Monday 28 January 2013

Ulasan Buku : Waris Pejuang.


Sangat Hebat!

Ungkapan itu sahaja saya berikan, gaya plot, ilmu bantu, pengamalan, semangat nasionalisme semua ada dalam novel sastera Waris Pejuang. Saya pasti pada sesiapa yang membaca novel ini tidak akan berhenti membaca seperti tarikan novel cinta yang hangat di pasaran.

Saya berikan sedikit sinopsis novel Waris Pejuang inigat,


Suara datuk terngiang-ngiang. Datuk tidak menyimpan rahsia kandungan manuskrip purba itu, sebab dia sendiri masih mencari jawabannya. Jika tahu, sudah lama datuk mendedahkannya kepada dunia. Dia hanya mencari tempat menyandarkan kebimbangannya tetang tidak menemui jawaban sehingga akhir ajalnya..
   Universiti Leiden. Ratu Victoria. Benjamin Disraeli. Andrew Clarke. Raja Abdullah. Negeri-Negeri Selat. Lord Kimberly. Perancis. Syarikat Hindia Timur. Rahsia besar dari Tanah Melayu atau rahsia besar bahasa Melayu? Bagaimanakah jika ia ditemui? Apakah dunia akan berubah? Bagi Hadi, di mana harus dia mulakan.

Memang pada mula ketika saya membaca tentang rahsia yang di simpan atuk Hadi iaitu Tun Hamzah, saya terkejut! Pengalaman saya seperti saya menonton, The National Treasure. Saya sudah bayangkan bagaimana Hadi akan kaya-raya seperti Donald Trump atau lebih kaya daripada Abdul Wahid. Tetapi saya sedia maklum, mana mungkin seorang pejuang yang menyambung perjuangan daripada atuk dan ibu akan tergamak menjual manuskrip purba itu, cuma saya sangka apabila Hadi menulis kembali manuskrip purba itu, di cetak berpuluh kali malah beratus, sudah pasti Hadi akan menjadi jutawan. (Atuk Hadi menyuruh bawa keluar manuskrip purba itu keluar daripada stor bukunya. Dan menyuruh Hadi menyebarkan kepada umum.)
Atuk Hadi, Tun Hamzah, pesan pada Hadi bahawa Manuskrip purba itu akan jadi bahagiannya, dan ibu Hadi tidak memiliki purba itu kerana bukan bahagian miliknya. Ibu Hadi seorang Profesor bahasa. Namanya Profesor Zehra Hamzah. Seorang wanita yang ideal pada pendapat saya. Ini disebabkan saya suka wanita yang sangat menjaga dan mendidik anak-anak. Dalam watak novel Waris Pejuang ia variasi, ada wanita ireland, jepun, Ayah Hadi seorang bersikap tenang, Ibu bersikap seorang pejuang, Atuk seorang cergas dan sentiasa bersikap rasional apabila berbual sesama anak-anaknya di meja makan pada waktu malam.
Kesimpulannya, karya ini memberi pengalaman baharu pada saya. Sungguh indah, sehingga pengalaman pembacaan ini terbawa ke mimpi saya. Saya bukan mimpi wanita ireland, jepun mahu wanita jerman. Saya terbayang saya memiliki teman hidup seperti sifat dan sikap Ibu Hadi, Profesor Zehra Hamzah.

1 comment:

  1. Saya bru saje beli buku ni dan bku deru angin.. sya sbgai student sastera berharap sya dpt merasai perasaan saudara ketika membce bku ini.

    ReplyDelete