Monday 23 April 2012

Nasi Lemak Satu Ringgit Setengah.

Aku lapar sekarang. Lihat jam tangan baru tujuh pagi. Aku fikir mahu makan nasi lemak. Lihat di luar sungguh tenang. Hari ahad memang tidak ada orang keluar. Hanya kedengaran burung menyanyi dan awan lembut.

Indah sungguh,jarang aku dapat rasa begini. Kerja enam hari seminggu. Mula kerja pagi hingga ke petang tidak sempat melihat keindahan ciptaan Allah ini.  Aku berjalan tidak mahu menaiki kenderaan. Membazir minyak sahaja jika aku memandu kenderaan hanya mahu bersarapan pagi. Rugi juga jika aku tidak menghirup udara tenang di pagi ini.

Warung haji Salleh memang mendamaikan. Pakcik tua  bersara menghirup air teh tarik dan mengkenyangkan perut mereka dengan sekeping roti canai. Sudah lama tidak merasai begini. Di kota jika begini, bunyi indah khabar dari rupa sahaja. Kenderaan yang sibuk melingkari laluan jalan raya kota mencemarkan bunyi pada telinga aku. Tetapi di sini,sama aku katakan tadi hanya burung dan awan lembut sahaja yang memecah kesunyian pagi ini.

Nasi lemak makanan kegemaran aku. Nasi Lemak Satu Ringgit Setengah adalah nasi lemak paling sedap aku rasa. Bau nasi yang bersantan,sambal buat lidah aku meleleh,telur yang lihat segar dan ikan bilis seperti kelihatan berhias.

Nasi Lemak Satu Ringgit Setengah aku hanya gelarkan sahaja. Orang kampung sini memanggil Nasi Lemak Haji Salleh. Tapi nasi lemak ini bukan haji Salleh buat. Nasi lemak ini ditempatkan di warung haji Salleh. Gadis perwatakan cantik yang selalu tiap-tiap pagi aku memerhatikannya bawa bungkusan nasi lemaknya ke warung haji Salleh.

Sedap nasi lemak seperti sedap mata aku memandang perwatakan gadis muda itu. Aku curi-curi dengar sahaja nama gadis itu Syifa. Tidak berani aku bertanya padanya.

"Wahai Syifa, cantik engkau di sana,di sini aku menikmati air tangan engkau yang sedap" ucap aku sendiri.

Aku bukan lelaki mata wanita. Aku hanya memuji dan mengagumi masakannya. Di kota, aku ingin mencari bakal isteri aku. Wanita idaman aku sudah tentulah pandai memasak. Hasil pencarian aku tidak kesampaian. Ramai wanita sana hanya tahu belajar dan kurang mengambil berat persediaan ke fasa perkahwinan.

"Aduh,bagaimana ini?"soal aku sendiri.

Aku sudah semakin berumur. Bukan aku cerewet mencari jodoh. Aku hanya cari yang boleh aku hidup bersamanya. Nasi lemak gadis cantik perwatakannya itu membuat aku rasa muda dengan Nasi Lemak Satu Ringgit Setengah. Dahulu ibu aku sering beri sarapan aku dan adik-beradik dengan hanya nasi lemak sahaja. Ini kerana nasi lemak ini sedap seperti masakan ibu aku. Mengimbau kembali masakah ibu seperti seolah-olah di zaman dulu dan kini aku rasa muda.

Usia gadis itu 23 tahun. Aku 30 tahun. Aku tidak peduli apa orang katakan kepada aku. Aku mahu memikatnya supaya menjadi isteri aku yang sah. Bukan aku memikat untuk buat ujikaji bercinta antara gadis kampung dan bandar.

Bagaimana aku tahun umurnya?. Mudah sahaja. Zaman semakin maju. Orang kampung sekarang sudah bijak menggunakan internet. Setiap Nasi lemaknya sudah tertera kata kunci akaun Fcebook. Ya,selain cantik perwatakan,pandai memasak juga bijak dalam mengembang bisnes. Semakin lengkap dia menjadi ciri-ciri wanita idaman aku.

Sudahlah aku selalu berangan-angan sahaja di sini. Tindakan perlu aku buat. Impian mesti jadi kenyataan. Usia semakin berumur tidak mahu aku melepaskan peluang pertama kali kerana aku mahu memiliki Nasi Lemak Satu Ringgit Setengah yang sungguh sedap lagi memuaskan itu.

(Tamat)

"Bab peleraian bagaimana?Anda ada fiikir sesuatu yang bersifat kuning?Jika tiada,bagus!"
 

2 comments: