Tuesday 14 August 2012

Umpat-Sebuah Cerpen Pendek.

Ibu memotong bawang putih diiringi air mata yang mencurah-curah. Air mata ini bukan akibat bawang putih. Bawang putih tidak patut dipersalahkan sebegitu rupa apabila ibu menangis teresak-esak itu sedang menyiapkan makanan untuk keluarganya.

Tangisan ibu apabila Papa memukul ibu dengan tali pinggang. Tali pinggang yang dibuatkan kulit buaya yang sememang keras dan menyakitkan. Bukan itu sahaja Papa melakukannya. Papa membotakkan kepala ibu dengan mesin rambut yang dibeli RM 20 di pekan. Papa menggunakannya apabila tiba di rumah kami dan serta-merta membotakkan kepala ibu yang ikal mayang itu.

Kata Papa rambut itu membawa fitnah padanya. Ibu tidak mengenakan tudung yang menjadi kewajipan pada setiap muslimah islam. Kasihan saya melihat ibu. Rambut ikal mayang ibu menyerlah wajah ibu yang cantik rupawan, kini ibu botak seolah anak jantan yang sudah baligh.

Saya tidak mahu menuding jari kepada siapa. Setahu saya, Papa jarang-jarang balik ke rumah. Hanya pulang apabila malam ke empat. Sekiranya Papa tidak pula, Papa akan memberi tahu ibu bahawa dia berada seberang laut pada minggu itu atau hari ke lima.

Ibu mengenakan pakaian yang ketat, apabila keluar rumah pada hari satu, dua, dan tiga. Pada hari ke empat pun masih memakai pakaian ketat pada sebelah siang dengan berkebaya cerah sehingga tertonjol bentuk-bentuk yang sudah menjadi hak milik Papa dan jagaan Papa. Sekira hari-hari tertentu Papa tidak pula, Ibu akan keluar dari rumah bermula pagi hingga ke petang, kemudian baru ibu akan pulang ke rumah kami. Muka ibu  pulang diringi kesegaran dan keletihan yang sedikit. Kadangkalanya kain batik ibu basah dan leher ibu membaur hamis.

Saya sebagai anak kecil di dukung oleh Mak Zaliha. Jiran ibu. Kadangkala saya sering menangis apabila mahukan susu. Mak Zaliha tidak teragak memberi susunya kepada saya. Saya akan dipelukan dan dibelai dengan penuh kasih. Sungguh seronok apabila masih kecil sebegini. Kemudian kata Mak Zaliha kepada suaminya.

"Intan itu menyuruh aku menyusu si Hamid ini. Katanya mahu menjaga bentuk payudaranya. Tidak mahu kedur dan lembik," mengumpat Mak Zaliha.

"Biar betul kamu ini Mak Zaliha. Jangan buat fitnah. Kasihan anak kecil sekiranya faham apa kata-kata kamu. Lagipun kamu sukarela yang mahukan Hamid ini jadi anak susuan kamu. Usah kamu pertikaikan keputusan orang lain mahu menjaga apa-apa sekalipun."

Mak Zaliha menarik nafas panjang sambil mengusap-usap lembut ubun-ubun aku. Kemudian Mak Zaliha menyambung,

"Ya, saya tahu. Tetapi kasihan suaminya. Isteri keempat dia itu curang. Ada skandal dengan lelaki kampung Maju Kuala Langit. Kasihan. Abang lihat sendiri sekiranya pulang punggungnya basah dan jalannya terkengkang-kengkang."

"Aku tidak pernah melihat punggung dan jalan si Intan itu. Bagi abang, kamu sudah cukup. Buat apa abang pandang isteri orang. Sedangkan isteri abang sendiri sedang mengumpat orang lain dan mengajar abang bukan-bukan!" tegas Suami Mak Zaliha.

Mak Zaliha diam. Kepalanya tertunduk kemudian berlalu pergi ke bilik membawa aku sama yang sedang di dukungkan. Mengusap-usap dada belakang aku menyuruh aku sendawa sebelum aku tidur pada malam itu.

Pada aku yang masih kecil ini. Ada pro dan kontra hal manusia ini. Aku tidak perlu memikirkan hal-hal itu sedangkan aku masih bayi yang sedang mengalami proses pertukaran alam. Dari alam rahim ke dunia ini. Biar diri aku lena dan dipeluk oleh wanita-wanita yang lembut tangannya.

Fiksyen semata-mata.

No comments:

Post a Comment