Suasana bilik mesyuarat penuh rancak
dengan pembentangan Mat Telek untuk perniagaan yang mereka mahu
usahakan. Burhan, Zaina, dan Halim, mata mereka tertumpu kepada
pembentangan Mat Telek. Pembentangan menggunakan Powerpoint dengan bantuan projektor walaupun yang hadir pada mesyuarat petang itu empat orang sahaja.
“Mengikut logik, mihun goreng berharga 4.00 ringgit satu bungkus. Kalau 10 orang membelinya dapat pulangan 40 ringgit!”
Itu angan-angan Mat Telek, bukan sahaja berangan-angan berkira untung akan datang, malah memikirkan hal-hal lain.
“Dalam perniagaan makanan, makanan yang
enak dan cantik perhiasannya tidak menjamin keuntungan besar ataupun
permintaan yang banyak. Pemerhatian saya selama dua bulan, saya dapati
IKS iaitu Industri Kecil Dan Sederhana mengamalkan pemasaran perniagaan.
Apatah lagi syarikat gergasi, seperti McDonald’s. Rakan-rakan, siapa
yang ada perasan berkenaan iklan minyak wangi di televisyen?”
Burhan, pembantu Mat Telek mengangkat
tangan lalu menjawab, “Para model iklan menerangkan kepada kita yang
mereka menyukai wangian jenama tertentu.”
Zaina dan Halim mengangguk tanda setuju.
Mat Telek pula mengeleng-geleng dan berkata,
“Memang betul, Burhan,
tetapi kurang tepat, latar belakang iklan jenama minyak wangi akan
menggambarkan kemewahan si pemakai dan menggambarkan eksklusif sesiapa
yang memiliki wangian itu, malah miliki botol jenama itu sekali nampak
eksklusif. Sama seperti iklan McDonald’s, menggambarkan ‘kebahagian’
apabila hidangan baru disediakan oleh mereka. Paling jelas burger Prosperity
hanya ada pada Tahun Baru Cina, ia menggambarkan eksklusif dan
kebahagiaan apabila makan bersama keluarga ataupun sahabat handai dalam
iklan mereka.”
Berkerut dahi Burhan lalu berkata,
“Tetapi Mat, kita hanya mahu meniaga di bazar Ramadan sahaja!”
Zaina dan Halim mengangguk-angguk laju.
Mat Telek kembali sedar yang diri hanya mahu meniaga di bazar Ramadan
sahaja, tetapi perbincangan mereka hingga ke perniagaan yang serius.
“Saya setuju apa kata Burhan tadi, kita
hanya meniaga biasa-biasa sahaja. Cukup bagi menampung perbelanjaan kita
hari raya nanti,” ucap Halim.
Zaina mengangguk tanda setuju.
“Ya, saya setuju pendapat Burhan dan
Halim. Tetapi perlu ingat, dalam bazar Ramadan itu bukan kita satu-satu
sahaja yang menjual mihun goreng. Mungkin peniaga sebelah kita pun akan
menjual mihun goreng juga!”
Sambung Mat Telek lagi, “Pemasaran perniagaan kita hanya melakukan pemasaran gerila iaitu kos yang percuma lagi mudah….”
Halim menyampuk pembentangan Mat Telek,
“Pemasaran gerila? Adakah kita perlu pergi ke hutan dan sebarkan risalah
promosi bagi orang utan makan?” Terbahak-bahak Halim ketawa.
Begitu juga Burhan dan Zaina. Mat Telek
mengeleng-geleng. Berkata Mat Telek,
“Bukan itu maksud saya, pemasaran
gerila tidak menggunakan teknik pemasaran konvensional. Bukan pergi ke
hutan sebarkan risalah promosi. Itu kerja orang gila, sama orang
memikirkan hal yang sama,” Mat Telek menyindir Halim dengan mengangkat
tangan ke bahu, mata pandang ke atas dengan bibir mencebik.
Mulut Halim muncung selepas disindir. Kini Burhan dan Zaina menahan gelak daripada didengari oleh Halim.
Sambung Mat Telek lagi,
“Sama halnya
dengan pemasaran konvensional seperti iklan McDonald’s. Tetapi
menggunakan pemasaran gerila dengan menggunakan rangkaian internet.
Namun begitu, nama mihun goreng perlu diubah, bagi menjadi elegan,
contoh mihun goreng Rozita Che Wan ‘Basah’ dan mihun goreng Rozita Che
Wan ‘Kering.’
“Ini kerja gila! Menggunakan nama orang untuk perniagaan kita. Sudah mengaibkan orang!” Burhan tiba-tiba marah.
Mat Telek mengeleng-geleng dan berkata,
“Itu hanya contoh, tetapi tidak salah pun. Perkataan ‘basah’ itu
maksudnya mihun goreng basah. Sama juga perkataan ‘kering’ maksudnya
mihun goreng kering.”
Muka Burhan kemerahan menahan malu. Mat Telek sekali lagi mengangkat tangan ke bahu, mata pandang ke atas dengan bibir mencebik.
Halim dan Zaina menahan gelak tawa mereka melihat Burhan disindir begitu rupa.
Tiba-tiba Mat Telek dengar suara orang berkata, “Bangun Mat, sudah raya ini. Bangun!”
Wajah Burhan, Halim, dan Zaina hilang dari pandangan. Tersedar Mat Telek, rupanya dia bermimpi perniagaan yang diimpikan itu.
“Cis, bagaimana boleh mimpi pula ini?” kecewa Mat Telek.
Mulut Burhan ternganga lalu berkata,
“Mengapa pula ini, Mat? Cepat bersiap. Kita sebentar lagi mahu pergi masjid untuk solat raya.”
Mat Telek mengangguk sahaja. Sambung
Burhan lagi, “Mat, ibu kau buat karipap basah Rozita Che Wan, ada di
dapur itu.” Burhan menahan gelaknya.
Mat Telek kaget.
‘Mungkin aku mengigau?Adakah Burhan tahu, Burhan! Kau dengar apa aku cakap tadi?”
Burhan lari dari pandangan.
“Burhan, jangan kau lari. Jangan kau cerita kepada Zaina!
***
Karya ini adalah penyertaan saya dalam Sayembara Cetot Humor anjuran Akademi Hero. Karya ini tidak memenangi apa-apa walaupun sagu hati. hehe.
Walaubagaimanapun, saya bersyukur kerana karya saya mendapat tempat no 1 dalam carta Karya Paling Popular! Mungkin ada nama Rozita Che Wan kot. hehe.
Walaubagaimanapun, saya bersyukur kerana karya saya mendapat tempat no 1 dalam carta Karya Paling Popular! Mungkin ada nama Rozita Che Wan kot. hehe.
Selamat membaca!
Boleh baca di TulisNovel.Com
Assalammulaikum! :D
hahaha.....saya rasa cerpen saudara sangat menarik dan lucu. paling tak tahan baca....perkataan "basah" "kering" itu....sangat2 membawa dua maksud yang berbeza...*wink2x....dabel mining sungguh!!! baca cerpen sy pula.....ahaks!!!
ReplyDeleteTerima kasih Cikpuan Atie! Hehe. Ya. perkataan "basah" dan "kering" itu membawa makna yang berbeza. Itu perlu difikirkan dan dicerna oleh pembaca sendiri. Baik, saya akan baca cerpen Cikpuan Atie balik! Hoho!
Delete