RM10,500.00
untuk dimenangi!
Sempena Ulang Tahun Ketiga
Penubuhan Komuniti Soneta di e-Sastera.com
Admin dengan bangganya membuka penyertaan sayembara untuk dipertandingkan dan mencari Juara ASMAS 2012 sempena HesCom 2012
Penubuhan Komuniti Soneta di e-Sastera.com
Admin dengan bangganya membuka penyertaan sayembara untuk dipertandingkan dan mencari Juara ASMAS 2012 sempena HesCom 2012
Hadiah Utama Sayembara:
- Baucer percutian ke Jordan 5 Hari 4 Malam untuk 3 orang bernilai RM5,000.00
- Wang tunai RM100.00
Hadiah Anugerah Soneta Melayu Alama Siber (ASMAS):
- Baucer percutian ke Jordan 5 Hari 4 Malam untuk 3 orang bernilai RM5,000.00
- Wang tunai RM200.00
- Cenderamata
Penyertaan
Ada 2 kategori yang dipertandingkan: Sayembara dan ASMAS
Syarat-Syaratnya Penyertaan Sayembara:
- Terbuka kepada semua warga dunia yang berminat.
- Tema: (1) Cinta dan (2) Keagamaan.
- Penyertaan sayembara hendaklah mengandungi dua (2) karya dari setiap tema, bilangan tema adalah dua (2), ini bermakna jumlah keseluruhan karya adalah empat (4) buah karya.
Syarat-Syarat Tambahan:
- Paling penting, pandai bersoneta dan ikut tema. Cacat cela dalam karya, tidak mengikuti format, dan tersalah ejaan, tiada kompromi untuk dimaafkan.
- Karya puitis dan berunsur siber diutamakan selaras dengan identiti e-sastera.my sebagai sebuah majalah siber.
- Sebarang karya berbentuk hasutan dan yang mampu membawa porak-peranda keadaan, akan dibatalkan penyertaan.
- Karya hendaklah disiarkan di e-sastera.my laman komuniti Soneta.
Hubungi urus setia melalui : krieyalias@yahoo.com
***************
Assalammulaikum !
Adakah anda teruja apabila melihat hadiah yang lumayan? Atau anda sudah terbayang-bayang anda sudah berada di Jordan sekarang selama lima hari empat malam di sana dengan tiga orang kesayangan anda? Sekiranya begitu sertailah sayembara ini! Terbuka kepada sesiapa yang berminat menulis !
Sayembara ini dianjurkan oleh www.e-sastera.my dari komuniti Soneta mereka. Dari maklumat yang saya dapati mereka selalu menganjurkan sayembara untuk penulis-penulis yang serius dan aktif. Pada saya ia mengalakkan penulis dengan baik serta memberi motivasi kepada diri penulis sendiri.
Anda boleh menjadi ahli esastera.my kerana apa? Kerana ia percuma! Seperti facebook. Percuma dan apa yang menarik adalah anda akan berbual dan berkongsi minat yang sama iaitu "menulis" !
Anda klik pada pautan esastera itu di atas dan mula daftar. esastera ini bukan baru bertapak, sudah lama bertapak dalam arena penulisan ini semenjak tahun 2002 lagi, kira-kira 11 tahun!
Asahkan bakat anda dan kemahiran menulis anda. Perlu diingatkan anda perlu membaca 10 perkara yang dilarang oleh pihak pentadbiran esastera ini. Baca pautannya di sini dan perlu ikut supaya komuniti berjalan dengan penuh harmoni dan aman.
Untuk mengetahui segala detail tentang esastera.my ini anda boleh membacan di sini. Klik pada mana-mana bahagian yang anda suka dan ingin tahu tentang esastera.my. Baik, entri ini saya sertakan sekali emel saya pada pihak pentadbiran esastera.my bahagian komuniti Soneta. Tujuan ini adalah supaya anda memahami atau mungkin dapat membantu anda. Nama penulis pihak pentadbiran itu saya padamkan supaya menjaga privasi orang lain.
Sekian, bacalah ya !
********************
Emel dari saya (Amirul Mohamed)
Assalammulaikum Dan Salam Sejahtera.
Nama pena saya di esastera.my adalah Syah Muhammad Ali. Saya baru menyertai esastera semalam. Kemudian saya membaca Sayembara Penulisan Soneta. Saya masih ahli baru, semalam saya meneroka komuniti ke komuniti untuk memahami esastera berfungsi dan sistem esastera. Baik, dengan usia yang masih baru di esastera saya ada beberapa soalan. Saya harap pihak pentadbiran esastera akan menjawab soalan-soalan saya ini.
1) Sayembara Penulisan Soneta itu adakah menulis cerpen atau puisi? Apabila saya ke komuniti Soneta itu saya dapati kebanyakanya adalah puisi. Saya harap Tetuan/Cikpuan memberi pencerahan kepada saya adakah cerpen atau puisi atau lain-lain penulisan untuk menyertai Sayembara Penulisan Soneta ini.
2) Saya masih ahli baru, baru mendaftar pada 14 Ogos 2012. Mengenai Anugerah Esastera.com atau (Hescom) saya masih binggung dengan syarat ditetapkan. Soalan saya adalah adakah saya layak untuk sertai?
3)Saya masih samar dengan Tema untuk Anugerah Esastera.com (Hescom) itu, saya harap Tetuan dan Cikpuan dapat memberi pencerahan kepada saya.
4) Tema untuk Sayembara Penulisan Soneta itu bagaimana ya? Maksud saya adakah 4 karya itu merangkumi dua (2) tema cinta dan dua (2) tema keagamaan? Semua adalah 4 karya. Adakah begitu? Sekiranya saya silap, saya harap Tetuan dan Cikpuan memberi pencerahan kepada saya.
5) Saya ada komuniti Penulisan di Facebook. Saya dapati penyertaan untuk Sayembara Penulisan Soneta ini terbuka utnuk sesiapa sahaja. Adakah Tetuan dan Cikpuan membenarkan saya untuk promosikan Sayembara Penulisan Soneta itu di Fan Page Facebook saya? Serta saya membuat salinan syarat-syarat dan tulisan pihak pentadbiran itu ke wall Facebook saya.
Lima (5) sahaja soalan saya, sekiranya ada soalan saya akan kemukakan kepada pihak pentadbiran esastera.my. Saya harap Tetuan dan Cikpuan memberi penjelasan dan pencerahan kepada saya.
Sekian, terima kasih

**********************
Balas emel dari Pihak Pentadbiran esastera.my
Waalaikumussalam dan Selamat Petang Saudara Syah Muhammad Ali (SMA),
Pertama kalinya saya mengucapkan selamat datang ke laman komuniti e-Sastera.my, (dahulu dikenali sebagai www.esastera.com), e-Sastera.my adalah sebuah laman majalah sastera siber yang boleh dilayari di www.e-sastera.my
dan menjadi ahli secara percuma. Saya harap, sdr SMA sudah mengetahui
apa fungsi e-sastera dan bagaimana ia berfungsi membantu ahli mengasah
dalam penulisan karya. e-sastera adalah diasaskan oleh Prof. Dr. Ir. Wan
Abu Bakar bersama Isterinya Cikgu Hasimah, sdr akan lebih mengenalinya
dengan lebih rapat jika terus aktif di esastera.
Memperkenalkan
saya, *********** beridentitikan nama samaran KRIEY,
merupakan salah seorang pentadbir (admin) laman komuniti di esastera
iaitu di Komuniti Soneta.
Berikut merupakan jawapan bagi persoalan saudara tersebut :
(1) Soalan Pertama, Apakah Soneta?
Soneta adalah (dalam bahasa Inggerisnya ialah "Sonnet") merupakan puisi 14 baris, dengan setiap baris mengandungi 10 suku kata.
Soneta ada 3 jenis format. Format yang paling popular ialah soneta dalam format seperti yang ditulis oleh Shakespeare. Ia dinamai "Shakespearean @ English Sonnet". Selain itu, terdapat soneta Itali (dinamai juga soneta Petrarch).
SONETA SHAKESPEARE (INGGERIS)
Soneta
mengikut format Shakespeare ditulis dalam 4 rangkap: 3 rangkap pertama
mempunyai 4 baris setiap satu dan rangkap terakhir mempunyai 2 baris.
(4+4+4+2).
10 suka kata dalam sesuatu baris mempunyai ritma (di sepanjang ayat) begini:
da dum da dum. da dum da dum. da dum.
"Da" ialah suku kata lemah. "Dum" suku kata yang keras. Contoh perkataan:
- a/lam (a = suku kata lemah, lam = suku kata keras).

Dari segi rima, 14 baris dalam soneta 4-4-4-2 berima begini:
a-b-a-b
c-d-c-d
e-f-e-f
g-g.
Kandungan: Dalam 3 rangkap pertama, setiap rangkap mengandungi/membincangkan SATU idea, dengan rangkap kemudian daripadanya mengandungi idea lain, yang berdebat/berlawan dengan idea sebelumnya, atau menyokong idea sebelumnya.

Rangkap
terakhir, yang
hanya mengandungi 2 baris itu pula, mesti mengungkapkan RUMUSAN, iaitu
PENDIRIAN pengarang mengenai idea-idea yang dibincangkannya dalam 3
rangkap pertama tadi.
Salah satu contoh soneta Shakespeare yang popular dan dikenali ramai, ialah Sonnet 18, yang dimulai dengan rangkap "Shall I compare thee to a summer's day?"
Salah satu contoh soneta Shakespeare yang popular dan dikenali ramai, ialah Sonnet 18, yang dimulai dengan rangkap "Shall I compare thee to a summer's day?"
SONNET #18
by: William Shakespeare
Contoh soneta dalam Bahasa Melayu (karya Hasimah Harun, di Komuniti Penyair, eSastera.com):
SONETA RINDU
Seruling zikir kutiup halus
seluruh fikir untuk-Mu Tuhan
hasrat hati kusampaikan terus
tidak ada yang dapat menahan.
seluruh fikir untuk-Mu Tuhan
hasrat hati kusampaikan terus
tidak ada yang dapat menahan.
Rinduku manis semanis madu biar kudekat pada-Mu Tuhan rinduku lembut selembut bayu biar kulemas dalam limpahan.
Disaksikan sunyi dingin malam disaksi syahdu siang menjelma serindu-rindu kini dan silam aku pungguk menanti purnama.
Rela aku menjadi perindu rela aku menagih cinta-Mu.
Hasimah Harun Kuala Lumpur, 3.10.2003
SONETA PETRARCH (ITALI)
Soneta mengikut format Petrarch ditulis dalam 2 rangkap: rangkap
pertama mengandungi 8 baris (octave) sementara rangkap kedua mempunyai 6 baris (sestet). (8+6).
Soneta
mengikut format ini lazimnya di pecahkan kepada empat stanza, dengan
octave dipecahkan kepada 4+4 baris sementara sestet dipecahkan kepada
3+3 baris, lantas format 14 barisnya menjadi 4 rangkap dengan bilangan
baris menjadi 4+4+3+3.
14 baris dalam soneta 4-4-3-3 berima begini:
14 baris dalam soneta 4-4-3-3 berima begini:
a-b-b-a
a-b-b-a
c-d-e
c-d-e
Skema rima alternatif yang juga diterima untuk soneta jenis ini ialah:
a-b-b-a
c-d-e
c-d-e
Skema rima alternatif yang juga diterima untuk soneta jenis ini ialah:
a-b-b-a
a-b-b-a
c-d-c
d-c-d
a-b-b-a
c-d-c
d-c-d
BUKU
Buku soneta yang ditulis dalam bahasa Melayu ialah 68 Soneta Pohon Ginkgo karya SN A.Samad Said (Wira Bukit, 2009).
BACAAN LANJUT
Keterangan lanjut dapat dibaca di laman web http://www.federationofpoets.com/week18.htm
(2) Soalan Kedua, apakah
itu HesCom?
HesCom merupakan singkatan bagi Hadiah eSastera.com
HesCom
merupakan satu majlis gemilang berperestij yang diakan setiap
penghujung tahun bagi meraikan para penulis yang berkarya bermula awal
hingga akhir tahun.
Semua
ahli yang berdaftar dan aktif, layak untuk menyertainya, tempat dan
bila berlangsung, akan diumumkan kurang 3 bulan sebelum majlis
berlangsung untuk tujuan pendaftaran, kebiasaannya dibuat pada 12 hb
Disember setiap tahun. Ini laporan untuk HesCom 2011 tahun lepas, boleh
layari http://www.rumah.ws/HesCom2011/
(3) Soalan ketiga, samar
dengan syarat HesCom?
Sebenarnya,
untuk berhescom tiada syarat yang dikenakan, cuma untuk menyertai
sesuatu sayembara dikenakan syarat oleh penganjur bagi menyertai lantas
memenanginya. Seperti komuniti soneta yang ditadbir oleh saya, saya
mengenakan syarat untuk sesiapa yang ingin memenangi sayembara tersebut,
antara syarat saya ialah dengan mengahantar 2 karya dari dua tema
tersebut, ini bermakna satu tema dengan dua karya.
Syarat
untuk memenangi Anugerah Soneta Melayu Alam Siber (ASMAS) di HesCom
nanti kelitahan seperti sedikit ketat, ini kerana bagi setiap anugerah
komuniti, (seperti soneta ASMAS) menganugerahkan kepada yang paling
aktif dan menepati syarat berpuisi (kreatif, puitis dan lain2). Seperti
tahun ini ASMAS (Anugerah Soneta Melayu Alam Siber) menetapkan syarat
minima 40 karya sepanjang tiga tahun bagi seseorang itu layak untuk
menyertai dan menjadi juara asmas, bukan ASMAS sahaja,terdapat juga Anugerah Penyair Alam Siber (APAS) , Anugerah Cerpenis Alam Siber (ACAS), Anugerah Dramatis Alam Siber
(ADMAS), Anugerah Novelis Alam Siber (ANAS), Anugerah Haiku Melayu Alam Siber (AHMAS), Anugerah Soneta Melayu Alam Siber (ASMAS), Anugerah eSastra Indonesia (Puisi), Anugerah eSastra Indonesia (Fiksi), dan Anugerah Lagu Puisi Alam Siber yang masing-masing sabn tahun menyediakan ruang hadiah yang lumayan kepada ahli yang aktif.
(4) Tema Sayembara
Ya, fahaman saudara tepat sekali, 4 karya dari dua tema tersebut, setiap satu tema dua karya dikehendaki.
(5) Pengiklanan ke Fan Facebook
Sememangnya
kami (mewakili pentadbiran e-sastera) sudah menyiarkan iklan ini di
merata tempat termasuk tidak lama lagi akan mengiklankanya ke dada
akhbar. Ini bermakna, penyertaan ini terbuka kepada sesiapa sahaja yang
berminat untuk menyertainya. Jasa murni sdr untuk mengiklankannya ke
Facebook amt saya hargai, tetapi tiada komisen atau sebarang ganjaran di
atas pengiklanan tersebut dari penaja kecuali ia melalui media cetak
terkemuka seperti majalah dan surat akhbar.
Terima kasih kerana bertanya, saya berharap agar jawapan ini menjawab persoalan sdra tersebut.
Sebelum
mengundurkan diri, sebagai hadiah dari saya, bolehkan saya meminta
alamat surat menyurat dari saudara? untuk saya poskan sebuah buku ******************** untuk dijadikan saudara sebagai
bahan rujukan untuk bersoneta dan menghayatinya. Jasa baik saudara,
merapatkan ukhwah bersama.
Terima kasih.
Regret,
- kriey
Baiklah, selamat menulis !
Assalammulaikum !
Notakaki: Maaf puisi itu tidak elok susunannya, kerana ada masalah teknikal dari hosting percuma ini. :D

nak judul buku yang dihadiahkan tu?
ReplyDeletehehehe
nak cuba cari :)