Wednesday 30 January 2013

Latihan Penulisan: Mona Vs Dot



"Laksana tak air talang dipancung, peluh diurut hujan ditampung!" teriak Mona.

Dot mengaru-garu dagu. Bebola mata sungguh asyik memandang wajah Mona.

"Laksana tak akan hilang bisa ular yang menyusur di bawah akar!"

Dot memberi tepukan gemuruh. Kata-kata Mona seolah penyair hebat pada zamannya.

"Laksana tak akan ada katak beranak ular!"

Dot menggigit bibir. Sudah tentu dalam hukum alam katak tidak akan beranakkan seekor ular. Apatah lagi ular anakonda. Bukan anakanda.

"Mona... Boleh saya tahu apa kamu sedang merepek sekarang ini?"

Mona tidak mengendakan teguran Dot. Padanya teguran itu sungguh sinis. Ini bukan merepek, ini nama peribahasa! Peribahasa zaman baharu.

"Landasan yang kuat tiada takut akan penukul!"

"Dengar lagi. Langit yang tinggi hendak ditampar, bumi yang dipijak tidak dapat tercapai!"

"Sesungguhnya Mona, kau sedang sewel!" Berdekah-dekah Dot ketawa hingga menghentak-hentak lantai rumah Mona.

"Siapa sedang sewel sekarang Dot. Kamu tahu makna ungkapan aku ucapkan? Sekiranya tidak, dengarlah dahulu. Sebelum hak kamu untuk bersuara, gunakan hak kamu untuk berfikir dahulu."

"Baik, silakan." Dot berpeluk tubuh sambil mengukir senyuman seperti sekuntum mawar berduri.

"Erti laksana tak air talang dipancung maksudnya, bertungkus-lumus. Erti laksana tak akan hilang bisa ular yang menyusur di bawah akar maksudnya, orang mulia yang merendah diri tetap mulia. Ini peribahasa bahasa. Ini peribahasa ini sesuai untuk diri aku."

"Untukmu pula, erti laksana tak akan ada katak beranak ular bermaksud, tidak logik. Peribahasa ini untukmu. Sebab baharu sahaja kau katakan aku sewel!"

"Sepatutnya aku perlu berkata begitu. Bukan peribahasa ini ditujukan kepada aku. Jadi, kau laksana tak akan ada katak beranak ular!"

Kening Mona hampir bercantum. Kepalanya kemerahan menahan kemarahan yang meluap-luap.

"Tidak! Itu untuk kamu!" jerit Mona.

"Tidak! Kerana aku seperti landasan yang kuat tiada takut akan penukul! Ertinya sekiranya sudah cukup persediaan tidak gentar kepada cabaran!

"Hah?"

Dot mengetap bibir. Tiba-tiba sahaja tersengih-sengih. Peribahasa yang diberi tidak tepat pada situasi ini. Tiba-tiba Dot mengaku kalah.

"Baik, aku kalah. Kita sama-sama menyebut, laksana tak akan ada katak beranak ular!"

No comments:

Post a Comment