Thursday 23 August 2012

Ternyata Kenangan Puasa Mendatang.


Rasik mengurut perut. Muncung mulut Rasik kerana abangnya, Rusik. Memarahi Rasik apabila mahu mengambil makan di dapur. Rasik banyak memberi alasan terhadap perbuatannya itu. Sehingga Rusik tidak mahu mendengar dan melayannya. 

Hati Rasik yang sebelum kembang seperti bunga Ros, mengecut laju, lalu gugur. Apabila abang kandung sendiri tidak mahu melayan hak asasi untuk bersuara sebagai adik kandung!

“Abang tahu. Saya tidak pernah meninggalkan puasa, sebab saya akan dibayar oleh Nenek Timah dengan bayaran satu ringgit sehari. Sekiranya, berpuasa penuh, 30 ringgit saya dapat kumpulkan. Jadi, apa alasan abang menuduh saya mahu membuka puasa petang tadi?”

Berbuka puasa mereka berdua. Rasik asyik menyuarakan ketidakpuasan hati di hadapan rezeki. Ibu dan ayah Rusik dan Rasik tiada di rumah. Sibuk dengan pekerjaan mengejar materialisme.
Rusik rasa terpanah dengan petir, nafasnya turun naik dan berkata,

“Kamu jangan berdalih, Abang nampak kamu sedang memotong peha ayam panggang pemberian jiran kita Mak Cik Salimah Binti Ibrahim Kotot. Apakah kamu fikir, tindakan itu tidak boleh mewujudkan syak wasangka? Sekiranya kamu tidak buat begitu, tidak abang memarahi kamu. Apa pendirian, alasan atau hujah kamu lagi untuk mempertahankan diri kamu?”

“Saya buat begitu, kerana kucing kita lapar. Mana mungkin kucing berpuasa. Saya rasa kasihan, lalu saya pergi ke dapur untuk mencari makanan. Saya lihat jam sudah 4.00 petang, sudah tentu makanan pemberian Mak Cik Salimah Binti Ibrahim Kotot itu akan sampai kepada kita. Jadi saya dapati ada ayam belanda yang sudah dipanggang dengan kulit yang menawan dan bau yang menusuk ke lubang hidung. Walaupun sungguh menggodakan iman saya tetap mahu berpuasa. Tidak mungkin saya dapat digoda oleh perkara kecil. Malulah saya sekiranya bidadari ciptaan Allah sudah tercipta untuk saya di langit sana, pasti dia tidak mahukan saya.” Jelas Rasik.

Rusik tersenyum. Terangguk-angguk dia mendengar. Dia berkata dalam hati, ‘Bijak budak umur sembilan tahun menipu, tetapi tidak bijak untuk menipu orang dewasa. Dia sudah terperangkap.’

 Rusik dengan nada sedikit lembut dan berkata, “Pukul 4.00 petang kamu ke dapur untuk beri kucing makan? Bagaimana kamu tahu Mak cik Salimah Binti Ibrahim Kotot itu mahu beri kita ayam belanda panggang?”  gaya Rusik seorang peguam mencari kesalahan tertuduh.

Rasik tersentak. Tersengih-sengih dia mahu menjawab, dia hanya tunduk dari melihat wajah abangnya, Rusik tidak menjamah makanan lagi. Hatinya sudah dikail dengan mata kail, dibawa ke lembah orang-orang pancalongok. Kini Rusik di lembah ini bersama dengan adiknya Rasik sebagai ahli pancalongok dan berkata,

“Kamu mencuri! Kamu mencuri di bulan Ramadan! Sepatutnya kamu perlu berpuasa dan meningkatkan amalan kamu di bulan mulia penuh kenikmatan ini. Adakah kamu tahu, mengikut islam, tangan seorang pencuri boleh dipotong sebab mereka mencuri?” Rusik cuba menakutkan adiknya.

“Tetapi, saya tidak mencuri. Makanan itu sudah ada di rumah kita. Melainkan saya pergi ke rumah Mak Cik Salima Binti Ibrahim Kotot dan mengambilnya tanpa izin. Itu mencuri. Kesalahan saya hanya tidak berpuasa dan cuba menipu abang sahaja.”

Rusik mengeleng-geleng kepalanya, bibir diketap dan berkata,

“Abang serius sekarang ini, Abang tahu adik kerap tidak berpuasa.”

“Mohon maaf abang, baik. Adik mengaku tidak puasa hari ini. Mohon maaf sekali lagi sebab adik cuba menipu abang.” 

Rusik tidak mengendahkan, Rusik meneruskan menjamah rezeki pemberian Allah tanpa menghiraukan permohonan maaf oleh Rasik beberapa kali dan berkata Rasik.

“Abang jangan begini, sedangkan Nabi Muhammad yang kita sayangi pun memaafkan umatnya. Abang yang alim, mesti abang mencontohi akhlak junjungan besar kita.”

“Abang tidak akan maafkan kamu, selagi kamu tidak mengantikan puasa-puasa tahun ini ataupun tahun-tahun lepas yang kamu tinggalkan, selepas itu baru Abang maafkan kamu.” Wajah Rusik mencebik.

“Ya, saya akan tunaikan!” jawab ringkas Rasik.

“Sekiranya betul kamu tunaikan bagus, tetapi ingat Rasik salah satu sikap orang munafik adalah memungkiri janjinya. Sekiranya tidak tunaikan janji kamu akan dikira...”

Tidak habis Rusik mahu menjelaskan, Rasik terus menjawab dan berkata,

“Baik! Saya akan tunaikan! Saya tidak mahu dihumban ke neraka paling bawah, sedangkan panas matahari berjauhan dari bumi dengan berjuta tahun cahaya pun saya tidak tahan kepanasan dan menyebabkan kulit saya hangus.”

Hati Rusik ketawa kecil dan berkata, “Abang harap, Rusik tidak memungkiri janji abang. Semoga pengajaran dan pembelajaran ‘Kenangan Ramadan’ kali ini dapat Rasik mengingatinya apabila dewasa kelak.”

Rusik riang gembira. Dia monolog,

‘Jelas psikologi aku berjaya membuat Rasik mendengar kata.’

(Kerja kursus penulisan Akademi Hero dulu) 

2 comments:

  1. kesalahan struktur ayat dan ejaan mengganggu nikmat pembacaan,

    walaubagaimanapu idea agak menarik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, kerana membaca. Saya cuba membaiki penulisan saya. Terima kasih sekali lagi. :D

      Delete