Monday 15 October 2012

Bangang Abadi-Cerpen Pendek.

Pada satu hari, seorang kanak-kanak bernama Zalika sedang bermain-main di taman perumahan. Di temani rakan sebaya Zalika iaitu Mamat, Mahmud, Seraja Alam Megat dan Raja Panglima Medan. Tiba-tiba sahaja Zalikan ditegur oleh Raja Panglima Medan. Seraja Alam Megat, Mamat dan Mahmud asyik bermain angry bird di hujung kawasan tempat permainan.
Raja Panglima Megat mula berbual dengan Zalika.
"Zalika kau mahu tahu. Semalam aku menonton video Ustaz Sulaiman di RancanganKau. Katanya kalau kita ingat Allah, Allah lagi ingatkan kita." Raja Panglima Megat mengangguk tanda menyuruh Zalika setuju kata-katanya.
Zalika terpinga-pinga namum masih menumpukan perhatian kepada Raja Panglima Medan. Sambung Raja Panglima Medan.
"Ada lagi... Ustaz Sulaiman kata kalau kita sayang Allah, Allah lagi sayangkan kita. Tak tipu, percayalah."
Zalika mengangguk-angguk tanda mengiakan kata-kata Raja Panglima Medan.
"Kemudian katanya lagi, kalau kita rindu pada Allah, Allah lagi rindu pada kita! So sweet sangat."
Tiba-tiba sahaja, mata Zalika membuntang. Mulutnya ternganga. Lalu rebah di hadapan Raja Panglima Medan. Raja Panglima Medan tercengang-cengang bebola mata memandang tubuh Zalika dari kepala hingga ke kaki. Dalam keadaan Zalika pengsan. Raja Panglima Medan tidak melakukan apa-apa. Hanya perhatikan sambil bersila lutut melihat jasad Zalika itu.
Mamat, Mahmud dan Seraja Alam Megat tidak menyedari situasi mereka berdua di situ. Keseronokan bermain angry bird membina dunia yang tersendiri bagi kanak-kanak seperti mereka.
Bebola mata Zalika mula bergerak-gerak. Raja Panglima Medan merapatkan wajah ke muka Zalika. Penantian ini yang ditunggu-tunggu oleh Raja Panglima Medan kerana pesan orang tua jangan diganggu orang sedang pengsan kerana dikhuatiri sedang menikmati malam pertama.
Mata Zalika terbuka dengan pantas. Menyebabkan Raja Panglima Medan sedikit terloncat ke belakang. Lalu Zalika meraba-raba jasad lalu berkata,
"Ya Allah aku masih hidup!"
Mendengar ucapan itu Raja Panglima Medan menggaru kepala sambil mengurut-urut dahi. Selepas itu Raja Panglima Medan bertanya,
 "Mengapa kau pengsan selama sepuluh minit kemudian kau bersyukur kau masih hidup?"
Zalika ketawa kecil. Sebaris gigi jongang kelihatan oleh Raja Panglima Medan. Zalika menerangkan,
"Aku sangka kalau aku merindui Allah, makna aku akan mati. Sebab orang tua aku selalu berkata apabila menziarahi orang meninggal dunia. 'Tuhan lebih menyayangi dia.' sebab itu aku pengsan kerana aku selalu rindu dan sayang pada Allah."
Tiba-tiba sahaja satu tamparan hinggap ke pipi kanan Zalika menyebabkan Zalika jatuh tertiarap. Tamparan Raja Panglima Medan agak kuat dan pantas tanpa disedari Zalika.
Raja Panglima Medan berpesan,
"Sekiranya begitu, jangan mengoda Tomok Yusof. Dan ajal maut semua itu Allah tentukan. Bukannya sebab kau rindu dan sayang pada  Allah, Allah tarik nyawa kau di dunia pada bila-bila masa sahaja dikehendaki-NYA. Faham? Jangan jadi bangang abadi!"
(Tamat)
Perhatian: Cerita ini tidak ada kaitan pada mana-mana pihak dan individu sama ada hidup mahupun meninggal dunia. Sekadar rekaan semata-mata.

2 comments:

  1. wah...hebat...sebuah sastera yg bagus. Perlu ada otak yang sihat untuk mencerna apa yang hendak disampaikan oleh saudara penulis....hahaha!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih! Hehe. Karya ini belum layak dipanggil sastera. Haha. Hanya karya kaki lima sahaja Cikpuan Atie. Walau apa pun, saya hargai pujian Cikpuan Atie itu. Dan akan terus menulis! Terima kasih sekali lagi! Hoho!

      Delete