Sunday 30 September 2012

Kami Sayang Kamu Kerana Api-Sebuah Cerpen Pendek.



Mendengkus Hashim melayani perangai Sofiahah. Kadangkala mahupun aiskrim pada ketika mahu membeli sepasang baju kekasih sesuai Hashim dan Sofiahah memakainya. Merungut Hashim apabila Sofiahah mahu membeli baju kurung satin!

Hashim memahami akan situasi ini. Bersama anak dara orang boleh membawa fitnah. Hashim tetap membawa anak gadis sunti ini keluar bersama. 

“Lelaki tidak punyai pasangan pada zaman kemodenan dan globalisasi adalah berfahaman jumud dan bodoh!” Kritik Hashim apabila melihat seorang lelaki mengalihkan pandangan mata apabila melihat tubuh Sofiahah tidak cukup kain.

Barangkali omelan Hashim didengari oleh lelaki itu. Lelaki itu menyapa Hashim dengan memberi salam dan mereka berjabat tangan. Sofiahah meninggalkan Hashim keseorangan dihadapan sebuah kedai buku bernama Masyarakat Bijak, Membaca Buku (MBMB). Lelaki itu memperkenalkan diri sebagai Mahmud. Mahmud berkata,

“Dunia ini sementara sedangkan negeri hakiki ada di sana. Sekiranya saya mahu ke sana, saya perlu ada cinta pada semua orang. Oleh kerana cinta saya tebal pada saudara. Saya mahu berbual. Biarkan sahaja cinta saya bertaburan, dipandang murah kerana memberi nasihat percuma.”

Hashim mendengus keras. 

“Nasihat berbayar lebih manfaat daripada nasihat percuma. Saya tidak mahu mendengar nasihat percuma kamu itu.” Kritik Hashim.

“Percayalah, cinta ini muncul kerana saya sayang kamu kerana api. Tidak lebih mahupun kurang.”

“Api apa?”

Mahmud mengukirkan senyuman lalu berkata,

“Api neraka.” 

(Tamat)

Menulis Dan Cinta

Assalammulaikum,

Pengalaman aku menulis banyak membantu aku mencintai bahasa aku. Sebelum dan ketika aku menulis 3 bulan lepas. Aku mengabaikan bahasa dan ayat dalam penulisan aku. Dibantu oleh rakan-rakan penulis dan dorongan rakan rapat, kini aku perlu lebih bekerja keras bagi mendapatkan beras.

Semalam, ada seseorang tanya kepada aku,

"Apa kepuasan Amirul menulis? Boleh dapat duit untuk sara hidup atau kepuasan diri?"

Aku tidak ingat apa jawapan balas aku kepadanya. Tetapi situasi itu cukup menggembirakan aku. Apabila seorang yang kita kenal mengambil berat pada diri kita. Sudah cukup motivasi untuk menulis.

Sekian, terima kasih.

Sunday 16 September 2012

Karya 10 Ringgit

Assalammulaikum!

Apakah anda pernah fikir duit sepuluh ringgit dijadikan sebuah karya sains fiksyen? Seolah filem transformers? Ya, itu lah tugas saya untuk menulis karya tentang 10 sepuluh ringgit ini. Saya masih terkial-kial dan merenung memikirkan sebuah jalan plot yang menarik dan jitu! Cewah.

Fikir dan fikir. Bagaimana ya? Projek penulisan ini adalah tugasan diberikan oleh penerbit bebas kepada saya dan menyiapkan dalam tempoh dua minggu. Ia sebuah cerpen lima muka surat jadi tidak begitu memeningkan kepala sehingga mahu pecah.

Kalau mengikutkan imiginasi memang boleh tetapi bagaimana dengan logik dan rasional pula? Kalau mengikut filem transformers pun masih tidak logik, kan? Sebab tiada bukti tentang wujudnya makhluk yang ada diluar angkasa sana ada autobot! Jadi, saya berpendapat, saya akan hentam sajalah!

Haha! Baik, sekian terima kasih!

Assalammulaikum!

Friday 14 September 2012

Mencari Bulat-Certot

Aku diganggu oleh akal aku sendiri dengan persoalan demi persoalan yang berlegar dan meraba keseluruhan tubuh aku sehingga ia bergerak dengan sendiri untuk mendapatkan sesuatu yang aku sendiri tidak pasti. Kepastian yang lemah dan aku pula berani bertanya pada mereka yang berlatar belakang pendidikan formal serta pengkhususan di universiti dipelajari oleh mereka pada pendapat aku mungkin boleh menyelesaikan masalah selama ini mengorek akar-akar pendirian aku selama aku hidup.

Langkah aku berhenti, berhenti seketika merenung kembali persoalan itu dan kembali melihat fahaman atau anutan ilmu yang dipegang para ilmuwan yang aku ingin bertanya. Aku hampir pasti sekiranya aku bertanya soalan yang sama di rumah yang berbeza yang ternyata berdiri rumah itu kerana tiang-tiang yang menyokong tubuh dan atap rumah, juga berbeza juga ukuran, jenis kayu, konkrit, acuan, dan jenis bahannya.. Aku mungkin akan memperolehi jawapan yang berbeza malah ada juga menentang sekiranya aku mengajukan pendapat-pendapat dari rumah orang lain.

Persoalan aku bukanlah berat sehingga memainkan kesan yang besar pada negara. Sedangkan negara aku tinggal dan hidup, masih bergelut dengan hidup atau mati kerjaya mereka sebagai Ahli Politik. Tetap juga aku gagahkan dan aku mula mencari alamat dari rakan-rakan yang kerap melawat mereka di rumah, universiti, atau juga di hotel.

Aku bertemu seorang lelaki yang tua duduk di kaki lima. Mata dan kepala merenung kearah seorang wanita bergaya menayangkan bentuk punggung yang bulat serta bahagian badan yang kecil tetapi bengkok kebelakang dengan rambut yang bebas dipukul angin. Soal akal aku pasti lelaki tua itu ada rasa ingin bersama para wanita seksi seperti Ferrari.

"Kenapa suka pandang wanita seksi saja. Sudah lama tidak merasa? Ambil 50 ringgit ini dan rasa wanita Fillipina. Boleh tahan juga dari wanita Indonesia yang kadangkala bau badan mereka tidak menyenangkan."

Lelaki tua itu hanya senyum. Tidak mengendahkan duit yang aku berikan padanya.

"50 ringgit mana cukup saudara, wanita melayu belum tentu dapat, apatah lagi wanita Russia."

"Memang betullah sangkaan saya yang kamu suka mendapatkan khidmat pelacur. Kalau begitu, mengapa tidak kahwin saja."

Lelaki tua itu ketawa kecil. Mengusap lembut bulu janggut lebatnya perlahan seolah seorang ilmuwan sedang menyelesaikan masalah umatnya.

"Jangan kata pada aku kenapa aku tidak mahu kahwin. Kata pada pelacur itu mahukah mereka berkahwin?"

"Siapa pelacur itu?"

Lelaki tua itu mengeleng-geleng kepala diringi hembusan nafas berbaur hanyir dilepaskan di hadapan aku.

"Perempuan yang berpakai seksi seperti Lamborghini itu. Punggung dan badannya sungguh mengancam."

Senyum aku kelat. Dan tidak mahu membazirkan masa aku bertanya,

"Mengapa kamu sama dengan sebuah kereta exotik?"

"Exotik ia mahal, sekiranya sudah lama masih ada peminat mencari kereta itu. Sedangkan perempuan itu  memang sekarang nampak mahal jika melihat dari badan dan punggungnya. Tapi sekiranya sudah tua siapa mahu jadi peminatnya? Melainkan penafsu mencari dia."

"Jadi kamu minati perempuan tadi itu?"

"Sudah tentu, aku penafsu, dan aku suka perempuan punggung bulat."

"Semoga kamu tidak menjadi perogol."

Lelaki tua itu senyum kemudian memandang aku berwajah kosong.

"Sebab itu aku duduk di kaki lima, tiada siapa mahukan menjadikan aku sebahagian keluarga mereka," Lalu lelaki tua itu memberi aku sekeping kad. Pada pengamatan aku, mungkin sekeping kad perniagaan.

Aku membaca isi kad itu.

Perogol Upahan.
Rogol bini orang, anak dara orang, janda berhiasan.
Sekiranya tidak lawa perlu bayar lebih sebagai ganti nafus tidak selera.
Pengalaman pernah merogol (34) bini orang, (56) anak dara orang, (13) Janda, dan (123) Perempuan Tidak Lawa.

Aku berkata, "Kau memang celaka."

Lelaki tua itu ketawa berkekeh-kekeh bersungguh-sungguh.

(Tamat)

Mood: Thriller (Walaupun tak jadi.)
Sumber :Cerita dari orang pernah melaluinya.




Sunday 2 September 2012

Mat Telek : Mihun Goreng Rozita Che Wan- Sebuah Certot.

Suasana bilik mesyuarat penuh rancak dengan pembentangan Mat Telek untuk perniagaan yang mereka mahu usahakan. Burhan, Zaina, dan Halim, mata mereka tertumpu kepada pembentangan Mat Telek. Pembentangan menggunakan Powerpoint dengan bantuan projektor walaupun yang hadir pada mesyuarat petang itu empat orang sahaja.

“Mengikut logik, mihun goreng berharga 4.00 ringgit satu bungkus. Kalau 10 orang membelinya dapat pulangan 40 ringgit!”

Itu angan-angan Mat Telek, bukan sahaja berangan-angan berkira untung akan datang, malah memikirkan hal-hal lain.
“Dalam perniagaan makanan, makanan yang enak dan cantik perhiasannya tidak menjamin keuntungan besar ataupun permintaan yang banyak. Pemerhatian saya selama dua bulan, saya dapati IKS iaitu Industri Kecil Dan Sederhana mengamalkan pemasaran perniagaan. Apatah lagi syarikat gergasi, seperti McDonald’s. Rakan-rakan, siapa yang ada perasan berkenaan iklan minyak wangi di televisyen?”

Burhan, pembantu Mat Telek mengangkat tangan lalu menjawab, “Para model iklan menerangkan kepada kita yang mereka menyukai wangian jenama tertentu.”

Zaina dan Halim mengangguk tanda setuju. Mat Telek pula mengeleng-geleng dan berkata, 

“Memang betul, Burhan, tetapi kurang tepat, latar belakang iklan jenama minyak wangi akan menggambarkan kemewahan si pemakai dan menggambarkan eksklusif sesiapa yang memiliki wangian itu, malah miliki botol jenama itu sekali nampak eksklusif. Sama seperti iklan McDonald’s, menggambarkan ‘kebahagian’ apabila hidangan baru disediakan oleh mereka. Paling jelas burger Prosperity hanya ada pada Tahun Baru Cina, ia menggambarkan eksklusif dan kebahagiaan apabila makan bersama keluarga ataupun sahabat handai dalam iklan mereka.”

Berkerut dahi Burhan lalu berkata,
“Tetapi Mat, kita hanya mahu meniaga di bazar Ramadan sahaja!”

Zaina dan Halim mengangguk-angguk laju. Mat Telek kembali sedar yang diri hanya mahu meniaga di bazar Ramadan sahaja, tetapi perbincangan mereka hingga ke perniagaan yang serius.

“Saya setuju apa kata Burhan tadi, kita hanya meniaga biasa-biasa sahaja. Cukup bagi menampung perbelanjaan kita hari raya nanti,” ucap Halim.

Zaina mengangguk tanda setuju.

“Ya, saya setuju pendapat Burhan dan Halim. Tetapi perlu ingat, dalam bazar Ramadan itu bukan kita satu-satu sahaja yang menjual mihun goreng. Mungkin peniaga sebelah kita pun akan menjual mihun goreng juga!”

Sambung Mat Telek lagi, “Pemasaran perniagaan kita hanya melakukan pemasaran gerila iaitu kos yang percuma lagi mudah….”

Halim menyampuk pembentangan Mat Telek, “Pemasaran gerila? Adakah kita perlu pergi ke hutan dan sebarkan risalah promosi bagi orang utan makan?” Terbahak-bahak Halim ketawa.

Begitu juga Burhan dan Zaina. Mat Telek mengeleng-geleng. Berkata Mat Telek, 

“Bukan itu maksud saya, pemasaran gerila tidak menggunakan teknik pemasaran konvensional. Bukan pergi ke hutan sebarkan risalah promosi. Itu kerja orang gila, sama orang memikirkan hal yang sama,” Mat Telek menyindir Halim dengan mengangkat tangan ke bahu, mata pandang ke atas dengan bibir mencebik.

Mulut Halim muncung selepas disindir. Kini Burhan dan Zaina menahan gelak daripada didengari oleh Halim.
Sambung Mat Telek lagi, 

“Sama halnya dengan pemasaran konvensional seperti iklan McDonald’s. Tetapi menggunakan pemasaran gerila dengan menggunakan rangkaian internet. Namun begitu, nama mihun goreng perlu diubah, bagi menjadi elegan, contoh mihun goreng Rozita Che Wan ‘Basah’ dan mihun goreng Rozita Che Wan ‘Kering.’

“Ini kerja gila! Menggunakan nama orang untuk perniagaan kita. Sudah mengaibkan orang!” Burhan tiba-tiba marah.
 
Mat Telek mengeleng-geleng dan berkata, “Itu hanya contoh, tetapi tidak salah pun. Perkataan ‘basah’ itu maksudnya mihun goreng basah. Sama juga perkataan ‘kering’ maksudnya mihun goreng kering.”
Muka Burhan kemerahan menahan malu. Mat Telek sekali lagi mengangkat tangan ke bahu, mata pandang ke atas dengan bibir mencebik.

Halim dan Zaina menahan gelak tawa mereka melihat Burhan disindir begitu rupa.

Tiba-tiba Mat Telek dengar suara orang berkata, “Bangun Mat, sudah raya ini. Bangun!”

Wajah Burhan, Halim, dan Zaina hilang dari pandangan. Tersedar Mat Telek, rupanya dia bermimpi perniagaan yang diimpikan itu.

“Cis, bagaimana boleh mimpi pula ini?” kecewa Mat Telek.

Mulut Burhan ternganga lalu berkata,

“Mengapa pula ini, Mat? Cepat bersiap. Kita sebentar lagi mahu pergi masjid untuk solat raya.”
Mat Telek mengangguk sahaja. Sambung Burhan lagi, “Mat, ibu kau buat karipap basah Rozita Che Wan, ada di dapur itu.” Burhan menahan gelaknya.

Mat Telek kaget.

‘Mungkin aku mengigau?Adakah Burhan tahu, Burhan! Kau dengar apa aku cakap tadi?”

Burhan lari dari pandangan.

“Burhan, jangan kau lari. Jangan kau cerita kepada Zaina!

***

Karya ini adalah penyertaan saya dalam Sayembara Cetot Humor anjuran Akademi Hero. Karya ini tidak memenangi apa-apa walaupun sagu hati. hehe.

Walaubagaimanapun, saya bersyukur kerana karya saya mendapat tempat no 1 dalam carta Karya Paling Popular! Mungkin ada nama Rozita Che Wan kot. hehe.
Selamat membaca!

Boleh baca di TulisNovel.Com

Assalammulaikum! :D