Thursday 28 June 2012

Ada Makna Sebalik Cinta Ilahi.

Bumi berputar, penduduk bumi merasa siang dan malam. Di semenanjung tengah, suasana masih cerah tapi redup. Bunyi burung menyanyi, tanda petang menyejuk. Persekitaran alam mampu membawa rahmat kepada kehidupan haiwan dan tumbuhan. Tidak hati manusia. Tidak ada tanda waktu siang dan malam. Hati kadangkala, beredar mengikut situasi tanpa kawalan mutlak akal.

Begitu, pada diri Najwa. Duduk bersendirian di bilik. Situasi yang berlalu tadi menghentak hati. Najwa mengetap bibir, merenung ke jendela. Kening kanan diangkat berfikir situasi lepas. Najwa mengusap-usap bahu kanan.

'Kenapa Allah, kenapa aku hadapi begini,' monolog diri

Apa daya dirinya untuk terus menghadapi ujian ini. Duduk berseorangan, matahari sudah di kepala langit. Libasan angin diputarkan kipas memecah kesunyian. Azan mahgrib sudah berlalu, hanya diri tidak berlalu dari tempat asal. Cahaya memulas tombol pintu. Dapati Najwa duduk kaku di katil. Cahaya tidak sedari dari awal kepulangan Najwa kerana sedang tadi tidur di bilik.

"Kenapa kau wahai Najwa? Allah memanggil kau menunaikan tanggungjawab tapi kenapa masih kaku di situ?"

"Kenapa Allah buat begini pada aku, Cahaya? Kenapa perniagaan aku musnah di telan ribut. Apa salah dosa aku? Bukan itu sahaja Cahaya, ibu aku itu. Ada penyakit. Bagaimana mahu sembuh penyakit jika perniagaan aku begini jadinya."

Cahaya mengeleng-geleng kepala. Hati istighfar berulang kali.

"Wahai Najwa, kenapa kau sebut sebegitu sekali. Adakah cinta kau pada Ilahi semakin kurang jika dilanda dugaan?"

Najwa tidak menjawab. Mengetap bibir dan mengerut dahi. Malam menjelma. Kehadiran matahari di barat merancak kehidupan di sana. Sedang hati tidak sebegitu. Kekaburan dan kemalapan cahaya Ilahi buat kehidupan Najwa dilanda dugaan yang sedikit. Tafsiran akal menafsir besar dan hebat. Sedang jiwa beriman, makin bertambah iman.

"Bagaimana Cahaya aku mahu hadapi sekarang ini. Aku sayang pada Allah dan mencintainya. Tapi kenapa cinta aku tidak berbalas, Cahaya?"

"Sedarlah, wahai Najwa. Cinta kau pada Allah bukan seperti cinta kau pada manusia. Percayalah kata aku, Allah sayang pada kau Najwa, bagaimana kau sayang dan cintai Allah dalam istilah lain 'beriman' sedangkan kau belum diuji. Jadi ini adalah ujian Allah menguji ketaatan kau padan-NYA." jelas Cahaya panjang.

Tersentak Najwa. Akhirnya, air seorang wanita gugur. Sedang gugur air-air di pipi kemerahan. Akal Najwa terus mengasak. Penafsiran akal Najwa tidak menerima pendapat Cahaya sedangkan hati sungguh gembira.

"Tapi Cahaya, Hati aku bertambah tenang setelah mendengar kata-kata kau. Sedang akal bertambah rungsing memikirkan langkah seterusnya." rayu Najwa.

"Najwa. Kebenaran akal hanya menerima logik dan rasionalisme. Percayalah, ada hikmah sebalik semua ini. Kau tahu apa gunanya orang-orang yang berfalsafah? Untuk mencapai Hikmah atau kebenaran hakiki. Mereka digelarkan Ahli Falsafah. Hikmah adalah sinonim dengan kebijaksanaan, sebab itu masyarakat memandang tinggi pada ahli falsafah kerana bijaksana. Adakah kau wahai Najwa bijaksana orangnya untuk menyelesai dan menghadapi semua cabaran mendatang?"

Tergaman Najwa. Nafas Najwa turun naik. ketap bibirnya. Najwa memeluk Cahaya.

"Kau Cahaya, sebagai penawar aku. Patut ibubapa kau menamakan kau Cahaya. Kerna diri kau memberi Cahaya Cinta Ilahi."

Cahaya mengusap-usap tubuh belakang Najwa.

"Usah kau berkata begitu Najwa. Hanya kau perlu mengingati satu perkara sahaja. Ada makna sebalik cinta ilahi itu. Makna yang berebut di cari oleh ahli falsafah. Tanpa kira timur dan barat. Walaupun tidak beragama islam, mereka mencari hikmah. Mahu mempercayai dan mengenali tuhan yang esa

Mereka tidak beriman tapi mengapa mencari? kerana mereka sudah nampak hikmah dalam penafsiran akal mereka. Percayalah Allah kehendaki pada siapa Allah mahu berikan Taufik Hidayah. Tapi kau Najwa perlu bersyukur kerana kau beragama islam beriman pada Allah. Hanya perlu langkah kehadapan mengapai cinta teragung-NYA."

Sambung Cahaya lagi,

"Sesungguhnya Najwa. Setiap manusia akan hadapi cabaran. Berpunca pada kelemahan diri. Jadi, perlulah kau berusahan meningkat diri dengan ilmu. Ingatlah Najwa, ilmu bukanlah segulung kertas ijazah. Ilmu pengetahuan itu sendiri adalah informasi dan kemahiran, tapi ilmu akan jadi milik kita jika memberi kesan makna pada akal dan diri kita, bukan kita miliki ilmu dengan segulung kertas.

Usah, pedulikan jika kau pelajar kurang cemerlang, hanya dibataskan dengan perbezaan markah. Ingat Najwa, pengamalan ilmu itu, bukti kau miliki ilmu itu bukan markah menjadi ukur ilmu kau di dada. Sesungguhnya amalan kau akan di lihat oleh Allah s.w.t."

Dalam pelukan yang lama itu Najwa mengangguk. Pelukan Najwa makin kuat, tenaga kekuatan Cahaya mengalir merangsang akal dan hati Najwa. Sesungguh Najwa bersyukur akan kawan Allah berikan padanya.

Najwa yakin apa yang berlaku pada hari ini dan hari sejarah lepas, sebenarnya ada makna sebalik cinta ilahi, adalah untuk menpercayainya sesungguh pertolongan Allah itu sangat dekat.

(Cerpen pendek ini, adalah dedikasi kepada Najwa Masri dan Cahaya Berharga. Harap Najwa dan Cahaya, merasa mesej cerpen ini yang saya cuba sampaikan.)

Tamat.




2 comments:

  1. saya suka!! menarik!
    teruskan berkarya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih! Saya mohon maaf kerana lewat membalas semula mesej ini. Saya amat hargai komen Cikpuan Maryam Al-Farafisya. Sila datang lagi dan berikan ulasan ya!

      Sekian, terima kasih. :D

      Delete