Friday 11 May 2012

Mengapa menulis?

Assalammulaikum,

Saat ini aku mahu bertanya. Mengapa menulis?. Ya, soalan penting kepada diri kita. Dalam kehidupan ini perlu ada sebab kenapa dan mengapa kita melakukan sesuatu. Atas rangsangan apa?. Mengapa menulis?. Jawapan pada diri masing-masing.

Bagi saya, menulis ini bahagian yang penting dalam tamadun manusia. Tanpa penulis, sejarah dahulu kita tidak tahu dam malah terus melupakan oleh generasi berikutnya. Dalam sesuatu tamadun yang hebat dan megah ada seorang intelektual awam. Intelektual ini, bukannya seorang genius. Intelektual awam ini lebih kepada seseorang menyelesaikan sesuatu masalah dan orang itu mampu memikirkan sesuatu masalah untuk di selesaikan.

Apa yang menarik, mereka adalah seorang penulis. Intelektual awam ini walaupun bidang kepakaran utama tidak ada kaitan dengan sesuatu masalah itu tapi dengan tanggungjawabnya kepada bangsa dan seorang menghargai ilmu mereka banyak membaca, belajar dan menulis. Menyebarkan pendapat mereka, mereka menulis. Itu sifat mereka.

Baik, saya di sini bukan saya menyuruh anda semua menjadi seorang intelektual. Tapi lebih kepada mengapa menulis?. Saya mahu mengajak anda supaya menulis sesuatu itu perlu lah membawa kebaikan seperti mana seorang intelektual awam yang cuba membawa bangsanya kepada sesuatu kebaikan. Setiap ilmu yang kita sampaikan kepada pembaca perlu ada isi dan pencerahan minda mereka. Bagi saya, menulis ini sesuatu pelaburan, jika anda menulis sesuatu perkara yang baik dan beri kesedaran kepada pembaca anda dapat pahala, itu baru seorang jika sepuluh atau 100 pembaca yang sedar bagaimana?

Ya, tujuan kita menulis perlu lah jelas supaya kita tahu apa mahu kita tulis dan siapa pembaca sasaran kita. Jika menulis untuk kaya tidak menjadi masalah, asalkan baik-baik belaka ilmunya dan kebaikan yang kita sampaikan dalam karya kita.

Jadi, Mengapa anda menulis?

No comments:

Post a Comment