Tuesday 29 January 2013

Latihan Penulisan: Biruku Vs Hijauku

Bermalam-malam menanti, hari-hari menunggu. Khabar bulan tiga tahun lepas sebaliknya tahun ini menjadi penentu. Penentu adakah Biruku masih kekal atau Hijauku sebagai pengganti. Pengganti wilayah kawasan di utara-selatan dan timur-barat. Menguap Biruku menandakan keselesaan lama dibangku Raja. Raja asli diperlekehkan. Boneka Biruku.

Sekiranya bersuara dikatakan tidak mengenang budi. Budi bahasa, budi bicara tidak pula Biruku amalkan sepanjang sedekad umurnya berdiri di wilayah kawasan. Hijauku pula dicela begitu rupanya, katanya mereka tidak dapat air bekalan bersih. Hijauku berkata, 'Ini salah si Birumu.' Hijauku sedih lalu berdoa kepada tuhan agar diberi jahanam kepada Biruku. Katanya, 'Orang dianaiya, patut berserah kepada tuhan, agar Tuhan Maha Adil menilai sendiri.'


"Tahukah anda siapa Najis paling busuk di wilayah kawasan?" Kata penyokong kuat Biruku.

"Sudah tentu Nik Najis!"

Kemudian penyokong Hijauku berkata sesama sendiri,

"Semoga pemimpin Biruku diberi Taufik dan Hidayah daripada Allah Maha Esa."

"Adakah kita perlu balas balik kutukan mereka itu?" Kata salah seorang pembela Hijauku.

"Tidak... Biarkan mereka mengatakan begitu. Lama-kelamaan mereka akan sedar atas perbuatan mereka itu."

Penyokong Hijauku akur dan mereka tetap sabar. Sabar mereka tebal walaupun setiap malam media arus perdana mencela pemimpin Hijauku, hanya segelintir memberi komentar di media sosial. Mereka (Penyokong Biruku) menyatakan bahawa janji pemimpin Hijauku adalah dusta. Tanpa mereka berfikir sendiri adakah pemimpin mereka berdusta juga?

Jawab penyokong Hijauku, "Kami tahu apa kami lihat, dan kami tahu apa yang kami terima."

Kekebalan atau bebalisme mereka menakluk wilayah kawasan Hijauku itu tidak berjaya sehingga sekarang dan mereka terus memberi tujuh janji dewa. Janji itu akan mereka tunaikan sekiranya mereka mentadbir negeri Hijauku.

"Tujuh janji itu, seperti janji petala langit. Janji memberi Mahligai Kayangan daripada langit ketujuh"

"Adakah kamu percaya saudaraku?" Kata pemimpin Hijauku.

"Kami kenali makhluk bernama syaitan dan makhluk bernama malaikat. Kami tahu tipu daya syaitan. Dan mereka syaitan yang dikenali."

(Tamat)

No comments:

Post a Comment