Sunday 8 July 2012

Teknik Penulisan: Interteks Dan Satira.

Assalammulaikum!

Wah, sudah lama saya tidak membuat tajuk peribadi di blog saya yang sederhana ini. Baik, rakan penulis saya menyuruh saya buat satu perkongsian mengenai teknik penulisan. Wah, macam cikgu, amboi, amboi, amboi, Muzammil Rahim baca mesti sudah mencebik. hehe.

Apa itu Interteks?

Setiap pembaca ada interteks sendiri. Contoh, ada tiga orang pembaca membaca karya penulis A. Penulis A ada makna interteksnya tersendiri juga, mungkin dari pembacaan, menonton filem, peribadi penulis, kisah orang lain, apa yang didengar, apa yang dilihat penulis dan sebagainya. Kemudian dibaca oleh pembaca, pembaca pun ada interteks masing-masing. Faham?

Kemudian, tiga orang pembaca ini membaca karya penulis A ini. Kita letakkan pembaca A, B, C.

Pembaca A: Cerita sama macam cerita The Avengers! (Interteksnya dari melalui filem)
Pembaca B: Pengaduhan antara watak wira sama seperti pertarungan Hang Tuah dan Hang Jebat. (Interteksnya melalui buku)
Pembaca C: Mesej cerita ini sama dengan realiti kehidupan. (Interteksnya melalui pengalamannya sendiri.)

Interteks penulis dan interteks pembaca kemungkinan tidak akan serupa atau semestinya serupa.


Apa kita dapat persoalan di atas?

Ya, Interteks pembaca adalah lain, mereka menafsirkan sesuatu tidak sama apa yang dimaksudkan penulis A.  Apa-apa sahaja boleh jadikan makna dalam karya. Peribadi kita pun boleh. Masa MPR pun ada ajar, mengambil kisah-kisah dari surat khabar dan hasilkan sebuah karya.

Kita sebagai pembaca tidak tahu makna karya yang ditulis oleh penulis. Contoh karya novel Penyeberang Sempadan, Sasterawan negara menggunakan istilah bau yang selalu ikut Kuay ke mana sahaja, kecuali Kaherah,Mesir. Apa makna bau itu? Hanya penulis Anwar Ridhwan tahu makna yang sebenarnya. Sama juga interteks Anwar Ridhwan tidak sama dengan interteks pembaca. ( Perulangan :)

Tips Teori Interteks.

1) Beri Makna kedalam teks : Apabila kita menulis dengan makna, itu adalah teori interteks.
2) Bagaimana penulis mendapat Makna?: Melalui pembacaan, pengalaman atau apa-apa yang tersimpan dalam kotak ingatan penulis.
3) Jadi, tiada karya yang betul-betul asli atau tulen. (Jadi itu pentingnya wahyu: teks ini untuk golongan pluralisme agama dan fahaman liberalisme . smile :D)

Apa itu Satira?

Satira mengikut kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka "karya (prosa atau puisi) yg memper-sendakan atau menyindir orang dll."

Rakan penulis saya menanyakan soalan "Bagaimana mahu letak satira dan interteks?"

Persoalan interteks sudah dijawab. Sekarang Satira, mula sekali tetapkan apa satira yang kita mahu tulis.

Cerpen saya Mayat Dijulang, Pembelaan Dituntut itu saya menulis dengan menyindir pemimpin dan rakyat yang mengangkat pemimipin melalui jalan demokrasi. Hujah dan sebab juga ada saya maklum melalui watak Hulk Lebat. Sekiranya sudah tetapkan apa satira kita mahu masukkan dalam karya, gunakan teknik plot.

Cerpen Mayat Dijulang, Pembelaan Dituntut itu, perkembangan pot bermula apabila Hulk Lebat marah akibat Presiden membunuh isterinya kerana memakan buah-buahan Presiden. Lalu Presiden menghantar pasukan National Avengers berlawan dengan Hulk Lebat. Hulk Lebat dan Luck Person berhujah dahulu sebelum bertarung. Penghujahan mereka memberi sebab masing-masing kenapa Hulk Lebat mengamuk dan mengapa pula Luck Person menuntut bunuh Hulk Lebat. Dalam penghujahan itu saya menggunakan dialog. Tidak menggunakan naratif. Kalau mahu gunakan teknik naratif untuk satira, hasilkan aksi bukan beritahu. "Showing not telling"

Akhirnya, Luck Person tidak jadi membunuh Hulk Lebat, kerana mahu mengikut kebijaksanaan Bendahara pada zaman Hang Tuah.

Tips hasilkan Satira.

1) Tetap satira yang mahu dihasilkan.
2) Tetap permulaan plot dan pengakhiran plot. (Sebab-akibat)
3) Tetap teknik dialog mahupun naratif. "Showing not telling."
Siap!

Satira ini bukan sahaja untuk politik. Apa-apa yang kita mahu menyindir dalam bahasa yang berseni, tapi jangan melanggar syariah pula: contoh kepada ibubapa. :D

Apa itu KJ method?

Kaedah KJ, menggunakan kad-kad untuk bahagikan tugasan untuk menulis. Bagi penulisan ada beberapa kad-kad.

1) Kad Idea
2) Kad Peristiwa
3) Kad Latar Tempat

atau sekiranya mahu lebih, boleh begini.

1) Kad Perwatakan watak
2) Kad Mesej
dan lain-lain, terserah pada penulis. 

Kaedah KJ ini membantu penulis, yang sibuk dengan kuliah atau pekerjaan lain. Apa yang perlu dibawa setiap hari adalah pen dan kertas atau telefon yang ada note. Menjalani kehidupan seharian, sekiranya idea penulisan datang, di rumah, tempat kerja, sekolah, bilik kuliah, bilik guru dispilin, bilik air, walaupun sedang jawab peperiksaan sekalipun sekiranya muncul, catatkan idea itu. Tolak ke tepi idea itu baik atau tidak. Tulis sahaja.

Contoh, sekiranya satu hari anda dapat 6 idea. Sekiranya seminggu berturut-turut anda dapat 42 idea! banyak itu! Sekiranya ada merancang membuat novel bulan depan, sekiranya sebulan anda kumpul dengan cara ini, anda dapat 168 idea! Banyak sangat itu! Pastikan anda tetapkan idea anda itu pada kad-kad yang sesuai seperti di atas.

Kemudian baru susun, idea anda itu. Sekiranya ada idea yang baik, gunakan. Sekiranya tidak padan dengan karya anda mahu hasilkan, buang atau simpan sahaja. Kenapa simpan? Kemungkinan anda masih perlukan.
Menggunakan teknik ini menghalang anda dari Writing Block!


Gunakan Peta Minda.

Sudah kumpul bahan-bahan penulisan. Bagi merancang penulisan kita. Perlukan peta minda. Peta minda ini membantu menguruskan karya anda. Watak, perwatakan, peristiwa, plot dan sebagainya yang sudah disusun masukkan ke peta minda, nanti nampak masterplan karya anda bagaimana. Perlu tambah lagi atau mengurang bahagian yang tidak menarik atau suspen yang terlebih. :D

Sumber saya belajar penulisan di sini

Baik, itu sahaja perkongsian saya. Asssalammulaikum!
Boleh hubungi saya melalui email dan facebook. Facebook lah, sebab saya Kakifacebooker. :D
Oh, ye. Teknik satira itu kaedah saya sendiri. Boleh bertanya yang lebih arif. :D

3 comments:

  1. Amboi, tak boleh tahan. Walau apapun, perkongsian yang menarik dan bagus sekali.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. @muzammil rahim Tak tahan?hahaha, terima kasih kerana komen. :D

    ReplyDelete