Saturday 7 July 2012

Puteri Gunung Ladang-Sebuah Certot?


Sutan Malaisa mengarahkan Hong Tai dan Bendahara Ton Parok, melamar Puteri Gunung Ladang. Nama Gunung ini diberi kerana di lereng Gunung ini ditanam ladang-ladang sayur-sayuran dan buah-buahan oleh Puteri Gunung ini. Lalu berkata Hong Tai,

“Boleh kita memakan buah-bauhan dan sayur-sayuran di sini?”

“Tidak boleh, Tuan Hong Tai. Ladang ini kepunyaan Puteri Gunung Ladang. Jika kita menjamah beramai-ramai apa kata Puteri Gunung Ladang ini. Pasti pinangan Sutan Malaisa kita akan ditolak.”

Mendengar kata-kata itu, Hong Tai tidak mahu mengalahkan dan berkata,

“Kita sudah berjaya melintasi laluan dan halangan marabahaya. Tuan Hamba tahu, ini kerana kuasa Puteri Gunung Ladang, makan buah-buahan dan sayur-sayuran ini akan menyembuh pelbagai penyakit dan juga tenaga batin Hulu Balang istana.”

“Walau apapun alasan saudara, hak orang, kita tidak berhak mengambil. Apa yang ditanam adalah hasil dan kepunyaan dia. Kita ini pegawai di istana, pasti rakyat melihat akhlak kita. Mahu saudara digelar ‘Mencuri wang rakyat?’ “

Tiba-tiba kedengaran suara merdu, meraba telinga Hong Tai, Ton Parok, dan beberapa Hulu Balang istana. Suara merdu itu mengeletek hati mereka.

“Siapakah pemilik suara ini?” soal salah seorang Hulu Balang dalam rombongan itu.
Di ladang milik Puteri Gunung Ladang muncul susuk tubuh seorang wanita. Mereka perhatikan sahaja. Wanita merenung mereka dan berkata,

“Usah kau bagi tahu apa hajat kamu kemari. Pasti kamu mahu mencuri buah-buahan dan sayur-sayuran milik beta.”

Ton Parok memulakan bicara. Dia tidak mahu Puteri Gunung Ladang ini salah sangka. Mungkin akan menyebabkan pinangan diraja ini akan ditolak mentah-mentah.

“Tidak, Hamba dan para Hulu Balang di sini ada hajat mahu sampaikan kepada Tuan Puteri.”

Dahi Puteri berkerut berombak-ombak dan berkata,

“Jangan berdalih lagi. Gunung ini milik beta. Hanya Hulu Balang handalan sahaja boleh sampai ke sini. Apa lagi selain mahu makan buah-buahan dan sayur-sayuran beta yang boleh menyembuhkan penyakit dan tenaga batin.”

“Ampun Tuan Puteri. Kami datang kemari kerana ada hajat, sudah pasti bukan hajat Tuan Puteri maksudkan itu. Hajat kami mahu meminangkan Tuan Puteri...,” jawab Hong Tai.

“Siapakah Tuan hamba mahu meminangkan beta, lawyer, doktor, ahli fizik, ahli muzik, ahli peniagaan? Bukan citarasa beta mereka itu. Mereka ada ilmu sahaja. Beta mahukan calon suami ada kuasa sakti atau Hulu Balang istana.”

Ton Parok mengukirkan senyuman dan berkata,

“Saya pasti Tuan puteri tidak akan menolak pinangan ini. Sutan Malaisa mahu meminang Tuan Puteri.”
Lalu mata Puteri Gunung Ladang membulat besar. Puteri melompat sungguh keriangan

‘Ya!!Aku kahwin dengan raja. Aku kahwin dengan raja!” kata-kata itu diulang berkali-kali.

Hulu Balang rombongan istana kaget melihat telatah Tuan Puteri yang sungguh terdesak mahu mengahwini Sutan Malaisa.

“Dunia maju, zaman dah berubah...,” kata Hong Tai sambil mengangkat lengan ke bahu dengan mata ke atas. Muka mencebik.

Karya ini adalah latihan kursus penulisan. :D

3 comments: