Thursday 3 May 2012

Sinopsis Sebuah Restoran Ada Masyarakat


Di restoran aku ada pelbagai manusia dari latar belakang berbeza. Suri rumah, eksekutif, penoreh getang, penjual insurans, pegawai TNB, pengawai syabas, setiasausaha syarikat , penjual minyak wangi, pelajar dan sebagainya. Mereka datang restoran aku untuk menikmati makanan yang sama iaitu nasi lemak.

Lebih jelas latar belakang adalah berbeza dari segi pendidikan, budaya, agama, bangsa, pemikiran, emosi, komunikasi, bahasa tubuh, perspektif dan sebagai. Pelbagai latar belakang ini boleh menimbulkan pendapat yang berbeza dan tindakan yang berbeza. Jadi bagaimana mereka boleh duduk bersama dalam restoran aku dan menikmati makanan yang sama? Nasi lemak.

Nasi lemak menyatukan yang pelbagai ideologi. Menikmati dan mengakui nasi lemak aku sungguh sedap. Kenyataannya mereka adalah berbeza latar belakang dengan kecenderungan berlainan antara satu sama lain.

Mereka sebenarnya  mengakui nasi lemak sedap, kerana mereka katakan ya sedap. Begitu juga pemikiran masing-masing mereka kata pemikiran mereka yang betul. Ia adalah sebuah pengalaman dan penghayatan. Pengalaman mereka merasai nasi lemak aku dan mengakuinya sedap dan penghayatan mereka dalam memahami sesuatu pengalaman itu.

Jadi, Ini soal ideologi yang berbeza dapat di satukan oleh nasi lemak yang sungguh sedap. Apa bukti aku kata nasi lemak aku sedap? Pelanggan tetap  aku adalah berlainan latar belakang. Sudah aku maksudkan di atas, jadi mereka mengakui nasi lemak itu sedap sehingga datang beberapa kali. Hanya pengalaman dan penghayatan mereka sahaja buat mereka setuju. Semua pelanggan tetap lain yang kata kepada aku nasi lemak di restoran aku sedap.

Jika aku tanya adakah buah mangga itu manis dan sedap?. Mereka akan kata Ya, Tidak dan Tidap pasti. Kerana dari pengalaman dan penghayatan mereka pernah makan buah mangga yang belum masak, masak dan terlebih masak. Pada waktu berbeza. Jadi ada jawapan mereka keluar masam, manis, kurang manis. atau biasa-biasa. 

Jadi, apakah prinsip kita? Apakah kayu ukur untuk kita menilai sesuatu perkara berdasarkan ideologi sepanjang masa?

Nasi lemak mereka kata sedap kerana pengalaman dan penghayatan mereka. Tetapi ia sedap kerana masakan yang betul dan sempurna sepanjang masa. Jadi dalam kehidupan ini kita menilai sesuatu pada hakikatnya(sepanjang masa). Berdasarkan cara masakan nasi lemak aku itu yang betul dan sedap dan sepanjang masa sedap ia dterima orang ramai dari latar belakang berbeza!

Berbanding pula dengan ideologi kita anggap betul perlu lihat pada masa. Berlaku perubahan ideologi dan bertentangan denganya akan berlaku. Ia sebab masakan tukangnya tidak konsisten sepanjang masa dan ada yang lain mengatasi kesedapannya.

Menyelesaikan masalah ini adalah menggunakan penilaian.. Nilai sesuatu ideologi itu dengan kayu ukurnya sejarah, kesan, punca, perubahan dan sebagainya.
 Islam adalah agama tidak akan berubah sepanjang zaman. Itu anda perlu akui. Dari 1400 tahun dahulu hingga sekarang islam sentiasa relevan hingga hari kiamat

Tamat.

Sinopsis ini aku berkongsi kepada anda semua. Mahu menghasil sebuah cerpen tentangnya.Jadi tunggu. hehe. Ulas sedikit ya! huhu

Sekian.

No comments:

Post a Comment