Monday 7 May 2012

Cabaran Menulis

Assalammulaikum, untuk catatan ini adalah peribadi penulis sendiri. Ia sentuhan peribadi. Selalunya penulis menulis di sini adalah sentuhan kreatif. Kali ini, penulis bercerita cabaran menulis. Setelah tamat MPR 2012 pada 10 mac hingga 15 mac 2012. Penulis sudah bertekad, mahu menulis dan menghasilkan karya kreatif.

Genre penulis lebih kepada hiburan ilmiah. Penulis menyukai genre itu, sebab penulis menulis sebab genre itu. Tabiat penulis suka menglengah-lengah masa untuk menulis. Itu sikap yang buruk bagi penulis. Penulis ada idea, tapi mengembangkan ia menjadi masalah. Dalam diri penulis ada bayangan takut. Takut karya yang dihasilkan tidak sampai pada piawaian yang ditetapkan dalam teori sastera.

Ya, mendengarnya. Tidak perlu risau. Tapi itulah yang menghantui penulis. Berbagai buku panduan menulis penulis baca dan hasilnya. Menulis datang dari sikap seseorang penulis itu. Ya, memang penulis tahu, sebab itu penulis bina blog ini untuk penulis konsisten menulis dan berkongsi kepada orang ramai.

Gelaran penulis adalah kebanggaan penulis sendiri. Penulis tidak perlu kejar untuk mendapatkan sesuatu gelaran. Contoh: jutawan, doktor, ir (jurutera), dan jururawat. seorang individu boleh jadi penulis apabila menulis. Tidak penting karya bagus atau tidak. Ia tetap penulis. Sama juga gelaran usahawan. Tidak perlu mengambil pengajian perniagaan di universiti. Asalkan tahu jana wang atas usaha(wan) sendiri.

Hari ini, selepas baca buku Fixi. Novel Jerat. Penulis hanya baca sedikit sahaja. Apabila membaca penulis dapat idea dan dapat mengembangkannya. Sudah ada idea di awangan, masa untuk idea itu menghujani bumi realiti (penghasilan karya). Cabaran seterusnya, penghasilan karya. Ia dengan berbekalkan azam dan maruah sebagai penulis. Penulis perlu menghasilkan sebuah karya.

Memang mencabar, tapi apa erti hidup jika tiada cabaran?. Apa nikmat kejayaan jika tiada keusahawanan?.
Bagi penulis, menulis adalah sesuatu kerjaya dan penulis akan bertahan dalam bidang penulisan ini. Kerana sejarah membuktikna anda bertahan anda berjaya!. Cita-cita penulis mahu menghasilkan novel, cerpen dan puisi di media perdana. Itu perhargaan terbaik dan tinggi bagi penulis.

Penulis akan bertahan, kita bertahan kita berjaya.
Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment