Perkhidmatan?

Assalammulaikum!

Bagaimana datang sebuah idea perkhidmatan penulisan ini? Mungkin ia bukan sebuah idea baru, kemungkinan besar ada penulis lain yang buat begini. Semuanya bermula apabila rakan-rakan penulis meminta penulis menulis kisah-kisah mereka. Penulis sungguh teruja, cara ini dapat mengelak masalah "writing block", kisah-kisah rakan penulis dapat penuls adunkan dengan imginasi dengan realiti. Ada juga mahukan seratus peratus dari kisahnya lalu dihasilkan dalam pembentukan karya kreatif.

Penulis masih baru dalam dunia penulisan ini. Tetapi rakan-rakan memberi sokongan padu kepada penulis. Itu sungguh bermakna dan sungguh besar penghargaan bagi penulis. Dengan sokongan yang diberikan, penulis mencabar diri penulis untuk lebih banyak menulis dan berani menulis kisah-kisah mereka yang mahu berkongsi kepada penulis. Perkhidmatan ini adalah percuma, tetapi hasilnya penulis mahu pastikan terbaik, selain menegur untuk meningkat mutu penulisan.

Kemudahan internet membolehkan penulis berkarya di blog. Justeru, sesiapa sahaja boleh memberi kisah mereka atau idea mereka yang selama ini duduk di kotak memori mereka berkongsi pada penulis. InsyAllah, penulis akan cuba yang terbaik. Amin. :D

Penulis memohon kerjasama anda memberi sejelas mungkin apa idea atau kisah anda. Jika tidak jelas, kerumitan akan bertambah.

(Sekiranya form ini tidak berfungsi, sila beritahu saya dengan beri ulasan di bahagian komen, dan hantar idea anda melalui email saya amirul_khs@yahoo.com atau bahagian komen.) Terima kasih.

Nama (wajib):
Tema karya (wajib) Dakwah
Cinta
Kekeluargaan
Realiti
Kritikan
Politik
Lain-lain
Jelaskan kepada kami (wajib) "Apa yang anda inginkan dalam sesebuah karya" termasuk (tema,persoalan,dll)
Alamat Email (Wajib)
URL BLOG ANDA (Kami jejak)
Bagaimana anda tahu tentang kami?



Create a web form here

No comments:

Post a Comment