Saturday 5 May 2012

Sebuah Restoran Ada Masyarakat-sebuah cerpen.


Buka restoran aku pagi ini. Sebulan sekali sahaja aku cuti. Kesian melihat pekerja aku kerja siang malam, 24 jam, tujuh hari seminggu, 30 hari bekerja. Bila dapat cuti semalam. Suka hati mereka. Restoran aku siap-siap menerima pelanggan pada waktu enam pagi lagi.


Biasanya, kalau cuti memang aku buka awal-awal pagi lagi. Menguruskan bahan-bahan mentah untuk di masak. Nasi lemak seperti biasa. Tukang masak aku sudah faham sikap aku yang tegas. Jika lambat, aku tidak marah. Cuma menasihati sahaja dalam ketegasan.


Meniaga ini seni. Dalam pengurusan tenaga kerja aku lebih berhati-hati dalam menegur. Tiru gaya Ketua Pengawai Eksekutif Fortune 500. Mereka semua menegur pekerja dengan berhemah dan lebih penting mengingati nama semua pekerja lebih 20,000 orang. Memang mengagumkan aku.


"Bos, hari sudah buka ka?.soal Tiow Ben.


Aku memaling ke arah suara itu. Rupanya Tiow Ben. Fikir, bila dia bekerja dengan aku. Aku bukan bos dia. Tapi itu lah, dalam dunia hanya di Malaysia sahaja panggil seseorang pengurus bos walaupun dirinya pelanggan.


"Ya, mesti buka, kalau tutup saya tidak ada di sini."gelak kecil aku.


Tiow Ben pun hanya senyum kecil. Tahu dirinya aku sedang bergurau.


Aku senyum kambing. Memikirkan kembali soalan Tiow Ben.


"Bos, hari sudah buka ka?".


Hairan aku dengar. Memang sudah buka. Tapi kenapa soal lagi?.soal diri aku.


Aku menggeleng kepala secara spontan.


'Kenapa"soal Tiow Ben.


Aku sedar. Tiow Ben perhatikan aku dari tadi lagi.


"Tidak ada apa. Fikir sesuatu."jawab aku.


"Fikir apa lagi?. Restoran kamu 1 Malaysia ma"


Aku senyum. Ungkapan itu sudah biasa aku dengar. Biasalah dalam negara berbilang kaum mesti menikmati budaya dan makanan dengan kaum lain. Biasalah 1 Malaysia.


"Betul."aku mengganguk tanda setuju.


"Tapi restoran kamu. Ada masyarakat."


Aku hairan mendengar ungkapan itu.


"Ada masyarakat?".


Bagaimana ada masyarakat? Aku perhatikan restoran aku. Ada seperti jabatan perpaduan masyarakat kah?.


"Jangan pening ma. Kita 1 Malaysia. Dulu kita toleransi. Sekarang kita meraikan bersama kita sebagai bangsa Malayisa."


Tunduk aku, fikir sambil tangan kanan mengosok dagu.


"Apa Tiow mahu katakan ini?. Saya tidak mengerti."soal aku dalam keadaan kebinggungan.


"Begini kawan. Kamu lihat restoran kamu pelbagai latar belakang ada. pekerja, pelajar, ahli perniagaan, ahli agama, ahli sains, ahli sains perubatan, ahli karyawan, dan ahli sukan turut bersama makan nasi lemak kamu!. Kamu tidak nampak apa yang saya lihat?"soal Tiow Ben kepada aku.


Aku mengeleng kepala aku. Tanda aku memang tidak mengerti.


"Aiiyah, Mereka berbeza latar belakang mereka, pendidikan, budaya, agama, bangsa, cara hidup, dan emosi. Boleh menikmati nasi lemak bersama dalam sebuah restoran."


Aku menggangguk faham.


"Maksud Tiow, makanan boleh menyatukan kaum di Malaysia?"


"Bukan ma, saya dari mula lagi tidak kata pelanggan restoran kamu datang dari pelbagai kaum. Cuma pelanggan kamu ada sebuah masyarakat. Kita sudah merdeka lebih 50 tahun ma, tidak ada bangsa cina, melayu, india, bumiputera sabah dan sarawak sana. Sekarang kita bangsa Malaysia, sebuah masyarakat."ujar Tiow Ben.


Aku mengganguk laju. Tanda aku amat setuju.


"Jadi, apa maksud kamu sebenarnya?"soal aku lagi.


"Sebuah masyarakat berlainan ideologi dan pemikiran boleh duduk bersama dalam sebuah restoran dan berkata sesama mereka berlainan ideologi dan pemikiran kata nasi lemak kamu sedap!"ujar Tiow Ben laju.


Aku mengaru kepala yang tidak gatal. Fikir aku sejak bila aku berkawan seorang Doktor Falsafah ini.


"Say tidak faham Tiow."


"Haiyah, Senang cerita, Hidup kita pelbagai pendapat, bangsa melayu ada pendapat, bangsa cina ada pendapat, bangsa india ada pendapat, bumiputera sabah dan sarawak juga ada pendapat masing-masing. Kadangkala perbezaan pendapat boleh ada perselisihan faham antara kita. Jadi itu tidak jadi bangsa Malaysia. Bangsa yang kuat dan bersatu."ujar semangat Tiow Ben.


"Jadi apa kaitan dengan nasi lemak saya?"


"Semua kaum ada pendapat masing-masing. Tapi apabila menikmati nasi lemak kamu pendapat mereka sama."jawab Tiow Ben sambil tersenyum.


"Mungkin sebab kita manusia. Lidah sama". jawab aku spontan.


"Tidak ma. Kalau saya bagi buah mangga kepada tiga orang dari latar belakang berbeza. Ada kata sedap, masam dan kurang manis. Jadi apa jawapan awak tentang itu?"


"Masa. Jadi maksud Tiow kita jadi bangsa Malaysia adalah bergantung pada masa?. Seperti sekarang selepas lebih 50 tahun merdeka?"


"Betul masa tapi bukan maksud saya begitu, Tukang masak awak sepanjang masa konsisten masak nasi lemak awak begitu sedap dari sepuluh tahun lepas lagi. Jadi masa saya maksudkan ini adalah pendirian kita untuk bina bangsa Malaysia."


Aku mengganguk faham.


"Kiranya, apabila kita konsisten dalam sesuatu kita dapat bina sesuatu yang baik."soal aku yakin.


"Bergantung konsisten itu juga." jawab Tiow Ben.


Jelas muka Tiow Ben mahu menjelaskan sesuatu.


"Setiap kaum ada berbeza pendapat. Tidak semua betul dan tidak semua salah pendapat itu. Tapi apabila ada seorang tukang masak(seorang pemimpin) yang konsisten pembikinan nasi lemak yang sedap. Mereka semua sependapat dan berkata."ujar Tiow Ben


"Nasi lemak ini sungguh sedap. Kata mereka"


Aku senyum. Tiow Ben juga begitu.


"Jadi restoran kamu bukan restoran dari pelanggan satu kaum sahaja. Pelanggan restoran kamu ada masyarakat!"


Aku mengiyakan dan senyum gembira di pagi indah.


(Tamat).







2 comments:

  1. Cerpen ini membuatkan saya lapar. Hehe. Idea yang superb. Dengan sekecil-kecil perkara, penulis mencapah idea seluas-luas perkara. :)

    ReplyDelete
  2. Terima kasih muzammil, atas sokongan anda. :D.
    hehe.
    Saya pun lapar, lapar mahu makan KFC.
    huhu..

    ReplyDelete