Sunday 8 July 2012

Kasih Dan Sayang, Keluarga.

Papa menggeliat di meja makannya. Selepas solat subuh, Papa menyambung tidurnya sehingga waktu sarapan pagi tamat. Mama menyediakan makanan untuk Papa. Muncung bibir mama, Papa merenung Mama dengan kening terangkat.

"Minum kopi ini Papa, masih panas. Jika sejuk, nanti tekak terasa tidak sedap. Badan tidak merasa kesegaran dinihari. Walaupun matahari hampir tegak pada langit tinggi." tekan Mama pada perkataan "Tegak."

Mama mengangkat tangan ke bahu, mata memandang ke atas dengan mencebik. Papa ketawa kecil melihat telatah Mama. Papa berjanji dengan Mama mahu membawa ke pusat rawatan wajah yang temujanji sudah ditetapkan. Papa mengetap bibir, mengusap lembut bahu kanannya dan berkata,

"Jangan kamu begini, nanti manis di wajah kamu nanti kurang. Kalau kurang manis perlu buat temujanji lagi. Sekiranya nanti saya bangun lambat di pagi ahad. Kamu buat wajah begitu. Jika selalu, bagaimana? Terpaksa saya cari lain."

Papa ketawa kecil, hati seperti menggeletek mengenakan Mama. Berkerut dahi Mama, janji tidak ditepati ditambahkan lagi suaminya mahu berkahwin lain. Mama memeluk tubuh. Papa meminum kopi air tangan Mama. Mata Papa mengecil, wajahnya berkerut.

"Kenapa Papa? Pahit kopi ini? saya sudah bancuh gula secukup rasa." tenung Mama pada Papa.

"Kamu bancuh kopi ini tidak campur dengan gula? Perlu bancuh dengan gula, kamu bukannya pembantu rumah untuk saya beritahu. Kamu isteri kesayangan Papa."

Papa mengangkat tangan ke bahu,  mata memandang ke atas dengan mencebik.  Mulut Mama muncung, keningnya di angkat, Mata mengecil. Ketawa kecil Papa melihatnya. Papa menyuruh Mama rasa kopi air tangannya. Mama mencicip cawan kopi. Ternyata wajah Mama berubah.

"Kopi sedap. Dengan bancuhan dan campuran gula yang seimbang, menyegarkan tekak dan membulatkan mata letih. Meresapi oleh lidah dengan kenikmatan. Bagaimana Papa boleh berkata begitu?"

"Ya, Biar abang rasa pula."

Papa minum semula kopi dari bekas cicip Mama. Papa mengetap bibir dan mengganguk perlahan.

"Ini baru sedap. Dengan bancuhan dan campuran gula yang seimbang digauli dengan kemanisan bibir Mama. Mewujudkan variasi yang menawan dan membina roh-roh kasih sayang pada kopi ini." senyum Papa.

Mula Mama merasa pujian Papa pada tengahari ini. Tetapi Papa pula mengangkat tangan ke bahu, mata memandang ke atas dengan mencebik. Mama kembali muncung, ada sahaja Papa mahu menyakit hati Mama. Walaupun sekadar gurauan.

"Jahatlah Papa ini." ucap Mama manja.

Papa ketawa kecil.

***

Mama mendampilkan telefon bimbit Papa di atas meja. Pipi Mama dibasahi dengan air mata dan mengetap bibir. Mama tidak menyangka perkara seperti ini akan berlaku. Hati seperti buah oren, pisau tajam menghiris oren satu demi satu. Darah-darah beku mengalir bersama dengan airmata. Papa merenung Mama. Papa mengosok dagu, dahinya berkerut.

"Mama, apa yang Papa lakukan? Suasana pagi lagi, baru sahaja matahari menerangi setiap inci bumi. Tetapi Mama sudah mengisi rumah dengan wajah menghiru-birukan."

Papa masih tenang. Tidak menganjak tempat duduk di sofa buatan perancis, untuk memujuk Mama di hadapannya. Dada Mama naik turun. Wajah merah-kemerahan, akal Papa mengegarkan kota memori, mencari makna wajah kemerahan Mama.

" Wajah Mama menghodohkan jika begitu. Bulan purnama sentiasa cantik. Tidak kira penuh atau kurang. Tetap cantik, masih dilihat oleh penduduk bumi. Mama sekarang, boleh menghilangkan selera Papa." ketawa kecil Papa.

"Sudah, cukup Papa permainkan Mama. Papa sudah mengilas hati Mama. Sesungguhnya, rasa cinta Mama pada Papa hampir terincit."

"Apa salah Papa? Mama ini suka begini."

"Papa baca mesej ini."

Papa membaca mesej itu. Papa senyum lebar. Mengusap-usap lembut bahu kiri. Wajah Papa kosong, tiada perasaaan timbul selepas membaca, walaupun Mama sudah teresak-esak menangis.

"Pekara kecil sahaja, no big deal lah. Mama tidak perlu menangis. Papa buat ini bersebab, sebab utama sayangkan Mama."

Dada Mama turun naik dengan laju, tangannya digengam dengan kuat. Tubuh Mama mengigil. Papa perhatikan sahaja, hanya senyuman diberikan, hati papa tidak sedikitpun terusik.

"Sungguh Papa tidak rasa bersalah. Papa tipu Mama! Kenapa Papa tidak beritahu pada Mama! Kenapa sembunyi dari Mama? Apa dosa Mama?" soal Mama dengan teresak-esak menangis.

Mama seperti meroyan. Seperti kanak-kanak tidak dapat barang permainan. Papa masih memberi senyuman walaupun suasana sungguh mengamatkan.

"Papa buat begitu untuk kebaikan ekonomi keluarga kita. Sekiranya Mama tahu, lebih teruk wang gaji Papa dibelanjakan. Nanti kita mahu makan apa? Sedangkan burung di angkasa tahu apabila makanan kurang akan berhijrah. Jika wang kita dibelanjakan kepada perkara-perkara tidak mendatangkan manfaat ataupun pulangan, adakah kita mahu berhijrah ke rumah setinggan?

Berkerut dahi Mama mendengar dan berkata,

"Analogi apa Papa pakai ini? Pelik Mama dengar."

"Sudah, mulai sekarang tiada lagi membeli-belah. Papa menggunakan kuasa veto seperti dimiliki oleh kuasa-kuasa besar dunia Amerika, Rusia, China, Britian, dan Perancis, walaupun Persatuan anak-anak dan Mama mendesak untuk membeli-belah, Papa veto!"

"Kenapa Papa berkata 'veto' ? "

"Maksudnya 'Papa larang' "

Papa ketawa terbahak-bahak. Sedar dirinya punyai kuasa mutlak dalam keluarga. Mulut Mama muncung. Kepalanya menunduk ke bawah. Mama memanggil anak-anaknya. Zaidi, Fatin, Omar, Julia, Sosiah, dan Ibrahim. Papa hanya perhatikan. Mereka duduk berhampiran dengan Mama dengan mulut muncung dan kepala menunduk ke bawah.

Papa kelihatan kehairanan melihat Mama dan anak-anaknya. Akalnya ligat mencari jawapan dan berkata.

"Apa yang kamu sedang lakukan ini?" soal Papa.

"Kami duduk dan bantah dan...!"

Papa gaman, berfikir Papa dan berkata

"Duduk dan bantah? Dan apa?"

"Dan mogok kelaparan!"

Papa menepuk dahi.

"Adeh, kamu sangka ini bersih dan ISA mahu protes? soal Papa lalu mengeleng kepalanya.

No comments:

Post a Comment