Mendengkus Hashim
melayani perangai Sofiahah. Kadangkala mahupun aiskrim pada ketika mahu membeli
sepasang baju kekasih sesuai Hashim dan Sofiahah memakainya. Merungut Hashim
apabila Sofiahah mahu membeli baju kurung satin!
Hashim memahami akan
situasi ini. Bersama anak dara orang boleh membawa fitnah. Hashim tetap membawa
anak gadis sunti ini keluar bersama.
“Lelaki tidak punyai
pasangan pada zaman kemodenan dan globalisasi adalah berfahaman jumud dan
bodoh!” Kritik Hashim apabila melihat seorang lelaki mengalihkan pandangan mata
apabila melihat tubuh Sofiahah tidak cukup kain.
Barangkali omelan
Hashim didengari oleh lelaki itu. Lelaki itu menyapa Hashim dengan memberi
salam dan mereka berjabat tangan. Sofiahah meninggalkan Hashim keseorangan
dihadapan sebuah kedai buku bernama Masyarakat Bijak, Membaca Buku (MBMB).
Lelaki itu memperkenalkan diri sebagai Mahmud. Mahmud berkata,
“Dunia ini sementara
sedangkan negeri hakiki ada di sana. Sekiranya saya mahu ke sana, saya perlu ada
cinta pada semua orang. Oleh kerana cinta saya tebal pada saudara. Saya
mahu berbual. Biarkan sahaja cinta saya bertaburan, dipandang murah kerana
memberi nasihat percuma.”
Hashim mendengus keras.
“Nasihat berbayar lebih
manfaat daripada nasihat percuma. Saya tidak mahu mendengar nasihat percuma
kamu itu.” Kritik Hashim.
“Percayalah, cinta ini
muncul kerana saya sayang kamu kerana api. Tidak lebih mahupun kurang.”
“Api apa?”
Mahmud mengukirkan
senyuman lalu berkata,
“Api neraka.”
(Tamat)
*thumbsup*
ReplyDeletepersis karya Bahruddin Bekri. =)
Wah! Terima kasih atas pujian itu. Saya masih merangkak dalam Teknik Surah Yusuf. Apa-apa pun saya ucapkan terima kasih kerana membaca karya saya yang "biasa-biasa" ini. :D
DeleteIni yang paling baik. Ringkas tapi padat. Menulis dan terus menulis ya....teringin belajar Teknik Surah Yusuf...tapi di tempat saya tidak ada kelas macam ni...kesian kan!!!
ReplyDeleteBoleh saja belajar. Nanti saya tunjukkan. Sila add fb saya. Sekian. Terima kasih kerana komen! Hoho!
Delete