Tuesday 24 April 2012

Dan Begini

Aku mahu pulang. Rumah keluarga  aku di negeri banyak  negeri itu. Kampung pula di pantai timur. Negeri yang hitam putih yang sedang bangkit keislamannya. Yang sedang tunggu pencetusnya. Tapi aku di sini bukan mahu berbual mengenai kampung aku atau kebangkitan islam di pantai timur itu. Aku hanya bercerita tentang pengalaman aku sahaja. Alkisah.

 Aku tahu. Jika tidak ada hasil-hasil pada hari ini. Mereka berkata aku tidak berguna. Tidak berguna pada agama,bangsa dan negara. Hanya tahu berkata sahaja mereka itu . Mereka hanya tahu bimbing orang sahaja. Tidak pula mereka kata pada diri sendiri.

Melihat aku punyai jiran yang pandai dan jaminan pada masa hadapan melalui pendidikan tinggi yang dia banggakan. Aku tidak bersetuju. Jaminan masa hadapan bukan terletak pada pendidikan yang dilaluinya. Ia terletak pada ilmu. Aku tidak menganggap universiti itu sahaja pusat ilmu atau perpustakaan itu gedung ilmu. Bagi aku ilmu itu luas. Luas sebesar alam ini. Tetapi mendapat akses ilmu perlu pergi universiti itu sahaja.

Jadi, Aku tidak perlu bangga jiran aku punyai anaknya sudah mencapai PhD kerana aku tahu. Ia hanya percapaian individu dalam hal mencari ilmu. Apa aku bangga melihat setiap orang adalah orang berilmu. Mungkin pendapat ini kurang menyakinkan tapi aku pasti jika semua orang berilmu dan bijak berfikir, dunia kita sentiasa penuh dalam kebenaran.

Bangga mereka itu dapat pekerjaan yang jamin masa hadapan. Tetapi lebih besar dari  itu jika masyarakat kita berilmu dan bijak berfikir yang menjamin kebenaran hidup dan menjaga identiti bangsa itu sendiri. Bagi aku manusia yang belajar hanya untuk mendapat pekerjaan seperti  manusia yang meminta-minta. Meminta diberikan pekerjaan. Sebaliknya pula jika seorang manusia itu belajar untuk mendapat ilmu yang boleh membawa bangsanya keluar dari kejahilan dan memberi tahu mereka tentang kebenaran pada masa yang sama dia tahu menggunakan ilmu itu untuk memajukan ekonomi negara adalah manusia yang tahu apa yang dia perlu lakukan. Tidak mementingkan diri

Aku kurang gemar berkata sebegini. Tapi aku harus berkata juga. Jika aku lihat mahasiswa di universiti,lepasan universiti mereka lebih utamakan survival hidup. Mereka bukan mahasiswa yang memikir tentang masyarakat. Ini terjadi kerana negara aku hidup ini dalam dunia kapitalisme. Menuntut modal insan berkualiti bekerja dengan mereka untuk terus hidup sehingga bersara.

Sudah lama aku membebel. Aku mahu balik kampung aku. Menikmati Nasi Lemak Satu Ringgit Setengah dari duduk kota raya yag hilang sifat kemanusiannya. Semoga jiran aku itu berjaya dalam hidupnya dipergunakan oleh golongan permodal.

Mungkin ada orang melihat sama dengan aku melihat,mungkin ada tidak melihat apa aku melihat dan mungkin ada orang tidak setuju apa aku katakan. Aku tidak peduli semua itu. Janji perjalanan hidup aku,aku tahu apa yang lebih baik dari sedia ada sekarang.

Begini la Alkisah.

(Tamat)
(Rekaan)

No comments:

Post a Comment