.’

“Assalammulaikum Cikpuan Suyatik. Menara tinggi tapi tinggi lagi kesombongan rakan Cikpuan Suyatik itu.”
“Amboi! Sedap mulut kamu berkata. Saya ada berita kurang gembira untuk kamu dengar, rakan saya tidak jadi jumpa kamu di Menara SuperNova Company.”

‘Doa orang teranaiya memang dimakbulkan’ monolog Jamal Takhir.

“Baiklah sekiranya begitu. Saya tidak perlu jumpa dia. Dan saya memang tidak teringin pun jumpa dia.”
“Beliau cuma tidak jadi jumpa kamu di Menara SuperNova Company sahaja. Tapi beliau memang mahu berjumpa dengan kamu, sebab beliau ada di belakang kamu!”

Jamal Takhir tersentak, lalu memalingkan kepala ke belakang. Bebola matanya mencari susuk tubuh manusia, tetapi tidak kelihatan. Lalu mengeluh,

“Tiada seorang manusia kelihatan. Cikpuan Suyatik jangan mahu menipu. Nabi tidak mengaku umat!” gertak Jamal Takhir.

“Baiklah, saya bergurau. Sekarang dia berada depan kamu!”

Jamal Takhir menoleh ke hadapan semua. Anak matanya melihat susuk tubuh manusia yang sederhana besar. Tidak tinggi mahupun rendah. Berjambang dan bebola mata kehijauan. Umur dalam lingkungan 40 an.
Lelaki itu menghulurkan tangannya. Jamal Takhir mengeleng kepala lalu berpeluk tubuh. Kemudian mematikan perbualan telefon dengan Suyatik.

“Berani kamu permainkan saya! Saya tidak peduli kamu kaya atau miskin, hormati orang adalah lebih utama!”

Lelaki itu mengurut dada Jamal Takhir dan cuba menenangkan dia,

“Bersabarlah wahai jiwa muda.” Bebola mata lelaki itu memandangkan dada Jamat Takhir.
Sambung lelaki itu lagi, 

“Jom ikut saya, saya bawa kamu ke pejabat saya,” Lelaki itu memegang tangan kanan Jamal Takhir dan memimpin Jamal Takhir menuju ke pejabat.

‘Kenapa dia memimpin tangan aku? Adakah lelaki ini mahu meliwat aku? Tidak! Seorang yang hebat mana mungkin sanggup berperangai begitu, tapi aku langsung tidak kenal dia!’
Lelaki itu menjerling ke Jamal Takhir,

“Apabila seorang perempuan memimpin tangan rakan perempuannya, masyarakat menganggap itu perkara biasa, tetapi bagaimana pula lelaki? Usah risau, saya memimpin anda dengan penuh rasa sayang.”

Bulu roma Jamal Takhir berdiri serta merta. ‘Memimpin dengan penuh rasa sayang? Adakah ia bermakna...’
“Tidak ada apa-apa makna. Lekas sedikit, kita hampir sampai ke pejabat saya.”

Berkerut dahi Jamal Takhir dan badan terasa seram sejuk. Mahu sahaja melarikan diri tetapi tangannya digenggam kemas!

‘Aduhai nasibku. Muka sahaja hensem tidak bermakna aku ini homoseksual.’

Perjalanan mereka itu diperhatikan oleh orang ramai. Lelaki yang memimpin Jamal Takhir memakai baju warna merah jambu, ini memberi syak wasangka yang tinggi daripada orang sekeliling bahawa mereka pasangan gay.

Setibanya Jamal Takhir di hadapan pejabat lelaki itu, setiausaha lelaki memakai warna jambu itu menegur Jamal Takhir dan bertanya,.

“Hensem awak ini. Nama saya Ali. Tidak perlu panggil saya Sally, saya lelaki tulen. Comel janggut awak ini, bertuah bos saya dapat awak,” sambil mengurut-urut janggut Jamal Takhir. Setiausahanya turut memakai jaket berwarna jambu serta baju dalam berwarna putih.

‘Bertuah bos saya dapat awak?’ Ayat itu tergiang-giang di gegedang telinga Jamal Takhir.

‘Apa yang bertuah sangat aku ini? Perempuan tidak berkenan, lelaki pula yang suka. Inikah maksud Cikpuan Suyatik? Lelaki hebat? Hebat di mana? Di dunia bisnes atau di bilik tidur?’

Tangan Jamal Takhir dileraikan setiba di pejabat lelaki warna merah jambu itu. Lelaki itu menyuruh Jamal Takhir duduk di hadapan sebuah computer dan meja warna putih dan lelaki itu duduk di atas meja putih sambil menyilangkan dan digoyang-goyangkan seperti ekor ikan paus.  Lelaki itu menghulurkan tangan untuk berjabat, tetapi Jamal Takhir menepis tangan lelaki itu daripada mendekati diri.

“Baiklah, tidak mengapa.” Lelaki warna merah jambu itu mengukirkan senyuman. 

“Nama saya Munawir Lakim. Ibu saya melahirkan saya di hospital kerajaan. Bukan keluar daripada mulut atau bersalin di panggung wayang. Jadi saya manusia biasa seperti anda.”

Jamal Takhir mendengkus,

“Sedar pun. Tuhan itu maha adil. Orang seperti saya sahaja layak dihormati. Jangan paksa saya datang ke sini berdepan dengan orang yang lahir di panggung wayang!”

“Hospital kerajaan...,” Munawir Lakim mengaru pipi.

“Haah! Hospital kerajaan! Saya lahir di hospital swasta! Jadi saya lebih berharga dari anda. Dilahirkan dengan kelas yang tersendiri....”

Munawir Lakim mengetap bibir lalu mengosok-gosok dagunya dan mengeleng-geleng kepala,

“Pasti ibubapa kamu seorang yang kaya sehingga sanggup melahirkan kamu di hospital kerajaan.”
“Sudah tentu....”

Munawir Lakim mengangguk-angguk,
“Ibubapa saya seorang yang miskin, pada tahun 1986 hospital kerajaan tidak seperti sekarang. Pada zaman itu hanya sekadar cukup, lagipun ibubapa saya orang pendalaman.”

Jamal Takhir terkekeh-kekeh ketawa sehingga menghentak-hentak kaki ke lantai. Munawir Lakim perhatikan sahaja tanpa sedikitpun rasa geram.

“Sudah saya katakan, saya dilahirkan dalam kelas tersendiri. Jadi hormatilah saya, sekiranya mahu mengubah hidup orang, datang jumpa orang itu. Itu baru dikatakan dakwah.”

Kini giliran Munawir Lakim pula ketawa terbahak-bahak sehingga berkali-kali menepuk meja pejabat. Menarik perhatikan setiausahanya di luar sana. Munawir Lakim memegang bahu kanan Jamal Takhir serta wajahnya rapat pada muka Jamal Takhir. Jamal Takhir menekan tubuh ke belakang, supaya bibir mereka berdua tidak bersentuh.

Munawir Lakim berkata dengan nada berbisik,

“Dengar sini Jamal Takhir, dalam kehidupan ini tidak perlu bangga atau marah pada diri sendiri, sekiranya kita dilahirkan kaya ataupun miskin. Tapi bangga dan marah pada diri sendiri sekiranya perakhiran hidup kita menjadi kaya atau miskin.”

Jamal Takhir menelan air liur beberapa kali. Mata mereka berdua bertembung. Munawir Lakim memberi senyuman dengan bibir kemerahan. Tiba-tiba sahaja mereak dikejutkan jeritan wanita di muka pintu.
Mereka berdua berpaling melihat Kak Sue mengurut dada dengan membawa air minuman untuk mereka.
“Semoga Allah lindungi aku daripada mendekati kaum Nabi Lut,” sindir Kak Sue.

Munawir Lakim memberi arahan tangan supaya Kak Sue meletakkan air minuman itu di muka meja. Bebola mata Jamal Takhir melihat punggung Kak Sue. Munawir Laki sedar kelakuan Jamal Takhir itu.
“Sila minum Tuan Munawir dan rakanya.”

Kak Sue mengundur diri ke muka pintu. Bebola mata Jamal Takhir masih melihat punggung Kak Sue sehingga Kak Sue menutup daun pintu.
Sambil mencicip air kopi itu Munawir Lakim bersuara,

“Jangan tengok punggung wanita pada masa sekarang. Lihatlah masa depan punggung kita, adakah duduk di kerusi empuk buatan itali atau kerusi buatan kayu balak?”

Jamal Takhir mengaru-garu kepala seperti beruk yang rimas dengan kutu. Lalu dadanya turun naik serta kedua tangannya menepuk dada seperti King Kong.

“Jangan buat aku panas. Sebenarnya apa kau mahu daripada aku? Ya, memang aku miskin. Aku duduk di rumah bersama penyewa pendatang haram dari seberang. Aku menunggang motorsikal EX5 dan barang paling berharga sekali adalah sikat rambut. Kerana sikat rambut ini akan mempamerkan kekacakan aku di mata manusia. Walaupun aku sendiri tidak kaya. Apa kau mahu daripada aku?

Berubah menjadi seorang jutawan? Kau lihat di luar sana? Berapa ramai yang terpedaya dengan produk menjadi jutawan segera. Aku tidak percaya semua itu. Membazirkan masa. Lebih aku dengar sahaja penasihat kewangan, melabur daripada usia muda dan akan menjadi jutawan pada zaman persaraan.”

Tangan Munawir Lakim mengusap lembut peha kanan Jamal Takhir, Bulu roma Jalam Takhir berdiri sendiri tanpa diduga. Bebola mata Jamal Takhir merenung wajah Munawir Lakim. Mata mereka bertembung dan Munawir Lakim mengukirkan senyuman.

“Sekiranya begitu, kamu pun terperdaya degan nasihat pakar kewangan. Kamu sama sahaja seperti manusia biasa di luar sana yang mempercayai wang persaraan mereka akan membantu mereka pada usia tua.”
Jamal Takhir bingkas bangun dengan tegas Jamal Takhir bersuara,

“Tidak! Saya yakin. Saya tidak terperdaya dengan sesiapa. Saya pilih jalan yang betul.”

“Bagaimana kamu tahu, kamu pilih jalan yang betul? Kamu ada berdoa pada tuhan supaya lindungi kamu daripada tipu orang ramai atau pertemukan kamu dengan orang yang betul?”

“Solat tidak  cukup, bagaimana mahu doa diterima? Hanya dengan ilmu jalan lurus pasti ketemu jua!”

Munawir Lakim tersengih-sengih mendengar perjelasan Jamal Takhir.

“Jadi kamu melabur duit kamu di Amanah Saham, tanpa melabur masa kamu untuk berdoa?”

“Ya,” ringkas jawapan Jamal Takhir.

“Jadi kamu memamg betul risau hal dunia daripada hal akhirat?”

“Jangan tuduh orang sebarangan!” kedua tangan cekak pinggang.

“Saya tidak menuduh, tapi apa kamu katakan tadi sungguh benar, kamu risaukan tentang hal persaraan kamu di dunia. Sedang persaraan kita di sana pada bila-bila masa sahaja.

Jamal Takhir tersentak.  Matanya membuntang serta mulut ternganga luas. Lalu Jamal Takhir diam dalam seribu bahasa.

Munawir Lakim berdiri dan menuju ke sofa hitam. Munawir Lakim mendongak kepala, melihat siling pejabat. Kemudian berkata tanpa memandang Jamal Takhir,

“Ramai orang melaburkan duit mereka untuk cepat kaya.Terutama orang melayu. Mereka mahu cepat kaya. Tetapi mereka tidak berfikir macam orang kaya. Orang kaya sebelum melaburkan duit mereka belajar dahulu. Sama seperti pelajar sekolah, sebelum menduduki peperiksaan mereka belajar dahulu dengan guru mereka. Dan hasil akan dilihat pada tahun hadapan. Begitu juga kita. Tahun pertama perniagaan memang cabaran dan kadangkala ROI (Return Of Investment)  tidak menepati sasaran. Apabila mereka tahu cara bermain dalam permainan ini, mereka mungkin akan untung pada tahun hadapan.”

Jamal Takhir mengaru kepalanya,

“Apa kau merepek ini? Mengapa tiba-tiba sahaja kaitkan aku dengan dunia perniagaan? Aku tidak berminat dengan dunia bisnes ini!”

“Kamu cuma tidak berminat sahaja, tapi kamu ada bakat. Ramai orang sangka apabila kita minat sesuatu bidang teruskan, memang ya, tapi perlu cekal. Sebalik sekiranya ada bakat, hanya perlu diasah. Perumpamaan mudah saya berikan, kalau kita ada parang kita boleh diasah supaya tajam, tetapi sekiranya kita tidak miliki parang, bagaimana mahu mengasah? Tetapi kamu ada sisi buruk pada pandangan saya.”
“Sisi buruk? Apa?” soal Jamal Takhir.

“ Bagaimana kamu boleh mempercayai seorang yang menaiki kereta tempatan ke tempat kerjanya menasihati seseorang penunggang motorsikal jenama Honda EX5? Kamu faham maksud saya? Kamu dengan penasihat kewangan, sedangkan dirinya sendiri tidak kaya. Mengapa dengar nasihat bukan ahlinya?”

Jamal Takhir tiba-tiba sahaja terduduk di kerusi. Kata-kata Munawir Lakim menghentak benaknya. Munawir Lakim mengorek rongga hidung. Tahi hidung itu mahu dihidu menggunakan hidungnya, tetapi tiada bau dapat dikesan. Lalu Munawir Lakim menjilat tahi hidung itu.

“Rasanya masin,” sambil tersengih-sengih pada Jamal Takhir.

Jamal Takhir berkali-kali menelan air liur melihat perlakuan jijik itu. Munawir Lakim hanya member i senyuman.

“Dalam hidup ini, kita tidak dapat lari melakukan perkara yang kita tidak suka. Sememangnya perkara kita tidak suka itu akan memberi manfaat kebaikan dalam kehidupan kita. Jadi jangan duduk di situ dan memikirkan kembali kata-kata saya. 
Terus terang saya katakan kamu mahu bekerja dengan saya? Sekiranya tidak, maknanya kamu menganggap menjadi kaya itu seperti tahi hidung saya. Sampai bila-bila kamu tidak akan kaya. Percaya pada saya, bukan penasihat kewangan yang menaiki kereta tempatan ke tempat kerja. Dan jangan percaya dalam diri kamu ada kekuasaan Maha Mengetahui.”
Dahi Jamal Takhir berkerut. 

‘Apa maksud kekuasaan Maha Mengetahui.’

“Bercakap dengan menggunakan akal. Memang kita ada hak bersuara, tapi kita juga ada hak untuk berfikir. Saya hanya member pendapat saya, saya sangka kamu menganggap saya seorang homoseksual bukan?"

Jamal Takhir terdiam dan menundukkan kepala.

“Jangan menjatuhkan sesuatu yang tidak boleh pecah. Berikan bukti, apakah salah saya memimpin tangan kamu di hadapan orang ramai sudah dianggap homoseksual sambil mengena baju berwarna merah jambu? Gunakan hak berfikir, kerana usahawan adalah sebahagian daripada golongan pemikir.”

“Jadi....”

Telapak tangan Jamal Takhir member isyarat supaya Munawir Lakim berhenti membebel kepadanya.

“Sekarang ini, apa masa terbaik saya lakukan untuk memajukan diri saya. Cukup sudah kamu membebel, saya tidak mahu dengar, sekarang saya mahu tindakan segera.”

Munawir Lakim tersengih-sengih,

“Bersabar orang muda. Kekayaan tidak akan kemana sekiranya kamu pelajari ilmu bisnes. Tapi kekayaan akan lari pada hidup kamu apabila kamu lari mempelajari ilmu bisnes.”

“Baik, apa saya perlu buat sekarang?”

“Melabur untuk Masa, orang muda,” Munawir Lakim merenung Jamal Takhir.