Wednesday 9 May 2012

Motivasi Menulis

Assalammulaikum,

Penulis hari ini mahu beri pandangan peribadi, dalam dunia penulisan. Memang ya. Ramai akan tewas di pertengahan jalan atau permulaan jalan dalam dunia penulisan. Ia bukan faktor luar. Ia faktor diri sendiri. Bagaimana kita mengatasi masalah ini?.

Keghairahan.

Keghairahan kita melakukan sesuatu. Menolak kita mendekati kejayaan. Penulis bagi contoh, anda ghairah dalam subjek matematik. Satu hari tanpa mengira atau buat latihan hidup  anda resah dan rasa kekurangan. Ya, rasa keghairahan itu ada pada anda. Ia rasa seronok jika melakukan latihan matematik dan anda rasa puas jika dapat menyelesaikan sesuatu masalah matematik. Sama juga dalam dunia penulisan. Menulis dan terus menulis adalah kunci kerjayaan penulis tersohor dan hebat.

Mereka tidak kenal erti bosan dan penat. Mereka hanya kenal erti keseronokan dan kepuasan menulis karya. Siang atau malam mereka akan menulis. Itu kunci kerjayaan mereka. Menulis ia bukan seperti matematik. Perlu ajar formula atau teknik penyelesaian masalah. Jika anda hadiri bengkel penulis mapan, mereka menyaran anda terus menulis dan tidak beri tahu formula kejayaan singkat. Anda sentiasa menulis dan terus menulis pada masa yang sama membaca karya-karya sasterawan negara ataupun luar negara. Dengan pembaca karya terbaik dan bagus ia mencambah gaya penulisan dan bahasa.

Penulis yang bagus ada dua perkara bagi pendapat penulis. Pertama Bahasa. Kedua teknik penulisan. Bahasa amat penting. Dalam dunia penulisan bahasa tidak boleh berkompromi. Penulis perlu menguasai bahasa. Walaupun penulis masih berjalan dalam dunia ini, tapi penulis mengakui bahasa amat penting. Teknik penulisan bagi penulis lambang identiti seorang penulis.  Dengan gaya penulisan yang tersendiri, pembaca setia akan tahu siapa yang menulis tanpa tahu siapa nama pengarangnya. Bagi penulis, kita boleh tiru dan ikut teknik penulisan penulis lain. Tapi perlu ingat jangan tiru bulat-bulat atau ciplaknya. Bahaya sekali. Salah dari segi undang-undang.

Itu lah, apa yang di ajar penulis pada Bengkel MPR 2012. Resipi utama untuk berjaya dalam penulisan ini. Ghairah dalam menulis.

Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment