Saturday 12 May 2012

Setiap Kereta Ada Dunia-Sebuah Cerpen.

"Azam, bawa perlahan, kau ni emosi sungguh lah..."

Azam tidak peduli mulut Mila. Apa yang di fikirnya mahu cepat pulang ke rumah. Mila tidak mahu berkata berlebih. Sebab dia tahu, dia sedang menumpang kereta Azam. Azam memandu dengan laju. Kadangkala ia pemandu membahayakan, sukar Mila mahu menegurnya. Sikap Azam memandu kereta lain dari dirinya kenal sikap Azam yang sebenar.

"Kenapa ini Azam, bawa lah baik-baik aku takut ini."

"Aku rimas tahu tak, tengok lah pemandu Malaysia ini. Semua terhegeh-hegeh. Tension tahu tak!"

Mila mengeleng kepalanya.

"Tapi bawa bersabar. Semua orang mahu pulang dengan cepat. Sabar lah"

Muka Azam jelas tidak senang jawapan Mila. Dia selalu dengar ungkapan itu. Sudah dia naik rimas hingga mahu meletupkan semua kereta di situ.

'Kau Mila, jawapan kau beri tu jahil tahu tak. Kalau kau cakap semua mahu pulang tapi kenapa trafik sesak?. Ini semua sebab mereka memandu macam lembu!!"

Mila senyap. Dia tahu apabila Azam sudah mengeluarkan kata-kata kesat Azam sudah tidak boleh tahan sabar lagi. Walaupun di luar pemanduannya Azam seorang yang tenang.

"Azam semua orang memang mahu pulang. Tapi perkara ini sudah terjadi, terjadi lah."

"Kalau trafik sesak ini sekali-sekala tidak mengapa Mila, aku faham. Tapi trafik sesak ini hari-hari, apa kau fikir manusia tidak ambil pengajaran dari kesesakan jalan raya!, tolong lah Mila."

"Sabar. Azam."

Azam tanggalkan tali lehernya. Badannya kepanasan. Walaupun sudah memasang penyaman udara kuat.

'Aku geram lah Mila, semua macam jahil saja bawa kereta ini."ucap Azam.

Kereta bergerak perlahan. Hanya bergerak satu setengah meter sahaja dalam masa satu jam. Mila cuba mencari jawapan bagi memuaskan hati Azam. Fikrinya ligat. Mila mahu menenangkan Azam supaya dia tidak memandu berbahaya ketika sedang marah.

Mila menoleh ke kiri. Melihat sebuah kereta wajah putih di dalam kesesakan tin sadin ini. Pemandu kereta itu hanya senyum sahaja. Pelik Mila. Pemandu lelaki berbangsa melayu. Ada sedikit misai dan botak kepala sedang senyum dan tidak kelihatan dirinya sedang dalam kemarahan. Kereta bergerak setengah meter lagi. Melintasi sebuah kereta wira di pandu oleh seorang lelaki bersama anak dan isterinya. Melihat Mila pasangan suami isteri  asyik berborak. Berborak dengan gaya seronok. Hati mula terusik. Mila senyum. Senang hati Mila melihat pasangan suami isteri itu. Tidak bosan mereka dalam kesesakan jalan raya.

Melintasi pula sebuah MPV dari jepun. Dipandu oleh lelaki berkeluarga besar. Tapi, mereka semua kelihatan penat dan dalam tertekan. Isteri muka masam dan lelaki seperti baru selesai memarahi isteinya.

Sedang asyik melihat pemandu lain. Meninggalkan sekejap marahan Azam. Mila dapat idea dari pemerhatian itu. Idea yang dirinya tidak pernah fikir sebelum ini.

"Azam!"ucap Mila.

"Apa...."jawab Azam acuh tak acuh.

"Kau mahu jawapan kenapa trafik sesak?"

'Mahu, asalkan kau jangan sakitkan hati aku".

Mila mengigit bibirnya.Dia teragak-agak mahu menjawab soalan Azam tadi.

"Kau kata trafik sesak dan manusia tidak mengambil pengajaran kan?"

"Ya,"jawab Azam.

"Senang saja. Bukan pemandu itu tidak mengambil pengajaran tapi mereka dalam dunia tersendiri."

Kening Azam berkerut. Memikirkan makna pelik jawapan Mila.

"Apa kau merepek ini Mila."

"Kau lihat Azam. Setiap manusia ada kehidupan dirinya yang tersendiri. Jadi, tafsiran mereka adala berlainan."

"Maksudkan kau"

Mila menepuk dahinya.

"Adeh, kau ini Azam. Kau lihat pemandu kereta di sekeliling ini. Semua ada yang gembira,masam, seronok, merenung dan macam-macam. Mereka tidak marah-marah macam kau!":

Azam merenung Mila, terasa dirinya. diperkatakan.

"Jadi, setiap pemandu itu, tidak fikir apa yang dia fikir dengan pemandu lain. Jadi, keadaan ini sentiasa akan berlaku. kecuali setiap pemandu ada alternatif lain!" ujar Mila.

Azam mengaru kepala yang tidak gatal.

"Sudah lah Mila, kau ni mahu berfalsafah pula. Pening kepala aku melayan kau bertambah pening lagi dengan trafik jam ini." rungut Azam.

"Aku tidak kisah, tapi aku mahu beri tahu kau. Setiap kereta ada dunia. Walaupun mereka memandu lebuh raya sama tapi tafsiran dunia mereka berlainan, apabila tiada kefahaman, berlaku lah kesesakan!!" jawab Mila

"Cakap lah begitu baru aku faham!, ini kau mahu belit-belit buat apa? Bertambah pening kepala aku saja" jawab Azam. Azam mengganguk-angguk tanda dia mengerti.

Mila senyum. Merenung Azam yang sedang menurun kemarahannya.

"Bagaimana Azam dengan jawapan aku?" soal Mila

"Itu baru pemikiran kritis" puji Azam. Azam senyum ke arah Mila.

"Ke kau yang tidak kritis!" ucap Mila ketawa.

Azam mengelengkan kepalannya

"Sudah-sudah jangan mahu perli aku lagi" tawa Azam.

(Tamat)


4 comments: