Sunday 30 September 2012

Kami Sayang Kamu Kerana Api-Sebuah Cerpen Pendek.



Mendengkus Hashim melayani perangai Sofiahah. Kadangkala mahupun aiskrim pada ketika mahu membeli sepasang baju kekasih sesuai Hashim dan Sofiahah memakainya. Merungut Hashim apabila Sofiahah mahu membeli baju kurung satin!

Hashim memahami akan situasi ini. Bersama anak dara orang boleh membawa fitnah. Hashim tetap membawa anak gadis sunti ini keluar bersama. 

“Lelaki tidak punyai pasangan pada zaman kemodenan dan globalisasi adalah berfahaman jumud dan bodoh!” Kritik Hashim apabila melihat seorang lelaki mengalihkan pandangan mata apabila melihat tubuh Sofiahah tidak cukup kain.

Barangkali omelan Hashim didengari oleh lelaki itu. Lelaki itu menyapa Hashim dengan memberi salam dan mereka berjabat tangan. Sofiahah meninggalkan Hashim keseorangan dihadapan sebuah kedai buku bernama Masyarakat Bijak, Membaca Buku (MBMB). Lelaki itu memperkenalkan diri sebagai Mahmud. Mahmud berkata,

“Dunia ini sementara sedangkan negeri hakiki ada di sana. Sekiranya saya mahu ke sana, saya perlu ada cinta pada semua orang. Oleh kerana cinta saya tebal pada saudara. Saya mahu berbual. Biarkan sahaja cinta saya bertaburan, dipandang murah kerana memberi nasihat percuma.”

Hashim mendengus keras. 

“Nasihat berbayar lebih manfaat daripada nasihat percuma. Saya tidak mahu mendengar nasihat percuma kamu itu.” Kritik Hashim.

“Percayalah, cinta ini muncul kerana saya sayang kamu kerana api. Tidak lebih mahupun kurang.”

“Api apa?”

Mahmud mengukirkan senyuman lalu berkata,

“Api neraka.” 

(Tamat)

4 comments:

  1. *thumbsup*

    persis karya Bahruddin Bekri. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah! Terima kasih atas pujian itu. Saya masih merangkak dalam Teknik Surah Yusuf. Apa-apa pun saya ucapkan terima kasih kerana membaca karya saya yang "biasa-biasa" ini. :D

      Delete
  2. Ini yang paling baik. Ringkas tapi padat. Menulis dan terus menulis ya....teringin belajar Teknik Surah Yusuf...tapi di tempat saya tidak ada kelas macam ni...kesian kan!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh saja belajar. Nanti saya tunjukkan. Sila add fb saya. Sekian. Terima kasih kerana komen! Hoho!

      Delete