Tuesday 10 July 2012

Pesta Buku Selangor


Assalammulaikum!

Semalam berakhirnya Pesta Buku Selangor yang berlansung di Pusat Konvensyen Shah Alam. Pada hari ahad dan isnin saya berpeluang ke sana. Pada hari ahad, suasana begitu gamat. Penuh dan merangsang semangat kecintaan buku dalam diri. Melihat manusia berpusu-pusu menyerbu Pesta Buku Selangor. Saya melangkah ke dalam. Damai, jarang saya melihat situasi begini. Seronoknya tidak terkata.

Tujuan ke situ, sudah ada matlamat akhir. Matlamat akhir mahu mendapat karya-karya sastera yang tinggi mutu penulisannya. Jadi saya berlegar kawasan pameran. Mencari buku-buku yang sudah lama diidamkan. Jadi sudah lama berlegar terjumpa gerai pameran menjual buku sastera, sudah tentunya DBP.. Jadi saya membelek-belek pelbagai buku. Dari penulisan kreatif sehingga sejarah melayu, dari sejarah melayu sehingga bidang bahasa, dari bidang bahasa sehingga mencari kamus, dari mencari kamus sehingga membeli buku yang diidamkan.

Judul yang dibeli

Versi Aria-Ariff Mohamad
IGAU-A.Rahman C.M.
Naratif Ogonshoto-SN Anwar Ridhwan.
Menara-Nasrudin Mohamed (Amirul Mohamed?) hehe
Tatabahasa Dewan.
 
Pada hari kedua (isnin) beli buku

Intelektual Masyarakat Membangun-Syed Hussein Alatas.
Seindah Mawar Berduri-Fatimah Syarha Mohd Noordin. (Dicadangkan oleh penjual wanita)
Bagaimana Saya Menulis-Mawar Safei dan Nisah Haji Haron.
Tesaurus Bahasa Melayu Dewan.

Saya tidak tahu berapa banyak yang saya laburkan untuk membeli semua buku ini. Memang saya tegar membaca buku, hanya buku genre motivasi dan pelaburan. Tetapi itu dulu. Membaca buku karya kreatif rasa kelainan yang amat. Dan saya tidak tahu bagaimana ia berlaku. Entri ini saya menulis kerana ingin memberi tahu saya akan cuti berblogging beberapa hari kerana mahu tumpukan pembacaan dan tugasan penulisan yang perlu siapkan minggu ini.

Apa yang pasti saya bahagia apa yang saya beli dan memperoleh sesuatu dari karya kreatif. Penyeberang Sempadan walaupun harganya mahal. RM45 senaskah, ia sangat bebaloi pada saya, kenapa?. Baca lah.

Baik, Assalammulaikum. itu sahaja. (sebenarnya tiada masa untuk tulis panjang. :)

No comments:

Post a Comment