Tuesday 24 April 2012

Jiran Kaya

Aku tinggal di taman. Dikelliling bandar yang pesat membangun. Tidak sehebat Kuala Lumpur mahu Iskandar Malaysia. Hanya sebuah daerah di bawah kerajaan Pakatan Rakyat. Bangga aku sebahagian warga di bandar ini berdekatan dengan Kuala Lumpur dengan dunia kapitalisme-nya.

Jiran aku seorang perniaga pasar besar di daerah aku ini. Aku tidak pasti apa perniagaan yang dijalankan olehnya. Tapi apa yang aku pasti pekerjaannya ramai mahasiswa lepasan universiti tidak mahu lakukannya. Mungkin ada mahasiswa di lepasan universiti mahu, tapi mungkin diselubungi perasaan malu.

Pada pagi biasa aku keluar mahu bersarapan. Menikmati nasi lemak dan teh tarik. Rindu juga aku dengan Nasi Lemak Satu Ringgit Setengah air tangan gadis perwatakan cantik itu di kampung aku. Aku lalui jalan jiran aku maksudkan itu. Pada mulanya jiran aku ini hanya memandu motor EX5 sahaja. Berbaju lusuh dan seluar slack. Memandu motor bekerja untuk menyara keluarga.

Isterinya aku perhatikan seorang yang taat pada suaminya. Bertuah aku jika miliki wanita perwatakan seperti itu. Aku tidak ekori jiran aku memandu motornya ke tempat kerja. Aku hanya memandu ke restoran berdekatan kerana mahu nikmati makanan kesukaan aku dan hadapi hidup dengan pandagan aku sendiri.

Hari demi hari,bulan demi bulan. Sedang aku bergelut mencari matlamat aku dan kerjayaan hidup aku. Aku melihat  jiran aku sudah milik kereta ford ranger. Terkesima aku. Sungguh tidak aku sangka bagaimana jiran aku boleh miliki kereta sebegini. Jiran aku seorang berbangsa bangladesh dan isteri berbangsa melayu.

Aku pernah baca kisah pengasas Genting Highland itu Tan sri Lim Goh Tong dalam buku "Cerita Saya" edisi bahasa melayu. Aku panggil kata nama "beliau" kerana penghormatan aku padanya. Beliau berasal dari China. Aku tidak pasti wilayah mana.  Tibanya di Tanah Melayu. Beliau tiada apa-apa. Jadi beliau berusaha melakukan sesuatu untuk berjaya.

Aku tidak mahu bercerita panjang tentangnya. Bacalah bukunya bagaimana beliau mencari peluang perniagaan. Sungguh aku kagum. Berbalik ke alam realiti. Jiwa aku sedang bergelut. Apa aku mahu lakukan di dalam hidup ini. Walaupun sudah miliki segulungg ijazah di tangan dalam bidang bukan yang minat kerana terpaksa pergi kerana jaminan aku berjaya dalam hidup. Itu sangkaan ibubapa aku.

Berbalik cerita jiran aku,dia boleh berjaya di negara aku. Aku fikir kenapa jiran aku boleh berjaya. Aku fikir sepanjang masa hingga aku membawa ke malam hari. Aku melayari internet pada malam itu selepas penat bekerja sebagai MLM. Aku mahu merehat minda dan menambah ilmu sedikit pada malam itu. Aku buka satu laman web motivasi. Penulis itu menceritakan tentang kisah Tan sri Lim Goh Tong juga. kata penulis itu

"Banyak imigrasi berhijrah ke negara orang lain akan berjaya...."

Aku pelik dan hairan. Perlu aku pergi ke singapura untuk berjaya?. Kenapa aku kata singpaura sahaja?Mungkin negara paling maju di asia tenggara. Kata penulisnya lagi.

"Di sana,mereka sebatang kara. Tidak ada apa-apa. Tetapi desakan sahaja menolak mereka untuk terus hidup dan berjaya dalam negeri orang dan mereka sememangnya berjaya."

Aku gaman. Perkataan "Desakan" itu. Aku fikir semula. Apa desakan aku untuk terus berjaya?. Aku sebagai berbangsa melayu miliki banyak bantuan kerajaan. Aku tidak rasa terdesak untuk menikmati kerjayaan itu untuk terus hidup kerana aku selesa begini. katanya penulis lagi.

"Tan sri Lim Goh Tong adalah contoh terbaik,beliau beri inpirasi kepada semua yang untuk terus berjaya. Saya amat mengaguminya. Walaupun tidak pendidikan tidak tinggi seperti mahasiswa lepasan universiti dengan penat lelah belajar tapi akhir bekerja makan gaji. Beliau berjaya percaya pada diri untuk berjaya dan desakan dirinya untuk berjaya di bumi orang.

Berbalik kepada jiran aku. Sekarang jiran aku miliki dua buah kereta Hilux toyota. Memang mengagumkan. Desakan untuk terus hidup membuatnya mencari rezeki bersungguh tanpa kenal erti apa itu kekurangan. Ak masih dalam zon selesa. tiada apa yang mahu aku terdesakan untuk berjaya. Perasaan selesa dengan keadaan begini membuat aku tidak nampak peluang perniagaan yang terhidang di luar sana.

(Tamat)







No comments:

Post a Comment