Saturday 7 July 2012

Pensel Dan Isteriku Almari.


Kembali aku tercipta selepas diproses oleh sebuah mesin. Mesin yang besar dan canggih yang sebelum ini aku adalah kerusi dan dari mesin itu aku berubah bentuk fizikal aku menjadi sebatang pensel. Aku kurang pasti, apa nama untuk diri aku. Kerana dulu aku dipanggil oleh tuan aku “Kerusi lembut.” Kerusi yang senang patah kerana kayunya sungguh lembut. Umur aku tidak panjang. Aku dibuang oleh tuan aku selepas dua bulan kemudian. Kini aku sudah menjadi sebatang pensel. Mungkin aku boleh berguna kepada tuan baru aku.


Sebuah pasaran yang besar. Aku bersama dengan rakan yang lain dikurung dalam sebuah kotak. Masing-masing berhimpit-himpit mencari keselesaan. Aku tidak hiraukan. Tetapi perbuatan rakan aku itu, menggangu aku untuk melihat manusia yang sedang asyik membeli-belah. Entah, kenapa mereka menyukai membeli-belah? Aku sendiri tidak tahu. Sudah dua bulan aku di sini. Tiada siapa mahu menjadikan aku sebatang pensel untuk mereka menulis.


Pada sesuatu hari. Sedang aku khayal. Kotak pensel ini seperti diangkat oleh seseorang. Aku melihat lubang yang tersedia. Aku tergaman. Manusia itu sangat aku kenal. Dia tuan aku yang dahulu! Perasaan aku bertambah gembira kerana tuan aku telah mengambil keputusan untuk membeli aku dan rakan-rakan aku. 


Sebak rasanya. Kerana aku akan berjumpa isteri aku di rumahnya. Dia sebuah almari.
Di rumahnya. Aku dan rakan-rakan aku diletakkan di biliknya. Sebelum ini, Aku tidak berpeluang masuk ke biliknya. Kerana aku adalah sebuah kerusi yang lembut dan rosak. Aku akan dijemu atas matahari terik sedangkan isteri aku dalam rumah menjaga pinggan mangkuk tuan aku.


Aku mengambil keputusan. Aku mahu keluar dari kotak ini. Rakan-rakan aku tidak menghalang atas perbuatan aku itu. Mereka mendiamkan diri seperti benda tidak bernyawa. Aku keluar. Aku mahu berjumpa isteri aku. Dia ada ditingkat bawah. Sedangkan aku berada ditingkat dua. Jadi halangan ini perlu aku tempuh untuk berjumpa isteri tersayang. Aku mahu menuruni anak tangga. Aku mengira anak tangga ada 15. Mungkin aku keletihan kerana tubuh aku yang sudah menjadi kecil. Jika dulu, tidak mengapa. Aku masih boleh masuk ke rumah tuan aku walaupun aku diletakkan di luar kawasan rumahnya.


Aku mengagahi juga, untuk yang tersayang. Aku menuruni anak tangga satu demi satu. Kini aku sudah berada anak tangga ke 10. Baki masih ada lima lagi. Sedang aku menuruni anak tangga ke 11. Aku kedengaran tuan aku melangkah menuju ke biliknya. Aku panik. Tuan aku semakin hampir melangkah anak tangga ke empat. Anak mata tuan aku memandang aku dengan penuh kehairanan. Tuan aku mengaru kepala seakan hairan melihat aku. Tuan aku mengambil aku dan menuju ke dapur.


Tuan aku menggunakan aku untuk menulis diatas kertas putih. Muka aku di gesel-geselkan di atas kertas itu. Sungguh geli rasanya. Ini kali pertama aku merasa geli dalam hidup aku. Setelah selesai, tuan aku beredar dari situ. Aku bangun dan dapati aku sekarang berada di dapur. Di meja makan. Sungguh gembira. Isteri aku ada di sini. Meja makan ini sungguh hampir dengan isteri aku yang besar itu. Sebuah almari.

Aku memanggil, “Sayang!!” Kepala isteri aku menoleh ke kiri dan ke kanan.

Aku memanggil sekali lagi, “Sayang!! Ini abang!! Di meja makan!!” Isteri aku memandang aku.

Kata isteri aku, “Kenapa kau panggil aku sayang?!” soal isteri kelihatan wajah sedikit marah.

Aku menjawab, “ Ini abang!”

Isteri aku bertanya dengan nada kemarahan, “Buktikan kau adalah suamiku!”


Aku terdiam. Ligat dalam fikiran aku untuk memikirkannya. Di sudut lain, aku tersenyum. Kerana melihat sikap isteri aku yang amat menjaga kehormatannya. Fikiran aku sedang mencari sesuatu peristiwa untuk membuktikan kepada isteri aku, aku adalah suaminya.

“Nama abang Kerusi Lembut, masih sayang mengingati semasa mula kita berbual di pagi yang cerah di luar rumah?”


Isteri aku tergaman. Lalu terus menyambut aku. Isteri aku yang gemuk dan besar itu memeluk aku dengan keeratan. Sungguh, aku menitiskan air mata. Sungguh, taat isteri aku kepada aku.

Isteri aku bertanya, “Bagaimana abang boleh jadi begini? Bukankah abang sudah dibuang?”

Aku hanya senyum. Di dunia kami sesiapa yang sudah dibuang oleh tuannya pasti jarang atau mustahil untuk bertemu kembali. Kecuali jika diizinkan oleh-NYA.

Aku menjawab, “Semua sudah ketentuan takdir sayang.”

Tiba-tiba isteri aku menangis dalam pelukan aku. Aku bertanya kepadanya,

“Kenapa sayang menangis? Tidak gembirakah saya bila berjumpa dengan abang?”

Isteri aku menjawab, “Isteri mana yang tidak gembira jika suaminya pulang kepangkuan keluarganya. Saya menangis kerana abang sudah menjadi sebatang pensel. Abang mungkin akan hilang di dunia ini jika tuan kita menggunakan abang.” menangis isteri aku bertambah.

Aku mengusap-usap kepalanya. Itu aku tidak boleh nafikan. Aku katakan kepada sambil tersenyum,

“Sudah takdir sayang. Jika takdir menentukan sekali lagi kita bertemu. Pasti tiada sesiapa boleh mengubahkannya.”


Itu aku, sebatang pensel. Walaubagaimanapun terjadi, isteri aku tetap menerima aku. 

Jika rakan-rakannya bertanya, “Di mana suami kau sekarang?” Isteri aku akan menjawab, “ Dia sudah menjadi sebatang pensel dan namanya pensel.”

Karya ini adalah latihan kursus penulisan (Percubaan peribadi: Naratif Panjang) walaupun pengamal/sifu saya adalah TSY (Teknik Surah Yusuf)

No comments:

Post a Comment